Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Tajuk 1 : KONSEP BUDAYA AKTIVITI Daripada definisi dan huraian yang dinyatakan anda di kehendaki membuat rumusan tentang

konsep budaya.

Berdasarkan kepada definisi dan huraian konsep budaya dapatlah di sini dapatlah saya simpulkan bahawa budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Selain itu, budaya juga memberi seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Dua peranan utama yang sangat penting bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu:

Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Jikalau, sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan kehidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dengan itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

AKTIVITI 2 Anda dikehendaki menjelaskan dan memberikan contoh-contoh budaya material dan budaya bukan material masyarakat yang anda kaji.

Malasyia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai budaya tersendiri, sama ada budaya material atau pun budaya bukan material. Kaum kadazandusun adalah salah satu kaum yang terdapat di Malaysia warisan budaya kaum kadazandusun ini menonjolkan tentang keunikan dan keaslian budaya kaum kadazandusun di negeri sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Kaum kedazandusun ini memiliki banyak budaya metrial mahupun budaya bukan material contohnya dari segi asal usul, lagenda, bahasa, pakaian, muzik dan lain-lain lagi. Contoh budaya material kaum kadzandusun ialah : Ciri-ciri pakaian tradisi 1) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam (baldu) untuk golongan wanita pertengahan umur. (sinompukung) 2) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya bobohizan. 3) Kemeja berwarna hitam baldu atau panjang untuk golongan lelaki. 4) Sarong (tapi) panjang berenda siling, berwarna hitam.

Kebanyakan alat-alat muzik di sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli, sebagai contoh, tongkungon, turali, suling, sompoton dan togunggak di perbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan diperbuat daripada sejenis gentian pokok palma.

Budaya bukan material bagi kaum kadazandusun ialah: 1) Humabot ialah adat suku kaum kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah tersebut bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

2) Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara ini diadakan untuk memuja semagat padi dan member makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara ini biasanya berlansung dirumah keluarga suku kaum kadazandusun golonga berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa kadazandusun mikiompit.

TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA AKTIVITI Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Berikan contog akultrasi, asimilasi, dan akomodasi yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Proses akomodasi merupakan proses mempertahankan nilai dan normanorma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. akomodasi berlaku apabila kolompokkolompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman dan damai sama ada untuk sementara waktu atau kekal. Akomodasi ini diamalkan secara meluas di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan aman dan harmoni.

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti

penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Asimilasi yang sempurna bukan berlakunya penghapusan penuh perbezaan apa dari segi berlaku kebudayaan ke atas dan identity. Di

Malaysia,

yang

masyarakat

Jawa,

masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya antara contoh berlakunya asimilasi.

TAJUK 3: KONSEP MASYARAKAT AKTIVITI Terdapat teori lain tentang perkembangan masyarakat selain Teori Evolusi Klasik. Sila kemukakan satu teori tersebut beserta huraiannya.

Teori fungsionalisme Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Kajian teori ini lebih tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan masyarakat. Teori ini beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme dianggap seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya. yang Manakala dalam evolusi struktur

menggambarkan

perubahan-perubahan

berlaku

masyarakat ke arah pembaharuan. Teori ini turut mempengaruhi beberapa ahli sosiologi moden Amerika seperti Talcott Parson dan Robert K. Merton. Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi

ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota

masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhanpertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.

TAJUK 4 : MASYARAKAT MELAYU AKTIVITI Berdasarkan buku-buku rujukan, sila bincangkan latar belakang orang Melayu secara meluas. Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu. Perkataan melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu nSungai Batang Hari Sumatera. Di sana letaknya kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya. Sehubungan dengan itu, dari si etimologi, perkataan Melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal dari Sungai Melayu di Jambi. Istilah Melayu unutk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah perkembangan yang agak baru dar segi sejarah iaitu set lah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikiantidaklah sehingga abad ke-12 bahawa istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas sebelum itu istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari sumatera sahaja. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah"maleu-kolon". Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung

Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Manakala berdasarkan istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, iaitu sebuah kitab Hindu purba, yangditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipaialah Pulau Sumatera. Berdasarkan teori migrasi, ada sarjana yang berpendapat bahawa orang melayu adalah orang Mongoloid daripada kumpulan Indonesia yang telah berhijrah ke selatan dari tenggara China atau Yunan kira-kira 3000 tahun yang lalu. Mereka dikenali sebagai Melayu Deutro atau Melayu Pantai yang telah tersebar di kepulauan Melayu dan akhirnya membentuk kependudukan di Malaysia. Namun sebelum kedatangan Melayu Deutro, Melayu Proto (Orang Asli seperti Jakun, Seletar dan Orang Laut) dikatakan lebih awal menduduki kawasan pantai Tanah Melayu. Dengan kedatangan orang Melayu Deutro ini, prang Melayu Proto ditolak ke kawasan pedalaman dan pergunungan. Namun ada sarjana yang menolak asal-usul masyarakat Melayu ini berdasarkan teori migrasi. Sebaliknya orang Melayu berasal dari Alam Melayu sendiri berdasarkan kajian oleh para arkeologi yang telah membuat kesimpulan bahawa Alam Melayu ini telah pun didiami manusia sejak 35, 000 tahun yang silam Ini berdasarkan kajian Wan Hashim Wan Teh ke atas masyarakat yang tinggal di Yunan, China yang menunjukkan bahawa tiadanya sebarang ciri persamaan (budaya dan lingusitik) dengan masyarakat yang ada di Alam Melayu malah dengan rumpun Melayu yang paling hampir iaitu di Champa, Indo-China. Keadan ini juga berbeza dengan rumpun Polinesia yang kini berada bertaburan di beberapa buah pulau seperti Hawaii, New Zealand dan dengan rumpun Melayu di Pulau Malagasi (Madagascar) di Lautan Hindi dan rumpun Melayu Pribumi di Taiwan.

RAS DAN RUMPUN MELAYU

Konsep ras yang digunakan oleh pengkaji antropologi merujuk kepada enam kelompok manusia terbesar di dunia berdasarkan perbezaan ciri fizikal, iaitu warna kulit, bentuk muka, hidung, rambut, genetic, linguistic dan budaya. Ras Melayu-Polinesia ini dicirikan oleh persamaan dari segi bahasa atau linguistic selain daripada berasal dari kawasan yang sama, iaitu Dunia Melayu Inti atau Alam Melayu. Konsep ras tidak mengambil kira persamaan agama

Ras Melayu ini pula boleh dipecahkan kepada ratusan suku atau etnik yang mempunyai perbezaan dari segi lokasi, dialek dan budaya. Antara suku yang terbesar ialah Melayu-Riau, Jawa, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar, Mandailing, Sunda, Kerinci, Patani, Kelantan, Trengganu dan Champa. Manakala, Melayu-Polinesia ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok besar, iaitu kelompok pertama ialah mereka yang menganuti agama Islam. Kelompok kedua pula terdiri daripada mereka yang tidak menganuti agama Islam seperti bangsa Polinesia, penduduk di Malagasy, orang Filipina Utara, penduduk Pulau bali dan beberapa kumpulan pribumi di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Malaysia. Ciri persamaan antara dua kelompok ini ialah dari segi bahasa asal yang digunakan, iaitu dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia.

TAJUK 6: KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

AKTIVITI: Berdasarkan nota yang diberikan anda dikehendaki membuat

pengelompokan berdasarkan kesenin berikut : a. Seni persembahan b. Seni tampak c. Seni muzik.

a) Seni persembahan Seperti bangsa-bangsa lain di dunia, masyarakat Melayu mempunyai bentuk keseniannya. Secara kasarnya kesenian terbahagi dua, iaitu seni rupa atau seni persembahan. Kedua-duanya melibatkan artifak dan mentifak yang lahir dari persekitaran hidup mereka seperti yang dikemukakan oleh Muhammad Hj. Salleh dalam Puitika Sastera Melayu (2000) mengatakan orang Melayu memanifestasikan alam dengan estetika dan puitika mereka yang bagaimana pengarang dari perspektif yang lebih luas yakni seorang tukang cerita, seorang bomoh, seorang dalang, penyanyi dan sebagainya adalah seorang pengarang. Sebagai pengarang dia menyusun,mengalih dan menurunkan alam persekitaran hidup serta pengalaman kepada karya seninya dengan perantaraan dirinya selayak kemampuan pentakrifan pengalaman,nilai-nilai intelektual, pandang dunia kolektif masyarakat dan agama yang dianutinya. Di sinilah terjadi titian di antara realiti yang zahir dengan yang batin (Syed Ahmad Jamal,1979). Namun demikian, secara dasarnya tidak terdapat perbezaan yang mencolok di antara satu kelompok yang lain, kerana seni dan kesenian yang

