Sejarah-Skema Modul PNP t4 Bab 3 2013

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA SOALAN STRUKTUR 1.1 BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL Objektif pembelajaran: 1.

Menyenaraikan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara 2. Menyenaraikan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim 1 Nyatakan maksud kerajaan agraria. (m/s 75) (a) Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai (b) Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai dan kawasan pedalaman (c) Seperti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi (d) Contoh kerajaan seperti Dvaravati, Taruma, Sailendra, Angkor, Sukhotai dan Funan Nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria. (m/s 75-76) (a) Terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai (b) Menanam padi sawah dan padi huma (c) Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran (d) Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam (e) Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan (f) Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan (g) Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai (h) Mendapatkan kulit kura-kura (i) Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam (j) Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim (k) Pembinaan sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap (l) Raja terlibat dalam pembinaan pengairan (m) Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan Apakah faktorr perkembangan kerajaan Angkor? (m/s 77) (a) Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap (b) Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan (c) Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan (d) Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah (e) Hasil padi dapat menampung keperluan beras (f) Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap (g) Tanah sekitar yang subur (h) Iklim panas lembap sepanjang tahun

(i) (j) 4

Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap

Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap? (m/s 77) (a) Membekalkan sumber air minuman (b) Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas (c) Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur (d) Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik (e) Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan (f) Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor Senaraikan contoh kerajaan-kerajaan maritim. (m/s 78) (a) Langkasuka (b) Kataha/ Kedah Tua (c) Chih-Tu (d) Srivijaya (e) Mo-lo-yu (f) Kalah (g) Fo-lo-an (h) Peng-keng (i) Tiumah Apakah hasil tempatan yang diperdagangkan oleh kerajaan maritim? (m/s 78) (a) Emas (b) Bijih timah (c) Hasil hutan (d) Hasil laut (e) Makanan Nyatakan faktor kemajuan kerajaan Kedah Tua. (m/s 79) (a) Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal (b) Kedudukan yang strategik dilaluan Selat Melaka (c) Terlindung daripada tiupan angin. (d) Memperoleh barang dagangan dari luar (e) Kemudahan menyimpan barang dagangan (f) Kekayaan hasil hutan seperti damar dan rotan (g) Kekayaan sumber bumi seperti bijih timah (h) Sebuah pelabuhan entreport dan tertua

Senaraikan tiga bukti pelabuhan Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan entreport. (m/s 79) (a) Tembikar China (b) Pelita tembaga dari Timur Tengah (c) Tembikar dari Timur Tengah (d) Manik dari India Apakah barang dagangan yang diperoleh dari negara luar oleh kerajaan maritim? (m/s 79) (a) Kain (b) Kapas (c) Sutera (d) Teh (e) Tembikar (f) Kaca (g) Manik Mengapakah kerajaan agraria dan kerajaan Maritim saling bergantung antara satu sama lain? (m/s 83) (a) Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim (b) Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India (c) Kerajaan agraria membekalkan beras dan hasil hutan kepada kerajaan maritim (d) Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria (e) Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan agraria (f) Kerajaan maritim memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja (g) Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir.

10

1.2 PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL Objektif pembelajaran: 1. Menyenaraikan pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun awal di Asia Tenggara 1 Nyatakan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal. (m/s 84) (a) Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara (b) Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya (c) Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta (d) Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

Apakah pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal? (m/s 85) (a) Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah (b) Raja berada di puncak pemerintahan (c) Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar dan Brahmin (d) Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara (e) Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan (f) Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan (g) Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah (h) Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja (i) Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan (j) Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin (k) Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos Apakah maksud monumen? (m/s 88) (a) Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting (b) Monumen boleh berupa candi, kuil, wat, stupa, arca atau patung Nyatakan fungsi candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara. (m/s 88) (a) Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha (b) Sebagai rumah ibadat (c) Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya (d) Tempat menyimpan patung dewa utama (e) Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya (f) Melambangkan orde kosmos Nyatakan ciri-ciri Angkor Wat. (m/s 90) (a) Dibina untuk agama Hindu (b) Terletak enam kilometer ke utara Siem Reap (c) Melambangkan orde kosmos (d) Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar (e) Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat (f) Setiap sudut mempunyai menara (g) Bahagian luar terdapat tembok (h) Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata Nyatakan ciri-ciri Candi Borobudur. (m/s 90) (a) Mewakili agama Buddha (b) Terbahagi kepada tiga tingkat (c) Melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna

(d) (e) (f) 7

Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha Dibina selama 75 tahun

Berikan lokasi penemuan batu bersurat di Asia Tenggara. (m/s 92) (a) Kutei, Kalimantan (b) Sungai Mas (Kedah Tua) (c) Palembang Nyatakan perkataan Sanskrit yang mengalami penyesuaian dengan Bahasa Melayu pada hari ini. (m/s 93) (a) dosa (b) dukkha (c) dorhaka (d) manusa (e) phala (f) rupa (g) samsara (h) aksara Apakah kepentingan bahasa Sanskrit? (m/s 93) (a) Meningkatkan bidang intelek masyarakat (b) Merupakan bahasa keagamaan (c) Diserap ke bahasa Melayu (d) Digunakan untuk menulis epik Hindu (e) Sebagai bahasa ilmu (f) Sebagai bahasa komunikasi Apakah pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan? (m/s 93) (a) Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata serta Puranas (b) Menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara (c) Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa (d) Seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma (e) Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit (f) Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan (g) Seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba. (h) Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

10

SOALAN ESEI 1 Kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua merupakan kerajaan maritim yang terkenal di Asia Tenggara (a) Terangkan sebab pelabuhan Srivijaya menjadi terkenal. Tema Kedudukan Selat Laluan Pelabuhan Persinggahan Tentera orang laut Keselamatan Hasil Dibekalkan Kapal Hubungan Huraian Kedudukannya yang strategik Terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda Di laluan perdagangan antara China dan India Pelabuhan yang baik Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China. Memiliki bala tentera laut yang besar Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut Mengawal keselamatan kerajaan. Terdapat hasil dan barangan untuk dijual diperdagangan antarabangsa Dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya. Mampu menghasilkan kapal besar Mempunyai hubungan perdagangan dengan Kedah Tua [8 markah]

(b)

Nyatakan faktor perkembangan pelabuhan Kedah Tua. Tema Gunung Kedudukan Terlindung Barang Kemudahan Huraian Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal Kedudukan yang strategik dilaluan Selat Melaka Terlindung daripada tiupan angin. Memperoleh barang dagangan dari luar seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar dan kaca Kemudahan menyimpan barang dagangan

hasil hutan sumber bumi Pelabuhan Hubungan

Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan Kekayaan sumber bumi seperti bijih timah Sebuah pelabuhan entreport dan tertua Mempunyai hubungan dengan Srivijaya [8 markah]

(c)

Berikan sebab kerajaan Maritim dan kerajaan Agraria saling melengkapi. Tema tenaga kerja Beras Kayu Gajah Tukang Makanan barang mewah Tembikar Huraian Agraria membekalkan tenaga kerja yang mencukupi Agraria membekalkan beras dan sumber makanan utama Agraria membekalkan kayu untuk membuat kapal Agraria membekalkan gajah untuk kenderaan raja Agraria menyediakan tukang kayu dan batu Agraria membekalkan makanan dan hasil hutan Maritim membekalkan barang mewah Maritim membekalkan tembikar, gelas dan manik
[4 markah]

Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha telah mempengaruhi bidang sosio budaya masyarakat di Asia Tenggara. (a) Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal AsiaTenggara? Tema Merekodkan Pencapaian Batu bersurat Agama Pemerintahan Huraian Untuk merekodkan ilmu pengetahuan Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat Tentang agama seperti Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha Pemerintahan raja seperti batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang

Kemahiran Arahan Keagamaan Bacaan Perbendaharaan Ilmu kesusasteraan Puisi Penceritaan Tempatan

Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di Lembah Bujang Bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama Bacaan mentera dalam upacara keagamaan Perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa dan sengsara Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal Pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas Pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma Penceritaan lisan dan wayang kulit Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama [10 markah]

(b)

Jelaskan penggunaan bahasa Sanskrit dalam bidang kesusasteraan di Asia Tenggara. Tema Kitab Mitos Kesusasteraan Puisi Penceritaan Teater Naskah Huraian Terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil Epik Ramayana dan Mahabharata menyumbangkan kepada unsur mitos Mempengaruhi kesusasteraan klasik Banyak digunakan dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna Bahasa Sanskrit digunakan dalam penceritaan lisan Disampaikan melalui teater seperti wayang kulit Mahabharata melahirkan naskah yang diadun dengan unsur tempatan

Hikayat Epik

Menghasilkan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba Penulisan Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama [6 markah]

(c)

Sebagai rakyat Malaysia bagaimana anda memartabatkan Bahasa Kebangsaan? Tema Komunikasi Sebutan Mempelajari Membaca Urusan Huraian Digunakan semasa berkomunikasi Menggunakan dengan sebutan yang betul dan baku Mempelajari dengan lebih mendalam Banyak membaca buku dalam bahasa Melayu Digunakan dalam urusan kerja (Mana-mana jawapan munasabah) [4 markah]

You might also like