Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (TESL) PENDIDIKAN RENDAH SUBJEK : BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 SEMESTER : 1

TARIKH MULA

: 19 JANUARI 2012

TARIKH HANTAR

: 17 FEBRUARI 2012

NAME NO I/C UNIT KOD SUBJEK PENSYARAH

: Hamdan Bin Basran : 910921-10-5927 : K 13 : WAJ 3115 : En. Kamarul Azlan Mohd Yusof

TARIKH HANTAR : 17 FEBRUARI 2012

Isi kandungan bil Perkara objektif Biodat pengarang Sinopsis cerpen- Mengandung Gaya Bahasa Kesantunan bahasa Sistem sapaan Kepentingan gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktorfaktor yang mempengaruhinya. Refleksi bibliografi Borang kolaborasi lampiran Muka surat

Objektif Cerpen sesuai digunakan sebagai bahan bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang digunakan penuh dengan siratan makna dan alunan rasa imaginatif. Objektif tugasan ini ialah supaya pelajar dapat menganalisis, mengulas dan menghuraikan sebuah cerpen dari pelbagai aspek seperti penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan kepentingan kesemua aspek tersebut. Kerja khusus ini juga bertujuan supaya pelajar dapat menghuraikan konsep kesantunan bahasa , verbal dan non verbal. Ia juga bertujuan untuk membuatkan pelajar berfikir secara kritis dalam proses menganalisis cerpen yang telah dipilih.

Biodata A Samad Said

Nama sebenar A.Samad Said ialah Abdul Samad bin Muhammad Said.Beliau lahir pada 9 April 1935.Merupakan Sasterawan Negara Malaysia 1986.Beliau dianugerahkan sebagai anugerah Sasterawan Negara yang ke-4.Beliau juga pernah di anugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. A.Samad Said mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura(1956). Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang diUtusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times,Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak dari alam persekolahan hingga kini beliau telah menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak.Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd. Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu,Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memartabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

Sinopsis cerpen mengandung Cerpen mengandung mengisahkan tentang sepasang suami dan isteri yang menghadapi konflik didalam rumah tangga mereka. Di permulaan cerpen ini, suami iaitu Kamal telah menampar isterinya iaitu Maimunah. Bang Mansor iaitu jiran Kamal cuba menenangkan Kamal yang masih marah terhadap isterinya. Kak jah ( Khatijah ) isteri Mansor turut sama cuba menenangkan Kamal. Kak Jah telah memberitahu Kamal sesuatu yang membuat Kamal terkejut. Punca kelakuan yang berbeza ialah kerana sebenarnya dia sedang mengandung. Kamal berasa sungguh terkejut kerana dia tidak mengetahui akan hal itu. Kak Jah menyuruh Kamal pergi keluar untuk menenangkan diri nya. Kamal tanpa berkata apa-apa terus sahaja menukar pakaian dan keluar dari rumah. Kamal telah pergi ke tepi laut untuk menenangkan dirinya. Di tepi laut itu terdapat banyak kenangan indah yang telah terjadi antara Kamal dan isterinya. Kamal teringat tentang peristiwa di mana pertama kali Kamal ingin memeluk isterinya. Kamal masih ingat lagi wajah isterinya yang malumalu dan menganggap saat itu ialah saat paling manis dalam hidupnya. Kenangan wangi dan manja itu bergerak-gerak manja di dalam fikiran Kamal. Kamal juga terimbas kembali satu lagi kenangan manis yang telah tercatat di tepi laut itu. Kamal teringat peristiwa di mana isterinya cemburu akan hubungan antara Jamilah dan Kamal. Kamal cuba menerangkan keadaan sebenar kepada isterinya. Dia menjelaskan bahawa dia dan Jamilah hanyalah kawan biasa sahaja. Kamal juga mengatakan bahawa dia hanya menyayangi isterinya sahaja. Kamal berasa sungguh menyesal akan perbuatannya yang telah menampar isterinya buat pertama kali. Dia mengatakan bahawa dirinya tidak berlaku adil kepada isterinya. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memujuk isterinya yang berada dalam kesedihan kerana perselisihan faham yang telah berlaku antara mereka berdua. Setibanya Kamal di rumah, dia terus menuju ke bilik di mana isterinya berada. Kamal melihat mata isterinya dan dia melihat masih terdapat linangan airmata di mata isterinya itu. Maimunah terus memeluk Kamal di iringi dengan tangisan. Kamal pula telah meminta maaf kepada isterinya dan dia bertanya mengapa maimunah tidak memberitahunya bahawa dia sedang mengandung. Kamal risau jika sesuatu terjadi kepada isteri yang dicintainya. Maimunah memberikan alasan bahawa dia tidak mahu membebankan suaminya dengan berita itu. Kamal memeluk isterinya dan tangisan maimunah telah berhenti menandakan mereka telah berbaik-baik semula.