lahir itu bertujuan untuk hiburan, sosialisasi, pendidikan dan pengajaran. Demi kelangsungannya ada aturan perlaksanaan iaitu pantang larang, petua-petua, ritual-ritual tertentu dengan seperangkat barangan seperti benang mentah,pulut kuning,tembakau,sirih pinang, di samping mentera yang bervariasi sifatnya dengan seorang perantara yang disebut dukun, bomoh atau pawang. Ini semua bertujuan menenangkan alam yang bagi mereka tidak dapat dijelaskan secara akliah dalam menyatakan manifestasi kosmologi itu. Dari upacara inilah juga terhasilnya gerakan mimetik (peniruan) dari gerakan fauna-flora seperi gerakan sulur kacang,lambaian daun kelapa,gerakan harimau dan sebagainya bagi menghubungkan dunia zahir dan dunia ghaib. Maka lahirlah kreativiti yang berterusan dari kasar kepada semakin halus dan gemalai. Kreativiti orang Melayu kini boleh digolongkan kepada dua kelompok, yakni seni tampak atau seni rupa dan seni persembahan yang melibatkan panggung dan kepanggungan. Berbicara tentang seni panggung atau seni persembahan adalah pembicaraan yang cukup rumit dan kompleks kerana di dalamnya terkandung segala macam seni termasuklah seni rupa, suara, seni muzik, seni suara dan nyanyian,lakonan dan pentas, solekan, kostum dan aksesori. Merungkai persoalan halal haram mengikut Islam memerlukan pengetahuan mendalam tentang sosiologi dan antropologi berhubung dengan masyarakat Melayu yang melibatkan pandang dunia, subjek

kolektif,genre,adaptasi dan transformasi budaya,geopolitik dan geografisnya. Apatah lagi kefahaman Islam yang mendalam harus ada pada seseorang dalam menentukan kewujudan dan keberadaannya (eksistensialisme) tanpa memusnahkan apa yang dinamakannya Melayu. Selain dari itu, kita berdepan dengan penggiatnya yang terdiri dari rakyat biasa yang rendah taraf pendidikan dan rata-ratanya buta aksara dan rendah pengetahuan agamanya seperti yang pernah diungkap oleh Ninuk Kleden-Purbonegoro (2005).

b) Seni Tampak Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurangkurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secaa lisan mahupun bertulis.

Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat. Berikut adalah kelompok seni tamapk iaitu : a. Seni ukir b. Seni bina c. Seni kraftangan dan sebaginya.

c) Seni muzik Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyibunyian.

Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.

Muzik Tradisi Warisan Istana Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :

Tradisi tinggi (great tradition) Tradisi rendah (little tardition)

Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu

persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa RiauLingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

Tradisi Muzik Rakyat

Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.

Tradisi Muzik Melayu yang lain

Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.

TAJUK 10: PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU AKTIVITI: Bincangkan dengan lebih lanjut tentang pengaruh luar dalam masyarakat Melayu yang meliputi aspek sosiobudaya, sosioekonomi, dan sosiopolitik.

Semua telah sedia maklum bahawa pengaruh barat ke atas negaranegara dunia ketiga termasuk negara-negara Islam amat ketara sehingga ke hari ini dari pelbagai sudut sama ada sosial, ekonomi dan politik. Antara pengaruh dan kejayaan yang paling besar ialah dengan menanamkan sistem politik demokrasi sebagai dasar pemerintahan sesebuah negara. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem ini yang telah mengundang pelbagai polimek sama ada yang baik mahupun yang buruk. . Sementara kegagalan yang paling besar ialah apabila negara-negara

bekas jajahan yang mengamalkan sistem demokrasi kurang cerdik untuk mengIslamkan atau membudayakan sistem tersebut mengikut suasana setempat. Demokrasi berpegang atas prinsip It is a government of the people, by the people and for the people (kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat) dengan bersandarkan kepada kebebasan (freedom) tanpa bertunjangkan kepada nilai-nilai murni telah merosakkan kehidupan bermasyarakat sama ada di barat mahupun negara-negara lain yang mengambil sistem ini secara membuta tuli. Lebih menyedihkan, negara-negara mengamalkan sistem demokrasi gagal untuk menangkis serangan demi serangan budaya barat sehingga menimbulkan masalah dalam kehidupan bernegara. Dalam Islam memang tidak ada dinafikan terdapatnya demokrasi, tetapi sistem itu mesti bertunjangkan kepada ajaran agama yang telah diturunkan kepada manusia.

