Refleksi PBS Sham

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI PBS 3

REFLEKSI BERDASARKAN PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN AKTIVITI SEMASA PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED EXPERIENCE).

Saya Shamsyul Izwan Bin Rosli, pelajar PISMP RBT (A) Semester Tiga di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis. Saya telah mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah Siri 3/2012 pada 18 Mac 2012 sehingga 22 Mac 2012 bersama 3 orang rakan sekelas. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah semester ini, yang saya jalani di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Sebelum pergi ke sekolah, saya telah mendapat penerangan lanjut oleh pensyarah berkenaan Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 memerlukan saya untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah, menghayati kerjaya sebagai seorang guru, mendapat pengetahuan berkenaan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah, memahami strategi pengajaran dan pembelajaran, membina keyakinan berinteraksi antara murid-murid dan guru serta banyak lagi. Saya juga dikehendaki untuk mengenalpasti, memahami dan mendapatkan maklumat serta membuat pemerhatian tentang aktiviti pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sumber pengajaran dan pembelajaran serta penerapan nilai dan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah berkenaan. Oleh yang demikian, saya sangat bersemangat untuk mengikuti pengalaman berasaskan sekolah 3 ini kerana ini merupakan pengalaman yang sangat bermanfaat bukan sahaja sebagai seorang pelajar, malah selaku bakal guru di masa hadapan. Namun, walaupun sudah kali ketiga, di dalam sanubari ini masih lagi menyatakan bahawa saya ini masih belum cukup sedia untuk mendidik anak bangsa yang akan datang. Bertepatan dengan tugasan yang diberikan pada kali ini, iaitu tentang mata pelajaran pendidikan jasmani, saya memilih sekolah tersebut kerana sekolah ini aktif dari kokurikulum, tidak kira sukan apa yang diceburi, malah cemerlang dari segi

SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI PBS 3


akademiknya. Tidak dinafikan lagi bagaimana Sekolah Kebangsaan Taman Senangan ini mendapat tawaran program Baiah (NEW DEAL) di sekolah tersebut. Sekolah ini juga merupakan sekolah anak angkat Tentera Udara Malaysia Kem Kepala Batas. Ramai diantara pelajar-pelajar anak kepada perajurit-perajurit tanah air.

SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI PBS 3

Pada permulaan PBS ini, sesudah sampai sahaja di sekolah ini, kami seakanakan dikenali oleh semua guru-guru bahawa kami adalah pelajar dari pihak IPG yang ingin menjalankan aktiviti PBS di sekolah tersebut. Kami disambut dengan senyuman dan diterima baik di sana. Sebelum kami melangkah lebih jauh di dalam kawasan sekolah tersebut, kami berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut terlebih dahulu, iaitu Encik Ramlee Bin Abu Bakar. Setelah itu, guru besar meminta kami mengikut beliau bagi menghadiri perhimpunan mingguan pada pagi itu. Beliau memperkenalkan kami di khalayak murid dan kami diterima dengan begitu baik sekali oleh murid-murid sekolah tersebut. Pada hari kedua PBS pula, kami telah menemubual beberapa orang guru di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah tersebut. Para guru telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Pada hari tersebut juga, kami diberi peluang oleh mentor untuk menggunakan masa di kelas beliau. Kami telah masuk ke kelas dan berinteraksi dengan murid secara realiti Sememangnya amat seronok kerana saya telah mendapat pengalaman eperti itu walaupun belum lagi menjadi guru yang sebenar. Tugasan PBS diteruskan lagi pada hari berikutnya. Kami telah menemubual Guru Kanan Kokurikulum di sekolah ini untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kokurikulum di sana. Kami juga telah menemu ramah pengusaha kantin, pengawal keselamatan dan guru kaunseling di sana untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara berkaitan dengan lebih lanjut di sekolah tersebut. En Rushidi ini merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dengan kerjanya. Beliau menerangkan bahawa beliau sedang membiasakan diri dengan sistem baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran yakni sistem Kurikulum Semasa Sekolah Rendah (KSSR) untuk disuntik dalam pembelajaran murid-murid. Dan alhamdullilah, beliau menyatakan bahawa keputusannya produk ini lebih baik diterima oleh pelajar jika dibandingkan dengan produk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI PBS 3


Setiap hari berada di sekolah tersebut, pemikiran saya menjadi lebih matang dan lebih rasional apabila melihat murid-murid yang akan mentadbir negara pada masa depan kelak. Melihat wajah murid-murid yang dahagakan ilmu dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi menambahkan lagi minat saya untuk menjadi seorang guru yang lebih dedikasi dan berintegriti. Pada hari terakhir PBS kami, kami telah masuk ke kelas sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada murid-murid di sana atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang tugasan PBS kami dijalankan. Setelah itu, kami telah berjumpa dengan para guru di sana untuk melahirkan rasa terima kasih kami atas segala tunjuk ajar dan petua-petua yang diberikan yang mungkin pada suatu hari dapat di aplikasikan oleh kami semua ketika sudah bergelar sebagai seorang pendidik nanti. Selain itu, program ini juga dapat melatih saya sebagai seorang bakal guru untuk menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah dan seterusnya pula mendapat

pendedahan awal mengenai pembelajaran murid. Saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran dan membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, kakitangan sekolah tersebut. Melalui program PBS ini, saya mendapat kefahaman awal tentang alam

persekolahan dari perspektif seorang guru. Program PBS ini juga, memberi peluang kepada saya untuk memahami bahawa sekolah sebagai institusi pendidikan dan

peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi, dan interaksi dengan para guru dan komuniti sekolah di sana. Melalui program ini juga, saya dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pembelajaran. Seterusnya, saya dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah tersebut. Pembinaan kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan pengajaran dan

analitikal juga dapat di pupuk melalui program PBS ini. Sikap positif terhadap profesion keguruan juga dapat di semai dalam diri saya sepanjang program PBS ini di jalankan.

SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI PBS 3


Program PBS ini juga dapat melatih saya untuk membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru. Sememangnya tanggungjawab seorang guru itu sangat besar dan tidak boleh di anggap remeh. Akhir sekali, saya juga dapat, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi. Ringkasnya dengan menjalani program PBS ini, saya akan lebih memahami bagaimana seorang guru itu mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

Sekian, terima kasih. Yang Benar,

. (SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI)

You might also like