WAJ3115 BMK & Pro Forma (Complete Series)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 83

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 WAJ3115

(TESL) SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Fungsi Bahasa Melayu 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Perdagangan

Tajuk 2: Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Takrif Budi Takrif Bahasa Takrif Budi Bahasa Ciri-ciri Budi Bahasa

Tajuk 3: Kesantunan Bahasa Melayu 3.0 3.1 3.2 3.3 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Konsep Kesantunan Kesantunan Verbal Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Tajuk 4: Sistem Sapaan 4.0 Sinopsis 4.1 Hasil Pembelajaran 4.2 Kerangka Tajuk 4.3 Kandungan Isi Kata Panggilan dalam Keluarga Kata Panggilan dalam Masyarakat Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

Protokol:

Tajuk 5: Gaya Bahasa 5.0 Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Kandungan Isi Diksi Metafora Simile Hiperbola Personafikasi Imejan Paradoks Simbol Ambiguiti Konotatif

ii

6.0

Denotatif Bahasa sindiran dan kiasan Peribahasa

Tajuk 5: Gaya Bahasa Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Kandungan Isi

Tajuk 6: Laras Bahasa 6.1 Sinopsis 6.1 Hasil Pembelajaran 6.2 Kerangka Tajuk 6.3 Kandungan Isi Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa Agama Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi dan lain-lain) MatematikTeknologi (pertanian, kejuruteraan, masakan dan lain-lain) Kreatif Media/Multimedia Undang-undang Ekonomi Sukan Politik Tajuk 7: Wacana 7.1 Sinopsis 7.1 Hasil Pembelajaran 7.2 Kerangka Tajuk 7.3 Kandungan Isi Konsep Ciri Wacana Jenis Wacana Penanda Wacana Keutuhan Wacana

iii

Tajuk 8: Wacana 8.1 Sinopsis 8.1 Hasil Pembelajaran 8.2 Kerangka Tajuk 8.3 Kandungan Isi Analisis Kesilapan Tatabahasa Sebutan Ejaan dan Tanda Baca Morfologi dan Sintaksis Semantik

Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

iv

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan; menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu; menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA RASMI

BAHASA PERPADUAN

BAHASA PENGANTAR

BAHASA ILMU

BAHASA PERDAGANGAN

KANDUNGAN ISI Pengenalan Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau Melayu. Setelah merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjalankan dua tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di Malaysia, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Fungsi Bahasa Melayu o Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar (1993), mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa tempatan atau bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas penggunaannya. Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri kebangsaan negara berkenaan di samping berpotensi besar untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara tersebut. Contohnya di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan disebabkan bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan sebagai alat perhubungan dalam kalangan penduduknya. Walaupun bahasabahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh sebahagian rakyat Malaysia, namun bahasa tersebut tidak memperlihatkan identiti kebangsaan bagi negara Malaysia kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa pendatang. o Bahasa Rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar (1993) berpendapat, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Bahasa rasmi ti dak semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini penggunaannya semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak semestinya bahasa tempatan atau peribumi tetapi boleh dipilih daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh bahasa Melayu.

Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan.

o Bahasa Perpaduan Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk). Ini bermakna bahasa Melayu adalah merupakan agen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin (2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di Malaysia adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering dilaungkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ?

o Bahasa Pengantar Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1981 iaitu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat persekolahan. Manakala pada tahun 1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana universiti ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggalnya. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. o Bahasa Ilmu Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna bahasa Melayu telah berada pada tahap yang tinggi dan seiring dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak. Bagi mencapai tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), keintelektualan bahasa dicapai

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur

tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. o Bahasa Perdagangan Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya. Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan bergantung pada sejauh mana penutur-penutur bahasa ini menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka bahasa yang digunakan akan berkembang dan menjadi alat komunikasi utama. Contohnya, bahasa Inggeris telah menjadi pilihan utama para perdagang pada masa kini kerana besarnya jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan negaranegara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara kita.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan peranan anda sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun. Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.

TAMAT

Rujukan: Asmah Hj. Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nuraini Yusoff et al., (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Saat Md. Yasin, (2007). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN MALAYSIA

SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi, bahasa dan budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. Turut dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep budi, bahasa dan konsep budi bahasa; menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa; menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi Bahasa

Ciri-Ciri Budi Bahasa

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa, gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya. Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. Kegagalan seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya sendiri. Sebaliknya, jika kita berkebolehan menguasai hubungan sosial ini dengan baik, maka kita akan dihormati dan berjaya dalam hidup. Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi keutamaan. Sebab itu ada bidalan: Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai membawa diri. Tetapi, semakin maju masyarakat, sistem budi bahasa juga berubah, semakin tinggi tahap ekonomi, semakin cenderung manusia untuk memandang ke atas. Walaupun budi bahasa masih menjadi keutamaan, kalau ada harta lebih dihormati. Namun, dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra masyarakat negara Malaysia.

Takrif Budi Menurut Asma Abdullah (2009), budi ditakrifkan sebagai intelek atau kebaikan. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan mereka, dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang lain. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam pantun Melayu berikut: Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati Tegak rumah kerana sendi, tegak manusia kerana budi.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke atas pemahaman yang rasional semata-mata. Budi menghendaki manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan yang sewajarnya terhadap rasa, adalah konsep kognitif. Rasional membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati perut. Menurut Noriati (2002), budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai dan akhlak yang baik. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan tingkah laku yang baik. Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati dan berhati perut. Budi ialah satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan, perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia. Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan corak akhlak dan nilai manusia. Kesimpulannya, seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu, bijak, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal. Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang terpuji seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata, tetapi perlu memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Takrif Bahasa Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang mereka miliki bersama. (Soenjono Dardjowidjojo,2007) Selain itu, terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud bahasa; a. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi (Finocchiaro,1964). b. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh, 1972). c. Menurut Kamus Linguistik (1997), bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi. d. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar Simanjuntak, 1987) Dalam konteks dunia pendidikan, Nik Safiah Karim (2002)

mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan pelajar memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Hasilnya pelajar dapat berinteraksi, memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, merujuk dan berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Dalam bidang maklumat, bahasa merujuk kepada keupayaan pe lajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Proses mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Maklumat boleh diterokai melalui aktiviti mendengar, membaca dan mengakses maklumat daripada multimedia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan maklumat. Dalam bidang estetik pula, melalui bahasa pelajar dapat meni kmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa masyarakat Malaysia. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Takrif Budi Bahasa Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya, komunikasi dan hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun, menghormati tetamu atau pelanggan, menunjukkan sikap mesra pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan martabat budaya bangsa (Abd. Rahim Abd Rashid, 2006) Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) difahami. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Sesuai dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan maruah orang lain, aspek budi bahasa ini dititikberatkan. Perkara penting bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan kata-kata. Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik, penuh kehalusan, tertib, mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain. Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan dianggap biadap. Oleh itu, kemahiran berbahasa penting dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni dalam kelompok. Umumnya setiap gerak laku, tuturkata, tatacara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, mulia, setia, malu sabar dan sopan.

Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ?

Ciri-Ciri Budi Bahasa 1. Sifat Merendah Diri Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa berkomunikasi. Lebih banyak mendengar daripada berbicara. 2. Bersifat Sabar Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 3. Bersikap Positif Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran yang positif. 4. Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati budi masing-masing. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain. 5. Tertib dan Bersopan santun. Menunjukkan sikap menghormati orang lain, peramah, mesra dan manis tutur kata. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan ciri-ciri budi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan selanjutnya.

Latihan 2 Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Hilangkan stres seketika, sambil hayati pantun budi. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi; Emas merah ada harga, Budi bahasa bernilai abadi. Diribut runduklah padi, Dicupak Datuk Temenggung; Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak ke mari tanggung

TAMAT

Rujukan: Abd. Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Dist. Asma Abdullah. (2009). Ke Arah Glokal Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Naffi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS. Noriati dan Sanat. (2002). Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 3 KESANTUNAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan kesantunan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu konsep kesantunan, kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa tubuh).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep kesantunan; menyatakan takrif kesantunan verbal dan bukan verbal. memberi contoh kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa tubuh).

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Kesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dalam bahasa Melayu. Cara sapaan tersebut diucap atau

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ditulis dengan sopan santun supaya pengucap atau penulis berkenaan tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Dalam erti kata lain kesantunan bermaksud kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam kesantunan agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, mencemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Konsep Kesantunan Kesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipenuhi oleh norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang akan diguna pakai. Selain itu, terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan konsep dan takrif kesantunan;

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) (a) Abdull Sukor Shaari et al. (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. (b) Noresah Baharom et al. (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai perihal santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti). (c) Amat Juhari Moain (1992), pula berpendapat kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. (d) Menurut Asmah Hj. Omar (2000) pula, kesantunan melibatkan kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah dan martabat itu berbeza dengan bahasa tubuh berasaskan keinginan mencapai sesuatu. (e) Noriati A. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Oleh itu, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar perkara yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis. Sehubungan dengan kesantunan orang Melayu, mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan tidak sopan dianggap berperangai rendah.

Layari laman web berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik, senaraikan ciri-ciri kesantunan bahasa.

Kesantunan Verbal Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Berkomunikasi jenis ini banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain samada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Perhubungan antara kita dengan orang lain itu melalui proses komunikasi secara verbal. Dengan ini dapatlah kita berkongsi atau bertukar-tukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain. Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Kedua-dua tajuk ini akan dihuraikan dalam tajuk empat nanti.

Kesantunan Verbal dan Persekitaran Guru o Kesantunan Menggunakan Telefon Semasa menjawab telefon Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon. Contohnya: (a) (b) (c) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor IPG Kampus Raja Melewar. Puan Nadia bercakap. Boleh saya bantu? Hello ... Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar. Puan Masitah bercakap. Boleh saya bantu? Hello ... Selamat Petang, Unit LDP JPNS. Puan Normala pegawai bertugas sedia membantu. Semasa membuat penggilan Selepas ungkapan hello, mulakan dengan buat semakan untuk mempastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul. Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. Contoh: (a) Hello Unit Stor, Puan Masita dari Pusat Sumber. Boleh saya bercakap dengan Puan Nadia? . Terima kasih. (b) Hello Unit Pentadbiran. Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa Inggeris. Izinkan saya bercakap dengan Puan Faezah ? . Terima kasih. o Kesantunan bahasa di kaunter Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Contoh: Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu? Terima kasih, jumpa lagi.

o Kesantunan bahasa di pintu masuk Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh:

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) (a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu? (b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih. (c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk. (d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan. Selamat jalan.. o Kesantunan bahasa di tempat letak kereta Contoh: (a) (b) (c) Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan. Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana. Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkan masuk.

Buat rujukan di perpustakaan. Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang kesantunan verbal. Kemudian buat peta minda untuk memudahkan pemahaman.

Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh) Istilah bukan verbal ialah istilah popular untuk beberapa istilah lain seperti nonverbal, BL (body language), bahasa badan dan bahasa tubuh. Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemah maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri,

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) roman (rupa) muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada mesej yang diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. Ada empat jenis pergerakan anggota badan manusia yang menyumbang kepada pelaksanaan bahasa tubuh, iaitu: o Gerak Anggota Badan Peranan gerak anggota badan penting dalam komunikasi tanpa lisan. Oleh itu, pergerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej secara lebih berkesan semasa proses berkomunikasi berlaku. Biasanya pergerakan anggota badan perlulah sejagat dan boleh difahami oleh semua orang sebelum berkomunikasi. Contohnya: Menggelengkan kepala bermaksud tidak setuju atau berminat. Membesarkan kelopak mata bermaksud geram atau marah. Hentak kaki untuk maksud penegasan, larangan dan lain-lain.

o Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya: Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata semasa bercakap, menunjukkan berminat tetapi malu atau tidak tenteram perasaannya. o Gerakan Tangan Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang budaya. Gerak

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat

mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Contohnya: Isyarat gerakan tangan yang digunakan menggunakan gaya tersendiri semasa berpidato untuk menyampaikan maksud tertentu. Meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermaksud diam. Menggenggam tangan menunjukkan maksud geram atau amaran. Semasa bercakap, seseorang gemar menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan. o Memek Muka Memek muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemah maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Memek muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya: Berdasarkan memek muka orang yang sedang berinteraksi dengan kita, lazimnya kita akan mengetahui maklumat tersurat dan tersirat. Memek muka juga menggambarkan keperibadian seseorang seperti lemah-lembut, bengis atau penyayang. Memek muka juga menggambarkan perasaan sebenar penutur semasa berinteraksi seperti sedih atau gembira.

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL


SINOPSIS Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu; menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat; memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SISTEM SAPAAN

KATA PANGGILAN DALAM KELUARGA

KATA PANGGILAN DALAM MASYARAKAT

PROTOKOL PANGGILAN DALAM MAJLIS RASMI

24

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan Apakah maksud bahasa sapaan ? Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap. Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa. b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Keluarga Sedarah Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.

25

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

i.

