Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

3.0 SINTAKSIS 3.

1 DEFINISI SINTAKSIS Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa, dan frasa. 3.2 JENIS FRASA ( i ) FRASA

Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berpotensi untuk menjadi

unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Frasa juga berfungsi
sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat. Contoh frasa sewperti yang berikut : 1. Burung merpati terbang melayang. Dalam ayat di atas ini, bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuk tersabut boleh diperluas menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati, seekor anak burung merpati, dan sebagainya, seperti yang berikut :

FRASA Burung Seekor burung Burung merpati Seekor anak burung Seekor anak burung merpati

Dalam binaan seekor burung anak merpati di atas, kita bertemu sebuah frasa, burung merpati, yang dipancangkan ke dalam sebuah frasa yang lain, anak burung merpati, dan seterusnya ke dalam sebuah lagi frasa yang lain, seekor anak burung merpati.

Seekor anak burung merpati

( ii ) INTI FRASA Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna.Inti frasa adalah perkataan yang menjadi unsur utama sesuatu frasa. Frasa yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dikatakan terdiri daripada inti dan penerang, penguat, pembantu, atau unsur unsur lain. Inti Frasa adalah unsur frasa yang diutamakan dominan, dipentingkan, atau diterangkan. inti frasa menentukan jenis atau kelas frasa. contohnya, jika teras sebuah frasa berupa kata benda, frasa tersebut disebut frasa benda. Sebagai contohnya, 1. Pegawai muda, inti frasa tersebut adalah pegawai (kata benda) sehingga frasa tersebut merupakan frasa benda 2. Sangat kasar, inti frasa tersebut adalah besar (kata sifat) sehingga frasa tersebut merupakan frasa sifat.

Menurut binaan frasa, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.Sebagai contoh : 1. Sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala,frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama sahaja kerana frasa ini tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Inti frasa pula merujuk kepada kata yang paling penting dalam sesuatu frasa. Sebagai contoh, kata terpenting (inti frasa) dalam ayat Kakak saya menyanyi lagu keroncong ialah kakak menyanyi kerana kedua-duanya dapat membentuk ayat yang mempunyai makna sedangkan kata-kata yang lain boleh digugurkan.

( iii ) JENIS FRASA Seperi yang dinyatakan di atas,frasa dinamakan menurut golongan kata yang menjadi intinya.Apabila intinya kata nama,maka frasa itu dipanggil frasa nama. Apabila intinya kata kerja, maka frasa itu dipanggil frasa kerja. Apabila intinya, kata abjektif, maka frasa itu dipanggil frasa abjektif. Sebagai contohnya : 1. Anak- anak yang besar terkejut. ( Frasa nama ) 2. Anak-anak menangis melihat telatah emak. ( Frasa kerja ) 3. Badan isternya besar seperti guni. ( Frasa abjektif ) Secara umumnya, frasa terbahagi kepada 4 jenis, iaitu : a. b. c. d. Frasa nama ( FN ) Frasa kerja (FK ) Frasa abjektif ( FA) Frasa sendi nama ( FS ) FRASA NAMA

Frasa nama ( FN ) ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada ynag berikut :

( i ) FN + FN ( ii ) FN +FK ( iii ) FN + FA ( iv ) FN + FS Dalam bahasa Melayu , ada lima fungsi frasa nama. Fungsi nama frasa nama bergantung kepada kedudukannya di dalam ayat. Fungsi frasa nama ialah : 1. Sebagai subjek

2. 3. 4. 5.

Sebagai predikat Sebagai objek dalam frasa kerja Sebagai pelengkap dalam frasa kerja Sebagai kata nama dalam frasa sendi nama atau frasa adverb

SEBAGAI SUBJEK Dalam semua pola ayat bahasa Melayu , frasa nama berfungsi sebagai subjek.

Subjek Lahuma Air Semua orang Ibunya SEBAGAI PREDIKAT

Predikat menjatuhkan tangannya ke samping. dalam bendang berkocak bagaikan katak jatuh ke lopak. sepakat hendak turun lusa. mengakui bahawa dia anak bongsu.

Selain daripada berfungsi sebagi subjek, frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat. Frasa nama yang berfungsi sebagai predikat ialah frasa nama yang hadir dalam ayat yang berpola FN + FN sahaja seperti yang berikut : Subjek Suara itu Pembelajaran itu Dia Abdullah badawi SEBAGAI OBJEK FRASA KERJA Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FN ), seperti yang berikut : Subjek Predikat frasa kerja Predikat suara gadis yang bersembunyi di rumahnya. satu proses perseikatan idea-idea. guru sekolah rendah. Perdana Menteri Malaysia.