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonism, skin head dan sebagainya. Menurut Anwar Al-Jundi, antara pengaruh barat yang amat nyata ialah menafikan fungsi agama itu sama sekali. Mereka memisahkan agama daripada kehidupan. Sedangkan kemajuan yang dicapai oleh sesebuah masyarakat adalah berdasarkan peranan agama dalam segala aspek kehidupan . Gerakan ini tersusun rapi melalui gerakan misionari, pendidikan, pengajian ketimuran, kebudayaan, murtad, media cetak, media elektronik, teknologi maklumat dan sebagainya. Antara agenda pengaruh barat hari ini ialah merapatkan jurang antara nilai-nilai barat dan nilai masyarakat Islam dan mengekalkan penguasaan atas segala kekuatan masyarakat serta meracuni pemikiran mereka dan merendahrendahkan kemuliaan dan keistimewaan manhaj yang mereka bawa. Selain itu, memecahbelahkan kesatuan umat dan mencari punca-punca nang

membolehkan mereka sentiasa bermusuhan sehingga mereka tidak boleh bersatu.

Buku yang ditulis oleh Zig Ziglar sepatutnya menjadi rujukan para belia dan masyarakat negara kita, bagaimana orang barat telah menyedari dan melihat sendiri keruntuhan budaya cara hidup mereka dan betapa perlunya mereka kembali kepada ajaran agama yakni Kristian dalam membina semula peradaban mereka. Manakala, pengaruh luar terhadap sosioekonomi dan sosiopolitik ialah kuasa pemerintahan Raja dan Pembesar adalah terhad

Struktur politik masyarakat tradisional sebelum kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah memberikan kuasa mutlak kepada raja atau sultan. Masyarakat feudal sangat memerlukan perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini setiap orang terikat dengan sistem itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisonal tempatan. Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di Muara Sungai Perak sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-1872 mendapat $180,000 setahun daripada lombong-lombong di Larut.

Kehadiran kolonialisme British telah menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan daripada pengenalan dasar ekonomi yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar laissez-faire. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam sektor ekonomi yang berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan ini telah mendorong pemodal mendesak British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong sekitar tahun 1875. Fenomena ini menjadi tunjang kepada kehilangan kuasa pembesar dan raja dan jika terdapat kuasa, mereka hanya berkuasa memungut cukai untuk British dan mereka diberikan gaji atau elaun. Penjelasan ini jelas mengungkapkan kolonialisme British telah mengehadkan kekuasaan sultan dan pembesar dan mengubah struktur politik masyarakat tradisional tempatan kerana tampuk pemerintahan dikuasai oleh Britisih.

Di samping itu, kesan kolonialisme British adalah pemilikan tanah perlombongan yang dahulunya dikuasai oleh golongan pembesar Melayu kini jatuh ke tangan British. Pada tahun 1857, kawasan perlombongan dikuasai oleh pembesar seperti Raja Malik di Jeram, Raja Bot di Lukut, Raja Mahadi di Klang dan lain-lain kawasan. Kawasan perlombangan ini telah dikuasai oleh British dan mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradasional tempatan melalui undang-undang tanah. Hal ini dibuktikan apabila Pejabat Tanah British mengeluarkan undang-undang yang membahagikan tanah diseluruh negeri kepada empat jenis dan hak milik ke atasnya mesti dituntut oleh Pejabat Tanah dan salah satu daripadanya ialah tanah rezab untuk perlombongan. Pengenalan undang-undang tanah oleh Pejabat Tanah merupakan kesan daripada kolonialisme British yang telah mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

TAJUK 14 : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN AKTIVITI: Anda dikehendaiki mendapatkan maklumat tentang punca pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan dan membncangkan dalam kumpulan.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifatsifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.

Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. Dengan sebab itu Malaysia mengambil inisiatif dengan menwujudkan dasar pembentukan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya. Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan kebangsaan.

RUJUKAN

A. Aziz Deraman, 2003, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Satu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Engku Ibrahim Ismail dkk 1992.Konsep Seni Dalam Islam Kuala Lumpur: Akademi

Ruslan Zainuddin, 2004, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti. Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Shamsul Amri Baharuddin (ed.). 2007. Modul Hubungan Etnik. UPENA: Shah Alam.

You might also like