Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGENALAN

Wahai wanita! Wanita dikatakan sebagai makhluk berjiwa halus yang seringkali dikaitkan dengan kelembutan. Malah kalau dahulu wanita disebut-sebut sebagai penghuni tegar rumah kediaman dan ruang dapur. Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga. Kalau ada dalam kalangan anda yang masih berpandangan demikian, buang jauh-jauh kerana anda masih di takuk yang lama. Wanita sudah seiring dengan gahnya arus kemodenan. Wanita mula mencapai status tinggi, malah ada dalam kalangan wanita sudah menjawat jawatan profesional. Tidak, artikel ini tidak bertujuan merendah-rendahkan kaum Adam! sebaliknya mahu membuka mata bahawa wanita sudah semakin setanding dengan kaum lelaki. Buktinya, sebuah rancangan televisyen sudah diterbitkan di Astro Oasis, memaparkan isu-isu wanita moden dan rencah laman sesawang yang semakin hebat diceburi.

ENTRIJAMEELA
Entrijameela merupakan sebuah rancangan televisyen berbayar Astro (Astro Oasis dan serentak di MustikaHD) pada setiap jam 7.30 malam pada hari Ahad. Rancangan ini memaparkan isu-isu terkini wanita dan dunia maya di samping cetusan rasa pada segmen situasi dan remedy yang dikendalikan oleh Prof. Muhaya. Menariknya, hos bagi rancangan ini merupakan seorang lelaki, iaitu saudara Abu Talib bersama-sama tetamu jemputan yang rata-ratanya pernah menghiasi slot-slot dan segmen di dalam rancangan ini. Perjalanan menjejak wanita dan keaktifannya di dunia maya bermula pada episod yang pertama lagi. Rancangan pada episod pertama ini memaparkan mengenai dunia blog serta dua personaliti atau blogger terkenal, Hanis Zalikha dan Maria Elena, yang berkongsi pengalaman mereka dalam dunia blog. Rata-rata mereka mengaktifkan diri dalam dunia blog adalah untuk berkongsi pengalaman, dan yang paling penting ialah mahu

suara mereka didengari. Berkaitan dengan perniagaan secara maya, rancangan entrijameela juga tidak melepaskan peluang untuk memaparkan isu ini. cerita mengenai Vivy Yusof, seorang usahawan wanita telah memulakan perniagaan tudung secara atas talian dengan serius, telah dipaparkan sebagai penyeri episod permulaan. Isu yang dipaparkan oleh entrijameela bukanlah sekadar fesyen semata-mata tetapi juga berkaitan isu rohani (terutama dalam segmen situasi dan remedi), kehilangan orang tersayang, kewangan, kesihatan, keibubapaan, shopaholic dan gastronomi. Walaupun berpeluang menjana pendapatan selain penerbitan di televisyen, tetapi laman web rasmi entrijameela tidak bertindak menjana wang secara langsung. Tidak terdapat sebarang iklan sponsor (sponsor ad. ) mahupun capaian terus kepada iklan-iklan pihak yang menjalankan edagang. Entrijameela dan dunia e-dagang Isu-isu dalam entrijameela

Entrijameela banyak memaparkan isu-isu semasa berkaitan dengan kaum wanita dan dunia perdagangan secara maya. Walaupun begitu, motif utama entrijameela lebih kepada menyampaikan maklumat kepada komuniti masyarakat Malaysia yang semakin maju dan berintelektual tinggi, tidak kira kaum lelaki atau wanita.. Entrijameela bukanlah menjual produk secara langsung tetapi lebih kepada membantu pelanggannya (dalam konteks ini penonton

