Tugasan Berkumpulan Autocad

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tugasan berkumpulan autocad (1)

Group Assignment 1 Lecturer Wang Shir Li Description You are required to form a group consisting of 4 -5 members and give a suitable name for your group. With the group which has been formed, you are required to work as a team to carry out the following tasks: i. To produce an interesting website about the orthographic, isometric and oblique drawings such as their differences, their use, their strength/weakness, and other related information about these drawings. ii. Include some suitable and interesting examples to represent these drawings.

By using your teams knowledge, experience and expertise, make your website as interesting as possible. Upon the assignment submission, you need to include both hard and soft copies of your work. Remember to include the following information in your hard copy: a. b. Names of your group members Student IDs of your group members\

Tugasan 2 With the group that you have formed, continue to work on your previous website by including the steps on how to produce orthographic, isometric and oblique drawings through some interesting examples. Please do not use the examples that have been used in the lecture notes.

You need to include both hard and soft copies of your work. Please remember to include the following information: a. b. Names of your group members Student IDs of your group members

PROJEK BERKUMPULAN With the group that has been formed, you are required to work as team to carry out the following tasks: i. Give a theme for your concept and describe in details about your concept. iii. Prepare a presentation for your project.

You need to include both hard and soft copies of your work. Please remember to include the following information: Names of your group members Student IDs of your group members

Tajuk forum:Ke arah memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. Bincangkan.

Jawapan:Profesion keguruan dan pendidikan di zaman yang mencabar ini bukanlah semudah yang disangka. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara. Tambahan pula, guru kini menjadi role model utama kepada anak didiknya. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganalisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini. Hubungan kerjasama antara universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi membantu perkembangan profesionalisme. Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara universiti dan sekolah yang menjadi teras pelaksanaan praktikum dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas guru pelatih di dalam bilik darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih mempelajari tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan. Contohnya, mengenalpasti dan memahami perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut. Seterusnya, mengamal dan mencuba kaedah pengajaran serta menilai hasil kerja murid seperti yang telah dipelajari di dalam kursus. Penilaian dilakukan dengan cara menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum.

Sistem pentadbiran dan pengurusan di sekolah mengamal, mengubahsuai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran yang berasaskan ilmu keguruan dan disiplin. Dimana, para guru menganalisis perbezaan-perbezaan diantara pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku pelajar serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi bagi membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Pengurusan di sekolah perlu mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat supaya dapat berfungsi secara positif dalam bidang perguruan dengan cara melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain. Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekali gus memartabatkan profesion ini.

You might also like