Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk : Akibat Curi Tulang Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih tuan pengacara majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan semua. Pada hari ini saya akan menyampaikan satu cerita yang bertajuk Akibat Curi Tulang Kawan-kawan tahu apa maksud curi tulang???? Kalau nak tahudengarkan cerita saya ini. Kisahnya bermula di sebuah hutan Empat ekor haiwan iaitu Sang Kancil, Sang Beruang, Sang Monyet, dan Sang Tupai bersahabat baik. Mereka tinggal di dalam hutan yang besar dan tebal. Pada suatu hari, mereka hendak keluar mencari makanan. Namun, Sang Tupai tidak dapat ikut serta kerana kurang sihat. Jadi, mereka terpaksa meninggalkan Sang Tupai sendirian. Kasihan Sang Tupai terpaksa tinggal sendirian. Apa kata Sang Monyet tolong temankannya? Cadang Sang Kancil. Sang Beruang dan Sang Monyet bersetuju dengan cadangan itu. Maka tinggallah Sang Monyet menemani Sang Tupai. Sang Kancil dan Sang Beruang pun memulakan perjalanan untuk mencari makanan. Apabila mereka hilang daripada pandangan , Sang Tupai melompatlompat dengan gembira. Sang Monyet terkejut melihat telatah Sang Tupai. Rupa-rupanya Sang Tupai hanya berpura-pura sakit kerana malas hendak mencari makanan. Sang Tupai memujuk Sang Monyet supaya bersubahat dengannya. Sang Monyet termakan pujukan sahabatnya itu. Apalagi.mereka pun tidur di bawah pokok sementara menunggu makanan tiba. Kawan-kawanmahu tahu apa yang berlaku seterusnya. Tidak lama kemudian, Sang kancil dan Sang Beruang pun pulang dengan membawa pelbagai jenis buah-buahan segar. Sang Tupai dan Sang Monyet berasa gembira kerana tidak perlu bersusah payah

mencari makanan. Mereka makan dengan sepuas-puasnya hingga kekenyangan. Keesokan harinya, Sang kancil dan Sang Beruang bersiap sedia hendak mencari makanan. Pada kali ini , Sang Monyet pula yang berpura-pura sakit. Sang Tupai beria-ia hendak menemani Sang Monyet. Selepas Sang kancil dan Sang Beruang pergi, Sang Monyet dan Sang Tupai sekali lagi melompat-lompat gembira kerana tidak perlu keluar mencari makanan. Seperti biasaSang Monyet dan Sang Tupai pun tidur dengan nyenyaknya. Ya kawan-kawan.tanpa disedari, rupa-rupanya mereka diperhatikan oleh Sang Sawa dan Sang Belang. Tanpa membuang masa, Sang Sawa terus membelit Sang Tupai manakala Sang Belang pula memijak ekor Sang Monyet. Sang Monyet kesakitan dan tidak dapat melepaskan diri lagi. Tolong! Tolong! jerit Sang Tupai dan Sang Monyet. Mereka sangat takut. Mereka tidak mahu menjadi makanan bagi Sang Sawa dan Sang Belang yang ganas itu. Kawan-kawanapa agaknya yang berlaku seterusnya. Haaaa.tiba-tiba kepala Sang Sawa dan Sang Belang dipukul dengan sebatang kayu. Siapa pula yang memukulnya??? Ohhhhhhrupa-rupanya, Sang Kancil dan Sang Beruang yang memukul kepala Sang Sawa dan Sang Belang. Sang Sawa dan Sang Belang terus pergi dari situ dalam kesakitan dan ketakutan. Sang Tupai dan Sang Monyet berterima kasih kepada Sang kancil dan Sang Beruang kerana menyelamatkan mereka. Mereka menyesal dengan sikap mereka yang malas dan tidak mahu berusaha. Mereka berjanji tidak akan curi tulang lagi. Sang kancil dan Sang Beruang telah memaafkan Sang Tupai dan Sang Monyet. Sejak peristiwa itu mereka akan keluar mencari makanan bersama-sama. Bukan itu sahaja, mereka saling membantu antara

satu sama lain. Bak kata pepatahringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Baiklah kawan-kawan, Terdapat beberapa pengajaran daripada cerita yang saya sampaikan tadi. Kita janganlah bersikap malas dan suka menipu orang lainkerana kita yang akan rugi. Selain itu kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan jangan hanya berharap kepada orang lain sahaja. Sebelum mengakhiri cerita ini, dengarkan dendangan lagu dari saya Kawan, dengarkan nasihatku Janganlah kita suka menipu.. Hiduplah dengan saling membantu Supaya kita tenang selalu.. Sekian, terima kasih.

You might also like