Waj 3106

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

4.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI SESEBUAH NEGARA

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri. Dari sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.

Perlembagaan merupakan manifestasi pengistiharan cita-cita Negara dan juga menggariskan sruktur-struktur formal pemerintahan negara. (Afifi Abdul Razak, Mustafa Ishak, 2006:97 ) Berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan perlembagan yang telah diutarakan, dapat disimpulkan bahawa terdapat 6 kepentingan utama sesebuah perlembagaan itu digubal. Di negara kita,

perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan pelaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Kepentingan perlembagaan kepada negara yang pertama ialah untuk menjamin kesinambungan pertadbiran dan kestabilan politik. Contohnya, Perlembagaan Malaysia telah menerapkan unsur-unsur tradisi yang amat penting untuk dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman kea rah perpaduan. Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak social yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur ini meliputi Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur tradisi ini juga perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi ini berperanan dalam laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid

menstabilkan politik negara dan

menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan social yang wujud sebelum tahun 1957. ( Abdul Aziz Bari, 2001 ).

Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi ini sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitive yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. ( Shamsul Amri Baharuddin,2010:104 ). Perlembagaan sangat penting kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadalan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintah atau pemimpin sesebuah kerajaan atau negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistic supaya segala apa yang dirancangdan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat diimplementasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu sama lain sehingga boleh menyebabkan konflik serta mengggugat keharmonian dan kestabilan negara. Kepentingan perlembagaan kepada negara yang kedua adalah dapat

menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Perlembagaan dapat

mencorakkan bagaimana kuasa dibahagikan dalam kalangan pelbagai institusi kerajaan yang wujud di peringkat puat dan penempatan. Tambahan lagi,perlembagaan juga

dapat menunjukkan bagaimana sesuatu keputusan penting bagi sesebuah negara dicapai. ( Afifi Abdul Razak, Mustafa Ishak, 2006: 97 ) Contohnya,negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelmbagan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan yang diamalkan di Malaysia. Di dalam perlembagaan,terkandung prinsipprinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara seperti badan eksekutif,badan perundangan dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Di sini, perlembagaan menyatakan bidang kuasa dan peranan setiap institusi atau badan berkenaan. Malaysia mengamalkan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Konsep raja berpelembagaan menyaksikan pemansuhan konsep raja berkuasa mutlak. Raja tetap menjadi ketua kerajaan tetapi baginda tidak boleh membuat keputusan sendiri melainkan mendengar dan mempertimbangkan juga

nasihat, pandangan dan cadangan dari menteri besar. Bagi konsep negara kita , Malaysia, Yang di-Pertuan Agong akan mendengar segala nasihat daripada perdana menteri dalam segala hal-hal negara. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh sesuka hati atau mementingkan kepentingan peribadi. Oleh yang demikian, tiada satu institusi pun yang mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia . Yang di-Pertuan Agong sendiri serta tiga badan utama Parlimen sebagai contoh

kerajaan tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia.

mendapat kuasa daripada Perlembagaan Malaysia tetapi tidak boleh sama sekali undang-undang yang berada diluar bidang kuasa yang telah diberikan. Bahkan, mahkamah berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika ia terletak diluar bidang kuasanya. Namun begitu, mahkamah tetap juga tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia. Ini sekaligus dapat menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketulusan, serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Kepentingan perlembagan kepada negara yang ketiga adalah perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Ini kerana perlembagaan

menggariskan kebebasan dan hak asasi warga negara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Semua ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 iaitu persamaan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. ( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:106 ) Menurut Perkara 11, kebebasan beragama dalam Perlembagaan Malaysia, tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan , tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Kedua , tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama agama berhak untuk : (a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; selain agamanya sendiri. Ketiga, tiap-tiap kumpulan

(b) Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;dan (c) Memperoleh dan mempunyai harta dan pemegang serta mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Keempat, Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-undang Persekutuan

boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktorin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama islam. Manakala, yang kelima perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan manamana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Perlembagaan Malaysia juga telah menyatakan dalam Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan yang tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) iaitu: (a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. Manakala, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan,pertama, ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau mana-mana prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menetang penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apaapa kesalahan.

