Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Sejarah Penubuhan dan Objektif PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB merupakan satu badan nasional

pembangunan usahawan Bumiputera. PUNB mempunyai fokus yang utama iaitu membangunkan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara bagi misi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya tahan, dan progresif. PUNB mula ditubuhkan pada 17 Julai 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera, yang merupakan badan penyelaras bagi aktivit pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. PUNB juga ditubuhkan melalui Akta Syarikat 1965 dengan bermodal RM500 juta dan RM400 juta telah berbayar. PUNB banyak menawarkan pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka bagi membantu usahwan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan. Atas tujuan inilah akhirnya menjadi asas kepada tertubuhnya PUNB. Dalam menjalankan operasinya, PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat. Selain itu, PUNB mempunyai objektif yang tersendiri iaitu :

Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersial. Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik. Menyalurkan budaya keusahawanan dalam kalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Usaha PUNB untuk menjadi pusat terulung dalam pembangunan usahawan Bumiputera dilihat begitu kuat kerana PUNB sentiasa menjadi pendorong para usahawan bagi menggapai kecemerlangan dalam bidang keusahawanan. Skim-Skim yang ditawarkan PUNB

1.

Skim PROSPER Runcit Skim PROSPER runcit merupakan antara skim yang diperkenalkan oleh PUNB. Skim ini mengandungi beberapa perkhidmatan iaitu: Pembiayaan Perniagaan Perkhidmatan Perniagaan Kemahiran Keusahawanan Pembiayaan perniagaan menawarkan kemudahan pembiayaan berpandukan Syariah daripada RM50,000.00 sehingga RM1,000 000.00. jangka masa yang ditetapkan bagi kemudahan pembiayaan ini adalah selama 7 tahun. PUNB turut menetapkan bahawa bagi pinjaman melebihi RM200,000.00 struktur perniagaan mestilah syarikat Sendirian berhad kecuali untuk Stesen Minyak. Perkhidmatan perniagaan yang disediakan pula merangkumi khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun, dan khidmat nasihat perniagaan. PUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat. Bagi mendapatkan pinjaman ini, PUNB meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh para peminjam termasuklah para peminjam perlu mengikuti kursus-kursus yang dikenalpasti oleh PUNB sendiri serta bidang perniagaan yang diceburi mestilah berasaskan bidang peruncitan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan melalui skim ini, permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan boring pendaftaran daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau boleh juga mendaftar melalui talian terus yang disediakan di laman sesawang PUNB.

1.

Skim PROSPER Siswazah Skim PROSPER Siswazah memberi peluang kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera bagi menceburi bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan. Siswazah muda begitu dialu-alukan untuk menjadi usahawan bagi menyumbang kepada pembentukan usahawan Bumiputera ke arah intelektual dan berkemahiran tinggi.

Objektif skim ini ditubuhkan adalah :

Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera bagi menceburkan diri khususnya dalam perniagaan runcit dan pengedaran. Membantu siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik. Skim PROSPER Siswazah turut menawarkan dua pakej kemudahan pinjaman. Pakej A Jumlah pembiayaan dari RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sendirian Berhad. Usahawan perlu menyumbang modal minimum RM500.00 untuk satu projek dan tempoh pembayaran semula pinjaman adalah daripada 3 tahun sehingga 7 tahun. Pakej B Menyediakan jumlah pinjaman daripada RM50,001.00 sehingga nilai maksimum RM100,000.00 bagi mana-mana perniagaan perkongsian atau Sendirian Berhad.usahawan juga perlu menyumbang modal sekurangkurangya RM500.00 untuk satu-satu projek dan tempoh pembayaran semula yang ditetapkan adalah dari 5 tahun sehingga ke 7 tahun. Kedua-dua pakej ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan. Siswazah yang dibenarkan untuk memohon skim ini mestilah sekurang-kurangnya memiliki diploma daripada mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan ataupun pemegang sijil dalam bidang teknikal daripada institut pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 serta mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang yang dipelajari. Apa yang dapat dikatakan, PUNB telah menawarkan langkah yang cukup bijak untuk menarik lebih ramai golongan muda yang berpelajaran bagi

1. 1.