1. 2. 3. 4.

Orang itu Mereka semua Kanak-kanak itu Para siswazah

Kata kerja memanggil melambaikan menaiki momohon

objek saya tangan bas sekolah jawatan itu

SEBAGAI PELENGKAP FRASA KERJA TAK TRANSITIF Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai pelengkap dalam frasa kerja tak transitif seperti yang berikut : Subjek Lahuma Hutan Nahidah Mangsa SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM FRASA SENDI Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama ( FS ) atau dalam frasa keterangan seperti yang berikut : Predikat berbantalkan lengan. menjadi padang. menjadi pelayan dahulu. tsuanami berbajukan pakaian lusuh.

Subjek

Predikat frasa sendi nama

1. Mereka 2. Hadiah itu 3. Lukisan itu Subjek

Sendi nama di daripada oleh Predikat

objek Kuala Lumpur. Ahmad. Syed Jamal.

Frasa kerja 1. Mereka 2. Pana itu 3. Dia UNSUR FRASA NAMA bekerja ada memotong buah itu

Frasa keterangan Kata sendi Frasa nama nama di bandar. pada saya. dengan pisau.

Frasa nama mempunyai kata nama sebagai inti. Bagi membentuk frasa nama, sekurang-kurangnya satu kata nama diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya menjadi inti frasa. Unsur frasa nama lain, yang bukan inti frasa nama boleh digunakan atau digugurkan. Unsur yang membentuk frasa nama ada enam dan tidak semestinya semuanya digunakan secara serentak. Unsur-unsur itu ialah :

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kata bilangan Kata penjodoh bilangan Kata gelaran Kata inti Kata penerang Kata penentu

Unsur-unsur ini disusun dalam frasa menurut rentetan seperti berikut :

Bilanagan

Penjodoh

Gelaran

Kata Nama Inti

Penerang

Penentu

Contoh-contoh ayat seperti yang berikut :

1. Lusa aku mula merentas di baruh. 2. Air kekuning-kuningan meleleh keluar melalui segenap lubang di badan. 3. Dua orang makhluk yang baru berpindah ke kampong itu ialah Khatijah dan Nadihah. 4. Maka Raja Kasim pun naik ke darat dan baginda berfikir ke mana lagi baginda akan pergi. Bilangan Penjodoh Gelaran Kt. Nam Inti lusa air makhluk Penerang Penentu

Dua

orang

Kekuningkuningan Yang baru pindah ke kampung

itu

Raja

Kasim

Berdasarkan rajah di atas, dapat dikenalpasti bahawa kata inti adalah unsure yang wajib hadir dalam frasa nama, manakala unsur-unsur lain boleh hadir, sama ada serentak atau secara pilihan. Seterusnya dijelaskan perincian unsur-unsur frasa nama.

KATA NAMA

Dalam frasa nama, kata nama menjadi inti frasa nama dan wajib hadir dalam binaan frasa nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau dua kata nama. Sebagai contohnya: 1. Rumah itu 2. Kesyukuran mesti dinikmatikan 3. Pemuda pemudi dari kampong 4. Ibu bapa kanak-kanak sekolah itu Namun, ada juga kata kerja dan kata abjektif yang berfungsi sebagai inti kata nama. Sebagai contohnya: 1. Bersenam merupakan amalan yang baik ( frasa kerja). 2. Putih adalah lambang kesucian hati (frasa sifat ).

Kata nama bersenam dan putih ini sebenarnya adalah penerang untuk kata nama inti aktiviti dan warna. Kata kerja bersenam dan kata sifat putih telah ditukar golongan setelah kata nama inti aktivit dan warna digugurkan. Ayat asal untuk ayat di atas adalah seperti yang berikut : 1. Aktiviti bersenam merupakan amalan yang baik. 2. Warna putih lambang kesucian hati.

KATA BILANGAN Kata bilangan adalah salah satu daripada unsur frasa nama. Kata bilangan boleh hadir secara pilihan, boleh ada dan boleh tiada. Sebagai contoh, dalam ayat Dua ekor burung helang terbang berlegar-legar di udara, perkataan dua adalah kata bilangan. Ada banyak lagi kata bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya: 1. Seekor kerbau nampak memamah-mamah jerami yang masih berselerak. 2. Sudah beberapa timba lintah-lintah itu dikutip tetapi jumlahnya macam yang lama juga; malah kadang-kadang bertambah lagi. GELARAN Gelaran juga adalah unsur pilihan frasa nama. Sebagai contohnya: 1. Adapun akan Raja Majapahit itu daripada anak cucu cicit puteri Semangangrat, disebut orang Betara Majapahit.