Kedua , ke atas hak yang diberikan oleh pernggan (b) Fasal (1), apa-apasekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam dan ketiga ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c ) Fasal 1, apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral. Sekatan-sekatan ke atas hak untuk memberikan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal 1 boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. Manakala, pada yang mengenakan sekatan sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undangundang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 125,153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. Seterusnya, Perkara 13. Hak terhadap harta dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan bahawa tiada sesorang pun boleh dilucutkanmhartanya kecuali mengikut undang-undang serta tiada undang-undang boleh memperuntukan

pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Bagi sesebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan raya bagi menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan ini juga meliputi semua hak yang sah disisi undang-undang. Jadi , jelaslah perkara di atas telah menunjukkan bahawa perlembagaan amat penting bagi menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. ( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:110) Kepentingan peribadi perlembagaan kepada negara yang keempat pula adalah perlembagaan dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan,

kemakmuran rakyat dan ini dapat memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar. Konsep demokrasi berparlimen yang menjadi amalan demokrasi di Malaysia amat mementingkan dasar kebebasan bersuara secara terpimpin. Rakyat diberi hak

untukmemilih siapa yang akan mewakili mereka di parlimen. Parlimen menjadi satu symbol demokrasi dan telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai pentas atau medan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan agar dapat dipertimbangkan oleh ahli parlimen yang lain. Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepad corak pemerintahan, sistem politik, dan pentadbiran negara. Secara tidak lansung , ia turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan segala urusan yang membabitkan undang-undang tidak membebankanatau menganiaya rakayat kerana lazimnya Perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri. Seperti contoh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu ( yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi ). Namun begitu,perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan ( selain maksud rasmi ) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Seperti juga kedudukan Agama Islam yang terdapat dalam Perkara 3( 1), iaitu agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat komposisi penduduk tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu secara langsung telah membawa sekali agama Kristian, Hindu dan Budha.( Mohd Salleh Abas, 1985). Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.( Shamsul Amri Baharuddin ,2010: 107 )

Di samping menjadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi rakyat, perkara di atas juga amat penting dalam Perlembagaan Malaysia untuk memupuk unsur taat setia kepada negara. Kepentingan perlembagaan yang kelima ini penting kerana seseorang itu akan

dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Oleh yang demikian, apabila seseorang telah menjadi warganegara Malaysia, dia telah tertakluk dengan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Warganegara Malaysia perlulah menumpahkan taat setia kepada negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta. Sekiranya seseorang mempunyai lebih dari dua kerakyatan, maka, dia tidak boleh mendapat hak kerakyatan sebagai warganegara Malaysia Kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara yang keenam adalah perlembagaan dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Walaupun Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa ada kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan RajaRaja Islam,orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Parlimen juga telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970 ), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak dingini. Perkara ini amat serius dan sentiasa dipantau perkembangannya untuk mengelakkan berlakunya peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969. Perpecahan kaum yang berlaku di Malaysia ini telah banyak merugikan harta benda dan menggadai banyak nyawa. Selain itu, Perkara 38 iaitu, kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam. Ini berikutan untuk menjamin keharmonian pentadbiran sesebuah negara tanpa keadaan kucar-kacir. (Shamsul Amri

Baharuddin,2010 : 106 )

Tambahan lagi, perlembagaan juga penting supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telah pun dipandu perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal setakat yang bercanggah. Ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153. Hak istimewa ini telah disentuh di dalam bahagian12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan demi menghormati hak kaum bukan Bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan Persekutuan telah memberi

tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya. Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang diperuntukkan dalam Perkara 86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah Melayu yang mana rizab ini dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke Rejimen Askar Melayu, dengan mengecualikan orang bukan melayu dianggap sebagai satu kedudukan istimewa orang Melayu di 8 (5). Walaupun dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum bawah Perkara

Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana orang Melayu, tetapi peruntukan tersebut tidak memberi kesan untuk menindas kaumkaum lain kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asasi kaum lain. ( Shamsul Amri Baharuddin,2010 :105 ).

Selain itu, perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Kesimpulannya, perlembagaan merupakan satu dokumen yang telah dirangka untuk kefahaman masyarakat. Kita sebagai pelapis kepada generasi masa hadapan seharusnya memahami perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek satunya ialah tentang perlembagaan negara.

4.3 KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pendebatan mengenai kontrak social hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia PADA 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial anatara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin umno turut disiarkan di media. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA, MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat

sebagaimanayang terbukti melaui kemenangan Perikatan dalan pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses permuafakatan dan musyawarah.

Rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan ,kemerdekaan, hubungan kaum dan system pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial,mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada system pemerintahan yang menjadikan kita sebuah negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada

konsep Malay Polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu,

sebahagiannya imigran dan diterima secara automatic sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus fahamiberbilang kaum tetapi berakar umbi dalam system kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan system pemerintahan beraja. 6.1 ELEMEN ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dngan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kem bali mendapat sesuatu (yang lain).