atau penggemar) untuk mencari maklumat berkatan e-dagang, blog, blogger, dan dunia maya secara umumnya. Dalam entrijameela, ianya lebih terarah kepada pengurusan maklumat (knowledge management) dan perkongsian maklumat (knowledge sharing). Dalam pengurusan maklumat edagang, perkara yang paling penting ialah 1. Menghasilkan maklumat - pengetahuan dicipta apabila manusia merancang untuk melakukan perkara baru. Kadang-kadang pengetahuan luaran juga dibawa masuk. Dalam konteks ini, entrijameela mula-mula diwujudkan kerana mengetahui kehendak dan keperluan manusia yang mulai berubah. Dunia maya sudah mula menjadi suatu fenomena dan perlu diteroka 2. Menyimpan/menangkap maklumat- pengetahuan sedia ada perlu dikenalpasti dan bernilai serta dipersembahkan dalam bentuk yang meyakinkan. Entrijameela mengambil peluang ini dengan disiarkan di rancangan tv berbayar. Selain itu, bagi menambahkan promosi, pengurusan entrijameela telah mengambil inisiatif sendiri mewar-warkannya di laman twitter, facebook, blog dan Vimeo. 3. Menapis maklumat - tidak semua maklumat boleh digunakan dalam membentuk medium. Dalam hal ini, entrijameela sendiri tidak hanya terikat kepada siaran televisyen semata-mata, sebaliknya, blog rasmi telah diwujudkan mengandungi susunan video dan sedikit maklumat mengenai entrijameela. Rujuk http://entrijameela.com/ 4. Menyimpan maklumat - maklumat yang diperlukan disimpan dalam format yang bersesuaian dalam simpanan pengetahuan/maklumat supaya mudah diakses oleh pihak dalam organisasi atau pihak luar. Entrijameela dalam hal ini memudahkan pengguna dengan menyimpan video dan data di dalam blog, laman sesawang dan Vimeo (sebuah laman memuatnaik video dalam kadar tertentu). 5. Menguruskan maklumat - maklumat haruslah senantiasa diperbaharui sekiranya berlaku sebarang pembaharuan. Ianya seharusnya dipastikan sentiasa relevan dan tepat. Jika tidak, ianya harus dikemaskini. Dalam hal ini, entrijameela senantiasa memuat naik video terbaru di dalam youtube, vimeo dan lamanweb rasminya sendiri agar pengguna sentiasa boleh mengulangi cerita semasa yang dipaparkan. Mereka yang tidak berkesempatan menontonnya pula boleh menanti rancangan ulangan atau terus ke laman yang disediakan. Ianya mudah dan menyenangkan!

6. Menyebarkan maklumat maklumat haruslah diuruskan dalam format yang mudah bagi setiap pihak mendapatkannya, mudah diakses dimana-mana, bila-bila masa. Sememangnya, melalui kewujudan laman rasmi entrijameela.com, video-video telah disusunatur dengan baik mengikut episod. Dengan hanya menaip entrijameela.com di papan kekunci, pelbagai entri berkaitan entrijameela akan dipaparkan. Videonya mudah diakses dan ditonton semula, tetapi dengan syarat, capaian anda tidak tersekat kerana berbayar tunggakannya! Entrijameela juga menggunapakai pemasaran dari mulut ke mulut (viral marketing). Selain medium penerbitan di astro sebagai wadah utama, entrijameela juga menggunakan medium facebook, twitter, Kuasa magis media sosial: entrijameela entrijameela, sejak dari awal penerbitannya sama ada secara media televisyen mahupun maya telah menarik minat perhatian ramai penggemar pembelian secara maya, para blogger dan wanita secara umumnya, bahkan ada dalam kalangan mereka ini meletakkan entri utama mereka berkaitan entrijameela (dalam blog kebanyakkanya), walaupun rata-rata hanya sekadar mengulang agar menonton dan mengikuti perkembangan entrijameela. Kebanyakan daripada mereka ini berasa takjub untuk terus mengikuti perkembangan demi perkembangan dunia maya yang dipaparkan dalam entrijameela. Suatu blog telah meletakkan entri utamanya business online, ataupun jualan secara maya. Beliau mendapat ilham setelah menonton episod pertama berkaitan Vivy yusof yang membuka perniagaan mayanya sendiri, lalu tercetus minat untuk ikut sama menceburi bidang ini. Ternyata, ilmu yang disampaikan mampu menarik minat dan kesedaran kepada masyarakat kerana implikasi dunia maya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Kepentingan entrijameela Sudah pasti, kepentingan yang paling jelas ialah penyampaian maklumatnya secara digital, segar dan menepati kehendak semasa. Apa tidaknya, isu yang dipaparkan sangat serasi dengan wanita hari ini. Wanita semakin ghairah meningkatkan produktiviti diri melalui aktiviti atas talian. Kesungguhan berjual niaga di dalam internet khususnya dimanfaat secara optimum. Entrijameela telah menyebarkan maklumat dan membantu masyarakat mencari maklumat berkaitan e-dagang. Personaliti dunia maya turut diketengahkan dalam memberi