Keluarga asas
PANGGILAN Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Ketua keluarga lelaki

Ketua keluarga perempuan

PANGGILAN Long Ngah Lang Uda Andak Teh Busu

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Anak sulung / anak pertama Anak kedua Anak ketiga Anak keempat Anak kelima Anak keenam Anak Bongsu / anak terakhir

CARA MENYEBUT Bang Long, Kak long Bang Ngah, Kak Ngah Bang Lang, Kak Lang Bang Uda, Kak Uda Bang Andak, Kak Andak Bang Teh, Kak Teh Busu, Kak Su

PANGGILAN Abang

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

CARA MENYEBUT Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan

Kakak

Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu

26

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

ii.

Keluarga Suku / Perut

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahliahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga. KELUARGA ASAS Bang Long / Kak Long Bang Ngah / Kak Ngah Bang Lang / Kak Lang Bang Uda / Kak Uda Bang / Kak Andak Bang Teh / Kak Teh Bang Busu / Kak Su KELUARGA SUKU / PERUT Pak Long / Mak Long Pak Ngah / Mak Ngah Pak Lang / Mak Lang Pak Uda / Mak Uda Pak Andak / Mak Andak Pak Teh / Mak Teh Pak Busu / Mak Busu

PANGGILAN Abang sepupu Kakak sepupu

GELARAN Sepupu selari lelaki Sepupu selari perempuan

CARA MENYEBUT Abang + nama Contoh : Abang Ali Kakak + nama Contoh : Kak Lili

Bapa saudara Sepupu lelaki kepada ibu atau Sama seperti sepupu bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim Emak saudara Sepupu perempuan kepada ibu Sama seperti sepupu dan bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah

27

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PANGGILAN Anak sepupu

GELARAN

CARA MENYEBUT

Anak saudara sepupu ( lelaki / Bahasa sapaan nama ( perempuan) tidak mengira umur ) Contoh : Milah, Ahmad Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur) Contoh : Amin , Hasnah

Cucu saudara

iii)

Keluarga Turun-temurun Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 ) PANGGILAN Onyang, moyang CARA MENYEBUT Generasi yang lebih tua sama Moyang , onyang ada lelaki/ perempuan sebelum Datuk, tok , tok wan GELARAN

Datuk, tok, tok Generasi lelaki wan keluarga asas

Mak tok, nenek, Generasi perempuan Mak tok, nenek, opah, wan sebelum keluarga asas opah, wan Datuk saudara Nenek saudara Saudara kandung Datuk, tok lelakisebelah datuk dan nenek Saudara kandung perempuan Nenek, nek, datuk, sebelah datuk dan nenek tok Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu. Contoh : Bang Long Bang Ngah

Cucu

28

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

b.

Keluarga Semenda Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan. PANGGILAN Ayah/ mertua GELARAN CARA MENYEBUT

emak Ibu bapa kepada suami atau Ayah, bapak/ ibu, isteri emak Suami atau anak sendiri isteri kepada Memanggil nama anak menantu tersebut Abang serta nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga serta nama : Alang Hamid Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh

Anak menantu

Ipar

Abang/ adik suami atau isteri

Ipar-duai / ipar- Sepupu suami atau sepupu Sama seperti kata lamai isteri sapaan bagi panggilan ipar. Biras Suami / isteri kepada abang / Sama seperti kata kakak / adik ipar sapaan bagi panggilan ipar Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang

Suami / isteri

29

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT Yang Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along, Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya

c.

Keluarga Angkat Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga: i) Anak angkat benar Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah. ii) Anak angkat panggilan Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.

30

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

iii)

Anak angkat sementara Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah.

d.

Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat. i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan biasa
UMUR Lebih tua daripada penutur / separuh umur Lebih tua daripada penutur / separuh umur KATA GANTI DIRI Pak, pak cik, mak, mak cik Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak Man Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Munah Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + nama Contoh : Tok Man Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah
31

HUBUNGAN Erat

Lebih erat

Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Rapat

Lebih tua daripada penutur

Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah

Rapat

Lebih muda daripada penutur

Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja. Nama sahaja Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan)

Rapat Kurang rapat

Sebaya Sebaya

Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat.


ii)

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut: a. b. c. d. e. a. Gelaran pergaulan tak sengaja Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982) Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal) Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

32

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Kata ganti sapaan Tuan

diri

Orang yang ditujukan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan ) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur. Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi

Puan

33

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekelian Cik Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur Saudara ( lelaki)/ Saudari (perempuan) Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan perdebatan dalam mesyuarat dan majlis

b.

Gelaran Warisan Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: GELARAN / BAHASA SAPAAN Tengku, Raja ( Engku) Engku Megat ( Encik Megat) Syed ( Tuan Syed ) Wan ( Encik Wan / Cik Wan) Nik ( Pak Nik ) Abang ( Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku ( Brunei)

34

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

c.

Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. GELARAN Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka BAHASA SAPAAN Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

d.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional. GELARAN Profesor Doktor Cikgu Ustaz BAHASA SAPAAN Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

e.

Gelaran Keagamaan Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan. GELARAN BAHASA SAPAAN Haji Tuan Haji / Pak Haji Osman Hajah Imam Lebai Puan Hajah / Mak Hajah Esah Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan ) Tuan Imam Pak Lebai

35

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Protokol Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan : Gelaran Diraja Gelaran Turun temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Protokol Panggilan Hormat Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Sultan .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan .. ( nama )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ..( nama )

36

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku.. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti ..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah
37

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan.. Yang Mulia Cik Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

38

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.
39

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 5 GAYA BAHASA

SINOPSIS Tajuk 5 menjelaskan tentang maksud gaya bahasa dan kepelbagaian gaya bahasa yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu. Beberapa contoh diberikan agar pelajar dapat meneliti dan memahami penggunaan gaya bahasa tertentu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau tulisan.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud gaya bahasa; 2. menjelaskan unsur gaya bahasa dalam bahasa Melayu; dan 3. mengaplikasikan Melayu. unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa

KERANGKA TAJUK-TAJUK

GAYA BAHASA

BUNYI - Asonansi - Aliterasi - Rima

PERKATAAN - Diksi - Metafora - Simile - Personifikasi - Hiperbola - Pengulangan

UNGKAPAN - Peribahasa - Kata-kata Hikmat - Cogan kata

AYAT - Jenis Ayat - Ragam ayat - Bentuk ayat

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) KANDUNGAN ISI

Pengenalan Untuk menyampaikan idea, pendapat, perasaan, emosi, dan sebagainya kita akan menggunakan bahasa sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. Mungkin perkataan yang digunakan atau ayat yang dibina adalah berbeza kepada setiap individu walaupun mereka memperkatakan perkara yang sama. Setiap orang mempunyai gaya dan cara yang tersendiri kerana sifat bahasa yang kreatif. Penggunaan gaya bahasa yang tepat dan sesuai akan meningkatkan keberkesanan komunikasi. Selain itu, gaya bahasa juga akan dapat menarik perhatian dan tumpuan pendengar atau pembaca yang terlibat.

