Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang diduduki oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup dalam keadaan aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini akan membentuk budaya Malaysia. Kamus Dewan (2007), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap. (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al. (1994) dalam Yahya (2007) pula menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai, kepercayaan, dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya. Guru perlulah bijak dan kreatif dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah titetepkan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.

2.0 Konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. (Hubungan etnik, 2009)(Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963).

EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 1

Gnana Stanley Jaya Kumar (1997) mendefinisikan budaya sebagai the behaviour, patterns, beliefs, and all other products of a particular group of people that are passed on from generation to generation. Takrifan bagi budaya adalah hasil interaksi antara beberapa

kumpulan masyarakat dengan persekitaran melewati satu tempoh masa yang lama iaitu banyak tahun. Budaya itu sendiri boleh mempengaruhi identiti, cara pembelajaran, dan tingkah laku sosial ahlinya. Keseluruhannya, budaya merupakan cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat merangkumi cara pemikiran, tingkah laku, kepercayaan, adat resam, sistem sosial, ekonomi, politik dan pendidikan. Kebudayaan turut diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan dalam masa yang sama budaya itu boleh mengalami pengubahsuaian mengikut persekitaran semasa. Di sekolah, kepelbagaian budaya diantara kelompok murid adalah daripada sudut lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Di samping itu, budaya turut meliputi peralatan dan kelengkapan, sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan, bahasa, kesenian, sistem pengetahuan, kepercayaan dan kerajaan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010).

3.0 Konsep ketaksamaan perluang pendidikan Ketaksamaan telah didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi keempat (2010) sebagai ketidaksamaan perihal (sifat,keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.

Ketidaksamaan peluang pendidikan pula merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tahap penyampaian/pemerolehan ilmu berbeza antara murid. Ketidaksamaan peluang pendidikan boleh dipecahkan kepada : 1. Kelas sosial 2. Jantina 3. Kumpulan minoriti 4. Murid berkeperluan khas

EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 2

3.1 Kelas sosial Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.(Kheru2006,2013). Masyarakat. Menurut kajian Saifuddin Hj. Masduki (1977);(Kheru2006,2013). mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi secara selarinya akan mampu untuk mengadakan peluang pendidikan yang baik untuk anaknya berbanding mereka yang berpendapatan rendah yang hanya mampu menyediakan peluang pendidikan yang terbatas. 3.2 Jantina Ketidaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina telah berlaku sejak sekian lama lagi. Dari segi semula jadi, sifat yang berbeza antara jantina boleh mempengaruhi kemampuan murid dalam penguasaan subjek-subjek tertentu. Pada zaman penjajahan, golongan lelaki mendapat kelebihan dan peluang yang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran manakala golongan wanita disifatkan sebagai tidak layak dan tidak perlu untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Penyelidik Aminah Ahmad (2000);(Kheru2006,2013) menyatakan bahawa penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi.

3.3 Kumpulan minoriti Kumpulan minoriti dimaksudkan dengan suatu kumpulan etnik yang kecil dalam sesebuah masyarakat. Kumpulan minoriti seperti kaum asli, kadazan, murut, siam, saba dan lain-lain. Golongan ini biasanya hanya menerima pendidikan yang tidak formal sahaja. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah. (Kheru2006,2013).

EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 3

3.4 Murid keperluan khas Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal. Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee

(9182);(Kheru2006,2013) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat anggapan negatif samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

4.0 Konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, 1986) Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Terdapat beberapa aspek dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Antaranya adalah pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah, sosioemosi, perhubungan antara kelompok etnik, pengurusan pengajaran dan kepelbagaian kelompok atau pedagogi relevan budaya. . 4.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Persekitaran fizikal adalah suasana di bilik darjah yang terdiri daripada kriteria-kriteria fizikal seperti susun atur dan sebagainya. Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. (Kheru2006,2013). Selain itu, Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan.

EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 4

4.2 Aspek Pengurusan Sosio-Emosi Aspek sosio-emosi amat penting untuk menampakkan suatu keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Kepentingan pengurusan ini dapat diaplikasikan oleh guru dengan menggunakan strategi belajar melalui bermain sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan iaitu ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.(Kheru2006,2013). mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan Guru perlu kreatif dalam yang menarik dan

permainan

menyeronokkan.Hal ini kerana,kanak-kanak yang sedang membesar berfikiran bahawa bermain itu adalah satu keperluan dan juga membenarkan mereka melakukan aktiviti yang kreatif.