motivasi dan perkongsian maklumat yang menarik dan terkini. Bahkan, entrijameela sebenarnya telah membantu pihak yang menjalankan e-dagang dan jual beli dalam internet untuk mempromosikan produk mereka. Ketika entrijameela memaparkan isu penjualan tudung atas talian oleh Luvstylista dan hijabscaff, pasti ramai yang mula-mula tercari-cari jenama ini. Kaedah tarikan dan tolakan (push & pull) yang digunakan ini sangat berkesan dalam mempromosi produk. Apatah lagi, di dalam laman entrijameela sendiri telah membuat entri khusus berkaitan fesyen muslimah yang berhijab, sama ada secara gaya Kaftan, gaya arab mahupun gaya wanita bekerjaya. Barangkali inilah yang dikatakan, sambil menyelam minum air! Tidak kurang juga ada pihak yang bijak mengambil peluang ini untuk memasarkan lagi produk dan kemahiran mereka. Sebagai contoh, Nadia timefaces yang telah menjadi tukang solekan tetap untuk personaliti di dalam entrijameela telah menggunakan medium blog mereka iaitu timefaces.bolgspot.com untuk memasarkan lagi peniagaan mereka secara edagang. Ini secara tidak langsung membantu masyarakat lebih mengenali perniagaan mereka ini.

Hubungan entrijameela dengan pembelajaran e-dagang Entrijameela mengamalkan konsep e-dagang secara B2C. Kemudahan penyampaian maklumat adalah disalurkan terus kepada penonton. Penonton boleh mendapatkan kemudahan maklumat daripada entrijameela ini terus daripada medium seperti blog, twitter, facebook, youtube dan Vimeo. Selain itu entrijameela juga mengamalkan B2B kerana, perniagaan lain juga turut mendapat impak hasil kewujudan entrijameela ini, contohnya Puan Nadia yang telah mempromosikan kemahiran solekan dan kecantikannya di dalam blog timefaces.blogspot.com yang telah dinyatakan sebelumnya. Entri jameela juga menjalankan promosi secara viral marketing (penyebaran maklumat melalui mulut ke mulut). Melalui medium facebook dan blog, mudah bagi penonton mengikuti perkembangan dan menyebarkan maklumat kepada sahabat handai, seterusnya membantu entrijameela mengaplikasi konsep viral marketing ini. Buktinya, di dalam facebook sendiri, entrijameela telah memperoleh pengikut sebanyak 1785 pengikut dan juga pengikut twitter sebanyak 120 orang. Selain itu, entrijameela juga menggunakan Kaedah tarikan dan tolakan (push anda pull). Entrijameela mempromosikan maklumat dan idea yang terkandung di dalam rancangannya di dalam medium yang tersedia, setelah itu pelanggan pula bertindak mencari maklumat dan info yang terdapat di dalam entrijameela. Apa kata mereka? Secara jujur, saya sendiri mendapat tempias kesedaran, hasil daripada mengikuti

perkembangan isu semasa berkaitan dunia maya yang dipaparkan oleh entrijameela. Tanggapan saya sendiri yang lebih kepada kesederhanaan, kadang-kadang

entrijameela terlihat sedikit melampau dalam mengetengahkan dunia fesyen, tetapi cukup sekadar diambil sebagai info. Tidak lebih. Oleh itu, cadangan penonton yang turut mengetengahkan komen yang sama ialah menonjolkan program yang lebih menonjolkan keislaman, isu aurat, islah umat, adab dan yang wajib bagi kaum hawa. Namun sebenarnya, sudah wujud medium seperti ini seperti rancangan al-hidayah terbitan tv3. Apa kata jika entrijameela mengetengahkan wanita muslimah yang berhijab secara sempurna tetapi versatile.?

Selain itu, di dalam rancangan entrijameela, penonton rasa terganggu dengan iklan-iklan yang diselingkan sehingga menyebabkan ketidaksampaian maklumat. Maklumat yang sepatutnya disampaikan tersekat kerana iklan yang terlalu sering disiarkan. Masalah ini diselesaikan setelah entrijameela memuatnaik video di dalam youtube, laman sesawang dan vimeo. Gangguan iklan dan ketidakcapaian maklumat dapat diminimakan kerana iklan-iklan telah dipotong oleh penerbit atau dipotong sendiri oleh penonton di laman sesawang.

PENUTUP
Entrijameela mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding rancangan program lain yang memfokus kepada isu wanita dan rumah tangga sahaja. Ianya sangat fokus untuk memberikan maklumat berkaitan isu wanita dan peranan e-dagang pada masa kini. Kaum lelaki juga boleh menggunapakai maklumat ini sebagai tambahan; bukan wanita sahaja. Ilmu-ilmu dan maklumat yang disampaikan sangat relevan dan berkemampuan memberikan motivasi dan info yang berguna terutama kepada zaman moden yang sentiasa bercambah teknologinya. Konsep-konsep yang terdapat di dalam e-dagang seperti viral marketing, perniagaan B2C dan B2B, serta faktor push and pull turut diasimilasikan di dalam entrijameela.

You might also like