2. Dato Profesor Dr. Siti Hawa Salleh selaku pembicara memperkatakan buku Segi-segi Karangan Melayu Tradisional. PENJODOH BILANGAN Penjodoh bilangan juga boleh menjadi unsur frasa nama, sebagai contoh penggunaannya :

1. Entah berapa ekor ketam-ketam itu menjadi bangkai dan busuk ditelan tanah kembali 2. Seorang India kurus panjang berbaju singlet putih lapik dan berseluar biru pudar sedang melayan para pembelinya.

PENERANG Frasa nama juga boleh diisi dengan penerang. Sebagai contohnya : 1. Seorang India kurus panjang. 2. Tanah pusaka nenek moyang.

PENENTU Kata penentu dalam bahasa Melayu adalah ini dan itu. Kata penentu juga boleh hadir dalam frasa nama sebagai pilihan. Penentu hadir selepas kata nama. Sebagai contohnya : 1. Apabila anak-anaknya itu mendapat pula anak-anak mereka sendiri,bendang itu dibahagi-bahagikan pula. 2. Pertanyaan ini mengejutkan Abdul Fakar yang sedang memperhatikan para kekeasih yang menghilang di padang kecil itu.

BINAAN FRASA NAMA Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu pekataan yang merupakan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerangpenerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsure inti di dalamnya.

Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya,dalam frasa nama bapa budak itu intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contohcontoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adlah seperti yang berikut :

Farasa nama subjek Inti Penerang 1. Askar 2. Guru 3. berlagak melayu diraja sekolah agama itu ke sana ke mari

Predikat

berbaris di padang. guru saya. menjadi tabiatnya.

Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti +inti adlah seperti yang berikut :

Frasa nama subjek Inti 1. kerusi 2. ibu 3. pemuda meja bapa pemudi Inti

Predikat

untuk pelajar-pelajar sahaja. tidak perlu datang. boleh ikut serta.

BINAAN FRASA NAMA : INTI + PENERANG

Frasa nama yang mengandungi unsur unsur yang mempunyai hubungan inti+ penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :

( i ) Inti + penerang nama. ( ii ) Inti + penerang bukan nama.

(i ) INTI + PENERANG NAMA. Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsure pnerang boleh merupakan :

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m.

penerang nama keturunan penerang nama jenis penerang nama penyambut penernag nama kegunaan penerang nama kelamin penerang nama tempat penerang nama arah penerang nama anggota badan penerang nama tenaga penggerak penerang nama hal atau perkara penerang nama milik penerang nama khas peneranag nama panggilan atau gelaran

Penerang-penerang nama ini sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama.

BINAAN FRASA NAMA : INTI + INTI

Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Ada dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan :

( i ) Inti + inti dengan maksud yang sama erti ( ii ) Inti + inti dengan maksud lawan erti. ( i ) INTI + INTI DENGAN MAKSUD SAMA ERTI

Perkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Sebagai contohnya :

Frasa nama

Inti tubuh rakan wang ( ii ) INTI + INTI DENGAN MAKSUD LAWAN ERTI

Inti badan taulan ringgit

Perkataan- perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanaan. Sebagai contohnya :

Frasa nama Inti kerusi lelaki jantan Inti meja perempuan betina

SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA

Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan tertentu yang mengatur kedudukan konstituen konstituennya, iaitu unsur yang hadir dahulu dan unsure yang hadir kemudian. Peraturanperaturan itu adalah seperti yang berikut : ( i ) PERATURAN D-M ( HUKUM D-M )

D-M bermaksud diterangkan ( D ) dan menerangkan ( M ). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Sebagai contohnya : Frasa nama Diterangkan ( D ) orang askar kelapa Menerangkan ( M ) lelaki Melayu sawit

Mengikut peraturan ini , penggunaan susunan unsure unsure frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-contoh yang berikut *Aminah Restoran, *Gigi Klinik, *Koh Klinik, kerana intinya terletak di bahagian belakang.

