Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

PIM 3107

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM


Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isuisu akhlak dalam masyarakat

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini pelajar akan dapat 1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam. 2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral 3. Mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak mazmumah

Definisi akhlak
Dari sudut bahasa berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Kamus Dewan: budi pekerti,kelakuan,tabiat. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Miqdad Yalchin: akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut; sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan, ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat; dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.

Definisi akhlak
Al-Ghazali: satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam Islam, sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah SWT.

Definisi akhlak
Dari sudut istilah segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk. Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama.

Konsep akhlak
al-Maududi mengatakan bahawa : Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. (Mustafa Daud,1998) Justeru itu al-Quran menggunakan istilah almaruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-munkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk.

Konsep akhlak
Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji. Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Kesimpulan
Akhlak memberi maksud keperibadian, sahsiah dan tingkah laku yang telah menjadi adat kebiasaan, yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya, diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar. Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah, jujur, sabar, menepati janji, murah hati, kasih sayang, pemaaf dan adil. Manakala akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong, dengki, angkuh, mungkir janji, tidak amanah, mengumpat, menghina dan sebagainya.

You might also like