Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JAWATANKUASA PERHIASAN PENTAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013

REFLEKSI

Pada 12 Mac 2013 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) yang bertempat di Astaka Waja Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Semua ahli jawatankuasa yang ditubuhkan telah memberi komitmen yang sangat tinggi demi menjayakan program yang gilang-gemilang ini. Seramai 9 ahli jawatankuasa perhiasan pentas telah bertungkus-lumus

memastikan perancangan sebelum, semasa dan selepas kejohanan olahraga tahunan berjalan dengan lancar. Perjumpaan antara ahli jawatankuasa telah dijalankan beberapa kali untuk menggalakkan ahli jawatankuasa memberi idea dan seterusnya membuat penambahbaikan demi menghasilkan perhiasan pentas menarik dan sesuai dengan tema program kejohanan olahraga tahunan 2013. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua ahli jawatankuasa perhiasan pentas yang bersama-sama memerah keringat menyiapkan perhiasan pentas. Tidak dilupakan juga kepada ahli jawatankuasa lain yang turut membantu meringankan beban ahli jawatankuasa perhiasan pentas. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang wujud sepanjang melaksanakan tugas sebagai ahli jawatankuasa perhiasan pentas. Antaranya ialah bilangan ahli bagi jawatankuasa perhiasan pentas adalah sedikit terutamanya kaum lelaki. Hal ini kerana terdapat beberapa tugas yang sangat memerlukan tenaga lelaki seperti memasang kain rentang pada tiang astaka, mengangkat pasu bunga, menampal perhiasan di tempat yang tinggi dan mengecat dinding di bahagian hadapan astaka. Selain itu, peruntukan kewangan adalah sedikit dan tidak mencukupi. Hal yang

demikan kerana kebanyakan kos untuk barang perhiasan pentas adalah tinggi. Namun begitu, pihak kami terpaksa menampung kos perbelanjaan untuk barang-barang tertentu yang tidak mencukupi seperti cat dinding dan kain rentang. Disamping itu, terdapat beberapa orang ahli jawatankuasa perhiasan pentas yang diserapkan ke dalam jawatankuasa kepegawaian. Disebabkan perkara ini, mereka tidak dapat

JAWATANKUASA PERHIASAN PENTAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013

memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang tertentu. Kami terpaksa berkampung di Astaka Waja dari jam 8 pagi hingga 12 malam demi memastikan kerja-kerja perhiasan pentas dapat disiapkan dengan jayanya. Di sebalik kekangan yang wujud, terdapat beberapa kekuatan yang menjadi tulang belakang kejayaan persiapan perhiasan pentas. Antaranya ialah jawatankuasa perhiasan pentas memiliki seorang ketua yang berdedikasi dan cekap dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Tanpa kepimpinan yang baik daripada seorang ketua, sesuatu objektif tidak akan dicapai. Di samping itu, kebanyakan ahli jawatankuasa perhiasan pentas terdiri daripada opsyen Pendidikan Seni Visual. Maka pelbagai idea dapat dicurahkan untuk menghasilkan perhiasan pentas yang lebih menarik dan kreatif. Selain itu, kerjasama antara ahli jawatankuasa dalam memberi komitmen yang tinggi jelas dapat dilihat sepanjang proses menyiapkan perhiasan pentas. Menerusi penglibatan dalam jawatankuasa ini, sedikit- sebanyak telah

mendedahkan kepada kami tentang selok-belok pelaksanaan sesuatu program khususnya kejohanan olahraga tahunan di sekolah kelak. Pendedahan seperti ini dapat kami aplikasikan semasa menjadi guru kelak. Selain itu, kami dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskan sesuatu kejohanan olahraga. Sebagai contoh dengan penglibatan dalam kepegawaian. Selain itu juga, terdapat nilai murni yang dapat

disemai dalam diri kami seperti tidak mementingkan diri sendiri, bekerjasama, menghargai masa, saling membantu, dan lain-lain. Akhir kata, kami berharap menerusi penglibatan dalam program kejohanan olahraga ini, kami dapat menganjurkan program seperti ini semasa di sekolah kelak. Melalui pendedahan seperti ini, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mencungkil bakat murid seterusnya membawa murid ke persada dunia di samping mengharumkan nama negara di mata dunia dalam arena sukan Malaysia. Majulah sukan untuk negara.

JAWATANKUASA PERHIASAN PENTAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2013

You might also like