( ii ) KECUALIAN HUKUM D-M Kecualian peraturan D-M iaitu penerang memdahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Sebgai contohnya :

Frasa Nama Penerang ( P ) perdana timbalan naib ( ii ) BILANGAN DAN PANGGILAN Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti. Iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama, seperti yang terdapat dalam contoh-contoh yang berikut : Yang Diterangkan ( D ) menteri menteri presiden

( i ) BILANGAN

Frasa Nama Bilangan dua beberapa sekawan Penjodoh Bilangan orang ekor Inti calon binatang burung

( ii ) NAMA PANGGILAN DAN GELARAN Frasa Nama

Panggilan / Gelaran Puan Tun Raja

Inti Juriah Abdul Razak Zainal

( ii ) PENERANG Dalam binaan frasa nama, inti boleh menerima penerang lebh daripada satu. Namun, kehadiran penerang-penerang itu mestilah mematuhi peraturanperaturanya. Contoh penggunaanya dalam ayat-ayat seperti yang berikut: Seorang anak muda, kira-kira lapan belas tahun usianya, berseluar pendek kuning kepucatan dan berbaju singlet putih tebal berlubang-lubang, keluar dari sebelah tempat duduk drebar lori itu, diikuti pula oleh seorang perempuan orang tua berusia kira-kira lima puluh tahun berbaju kurung panjang biru kekelabuan dan berkain batik kuning tua kekelabuan juga. Daripada penggunaan frasa nama di atas, dapat sisimpulkan bahawa, ada beberapa peraturan menggunakan penerang dalam frasa nam. Antaranya adalah seperti ynag berikut : Perempuan + tua Seluar + pendek + kuning + kepucatan Baju singlet + putih + tebal + berlubang-lubang Baju kurung + panjang +m biru + kekelabuan Kain batik + kuning + tua + kekelabuan

Susunan penerang dalam frasa nama jenis ini ialah : Inti + Penerang abjektif 1 + Penerang abjektif 2 + Penerang abjektif 3

FRASA KERJA Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai intinya.Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Frasa kerja terbina daripada lima unsur, iaitu :

1. 2. 3. 4. 5.

Kata bantu Kata kerja tak transitif Objek Pelengkap Keterangan atau kata adverb

Unsur unsur ini dapat disusun dalam rentetan berikut :

Kata bantu

Kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif sebagai inti

Objek atau pelengkap

Keterangan atau adverba

Di dalam ayat, frasa kerja wujud dalam konstituen predikat. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.

( i ) FRASA KERJA TAK TRANSITIF Inti frasa kerja tak transitif adalah kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. 1. KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dapat berlaku dengan sendirinya sebagai inti frasa kerja. Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsure sebagai pelengkap. Sebagai contohnya : Subjek Frasa Nama Adik Cikgu Bayi itu Kata sedang masih sedang Predikat Frasa Kerja Kata Kerja Frasa makan di atas meja menulis di papan putih merangkak dengan laju. Nota

Maksud masih lengkap walaupun adverb digugurkan.

2. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makan yang lengkap sekiranay tidak didikuti oleh unsure pelengkap. Namun, unsure-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif adalah seperti yang berikut : Subjek Frasa Nama Mereka Ahmad Saya Predikat Frasa Kerja Pelengkap pulih penyanyi di seremban. Nota

Kata akan ingin

Kata Kerja beransur menjadi

Frasa selepas mendapat rawatan. sejak kecil lagi. Pelengkap kata abjektif Pelengkap kata nama Pelengkap frasa sendi nama

mahu menetap

Jika pelengkap dalam ruangan pelengkap digugurkan. Kata kerja tak transitif yang digunakan tidak lengkap dan sempurna maknanay.

3. KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI PENERANG Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanay menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian. Sebagai contohnya : Subjek Kata kerja Lelaki itu Kanak-kanak itu mereka FRASA KERJA TRANSITIF Frasa kerja transitif adalah terdiri daripada perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada kata nama lain. Kata nama yang dikenai oleh perbuatan itu berseluar berbaju bersawah jean. Melayu. padi. Frasa kerja Penerang

dipanggil sebagai objek. Ayat yang mempunyai kata kerja transitif memerlukan objek. Kata kerja transitif adalah kata kerja yang mempunyai perbuatan yang dilakukan oleh pelaku dan perbuatan itu dideritai oleh sesuatu objek. Oleh sebab itu, kata kerja transitif dapat dipasifkan, iaitu objek penderita perbuatan dapat dikhususkan sebagai subjek ayat. Lazimnya kata kerja transitif adalah dalam bentuk tunggal atau terbitan. Bentuk kata kerja transitif terbitan dapat dikenal pasti dengan imbuhan transitif yang digunakan, iaitu per-. kan dan i. Kata kerja transitif dalam bentuk tunggal agak sukar dikenal pasti, namun kebanyakannya menerima awalan aktif me-. Walau bagaimanpun, banyak kata kerja tak transitif seperti menangis, melompat juga menggunkan awalan me-. Ini dapat dipastikan dengan melihat sama ada kata kerja itu menerima objek. Contohnya adalah menulis, membaca, menjual dan membina. Kata kerja ini memerlukan kata nama pelaku dan mengenai kata nama objek. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa kata kerja transitif memerlukan kata nama sebagai objek. Ada dua jenis kata kerja transitif, iaitu :