1. 1.

menyertai bidang keusahawanan dengan sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada mana-mana golongan sisiwazah yang berminat. Diharapkan melalui skim ini, lebih ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya dapat dilahirkan.
1.

Skim Pemborong PROSPER Skim ini sebenarnya disasarkan kepada mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin memula dan mengembangkan perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan. Pemborongan dan pengedaran adalah bahagian penting yang menyokong kepada bekalan bahan bagi usahawanusahawan dalam bidang peruncitan. Skim ini bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputera dalam aktivit belian dan jualan secara pukal bahan serta bekalan. Selain itu, objektif skim ini juga adalah untuk menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan. Skim Pemborong PROSPER adalah berlandaskan prinsip Syariah dengan menawarkan pembiayaan atau pinjaman di antara RM250,000.00 sehingga RM5,000 000.00 dan tempoh pembayaran balik adalah selama 7 tahun. Pinjaman yang diberikan boleh merangkumi keperluan modal pusingan, pembelian stok dan aset, serta nilai-nilai keperluan yang berkaitan dengan perniagaan yang dicadangkan. Skim ini turut menyediakan perkhidmatan khidmat pemantauan, kenal pasti premis, jaringan perniagaan dan latihan keusahawanan. Permohonan bagi skim ini perlu disertakan dengan cadangan perniagaan kepada PUNB dengan menekankan tajuk-tajuk berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ringkasan Eksekutif Peluang Perniagaan Strategi Perniagaan Pelan Pemasaran Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama Unjuran Kewangan

Walau apapun, semua pemohon perlulah mengikuti syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PUNB bagi mendapatkan pinjaman skim ini. Usahawan Bumiputera sangat digalakkan menyertai Skim Pemborong PROSPER kerana skim ini merupakan antara pendukung kepada para usahawan dalam bidang peruncitan.
1.

Program Siswazah Perantis PUNB Program yang dibangunkan oleh PUNB ini bertujuan memberi pendedahan dan membantu golongan siswazah mendalami selok-belok dunia perniagaan melalui latihan di mana-mana syarikat naungan PUNB. Kesemua pemengang ijazah, diploma, dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan ditunjukkan pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori. Perantis atau siswazah akan diberi beberapa keistimewaan melalui program ini. Antaranya ialah elaun sara diri bulanan sepanjang program dijalankan selain siswazah juga mempunyai kelayakan untuk mendapat pembiayaan khususnya Skim Prosper Siswazah bagi memulakan perniagaan sendiri. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam program ini tidak hanya kepada syarikatsyarikat yang bernaung di bawah PUNB, malah syarikat-syarikat lain yang sedia berkerjasama dengan PUNB turut diberi peluang untuk melatih para siswazah menjadi usahawan yang berjaya. Kepada mana-mana siswazah yang berminat dengan tawaran ini, borang pendaftaran bolehlah didapati daripada sekretariat PROSPER secara percuma dan borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan kepada Sekretariat PROSPER bahagian Skim PROSPER Siswazah, PUNB. Apa yang pasti, Program Siswazah Perantus PUNB merupakan peluang kepada golongan muda untuk mendalami dan mendapatkan sebanyak mungkin ilmu berkaitan keusahawanan di samping menyahut usaha PUNB untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah pada masa kini. Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pembiayaan atau pinjaman yang diperkenalkan PUNB ini bertujuan untuk menarik dan memudahkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor

PKS. Objektif utama Pembiayaan PKS adalah untuk membangunkan syarikat Bumiputera yang berasaskan pasaran dan berdaya saing di peringkat global melalui pendekatan perniagaan mereka. Keutamaan pembiayaan akan diberikan kepada mana-mana syarikat yang berpotensi tinggi dalam bidangbidang pembuatan dan perkhidmatan yang terpilih. PUNB sedia untuk memberi dana sebagai permulaan bantuan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan Bumiputera dalam bidangbidang berkaitan produk, pasaran dan operasi. Pakej pembiayaan adalah untuk temoh maksima 5 tahun dan selepas tempoh tersebut, perniagaan itu perlulah mampu untuk berdikari. Kejayaan perniagaan tersebut akan diukur dari segi kemampuannya untuk mendapatkan pegangan dalam pasaran dan juga sumber kewangan komersil yang lain. Melalui pembiayaan yang diperkenalkan ini, PUNB memberikan sokongan dalam bentuk Bantuan Pembangunan Korporat dan Pemantauan serta Bantuan Pembangunan Usahawan dan Latihan. Bantuan Pembangunan Korporat dan Pemantauan meliputi pemantauan terhadap prestasi kewangan, operasi dan pemantauan yang dilakukan melalui lawatan ke syarikat, audit, penglibatan dalam mesyuarat pengurusan, dan penyerahan laporan secara berkala. Bantuan Pembangunan Usahawan dan Latihan dilaksanakan dengan PUNB mengadakan sesi latihan dalam bidang kewangan, pengurusan am dan pemasaran. Selain itu, PUNB juga menyediakan forum jaringan dan perbincangan kumpulan sebagai satu wadah untuk usahawan bertukar pandangan di samping meluaskan rangkaian perniagaan masing-masing. PUNB begitu gigih berusaha untuk membantu mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin memajukan lagi Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah satu tahap atau kedudukan yang lebih baik. Program Latihan PROSPER & PKS Bagi memastikan para usahawan terus berdaya saing, PUNB sentiasa mengatur Program Latihan untuk PROSPER dan juga kepada usahawanusahawan dalam industri PKS. Program-program latihan ini dijalankan secara berkala iaitu dari masa ke masa dengan menyediakan pelbagai topik-topik baru dan info-info terkini yang berguna kepada para usahawan. Antara contoh

tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam program latihan adalaha seperti Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, Seminar: Peranan dan Tanggungjawab Pengarah Syarikat dan Pemasaran berkesan : Teknik, Kaedah dan Perkhidmatan Pelanggan. Kesemua Program latihan yang disusun oleh PUNB adalah bagi memastikan usahawan-usahawan Bumiputera di Malaysia mempunyai maklumatmaklumat terkini berkaitan bidang keusahawanan yang mereka ceburi di samping memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perniagaan masing-masing dengan berusaha untuk mencapai kejayaan. Usaha murni PUNB wajar diteruskan pada masa akan datang kerana PUNB telah melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya. Istimewanya, PUNB begitu berminat untuk menarik golongan siswazah menceburi bidang keusahawanan kerana golongan siswazah dilihat mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif. Semoga usaha PUNB terus mendapat sokongan daripada semua pihak. Majulah PUNB untuk negara.

pusat pembangunan usahawan malaysia, medec


Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC atau Malaysian Entrepreneurship Development Center ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1975 dengan tujuan utama melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera di Malaysia. Secara khususnya, ia diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawan seperti latihan, kajian dan konsultansi.

Kini, MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan yang menjadi pusat latihan keusahawan dan pendidikan di Malaysia. MEDEC juga dalam usaha mengembangkan lagi sayap peranannya untuk membentuk kursus dan latihan untuk para graduan di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. Falsafah utama MEDEC adalah kepercayaan kepada kebolehan untuk melahirkan para usahawan melalui pendidikan dan latihan yang kukuh dari segi ilmu, kemahiran dan motivasi. MEDEC bergabung tenaga dengan badan badan berkanun kerajaan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan.

Objektif utama penubuhan MEDEC:

1. Mendidik bakal usahawan dan menjadikan keusahawanan melalui pembelajaran dan latihan 2. Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa) 3. Membantu usahawan membentuk perniagaan dan syarikat yang mantap serta mampu memperkembangkan lagi perniagaan mereka?

Antara strategi yang diatur untuk membentuk dan melahirkan usahawan adalah seperti berikut:

1. Menerapkan nilai nilai keusahawanan di kalangan pelajar dalam usaha untuk membentuk usahawan berilmu dan lengkap dengan kemahiran teknologi terkini menerusi program program akademik dan latihan 2. Mempertingkatkan kebolehan dan daya saing usahawan/bakal usahawan menerusi program pembangunan usahawan 3. Membantu usahawan usahawan baru membina perniagaan yang baru, serta memperkembangkannya menerusi khidmat nasihat konsultansi yang berterusan

MEDEC boleh dihubungi menerusi maklumat perhubugan seperti berikut:

Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC) Block 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTM Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

You might also like