Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Ahli KUMPULAN: AnsI Ardy Daisy Sherone

S A S R

S E N I E K A

UNSUR SENI

PRINSIPPRINSIP REKAAN

UNSUR SENI

GARISAN WARNA

JALINAN

RUPA

RUANG

BENTUK

GARISAN

I. Garisan merupakan cantuman satu siri titik II. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal ,tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag, dan lain-lain lagi. III. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

WARNA

i.

Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. ii. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. iii. Kefahaman mengenai warna memudahkan pelajar melakukan kerja-kerja/aktiviti mewarna untuk subjek yang dihasilkan.

JALINAN

i.

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. ii. Jalinan wujud secara semula jadi atau dari buatan manusia. iii. Jalinan terbahagi kepada jalinan tampak dan jalinan sentuh.

RUPA

i.

Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. ii. Rupa terbahagi kepada rupa organik dan rupa geometri.

BENTUK

i. Bentuk mempunyai isipadu. ii. Bentuk terdiridari dua jenis iaitu bentuk ilusi (maya) dan bentuk konkrit. iii. Bentuk ilusi- wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, lukisan dan gurisan. iv. Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, wujud, berisipadu, mempunyai warna, jalinan dan ruang.

RUANG

i. Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. ii. Pada amnya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN

HARMONI

IMBANGAN

KONTRA

PENEGASAN

PERGERAKAN

KESATUAN

KEPELBAGAIAN

HARMONI

Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.

PENEGASAN

Penegasan membawa maksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan.

IMBANGAN

Imbangan boleh menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukan. Jika objek ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada dalam keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni.

KONTRA

Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.

PERGERAKAN

Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

KESATUAN

Kesatuan bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsurunsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia akan mewujudkan kesatuan.

Kepelbagaian beerti kombinasi dari pelbagai gagasan,nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsurunsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

You might also like