Maksud Gaya Bahasa Menurut Nik Safiah Karim (1988), gaya bahasa ialah cara bagaimana seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis. Zaba pula dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan gaya bahasa sebagai rupa susuk ayat yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk perbahasaannya. Oleh itu, dalam kajian gaya bahasa akan melihat aspek-aspek kesesuaian penggunaan parkataan, frasa, ayat dan ungkapan tertentu dalam situasi-situasi tertentu. Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau penulis, kita boleh mengenal peribadi seseorang. Misalnya, bagi penulisan sesebuah cerpen, Othman Putih (1993) menyatakan bahawa setiap pengarang mempunyai menyatakan caranya sesuatu yang tersendiri Cara untuk mengekspresi itu atau amat ceritanya. penyampaiannya

bergantung pada keupayaannya menguasai bahasa tersebut sebagai alat komunikasi atau pengucapannya. Gaya yang tersendiri itu boleh menjadi cerminan peribadi pengarang.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa gaya bahasa ialah cara bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan. Dalam hal tersebut, beberapa aspek boleh dilihat, iaitu dari segi pemilihan kata, frasa, dan ayat yang digunakan. Keperluan untuk membuat pemilihan dari aspek bahasa ini sangat penting agar apa yang hendak disampaikan mudah difahami oleh penerimanya. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik, tepat dan menarik akan membuatkan pendengar atau pembaca memberi sepenuh tumpuan dalam komunikasi tersebut.

Aspek Gaya Bahasa Untuk meneliti gaya bahasa, kita boleh membahagikannya kepada empat aspek, iaitu: i. ii. iii. iv. Bunyi Perkataan Ungkapan Ayat

i. Bunyi o Asonansi Asonansi ialah perulangan bunyi vokal yang terdapat dalam baris. Perulangan ini bukan sahaja dapat menimbulkan kesan bunyi indah tetapi turut memberi kesan makna. Cuba lihat contoh baris sajak Bunga Popi karya Sasterawan Negara Usman Awang berikut: D ari d ar ah, d ari nanah y ang pun ah di t anah

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) o Aliterasi Aliterasi ialah perulangan bunyi konsonan yang terdapat dalam baris. Perulangan konsonan juga akan menimbulkan keindahan bunyi dan membawa makna yang tersendiri. Contoh: m alam kelam berbala m-balam o Rima Rima bermaksud perulangan atau pertentangan bunyi yang terdapat dalam baris atau pada akhir baris. Sama seperti asonansi dan aliterasi, bunyi yang berima akan menimbulkan kesan indah pada indera pendengaran. Lihat contoh pantun berikut yang mempunyai rima abc-abc . Nyiur gading tinggi menjul ang , Masak ketup at berisi int i, Buah delima di dalam cawan ; Hancur daging berkecai tul ang, Belum dap at belum berhent i, Hendak bersam a denganmu tu an. ii. Perkataan o Diksi Diksi ialah pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai dalam pertuturan atau tulisan. Nilai diksi yang baik terletak pada ketepatan pemilihan perkataan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam penciptaan puisi, pemilihan perkataan yang baik akan menghasilkan bait -bait puisi yang puitis.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) o Metafora Kiasan atau perbandingan setara secara terus atau langsung yang tidak menggunakan kata perbandingan seperti, umpama, bagai, bak dan seumpamanya. Contoh: Kehidupan adalah lautan o Simile Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan bagai, umpama, bak, ibarat dan sebagainya. Contoh: Bagai aur dengan tebing o Personafikasi Dikenali juga perorangan atau memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia. Contoh: Daun nyiur melambai-lambai o Hiperbola Pernyataan berlebih-lebihan yang bertujuan untuk menekankan tentang sesuatu idea atau perkara. Contoh: Lautan api sanggup ku renangi o Pengulangan Pengulangan sesuatu perkataan sama ada dalam baris atau antara baris bertujuan untuk menimbulkan keindahan bahasa. Contoh: Dari mana punai melayang, Dari sawah turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat lain tentang gaya bahasa dari aspek perkataan. Dengan menggunakan pengurusan grafik buat gambar rajah atau jadual yang menunjukkan aspek gaya bahasa tersebut.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun. Ada perigi dikata telaga, Tempat budak berulang mandi; Emas perak ada harga, Budi bahasa sukar dicari. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakar di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 1 Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian huraikan aspek gaya bahasa yang boleh anda kenal pasti yang terdapat dalam sajak tersebut. Bunga Pagi itu Kutemui dikau di kaki gunung Bunga kecil yang baru tumbuh Daunmu tersembunyi Tanpa bau Tanpa warna Kecuali bunga Yang menghidupkan rerama Bunga Menyusun warna Membenih seri Dalam kegilaan siang Dalam keharuan malam Setelah menemui wasiat itu Kau harus bangun dan tumbuh Seperti bunga gunung Terpencil dan jauh Kau hidupkan aku Dengan tiupan angin Dan jari pelindung! (Siti Zainon Ismail, 1990, hal.22)

iii. Ungkapan o Peribahasa Penggunaan peribahasa dalam lisan atau tulisan berfungsi untuk menimbulkan keindahan berbahasa, menguatkan makna dan menimbulkan suasana pula yang sesuai dalam situasi berbahasa. Tambahan peribahasa mengandungi

kebijaksanaan fikiran, tersusun indah, ringkas, dan sedap

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) didengar. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan. Contoh: Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah o Kata-kata hikmat Kata-kata hikmat, kata-kata bijak pandai, kata-kata bestari atau dikenali juga madah pujangga ialah kata-kata yang tersusun indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi pedoman hidup masyarakat. Penggunaannya dalam lisan atau tulisan akan meningggalkan kesan keindahan berbahasa. Contoh: Rajin dan usaha tangga kejayaan o Cogan kata Cogan kata atau slogan ialah ungkapan pendek yang menjadi pegangan sesaorang atau sesebuah masyarakat. Contoh: Berkhidmat untuk negara iv. Ayat Apabila memperkatakan gaya bahasa sama ada lisan atau tulisan, pemilihan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat juga akan dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu. Ada pengarang mempunyai kecenderungan untuk menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu dalam tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang berkesan ialah ayat yang dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau menulisnya.

Bincangkan kenyataan yang mengatakan bahawa penulis sesebuah karya sastera dapat dikenali melalui hasil karyanya.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 2 Dengan menggunakan sebuah cerpen sebagai bahan kajian, analisis aspek gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya itu.

