Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KETURUNAN MULIA 1.

Salasilah Keluarga Nabi Muhammad


Keturunan Nabi Muhammad merupakan keturunan yang sangat istimewa. Nabi Muhammad berasal dari daripada keturunan bangsawan Quraisy. Datuk Nabi ialah ketua penduduk Mekah dan dilantik sebagai pemegang kunci Kaabah serta bertanggungjawab menjamu Jemaah haji pada setiap musim haji. Terdapat tiga peringkat bagi nasab Nabi Muhammad. Peringkat pertama ialah Muhammad bin Abdullah bin abdul Mutalib (nama sebenarnya ialah Syaybah) bin Hasyim (nama sebenarnya ialah Amru) bin Abdul Manaf (nama sebenarnya ialah alMughirah) bin Qusay (nama sebenarnya ialah Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (yang digelar dengan gelaran Quraisy dan melaluinya dinisbahkan kabilah Quraisy) bin Malik bin al-Nadr (namanya ialah Qays) bin

Kinanah bin Khuzaymah bin Mudrikah (nama sebenarnya ialah Amir) bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Peringkat kedua: iaitu salasilah di atas Adnan, iaitu Adnan bin Ad bin Humasya bin Sulaman bin Aus bin Buz bin Qumwal bin Ubay bin Awwam bin Nashid bin Haza bin BBaldas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin Ayd bin Abqar bin Ubayd bin al-Daa bin Hamdan bin Sinbar bin Yathribi bin Yahzan bin Yalhan bin Arawa bin Ayd bin Dishan bin Aysar bin Afnad bin Ayham bin Muqsir bin Nahith bin Zarih bin Sumay bin Muzay bin Audah bin Iram bin Qaydar bin Ismail bin Ibrahim. Peringkat ketiga: iaitu salasilah di atas Ibrahim, iaitu Ibrahim bin Tarih (nama sebenarnya Azhar) bin Nahur bin Saru atau Sarugh bin Rau bin Falikh bin Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh bin Lamik bin Mutawshalakh bin Akhnukh (dikatakan beliau ialah Nabi Idris) bin Yarid bin Mahlail bin Qaynan bin Anushah bin Shith bin Adam. Keluarga Nabi Muhammad dikenali sebagai Hashimiy iaitu dinisbahkan kepada datuk baginda Hashim bin Abdu Manaf. Hashim ialah orang yang bertanggungjawab mengendalikan urusan siqayah (minuman haji) dan rifadah (makanan Jemaah haji) yang diserahkan kepada Bani Abdul Manaf ketika diadakan persefahaman antara Bani Abdul Manaf dengan Bani Abdul al -Dar untuk membahagi-bahagikan jawatan di antara sesame mereka. Hashim merupakan seorang yang senang dan sangat dihormati. Beliau merupakan orang pertama yang memberi makan bubur roti kepada Jemaah haji di Mekah. Nama sebenar beliau ialah Amru. Beliau dinamakan dengan Hashim kerana dia memecahkan roti iaitu sempena perkataan hashm (memecahkan untuk dibuat bubur kepada Jemaah haji. Beliaulah orang pertama yang mempelopori dua perjalanan bagi orang Quraisy iaitu perjalanan pada musim sejuk dan perjalanan pada musim panas. Antara kisah yang berkaitan dengan Hashim ialah kisah pemergiannya ke Syam untuk berniaga. Dalam perjalanan ke Syam beliau sampai ke Madinah dan di situ beliau berkahwin dengan Salma binti Amru dari Bani Adiy bin Al-Najjar. Semasa beliau keluar ke Syam, isteri yang ditinggalkan bersama keluarganya sedang mengandung Abdul Al-Muttalib. Dalam perjalanan itu, Hashim meninggal dunia di Ghazzah, Palestin. Isterinya melahirkan Abdul al -Muttalib pada tahun 497

Masihi. Beliau dinamakan Syaybah (uban) kerana rambut putih yang terdapat di kepalanya. Ibunya mengasuhnya di rumah bapanya di Yathrib. Tidak seorang pun dari keluarga Hashim di Mekah menyedari tentang kelahiran anaknya itu. Hasyim mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Asad, Abu Sayfi, Nadlah dan Abdul AlMuttalib serta lima orang anak perempuan iaitu Al-Shifa, Khalidah, Daifah, Ruqayyah dan Jannah. Selepas Hasyim meninggal dunia, kerja memberi minum dan makanan kepada Jemaah haji diambil alih oleh saudaranya al-Muttalib bin Abdul Manaf. AlMuttalib ialah seorang yang terhormat dan ditaati serta mempunyai kedudukan utama di kalangan kaumnya. Orang-orang Quraisy menamakannya dengan panggilan Al-Fayyad yang bermaksud mencurah-curah disebabkan

kedermawanannya. Apabila Syaybah (abdul Muttalib) telah meningkat usia kanakkanak, al-Muttalib mendapat berita tentang anak saudaranya itu. Lalu, Al-Muttalib berangkat mencarinya dan meminta kebenaran ibunya untuk membawa Abdul AlMuttalib bersamanya di Mekah. Maka, tinggallah Abdul Al-Muttalib di sisi beliau sehingga dewasa. Setelah al-Muttalib meninggal dunia di Radman iaitu sebuah tempat di Yaman, tugas-tugas beliau disandang oleh Abdul Al-Muttalib. Abdul AlMuttalib menjalankan oleh tanggungjawab kepada kaumnya sebagaimana kemuliaan yang dan

dilaksanakan

nenek

moyangnya.