1. Frasa kata kerja transitif satu objek 2. Frasa kata kerja transitif dua objek ( i ) FRASA KERJA TRANSITIF DENGAN SATU OBJEK. Contoh kata kerja transitif yang memerlukan satu objek adalah seperti berikut : Subjek Kata Nama ( Pelaku ) Kata Kerja Transitif mengarang membeli mengambil Objek surat. sayur masin. Lahuma. Predikat

Hamidah Hilmi Tuhan

Kata kerja transitif juga dapat diterbitkan daripada kata nama, kata abjektif dan kata adverb. Berikut diberi satu contoh untuk setipa jenis perkataan sebagai contoh : 1. Kata nama - Tukang memaku peti itu supaya tidak terbuka. ( paku sebagai kata nama ). 2. Kata abjektif - Emak membekukan susu yang menjadi dadih.

( beku sebagai kata abjektif ). 3. Kata abjektif - Setelah melihat kami dia melajukan motorsikalnya. ( laju sebagai kata adverb ). ( ii ) KATA KERJA TRANSITIF DENGAN DUA OBJEK Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Sebagai contohnya :

1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. 2. Wanita itu membeli baju untuk anaknya.

Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat berikut :

( a ) Ahmad menghadiahi Ali buku. ( b ) Wanita itu membelikan anaknya baju.

Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam (1) da anaknya dan baju dalam (b). Dalam binaan di atas, frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat kepada kata kerja, iaitu Ali dalam (1) dan anaknya dalam (b), manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.Apabila ayat-ayat sedemikian dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan.

1. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad. 2. Anaknya dibelikan baju oeleh wanita itu. Sebaliknya ayat-ayat pasif berikut, yang menjudulkan objek sipi, tidak dianggap gramatis.

1. *Buku dihadiahi Ali oleh Ahmad. 2. *Baju dibelikan anaknya oleh wanita itu.

Kedua-dua bentuk frasa kerja yang dibincangkan boleh mengandungi unsureunsur yang lain di dalam binaan, iaitu : ( i ) Kata Bantu ( ii ) Unsur Keterangan

( i ) FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU Dalam ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makan mengikut makan yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu,iaitu : ( i ) Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja, dan ( ii ) Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

KATA BANTU ASPEK Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan. Sebagi contohnya : Kata bantu aspek Sudah dilakukan sudah telah pernah Sedang dilakukan sedang masih mula Belum dilakukan belum akan

Kehadiran kata bantu aspek dalam ayat adalah seperti yang berikut : 1. Mereka sudah menonton wayang gambar itu. 2. Mejapahit telah melanggar Singapura. 3. Saya pernah melihat orang itu. Dalam bahasa Melayu kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan, seperti contoh di bawah ini :

( i ) Boleh Hadir Bersama-Sama Belum Masih Sudah + + + pernah belum pernah

( ii ) Tidak Boleh Hadir Bersama-Sama *akan + *belum + *telah + belum akan sedang

KATA BANTU RAGAM Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini termasuklah :

mungkin hendak mahu

boleh dapat harus

kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah seperti nyang berikut : 1. Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika. 2. Mereka mahu berikhtiar lagi. 3. Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera. Dalam bahasa Melayu kata ragam bantu tertentu boleh hadir berderetan, seperti contoh di bawah ini : ( i ) Boleh Hadir Bersama-Sama Harus + mahu Mesti + dapat Patut + boleh ( ii ) Tidak Boleh Hadir Bersama-Sama *hendak *mahu *boleh + + + mahu dapat harus

Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. Sebagai contohnya : ( i ) Kata bantu aspek + kata bantu ragam 1. Ahmad sedang hendak ke bandar ketika kami sampai. 2. Dia belum hendak makan kerana masih kenyang. 3. Aminah akan dapat tidur walaupun bilik itu panas.

( ii ) Kata bantu ragam + kata bantu aspek 1. Mereka mesti akan datang lagi 2. Mariam harus sudah tidur kerana malam sudah larut. 3. Pada waktu itu bapa mesti sudah pergi ke pejabat.