TAMAT

Rujukan: Abdul Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt, (2002). Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, (1988). Bahasa Melayu dalam Pembinaan: Beberapa Laras Bahasa Melayu Moden. Dewan Bahasa. 32:9, 636-647. Othman Putih, (1993). Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari, (1985). Memahami Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail, (1990). Kau nyalakan lilin... Bangi: GRUPEMUISI, UKM.

TAJUK 6

LARAS BAHASA

SINOPSIS Tajuk 6 menjelaskan kepada pelajar tentang takrif laras, ciri-ciri laras bahasa, dan contoh laras bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan takrif laras bahasa, menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa, memberi contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis laras yang dipelajari.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
LARAS BAHASA

Takrif Laras Bahasa

Ciri-ciri Laras Bahasa

Contoh-contoh Laras Bahasa

Ciri Keperihalan Sesuatu Peristiwa Ciri-ciri Linguistik

Laras Agama Laras Sains Laras Matematik Laras Teknologi Laras Kreatif Laras Undang-undang Laras Ekonomi Laras Sukan Laras Politik Laras Sejarah Laras Geografi Laras Seni

KANDUNGAN ISI

Pengenalan o Laras bahasa juga disebut sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa yang digunakan merupakan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa, misalnya jenis bahasa yang digunakan kepada ibu bapa kita, kepada guru kita, kepada rakan baik kita atau kepada penjual ikan di pasar. o Menurut Nik Safiah et al. (2008), setelah empat dekad berlalu bahasa Melayu kini telah dapat memperkatakan apa jua bidang ilmu dan kegiatan, selaras dengan kemajuan dunia abad ke-20. Pada peringkat universiti pula, hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu merangkumi bidang sastera, ekonomi, undang-undang, pertanian, hingga ke bidang kejuruteraan, fizik, perubatan dan psikologi. Demikian juga dalam konteks mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi lain semuanya dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu. o Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial kerana sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Jumlah laras yang wujud dalam kelompok masyarakat bahasa sebenarnya menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat tersebut. Furguson (1968) dalam Nik Safiah (2006), mengatakan bahawa salah satu daripada ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Takrif Laras Bahasa Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Laras bahasa berubah selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Ure & Ellis dalam Nik Safiah (2006), menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Malah Nik Safiah (2006) sendiri berpendapat bahawa pilihan laras amat luas sama ada laras semasa lisan ataupun secara bertulis. Jumlah laras seseorang itu

menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang telah dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan. Ciri-Ciri Laras Fungsi laras bahasa adalah berbeza-beza mengikut bidang yang hendak diperkatakan seperti bidang ketenteraan, sains, komersial, agama dan lain-lain. Ciri-ciri sesuatu laras boleh dikenal pasti melalui peristiwa bahasa dan situasi penggunaan bahasa itu. Menurut Abdul Shukor, Nuraini Yusoff dan Mohd. Isha Awang (2003), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu: 1. 2. Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa Ciri-ciri Linguistik

Ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud semua aspek yang mempunyai kaitan dengan latar kebudayaan dan sosial sesebuah komuniti bahasa. Manakala situasi persekitaran melibatkan aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa seperti cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, serta perkara yang diperkatakan dan fungsi sosial. Ciri Linguistik pula merujuk kepada aspek morfologi, sintaksis dan fonologi.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ciri-ciri laras bahasa dan huraikan perbezaannya dari segi keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dengan ciri-ciri linguistik.

Laras bahasa agama Laras bahasa agama mengandungi beberapa istilah agama. Banyak istilah yang digunakan dipinjam daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya juga banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Wacana jenis ini banyak digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang ada kaitan dengan agama termasuklah

tentang akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Kadang kala diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Wacana ini juga kerap menggunakan kias ibarat.

Laras Bahasa Sains Wacana laras bahasa sains disampaikan secara formal. Segala maklumat yang diberikan adalah berdasarkan hasil kajian dan fakta. Penggunaan perkataan yang tepat menjadi keutamaan dalam wacana jenis ini. Selain itu, wacana ini juga menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan bidang sains seperti fotosentesis, pH, H2O, SO2,H2SO2 meteoroid, asteroid, buruj dan sebagainya.

Laras Bahasa Matematik Laras bahasa Matematik merupakan laras ilmiah, bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Laras matematik mempunyai sifat intelektual, saintifik dan formal berdasarkan hasil kajian dan fakta. Banyak menggunakan istilah yang berkaitan dengan pengiraan dan simbol-simbol atau unit-unit bagi mewakili sesuatu perkataan seperti m untuk meter, km untuk kilometer dan sebagainya.

Laras Bahasa Teknologi Laras bahasa jenis ini merupakan laras bahasa yang banyak digunakan dalam bidang teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi mekanikal. Beberapa istilah seperti tetikus, papan kekunci, pen-drive dan sebagainya merupakan laras bahasa untuk teknologi komputer manakala istilah seperti laman sesawang, email, sistem pesanan ringkas dan sebagainya dalam bidang telekomunikasi. Untuk teknologi mekanikal pula, istilah seperti servis, alat ganti tulin, bumper, minyak pelincir dan sebagainya digunakan untuk kenderaan.

Laras Bahasa Kreatif Laras bahasa sastera mempamerkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya merangkumi bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Laras bahasa sastera klasik banyak menggunakan kata-kata yang sudah tidak digunakan kini. Penggunaan kata-katanya banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Laras bahasa sastera moden pula banyak menggunakan bunga-bunga bahasa yang terkandung dalamnya bentuk bahasa figuratif. Namun begitu, dalam rencana berbentuk kritikan sastera, bentuk bahasanya lebih berbentuk formal dan ilmiah. Bentuk-bentuk karya kreatif seperti cerpen, novel, filem, teater dan puisi.