4.3 Aspek Perhubungan antara kelompok etnik Ia adalah satu aspek yang penting dalam membentuk bilik darjah yang mesra budaya. Melalui penerapan kepentingan hubungan etnik ini, ia akan dapat memberi murid peluang untuk memahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat. Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.(Kheru2006,2013)

4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu kearah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain. (Kheru2006,2013). Penggunaan bahan bantu mengajar dan pemilihan sumber pengajaran perlulah sesuai, selamat diguna dan yang paling penting adalah bahan itu mampu membantu guru bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 5

jelas

kepada

pelajarnya

tetapi

juga

mampu

membuat

perkaitan

antara

idea-idea,

mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi. 4.5 Kepelbagaian Kelompok atau Pedagogi Relevan Budaya Pengajaran pedadogi relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Guru juga boleh menggunakan bahan bacaan yang sesuai dengan budaya setiap murid dan menggalakkan murid membaca dan merentasi bahan rentas budayaPedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Pierre Bourdieu (1930);(Kheru2006,2013) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

5.0 Hubungkait antara konsep budaya kepelbagai kelompok dengan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta

menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat menuju kearah pembentukan semula masyarakat yang lebih baik.(Choong Lean Keow, 2008). Seorang guru bertanggungjawab bagi menggalakkan generasi baru berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Antara peranan guru yang boleh diamalkan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam konteks kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mesra budaya ialah, melaksanakan banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini disebabkan guru seharusnya bertanggungjawab mengajar murid-muridnya tanpa

mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan murid dengan kelas sosial mereka. Amalan penggunaan bahasa yang sesuai merupakan satu sistem komunikasi yang penting dalam menyampaikan mesej daripada penghantar kepada penerima samada ianya dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 6

dua hala antara guru dan murid, justeru, laras bahasa yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa di antara guru dan murid. Shamsul Amri Baharuddin,(2007) memberikan kenyataan berikut, Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, berlaku adil dan hormat menghormati merupakan elemen-elemen penting dalam membina hubungan sosial di dalam sebuah masyarakat majmuk. Amalan nilai-nilai murni seperti ini sekiranya diterapkan oleh guru kepada murid-muridnya maka secara tudak langsung akan melatih dan membentuk mereka bermula di bangku persekolahan supaya dewasa kelak mereka menjadi generasi masyarakat yang hidup dengan teratur dan mengamalkan norma-norma kehidupan sosial yang aman dan bersatupadu seperti yang dapat dihasilkan pada hari ini. Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah; ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang individu demi perkembangan yang berterusan. (John Dewey,1952);(Choong Lean Keow, 2008). Melalui pendapat beliau, jelas sekali bahawa penerapan nilai-nilai harus dilakukan di peringkat akar umbi dan ia seharusnya dibawa ke peringkat seterusnya sehingga akhir hayat.

6.0 Penutup Kesimpulannya, Kemahiran guru menggunakan kreativiti serta mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Gabungan elemen-elemen fizikal dan sosio-emosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran. Bilik darjah ini adalah kondusif untuk semua murid tanpa mengira perbezaan sosiobudaya sama ada dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam mahupun jantina. Murid yang belajar dalam kelas ini mendapat motivasi yang baik yang mendorong semangat mereka untuk belajar. EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 7

Bibliografi
Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Gnana Stanley Jaya Kumar, B. V. (1997). Achieving communal harmony and national integration: A Dream for every indian. Muralidhar: M.D. Publications Pvt. Ltd. Kheru2006(t,t) Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dicapai pada 12 Mac 2013 daripada http://kheru2006.webs.com/edu_3106/5_Pembinaan_ Persekitaran_Bilik_Darjah.htm Sabree Husein(11 Obteber 2009) Konsep Budaya. Dicapai pada 11 Mac 2013 daripada http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-budaya.html Shamsul Amri Baharuddin (2007). Budaya yang tercabar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Putaka(DBP) Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Maskon (2010). Budaya dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional Atan bin Long (1986) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) Kamus Dewan EDISI Kempat (2010), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)

EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran| 8

You might also like