FRASA ABJEKTIF Frasa abjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata abjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.inti frasa abjektif ialah kata abjektif. Frasa abjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata abjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Unsurunsur yang membina frasa abjektif adalah seperti yang berikut : 1. 2. 3. 4. Kata bantu Kata penguat Kata abjektif Kata penguat belakang

Walau bagaimanapun, hanya kata abjektif inti yang wajib hadir. Susunan perkataan dalam frasa abjektif ini dapat dirajahkan seperti yang berikut :

Kata Bantu

Kata Penguat Depan

Kata Abjektif Inti

Kata Penguat Belakang

( i ) Frasa Abjektif Inti Satu kata abjektif dapat membentuk frasa abjektif. Sebagai contohnya : 1. Besar

2. 3. 4. 5.

Busuk Cantik Besar Marah

Perkataan-perkataan ini dapat membentuk frasa abjektif dengan sendirinya. Frasa ini dapat diperluaskan dengan menambah unsur yang terdiri kata bantu dan kata penguat. Sebagai contoh penggunaan kata abjektif sebagai frasa dalam ayat : 1. Betis anak anjing juga besar sebelah. 2. Menerangkannya, bererti mendedahkan perkara busuk di dadanya itu. 3. Rupa Siti Salina cantik.

( ii ) Kata Bantu Dengan Kata Adjektif Kata bantu yang menerangkan kata adjektif diletakkan di depan kata adjektif. Kata bantu ini dapat menjelaskan aspek kata adjektif itu. Sebagai contohnya : Sudah Belum besar kuat

Sedang merah

Contoh dalam ayat : 1. Sanah sudah besar. 2. Engkau belum kuat lagi. 3. Mereka sendiri akan tua.

( iii ) Kata Adjektif Dengan Kata Penguat. Kata penguat menerangkan makna kata adjektif. Ia member tekanan kepada makna kata adjektif itu. kata penguat yang menerangkan kata adjektif diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif itu. ada kata penguat yang tidak boleh berubah tempat. Kata penguat adalah seperti amat, sungguh, sangat, paling, sekali, terlalu, agak, dan benar. Contoh penggunaan kata penguat adalah seperti yang berikut : 1. Matanya dicelaki juga, terlalu hitam. 2. Telinga lintah-lintah itu tersangat tajam pendengarannya. 3. Apabila hatinya agak tenang, dia cuba melihat Khatijah dengan tenang hati.

Ada kata penguat yang boleh digunakan di depan kata adjektif. Sebagai contohya: 1. Perut Lahuma bertambah besar hingga terlalu besar bagaikan perut Jeha waktu mengandung Kiah Sembilan bulan. 2. Sejak Hawa dan Hawa lagi pun perempuan itu sangat lemah 3. Bendungan air hujan telah sangat berat.

Ada kala penguat yang digunakan di belakang kata adjektif. Sebagai contohnya : 1. Dia tahu bahawa apa yang diduga-duganya itu benar sungguh. 2. Lahuma suka sangat kalau berada di atas traktor itu. 3. Sejak penyakit busung mengambil tempat keadaannya tenat sangat.

( iv ) Penggunaan Kata Penguat. Hanya satu kata penguat digunakan dalam satu frasa adjektif. Ia diletakkan di depan atau di belakang kata nama. Kata penguat tidak boleh digunkan di depan dan di belakang kata adjektif sekali gus. Sebagi contohnya : 1. Terlalu marah Marah sangat Terlalu marah sangat ( tidak perlu dua penguat ) 2. Amat cantik Cantik sungguh Cukup cantik sungguh ( tidak perlu dua penguat ) 3. Cukup baik Baik sangat Cukup baik sangat ( tidak perlu dua penguat )

BINAAN FRASA ADJEKTIF Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Sebagai contohnya : Kata bantu sudah masih penguat agak Kata adjektif besar tua kecil Penguat sekali -

Seperti yang disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya : ( i ) Binaan satu perkataan ( ii ) Binaan dua perkataan.

( i ) Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong dan sebagainya. Sebagai contohnya : 1. Pelayan kedai Pak Ali rajin. 2. Kawan kawan Ahmad cerdik. 3. Adiknya sangat cergas.

Contoh-contoh di atas ialah contoh lata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. Kata adjektif juga terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya : sepandai, kemerah-merahan, terbaik, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut : 1. Aminah tidak sepandai adiknya. 2. Dalam darjah ini markah Husnilah yang terbaik. 3. Langit kemerah-merahan pada waktu kerja.

Bentuk adjektif yang berimbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di atas dibincangkan dalam bidang morfologi.

( ii ) Binaan dua perkataan Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu : ( i ) Kata Adjektif + Kata Adjektif ( ii ) Kata Adjektif + Kata Nama.

Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan.

( i ) Binaan kata adjektif + kata adjektif Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada : ( a ) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna. Sebagai contohnya : Riang gembira Letih lesu Cantil molek ( b ) Dua kata adjektif yang maknanya berlawanaan. Sebagai contohnya: Tinggi rendah Pahit manis Baik buruk ( c ) Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Sebagai contohnya: Tinggi lampai Gemuk sedempol Kaya raya

( ii ) Binaan kata adjektif + kata nama Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada : ( a ) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan :

Merah jambu Hijau daun

Biru laut

( b ) Frasa adjektif yang membawa membawa maksud kiasan : Panjang tangan Besar kepala Ringan tulang

FRASA SENDI NAMA Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah : di, ke, dari, daripada , pada, kepada, untuk, akan dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu.

BINAAN FRASA SENDI NAMA Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut : ( i ) Kata Sendi Nama + Frasa Nama ( ii ) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama ( iii ) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan ( iv ) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

( a ) Kata Sendi Nama + Frasa Nama Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Sebagai contohnya : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke Frasa Nama jambatan sekolah rendah

dari ( b ) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama

Johor bahru

Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Walau bagaimanpun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah. Sebagai contohnya : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Arah belakang dalam hujung Frasa Nama Frasa Nama rumah bilik gelap balai

di ke dari

( c ) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diiikuti keterangan, sebagai unsure frasa pilihan. Sebagai contohnya : Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Arah ke dari di negeri Jepun Johor pangkuan ibunya Frasa Nama Kata Keterangan pada tahun lalu dengan bapanya setiap waktu

( d ) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Frasa sendi nama boleh juga terbentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan. Sebagai contohnya: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama ke dari di Kata Arah selatan belakang atas Frasa Nama negeri Jerman rumah pangkuan ibu Frasa Nama Keterangan pada musim panas dengan cara tiba-tiba saban hari

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain.

( a ) Predikat Frasa Sendi Nama Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Sebagai contohnya : 1. Mereka ke sawah setiap pagi. 2. Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik 3. Surat itu daripada ibu tersayang.

( b ) Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan Frasa sendi nama boleh wujud sebagi unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. ( i ) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, hal, dan tempat. Sebagai contohnya : 1. Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. ( masa ) 2. Dia berbicara tentang perkara itu. ( hal ) 3. Budak-budak itu berehat di bawah pokok. ( tempat ) ( ii ) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif Frasa jenis ini dapat, antara lain, mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa dan tujuan. Sebagai contohnya : 1. Budak itu kurus seperti galah. ( bandingan ) 2. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. ( hal ) 3. Mereka bingung pada mulanya. ( masa ) 4. Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. ( tujuan ) ( iii ) Frasa sendi nama keterangan frasa nama Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara lain, mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan tujuan. Sebagai contohnya : 1. Ruamh-rumah di bandar tidak semuanya besar. ( tempat ) 2. Lukisan oleh Ibrahim tealh memenangi hadiah pertama. ( pembuat ) 3. Sumber bekalan air penduduk Singpura adalah dari Johor. ( sumber )

4. Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. ( masa ) 5. Kain daripada sutera mahal harganya. ( asal ) 6. Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. ( tujuan )

FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT Terdapat masalah menentukan sesuatu perkataan itu tergolong sebagai kata sendi atau kata-kata jenis lain. Masalah ini ketara bagi perkataan-perkataan yang boleh diklasifikasikan ke dalam beberapa golongan. Perkataan akan misalnya di samping berfungsi sebagai kata sendi, juga boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Sebagai contohnya:

1. Ia sangat saying akan kucingnya. ( akan sebagai kata sendi ) 2. Siti akan balik ke kampungnya besok. ( akan sebagai kata bantu aspek ) Begitu juga perkataan mengenai yang kerap berfungsi sebagai kata kerja turut boleh berfungsi sebagai kata sendi. Ayat-ayat yang berikut memperlihatkan perbezaan tersebut : 1. Tendangan itu mengenai sasaran. ( mengenai sebagai kata kerja ) 2. Dia tidak mahu lagi memperkatakan mengenai perkara itu. ( mengenai sebagai kata sendi) Terdapat juga kata sendi yang juga berfungsi sebagai kata hubun. Sebagai contohnya : 1. Buku itu untuk saya. ( untuk sebagai kata sendi ) 2. Nira dikumpul untuk dibuat manisan dan tuak. ( untuk sebagai lkata lubang ) Bagi mengenal pasti sama ada sesuatu perkataan itu berfungsi sebagai kata sendi atau tidak, kedudukan dan fungsinya dalam ayat boleh membantu. Pada umumnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam sesuatu ayat. FRASA SENDI SEBAGAI PREDIKAT Frasa sendi berfungsi sebagai predikat apabila ia hadir sebagai konstituen selepas subjek dalam ayat susunan biasa. Antara contoh ayat yang menunjukkan fungsi frasa sendi sebagai predikat diperlihatkan pada jadual di bawah ini.