Laras Bahasa Media Massa Laras bahasa media massa digunakan dalam penulisan berita atau rencana tentang isu semasa. Bentuk wacana laras bahasa media massa yang penting adalah rencana dan berita. Rencana adalah karangan yang memberikan ulasan tentang sesuatu isu semasa. Biasanya, wacana ini merupakan pendapat surat khabar atau majalah tentang sesuatu isu. Terdapat kepelbagaian idea dan wacana serta penggunaan kosa kata yang senang difahami oleh masyarakat umum. Berita pula bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian yang dapat menarik perhatian orang ramai. Dalam berita, bahagian yang penting diletakkan pada bahagian awal penulisan berita berkenaan. Hal ini bertujuan membolehkan pembaca memahami keseluruhan berita itu setelah membaca bahagian awal berita tersebut. Antara ciri-ciri berita adalah ; a. b. c. d. e. f. bentuknya ringkas tetapi kandungan beritanya maksimum tidak mementingkan gaya dan nahu menitikberatkan ketetapan, kejituan dan ringkas mudah difahami tiada bahasa yang berbunga-bunga, berbelit-belit dan berlapis-lapis kandungannya berbentuk piramid terbalik, iaitu yang penting didahulukan

Berita mengandungi judul dan teks. Judul berperanan memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita. Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu; a. b. c. ringkasan, misalnya Selangor Juarai Tiga Piala tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu petikan, misalnya Jangan Politikkan Slogan Satu Malaysia PM

Laras Bahasa Undang-undang Laras bahasa jenis ini banyak terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Pada sesuatu seksyen, terdapat pula pecahan atau sub-seksyen. Laras bahasa undang-undang juga mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Antara ciri penting dalam laras undang-undang termasuklah kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian. Wacana ini juga menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang ada kaitannya dengan undang-undang seperti petisyen, mandatori, pendakwaan, pembelaan, denda, hukuman dan penjara.

Laras Bahasa Ekonomi Laras bahasa ekonomi mementingkan susunan rapi setiap maklumat. Maklumat disampaikan secara jelas atau eksplisit, iaitu setiap fakta yang diberikan benarbenar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Wacananya ditandai dengan kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport, lebihan dagangan, tahap tertingi, melonjak, perdagangan antara bangsa, industri dan jumlah dagangan.

Laras Bahasa Sukan Laras bahasa sukan biasanya disampaikan dengan gaya bersahaja dan jelas. Selain menggunakan kata-kata umum yang senang difahami, wacana ini juga menyelitkan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu seperti menang, tewas, pertandingan, latihan, atlit, kejohanan terbuka, suku akhir, pemain perseorangan, beregu wanita, pilihan ketiga, pusingan kedua dan pasangan bukan pilihan.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan maklumat lanjut tentang kepelbagaian laras dan banding bezakan setiap jenis laras tersebut.

Secara berkumpulan, bincangkan ciri-ciri dan perbezaan bagi setiap laras yang telah anda pelajari.

Rehatlah sebentar sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah.

Secara individu, cuba anda buat simulasi penyampaian teks pelbagai laras mengikut intonasi, gaya dan nada yang berbeza.

TAMAT

RUJUKAN Abdull Sukor, Nuraini Yusoff & Mohd Isha (2003), Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 7

WACANA

SINOPSIS Tajuk 7 menjelaskan tentang definisi wacana dalam bahasa Melayu, ciri-ciri wacana, keutuhan wacana dan penanda wacana.

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat, 1. 2. 3. menjelaskan konsep wacana dalam bahasa Melayu; menyenaraikan ciri-ciri dan jenis wacana dalam bahasa Melayu; menghuraikan maksud penanda wacana dan keutuhan wacana dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
WACANA

Definisi Wacana

Ciri-ciri Wacana Jenis-jenis Wacana Penutup

Penanda Wacana

KANDUNGAN ISI Pengenalan Ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa mengikut kajian sintaksis. Namun begitu, dalam mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan) seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja, tetapi gabungan atau jalinan beberapa ayat. Gabungan beberapa ayat ini dinamakan sebagai wacana.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Definisi Wacana Menurut Asmah,(2008), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku dan lain-lain. Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ayat atau perenggan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapid an berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi heirarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam heirarki yang tertinggi selepas ayat. Hal ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Wacana

Ayat

Klausa Frasa Rajah 8.1: Heiraki Tatabahasa

Kata

Layari laman web berkenaan. Kemudian dapatkan huraian yang lengkap tentang konsep wacana wacana.

Ciri Wacana Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Ciri-ciri wacana dapat diteliti daripada segi tujuan, hubungan penghasil wacana dengan khalayak, keutuhan suasana (berturutan) dan maklumat. Menurut

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Beaugrande dan Dressier (1981) dalam Nik Safiah (2006), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Buat rujukan di perpustakaan. Kumpulkan maklumat berkaitan tautan,runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks untuk menghasilkan wacana yang utuh.

Jenis-jenis Wacana Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan Wacana lisan adalah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini adalah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respons daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah melalui perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio. Wacana tulisan Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang terlibat adalah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Selepas berehat layarilah laman web berkenaan. Kumpulkan maklumat dan contoh-contoh tentang wacana tulisan dan lisan yang baik.

Penanda Wacana Dalam sesebuah teks, penanda wacana sangat penting kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada : a. b. c. d. e. penanda leksikal penanda rujukan penanda penghubung penanda penggantian penanda ellipsis atau pengguguran Buatlah rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang penanda-penanda wacana. Kemudian anda buat catatan lengkap di dalam buku catatan anda. Keutuhan Wacana Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau

teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh iaitu;

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) a. terdapatnya dan b. wujudnya tautan atau kohesi iaitu keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. runtutan atau koheren, (kesinambungan idea) yang

menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami;

Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keutuhan wacana.

Buatlah catatan dan nota dalam bentuk grafik supaya anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan semasa sesi toturial. Berehatlah sebentar sambil menghubungi rakan-rakan yang lain.

Berkongsilah sebarang maklumat yang anda perolehi dengan rakan-rakan sekuliah semasa sesi tutorial anda.

Rujukan : Abdul Shukor Shaari et al, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi, Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nik Safiah et al, (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah et al, (2006), Teks Bahasa Melayu STPM, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 8

TATABAHASA BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan tentang beberapa perkara penting yang berhubung dengan tatabahasa bahasa Melayu seperti yang berikut; a) b) Definisi Tatabahasa Analisis Kesilapan Tatabahasa i. ii. iii. Ejaan dan Tanda Baca Morfologi dan Sintaksis Semantik

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat, 1. 2. 3. menghuraikan definisi tatabahasa bahasa Melayu. membuat analisis kesilapan tatabahasa dari segi ejaan dan tanda baca, morfologi dan sintaksis serta semantik berdasarkan bahan bacaan. Menghasilkan satu wacana lengkap yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
TATABAHASA BAHASA

MELAYU
DEFINISI TATABAHASA ANALISIS KESILAPAN TATABAHASA

Sebutan

Ejaan dan Tatabahasa

Morfologi dan Sintaksis

Semantik

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) KANDUNGAN ISI Definisi Tatabahasa Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya. Menurut Nik Safiah (2006), tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Ayat terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa melihat bagaimana perkataan-perkataan ini terbentuk dan seterusnya bagaimana perkataan-perkataan ini bercantum membentuk frasa dan ayat. Terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu, analisis melalui rumus dan analisis transformasi generatif. Goay, et.al. dalam Nik Safiah (2006),menjelaskan analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa tertentu. Ayat yang lengkap dilihat terbina daripada konstituen subjek dan predikat. Seterusnya konstituen subjek dan predikat dilihat terbentuk daripada frasa-frasa tertentu. Manakala pendekatan tranformasi-generatif menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untuk menganalisis dan menghuraikan ayat. Ahli bahasa aliran tranformasi-generatif menganggap bahawa bilangan ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad jumlahnya. Namun demikian, kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan berasal daripada satu ayat dasar yang menjadi sumber menerbitkan ayat-ayat yang lain. Ayat-ayat yang diterbitkan daripada ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat tranformasi. Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Dalam istilah ilmu linguistik,