Ini seperti yang dikatakan oleh Tunku Abdul Rahman. Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dala perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Beberapa peruntukkan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asalnya merupakan semangat perjanjian disebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian : Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat memberi kewarganegaran kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam

Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di

mana-mana

negara

sekalipun,

perlembagaan

lahir

hasil

daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik, dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal mendiami Tanah Melayu memasukakannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antara ialah :

6.1.1 KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Berapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih menganggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masingmasing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British. Akhirnya apabila kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berpalimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identity yang berbeza dan unik. Inilahlah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudun sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan system raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaaan baginda dikehendaki mengikut nasihat Jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu nsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. Di samping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan memebuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di Pertuan Agong ( yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu ) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (immuiniti) raja. Perlembagaan memeperuntukan bahawa Yang Di Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3 (2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

6.1.2 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161( A) dalam beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yan memenuhi tiga syarat asa; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu ( Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi kemelayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah

membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka. Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, kini kita perlu amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istemewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang Di Pertuan Agong , atas nasihat Perdana Menteri atau kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarwak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lessen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut :

Perkara 153 (I): Perezaban quata mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri

Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun

yang terkandung dalam Perlembagan ini, tetapi tertakluk

kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini , Yang diPertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah

Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juag menentukan perezaban bagi orang Melayu dan bumiputera manamana negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam(lain dari perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lessen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezaban permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini. Kedudukan isttimewa orang Melayu yang lain termasukalh peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undangundang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Walaupun dari sudut peruntukan khas ini seolah olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warga negara persekutuan, namun ia satu pertimbangan luntuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaumkaum lain khususnya Cina di tanah air bagi mewujudkan keseimbangan dalam bidang

ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan perlembagaan hat Malaysia menganut menurut dan peruntukan kewarganegaraan agam dalam hak

mengamalkan

masing-masing,

menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi beberapa peruntukan dalam perlembagaan 6.1.3 KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktiqad majority penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan :

Agama Islam ialah agama rasmi bagi seluruh persekutuan , tetapi aga ma agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menurut Tun Salleh Abbbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercamtum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua identity yang tak boleh dipisahkan, tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam. Orang Melayu sebagaiman yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang

menganut agam Islam , yang lazimnya betutur bahas Melayu dan mengamalkan istiadat Melayu. Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengistiharkan bahawa Islamadalah agama bagi persekutuan membayangkan apa yang telah dipertahankan orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Budha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan satu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk : a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri memepunyai kebebasan , kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran agama Islam danuntuk mengeluarakan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan Negeri , melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukana seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

6.1.4 BAHASA MELAYU Bahasa sentiasa menjadi factor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan Perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan : Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahas mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa Perlembagaan sepatunya dengan ekspelisit

menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalm Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut : (1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melyau dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen : Dengan syarat bahawa (a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan( selain bagi maksu rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahas lain;dan (b) Tiada apa-apa jaua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan

meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum kea rah menjadi sebuah negar bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud. Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak serta kepentingan setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersam agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

KESIMPULAN Berdasarkan tugasan tersebut, kesimpulan yang dapat digarap ialah

Perlembagaan merupakan suatu asset penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran sama ada dalam aspek ekonomi, politik atau sosial sesebuah negara. Di dalam Perlembagaan, telah terkandung segal perkara yang boleh menjamin hak masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya. Perlembagaan juga dijadikan sebagi rujukan terutamanya tatkala negara berhadapan dengan krisi atau perkara yang melibatkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak di negara ini. Di samping itu, pemahaman yang jelas tentang peristiwa berkaitan dengan sejarah negara perlu digarapkan dlam kalangan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa sejak diperingkat rendah lagi. Hal ini bagi menggalakkan masyarakat menghayati dan menanam semangat nilai patriotism dan nasionalisme dalam kalangan kita seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.hal ini juga secara tidak langsung untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang cuba untuk menggugat keharmonian kaun di negara ini melalui penyelewengan fakta sejarah. Oleh itu, pemupukan budaya membaca dan menimba ilmu pengetahuan amat digalakkan bagi menjamin kemajuan bersama. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada masyarakat berbilang kaum amat penting dalam usaha memajukan negara dalam segala aspek agar setaraf dam mampu berdiri kukuh di arena antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan slogan dan hasrat yang sering kali dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Satu Malaysia. Cita-cita ini dilihat sebagai platform untuk mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini..

You might also like