Fungsi Frasa Sendi Sebagai Predikat Subjek Pak ali dan isterinya Gudangnya Isterinya Predikat ke bendang setiap pagi. di pelabuhan kelang. daripada golongan bangsawan.

BINAAN AYAT AYAT Ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, iaitu, orang, benda, tempat atau perkara yang hendak diceritakan. Predikat pula menceritakan tentang perkara tadi, iaitu tentang orang, benda, tempat, atau perbuatan perkara dalam subjek tadi. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun demikian, daripada bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya terbahagi kepada hanya dua golongan, iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan satu golongan lagi yang disebut ayat terbitan. Ayat dasar adakalanya disebut juga sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan berbagai-bagai ayat yang lain, yang disebut ayat terbitan, atau dalam istilah ilmu bahasa moden disebut ayat transformasi. Proses perubahan atau penerbitan ayat ini boleh berlaku melalui proses seperti peluasan, penggantian,pengguguran atau penyusunan semula unsur-unsur ( konstituen ) yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar. Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan, mengandungi berbagai-bagai jenis dan ragam ayat, seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat majmuk,ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.

Daripada berbagai-bagai jenis dan ragam ayat ini, kesemunya boleh bersifat ayat terbitan, tetapi hanya jenis ayat penyata dan ragam ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar. Sebagaimana yang telah dinyatakan, unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, iaitu sama ada jenis ayat tunggal atau ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : 1. Ali guru. 2. Anak itu lapar. 3. Selendang ini untuk ibu.

Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa, iaitu bentuk yang berhuruf condong dalalm contoh berikut : 1. Ali guru tetapi adiknya kerani. 2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu. 3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik. KLAUSA Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan denagan intonasi yang sempurna. Antara contoh klausa adalah seperti yang berikut : 1. Kamu pandai 2. Saya akan hadir 3. Mereka mogok Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks, seperti contoh yang berikut : 1. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. 2. Saya akan hadir kalau waktu mengizinkan. 3. Mereka mogok kerana mereka membantah sikap majikan.

Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil.

JENIS AYAT Kita juga membezakan pembentukan atau binaan ayat melalui jenis-jenisnya. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa Melayu, jenis- jenis ayat umumnya dapat dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat panyata, ayat Tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

( i ) Ayat penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Yang berikut ialah contoh-contohnya: 1. Nadiah jurutaip. 2. Dia wartawan. 3. Abdullah sedang tidur. ( ii ) Ayat Tanya Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk digunakan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis,iaitu :

( a ) Ayat Tanya tanpa kata Tanya. ( b ) Ayat Tanya dengan unsur Tanya.

( iii ) Ayat perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan (perintah ) yang digunakan. Sebagai contohnya :

1. 2. 3. 4.

Siapkan kerja itu dengan segera. ( suruhan ) Jangan berludah di sini. ( larangan ) Sila buat laporan dib alai polis. ( silaan ) Tolong tutup pintu itu. ( permintaan )

( iv ) Ayat seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Sebagai contohnya : 1. 2. 3. 4. 5. Ibu! Annakku! Comelnya! Oh, Tuhanku! Syabas, engkau telah menang.

RAGAM AYAT Satu lagi perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif dan pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif, umunya, melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan, seperti yang terdapat dalam contoh ayat yang berikut : 1. Ali membaca buku itu. Subjek objek 2. Buku itu dibaca oleh Ali. 3. Ali read the book. Subjek objek 4. The book was read by Ali. Tetapi bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Latin dan Rusia pula, hubungan ayat aktif dengan ayat pasif dilakukan melalui penandaan kasus yang berbeza pada frasa nama yang sama. Sebagai contohnya adalah seperti yang berikut : ( i ) Bahasa Latin ( a ) Magister

pueros

landat.

Guru memuji budak lelaki itu. ( ii ) Bahasa Rusia ( b ) Car soslsl Puskina. Raja Czar membuang ( negeri ) Pushkin. ( ii ) Bahasa Ingggeris The book was presented to Ahmad. Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. ( iv ) Bahasa Arab Ku-tiba alai-kum as-siyam. Difardukan kamu berpuasa.

You might also like