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi, sementara bidang huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis. Dengan kata lain, bidang tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis. Layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap bidang tatabahasa bahasa Melayu yang telah dilaksanakan. Analisis Kesilapan Bahasa Ketika menggunakan bahasa, kita selalu membuat kesilapan. Kadang-kadang kesalahan ini berlaku kerana kecuaian semata-mata, tetapi kerap kali berlaku kesalahan kerana kita kurang arif tentang peraturan-peraturan tertentu. Ada juga kesalahan bahasa yang berlaku kerana pengaruh bahasa lain, yang strukturnya tidak sama dengan bahasa Melayu. Kesalahan Ejaan Kesalahan ejaan umumnya berlaku disebabkan tidak arif tentang peraturanperaturan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Berikut ialah beberapa contoh kesilapan yang berlaku. Kesalahan Berkait Dengan Pola Keselarasan Vokal Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah menetapkan pola-pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu, yang berbeza daripada sistem yang digunakan dalam sistem-sitem ejaan terdahulu. Kesilapan berlaku apabila pola keselarasan ini dipatuhi. Walau bagaimanapun beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan vokal ini.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang dieja dengan gugus konsonan, iaitu dengan dua konsonan atau lebih. Apabila perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu, unsur gugus konsonan ini dikekalkan dan tidak dieja seperti dalam sistem ejaan lama. Kesalahan Berkait dengan Prinsip Mempertahankan Bentuk Visual Kata Pinjaman Satu daripada prinsip yang dipegang apabila meminjam perkataan daripada bahasa asing ialah agar dipertahankan bentuk visual perkataan itu, dengan hanya membuat penyesuaian pada ejaannya. Perkataan Inggeris dialect, misalnya diterima dengan bentuk demikian, setelah disesuaikan ejaan ct menjadi k dalam bahasa Melayu, iaitu dialek. Soal sebutan asal dalam bahasa asing tidak diambil kira kerana cara menyebut perkataan dialek ditentukan oleh sistem bunyi bahasa Melayu. Kesalahan ejaan berlaku apabila kata pinjaman daripada bahasa asing, terutama bahasa Inggeris, tidak dieja mengikut peraturan penyesuaian bentuk visual. Kesalahan Berkait dengan Ejaan Kata Majmuk Kata majmuk lazimnya dieja terpisah, kecuali beberapa bentuk kekecualian, yang akan disenaraikan kemudian. Oleh itu, adalah salah jika kata majmuk itu dieja bercantum, apatah lagi meleburkan dua bunyi sama yang berderetan. Terdapat 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dalam bentuk ejaan yang digabungkan. Perkataan-perkataan ini tidak boleh dieja secara terpisah. Terdapat juga sejumlah perkataan, yang dari segi sejarah, terbina melalui percantuman perkataan-perkataan, tetapi kini telah dianggap sebagai satu perkataan, dan oleh itu, tidak dianggap sebagai kata majmuk yang terkecuali ejaannya.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Berehatlah seketika sementara sebelum membuat aktiviti seterusnya.

Buatlah rujukan di perpustakaan. Gunakan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapat maklumat tentang analisis kesilapan tatabahasa yang telah anda baca.

Buatlah nota dan catatan dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya, manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar. Banyak orang terkeliru dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke dengan awalan di- dan ke.

Kesalahan Tanda Baca Tanda baca ialah lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis untuk memberi penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Mana-mana pelanggaran terhadap penggunaan tanda-tanda baca tersebut dianggap sebagai kesalahan bahasa. Sebagai contoh, tidak menggunakan huruf besar, koma atau titik pada tempat-tempat yang sepatutnya merupakan kesalahan-kesalahan penggunaan tanda baca. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tanda Baca Titik (.) Tanda Baca Sempang (-) Antara ke dengan angka Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran an Antara huruf kecil dengan huruf besar Tanda Baca Tanda Seru (!)

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Kesalahan Kosa Kata Kosa kata ialah perbendaharaan kata atau keseluruhan perkataan dalam sesuatu bahasa. Antara aspek kosa kata yang sering dibuat kesalahan ialah; 1. 2. 3. membuat pilihan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai menggunakan penanda jamak dengan cara yang salah, dan penggunaan kata sendi nama yang salah.

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang mendukung konsep-konsep tertentu. Jika perkataan yang salah digunakan, maka makna yang ingin disampaikan tidak jelas. Sebagai contoh ialah perkataan jahat dan nakal. Tidak betul jika dikatakan seseorang kanak-kanak itu jahat, kerana dia hanya nakal. Demikian juga, meninggal dunia, mati, dan mampus tidak boleh bertukar ganti walaupun maknanya sama. Seterusnya cara kita melihat. Kita boleh, misalnya, memandang, merenung, dan mengintai. Kesemuanya, walaupun sama, membawa perbezaan-perbezaan tertentu dan kesesuaiannya begantung pada cara digunakan dalam ayat.

Penggunaan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlah yang banyak. Satu daripada caranya adalah dengan menggandakan perkataan yang berkenaan atau dengan menggandakan perkataan-perkataan yang sedia mendukung maksud banyak seperti segala, semua, para, dan beberapa. Antara kesalahan bahasa yang berkait dengan penanda jamak ialah; 1. Menggandakan kata nama menandakan banyak. yang didahului oleh perkataan yang

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 2. 3. Menggandakan kata nama yang sudah mendukung makna banyak. Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah

Penggunaan Kata Sendi nama yang Salah Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Jumlahnya agak besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan kata sendi nama. 1. 2. 3. 4. Kata sendi nama di Kata sendi ke Kata sendi nama dari Kata sendi nama kepada

Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna Kesalahan dalam kes ini ialah membuat pilihan perkataan yang tidak sesuai. Contohnya; 1. 2. 3. 4. 5. 4. Kesalahan penggunaan imbuhan Tidak menggunakan imbuhan Menggunakan imbuhan yang salah Awalan mengeTidak sedar bentuk itu awalan Perbezaan antara Apitan peN.an dengan apitan per.an