Beliau

mendapat

penghormatan daripada kaumnya. Antara peristiwa penting yang berlaku kepada Abdul Al-Muttalib ialah dua peristiwa iaitu menggali telaga zamzam dan peristiwa serangan tentera bergajah. Abdul Al-Muttalib bermimpi mendapat arahan supaya menggali zamzam dan diterangkan kepadanya tempat kedudukan telaga tersebut. Lalu dia pun menggali telaga itu dan didapati di dalamnya terdapat barang-barang yang ditanam oleh kabilah Jurhum ketika melarikan diri dari Mekah. Barang-barang itu ialag pedang, perisai dan dua kain pemidang Kaabah. Pedang-pedang yang ditemui itu kemudiannya dileburkan dijadikan pintu Kaabah dan di pintu Kaabah dipasang dua pemidang tersebut. Kemudian beliau terus menjalankan tanggungjawab menyediakan minuman kepada Jemaah haji. Setelah telaga zamzam ditemui semula, orang-orang Quraisy mula bertelagah dengan Abdul Al-Muttalib. Orang Quraisy membawa hal tersebut kepada

pawang wanita Bani Saad untuk dihakimi. Allah telah menunjukkan kepada mereka beberapa tanda bahawa Abdul Al-Muttalib dikhususkan untuk mengendalikan telaga zamzam. Setelah keputusan itu dibuat, maka Abdul Al-Muttalib bernazar bahawa jika dia dikurniakan sepuluh orang anak kemudian mereka besar dan berupaya mempertahankannya maka dia akan menyembelih salah seorang mereka di sisi Kaabah. Manakala ringkasan peristiwa serangan tentera bergajah ialah Abrahah AlSabbah seorang panglima perang Habsyah yang merupakan wakil Najasyi di Yaman telah membina sebuah gereja besar di Yaman. Hal itu dilakukannya apabila dia mendapati orang-orang Arab mengerjakan haji ke Baitullah. Lalu dia bercita-cita untuk mengalihkan tumpuan orang Arab agar menunaikan haji di Yaman. Rancangannya itu telah diketahui oleh seorang lelaki dari Bani Kinanah. Pada suatu malam lelaki itu masuk ke gereja tersebut dan mengotorinya dengan najis. Apabila Abrahah mendapat tahu angkara lelaki tersebut, timbullah kemarahannya. Dia mengambil tindakan membawa bala tentera yang besar berjumlah 60 000 anggota menuju ke Kaabah dengan tujuan meruntuhkannya. Setiak kali mereka menghalakan gajah itu ke selatan atauu utara atau timur, maka ia akan bangun dan berlari-lari anak. Tetapi apabila mereka mengalihkannya kea rah Kaabah, ia terus menderum semula. Allah telah mengutuskan burung Ababil kepada mereka. Burung tersebut melotarkan batu-batu yang sangat panas dan keras. Lalu jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat. Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Muharam iaitu lima puluh hari atau limah puluh lima hari sbelum kelahiran Nabi Muhammad. Abdullah, bapa Rasulullah merupakan anak Abdul Al-Muttalib yang terbaik. Ibunya ialah Fatimah binti Amru bin Aidh bin Imran bin Makhzum bin Yaqzah bin Murrah. Abdullah ialah anak yang paling sopan dan paling disayangi oleh mereka. Dialah mangsa penyembelihan apabila Abdul Al-Muttalib mendapat sepuluh anak lelaki dan mereka semua berupaya mempertahankannya. Bapa saudara Abdullah sebelah ibu dan Abu Talib mencadangkan kepada Abdul Al-Muttalib supaya bertemu dengan seorang tukang tilik wanita untuk meminta nasihatnya. Wanita itu menyuruhnya menuliskan pada anak panah dengan nama Abdullah dan sepuluh ekor unta. Jika nama yang keluar ialah nama Abdullah maka

hendaklah ditambahkan sepuluh ekor unta lagi sehingga Tuhan merestuinya. Jika yang keluar itu unta, maka hendaklah disembelih unta-unta itu. Setiap kali dicabut undi, yang keluar ialah nama Abdullah sehinggalah bilangan unta yang ditambah telah mencukupi seratus barulah undi yang keluar ialah unta. Kemudian, Abdul AlMuttalib menyembelih unta-unta itu sebagai ganti Abdullah. Abdul Al-Muttalib memilih Aminah binti Wahb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, Abdullah. Aminah dianggap wanita Quraisy yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah dari segi hubungan nasab dan kemuliaan. Abdullah dan Aminah tinggal di mekah. Pada suatu hari, Abdullah keluar untuk berdagang di Syam dan beliau singgah di Madinah. Di madinah, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Ketika beliau meninggal dunia, beliau berumur dua puluh lima tahun. Kematiannya ialah sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Harta peninggalan yang ditinggalkan oleh Abdullah ialah lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba wanita Habsyah yang bernama Barakah dan digelar Ummu Aiman. Dialah yang menjadi pengasuh Rasulullah. Nabi Muhammad dilahirkan di penempatan Bani Hasyim di Mekah pada pagi hari Isnin 9 Rabiul Awal tahun pertama peristiwa bergajah dan empat puluh tahun setelah berlakunya pemerintahan Kisr anosyarwan. Ianya bersamaan 20 atau 22 April 571 Masihi. Perkara luar biasa yang berlaku sebagai tanda perutusan Rasulullah telah terjadi ketika baginda dilahirkan. Semasa baginda dilahirkan, empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur, api yang disembah oleh orang-oeang Majusi terpadam dan gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap ke dalam bumi. Setelah kelahiran Rasulullah, Abdul Al-Muttalib dengan penuh gembira masuk ke Kabah serta berdoa dan bersyukur kepada Allah. Dia memilih nama Muhammad untuk cucunya. Nama Muhammad tidak pernah dikenali di kalangan orang-orang Arab ketika itu. Baginda dikhatankan pada hari ketujuh sebagaimana kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang Arab.

You might also like