Professional Documents
Culture Documents
Assiment Moral Asal-Usul
Assiment Moral Asal-Usul
Assiment Moral Asal-Usul
2.1
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
a) Kerajaan Kedah Tua -Tumpuan pedagang India dari Teluk Benggala. Di puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai tanda arah bagi kapal yang berlabuh. Pelabuhan Sungai Merbuk menjadi pusat penumpuan dan pengagihan barang. Pada abad ke-9, Kedah diserang oleh Kerajaan Chola dari India Selatan.
b) Kerajaan Langkasuka -Kerajaan ini terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu daerah Patani. Terdapat banyak bekalan bahan makanan dan air di kawasan tersebut. Kerajaan ini juga menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu badak yang ditukar dengan saudagar China untuk kain sutera,kapas dan tembikar.
c) Kerajaan Funan -Kerajaan ini terletak di Sungai Mekong dan kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara. Pada abad ke-3, kerajaan Funan (Fang-Shih-Man) menakluki Utara Tanah Melayu dan menguasai pelabuhan. Abad ke-6 pula, kerajaan Chen Ha menewaskan Kerajaan Funan dan mendirikan kerajaan Khmer.
d) Kerajaan Srivijaya -Pada abad ke-7, muncul kerajaan Srivijaya yang menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan Selat Melaka. Pada abad ke-11, mereka telah menguasai Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan. Pada abad ke-13, pemberontakan yang berlaku telah melemahkan kuasa kerajaan Srivijaya dan membuka ruang untuk kemunculan kerajaan Majapahit dan Empayar Siam.
e) Kerajaan Majapahit -Kerajaan ini telah berpusat di Jawa Timur di bawah pimpinan Gajah Mada. Kerajaan ini juga telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan Jawa Barat. Setelah kematian Gajah Mada, keagungan kerajaan telah merosot.
f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka -Kerajaan ini berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1395. Parameswara terlibat dalam pemberontakan menetang pemerintahan Majapahit dan melarikan diri dari Temasik serta membunuh pemerintah Temasik. Malah pemerintahan Siam marah dan menghantar tentera menangkap Parmeswara. Parameswara dan pengikut melarikan diri ke Muar dan ke Melaka. Kemudian beliau telah mengistiharkan diri sebagai Raja Melaka. Bagi menghadapi ancaman Siam, mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Kerajaan tersebut telah berkembang pesat sehingga jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
2.2 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN MASYARAKAT (a) Adat resam kaum melayu
-Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Setiap kaum mengamalkan agama,bahasa, adat resam dan kebudayaan masing-masing. -Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsurunsur Islam.