Kesalahan Frasa Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tiap-tiap frasa mempunyai binaan tersendiri. Kesalahan berlaku apabila syarat-syarat binaan ini tidak dipatuhi.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Melanggar Hukum D-M Binaan frasa nama, pada amnya, tertakluk pada hukum D-M, iaitu bahagian yang diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M). Jika susunan ini tidak dipatuhi maka akan menjadi kesalahan iaitu apabila diletakkan bahagian (M) sebelum bahagian (D). Frasa Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif boleh diikuti unsur keterangan, yang selalunya berbentuk frasa sendi nama. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan. Frasa Sendi Nama Gabungan dengan SeFrasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata sendi nama dari dan ke-, misalnya dari masa ke masa. Apabila se- digunakan, misalnya dari semasa ke semasa, bentuk se- tidak boleh digugurkan secara berasingan, melainkan kedua-duanya sekali. Bentuk Perbandingan dalam Frasa Adjektif Dalam frasa adjektif, bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam tiga darjah, iaitu (a) darjah biasa, (b) darjah bandingan dan (c) darjah penghabisan, iaitu tentang penggunaan bentuk-bentuk ter-, sekali dan paling. Kesalahan ayat Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan predikat. Ada ayat tunggal dan ada ayat majmuk; ada ayat aktif dan ada ayat pasif. Kesalahan berlaku apabila binaan pelbagai jenis dan bentuk ayat ini tidak sempurna.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 1. 2. 3. 4. Ayat Tergantung Partikel Kah Ayat Nafi dengan Kata Nafi yang Salah Ayat dengan Kata Pemeri

Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara-perkara di atas.

Buat catatan dan nota dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham.

Berehatlah sebentar sambil menikmati minuman sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Analisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam bahan teks yang anda baca dan buat huraian untuk dibincang dan dibentangkan semasa sesi tutorial.

Bentangkan hasil analisis yang peroleh sewaktu sesi tutorial bersama pensyarah anda.

TAMAT

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Rujukan : Ab. Malek bin Zainal, (2000). Mengenal pati Kesalahan Tatabahasa. Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2006), Teks Bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (TESL PENDIDIKAN RENDAH)


NAMA Dr. Hjh. Maridah binti Hj. Alias Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. maridah_alias@yahoo.com KELAYAKAN Dr. Falsafah (Kesusasteraan Melayu) UPM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM Bac. Pendidikan (PBMP) UPM Sijil Perguruan Asas MPPM Sijil Perguruan Khas - MPPM Pengalaman Mengajar BM 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG 7 Tahun

Dr. Khairuddin bin Mohamad Ketua Unit Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. khairuddin37@hotmail.com

Dr. Falsafah (Pemikiran Kritis dalam BM) - UKM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) - UPM Bac. Pendidikan (PBMP) UPM Sijil Perguruan Asas (PM/PS) - IPSI Pengalaman Mengajar BM 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun

Azmi bin Ayub Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. azminbr966@hotmail.com

Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM Bac. Pendidikan (PBMP) UPM Sijil Perguruan Asas - MPMK Pengalaman Mengajar BM 19 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun

Faiziah binti Hj. Shamsudin Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. faiziahshamsudin@yahoo.com Nazariyah binti Sani Pensyarah, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. naza4509@gmail.com

Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) UPM Bac. Pendidikan (PBMP) UPM Sijil Perguruan Asas - MPKI Pengalaman Mengajar BM 14 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun

Sarjana Pengajian Melayu UM Sarjana Muda Pengajian Melayu UM Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) MPMK Pengalaman Mengajar BM 15 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG 5 Tahun

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Pro Forma Kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011

Nama Kursus

Bahasa Melayu Komunikatif I (Communicative Malay Language I)

Kod Kursus

WAJ3115

Kredit

2(2+0)

Jam Interaksi

30 jam

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Prasyarat

Tiada

Semester

Satu/Dua

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia. 2. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia. 3. Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam komunikasi. 4. Mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa Melayu. 5. Membandingbezakan laras bahasa Melayu. 6. Menjelaskan wacana yang utuh dalam penulisan bahasa Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan.

Sinopsis

Kursus ini menghuraikan peranan bahasa Melayu, konsep budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia, kesantunan berbahasa, kata sapaan, gaya bahasa, laras bahasa dan wacana serta menganalisis kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks. This course focuses on the role of Malay language, concept of courtesy in the Malay society, addressing people and protocol, language styles, language register, discourse and the Malay language grammer.

Tajuk 1

Kandungan Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Perdagangan

Jam 2

Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia Takrif Budi Takrif Bahasa Takrif Budi Bahasa Ciri-ciri Budi Bahasa

Kesantunan Bahasa Melayu 3 Konsep Kesantunan Kesantunan Verbal Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Sistem Sapaan : Kata Panggilan dalam Keluarga Kata Panggilan dalam Masyarakat

Protokol: Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

Tajuk 5 Gaya Bahasa Diksi Metafora Simile Hiperbola

Kandungan

Jam

Personafikasi Imejan Paradoks Simbol Ambiguiti Konotatif Denotatif Bahasa sindiran dan kiasan Peribahasa

Laras Bahasa Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa Agama Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi dan lain-lain) Matematik Teknologi (pertanian, kejuruteraan, masakan dan lain-lain) Kreatif Media/Multimedia Undang-undang Ekonomi Sukan Politik 3 4

Tajuk Sejarah Geografi

Kandungan

Jam

Seni (muzik, tarian,kraf tangan dan lainlain)

Wacana Konsep Ciri wacana Jenis wacana Penanda wacana Keutuhan wacana

8 Tatabahasa Bahasa Melayu Analisis Kesilapan Tatabahasa Sebutan Ejaan dan tanda baca 4

Analisis Kesilapan Tatabahasa Morfologi dan Sintaksis Semantik

JUMLAH Penilaian Kerja Kursus Ujian Akhir Kursus 60% 40%

30

Rujukan Asas

Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors 4

Tajuk Sdn. Bhd.

Kandungan

Jam

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan Tambahan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

AGIHAN TAJUK

Kod Nama Kursus

: :

WAJ3115 Bahasa Melayu Komnikatif 1

Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul.

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8

Tajuk/Topik Fungsi Bahasa Melayu Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia Kesantunan Bahasa Melayu Sistem Sapaan dan Protokol Gaya Bahasa Laras Bahasa Wacana Tatabahasa Bahasa Melayu

Interaksi Tutorial 1 ( 2 Julai 2011)

Jumlah Jam 4

Tutorial 2 (30 Julai 2011)

Tutorial 3 (20 Ogos 2011) Tutorial 4 (24 September 2011) Tutorial 5 (1 Oktober 2011)

4 8 30

JUMLAH

You might also like