Refleksi BIG Ceramah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BINA INSAN GURU SIRI 5 2012

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5 CERAMAH DAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN REFLEKSI

NAMA : AZIMAH BINTI ADNAN NO. KAD PENGENALAN: 900513-14-5824

Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan. Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan Guru dan

Perundangan. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Akim bin Jabri, kaunselor Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Dewan Sadong Jaya pada 21 April 2012. Ceramah yang mengambil masa 3 jam ini dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu ceramah, aktiviti kumpulan dan pembentangan. Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benarbenar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas.

AZIMAH BINTI ADNAN

BINA INSAN GURU SIRI 5 2012


Walaupun guru bertindak sebagai in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik. Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa berhatihati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik. Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan. Perkara yang paling saya ingati adalah guru harus membayar RM1650 kerana menampar murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar guru. Selain itu, guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya. guru haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik murid. Kekerasan hanya akan membuatkan murid memberontak dan tidak mendengar kata. Kumpulan saya terdiri daripada Abdul Halim bin Md. Isa dan Ahmad Nurqamar bin Mohamad dari kelas Pendidikan Jasmani, Angela Anak John dari kelas Pemulihan, Alice Anak Siking dan Augustine Anak Martin dari kelas Sains serta Saiyidatul Adidah binti Kamaruzzaman, Amirah binti Zahariman dan saya sendiri dari kelas Pengajian Sosial. Kumpulan kami membincangkan tindakan guru besar yang memujuk muridnya yang tidak tahu membaca dari menduduki peperiksaan PMR untuk kepentingannya. Kami mengatakan tidak salah tindakan guru besar ini untuk menjaga prestasi sekolah, namun secara amnya salah kerana semua murid berhak untuk menduduki peperiksaan walaupun mereka tidak pandai atau tidak tahu membaca. Pihak sekolah seharusnya mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini untuk membantu murid tersebut berjaya. Semasa pembentangan kumpulan kami, ia banyak menimbulkan isu-isu dan perdebatan. Ia sangat berguna kerana setiap pelajar bersama-sama belajar melalui perbentangan ini. Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru mengenai perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut lunas undangundang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh mengundang bahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki peperiksaan walaupun

AZIMAH BINTI ADNAN

BINA INSAN GURU SIRI 5 2012


murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai semangat untuk belajar dan mereka inginkan kejayaan. Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya. Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas kejayaan sesuatu perkara. Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.

AZIMAH BINTI ADNAN

You might also like