Gaya bahasa Gaya bahasa merupakan aspek yang terpenting dalam penghasilan sesuatu karya seperti cerpen, puisi, novel dan lain-lain lagi.Gaya bahasa ialah merupakan cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. Gaya bahasa yang berbeza-beza membuatkan sesuatu karya itu unik dan menarik. Ia juga dapat menarik minat pembaca untuk membaca dan menghayati sesuatu karya itu. Gambaran imaginasi penulis dapat disalurkan dengan jelas melalui penggunaan gaya bahasa. Di dalam cerpen, mengandung gaya bahasa personifikasi kerap dan banyak digunakan oleh penulis. Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda-benda lain. Sebagai contoh bulan sabit tersenyum mesra. Dapat kita lihat sifat manusia iaitu tersenyum mesra telah diberikan kepada bulan sabit. Penggunaan personifikasi membolehkan pembaca menyelami maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis. Penggunaan gaya bahasa sinkof juga digunakan oleh penulis didalam cerpen ini. Sebagai contoh agaknya engkau tak tahu,Kamal... dan pergi sajalah dulu engkau bersiar-siar di luar Mal. Penulis menggunakan gaya bahasa sinkof kerana mahu membuat cerita itu tidak terlalu formal. Seterusnya ialah penggunaan simpulan bahasa didalam cerpen ini. Simpulan bahasa merupakan kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Contoh simpulan bahasa yang terdapat didalam cerpen ini ialah mata keranjang. Mata keranjang bermaksud lelaki yang bermata liar dan suka memandang perempuan cantik. Di dalam cerpen ini juga terdapat peribahasa yang diselitkan oleh penulis untuk menarik minat pembaca. Sebagai contoh, menanam tebu di bibir. Ia bermaksud berkata-kata manis atau memberikan janji palsu untuk untuk membuatkan orang lain percaya kepada mereka. Penulis juga menggunakan simile dalam penulisan cerpen ini. Simile bermaksud perbandingan setara yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu perkara. Katakata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya merupakan ciri-ciri simile. Contoh simile didalam cerpen ini ialah Kamal, seperti seorang hamba yang patuh kepada tuannya.... Penggunaan hiperbola juga terdapat didalam cerpen ini. Hiperbola bermaksud bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar. Contoh

yang terdapat didalam cerpen ini ialah Mansor cuba memadamkan api kemarahan Kamal. Gaya bahasa repitisi juga terdapat didalam cerpen ini. Repitisi merupakan pengulangan kata. Sebagai contoh watak Mansor didalam cerpen ini telah berkata, Ah budak-budak ini dan telah mengulang kembali perkataan itu sekali lagi. Di samping itu penulis menggunakan gaya bahasa anaphora didalam karyanya. Anaphora merupakan pengulangan di awal baris. Contohnya Di atas kepalanya,bulan sabit tersenyum mesra, dan kenangan lain pula memenuhi kepalanya.Di tepi laut itu berlakunya,terang sungguh. Pengulangan ayat di berlaku di awal baris.

Kesantunan bahasa Definisi kesantunan bahasa menurut Amat Juhari Moain (1992), ialah kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilainilai hormat yang tinggi. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek non verbal seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa dapat dibahagikan secara verbal dan tidak verbal, iaitu bahasa sapaan, protokol dan bahasa tubuh. Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah penting kerana dengan cara ini nilai-nilai budi bahasa dan pekerti mulia dapat diserapkan secara halus kepada para pembaca.Di dalam cerpen ini, penulis menggunakan kesantunan bahasa yang banyak didalam cerpen ini.Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang yang sedang dia berkomunikasi, usia dan juga status. Dari segi verbal,iaitu secara pertuturan,sebagai contoh ayat didalam cerpen ini ialah, you ni tak baik tahu begini. Tak baik you menganggap yang jamilah tu cuba memutuskan perhubungan kita.. dapat dilihat bahawa Kamal dengan menggunakan bahasa yang bersopan santun telah menasihati Maimunah yang telah bersangka buruk terhadap Jamilah. Pengggunaan bahasa yang lembut untuk menasihatkan orang lain merupakan sifat yang mulia.

Dari segi non verbal, sifat menghormati orang yang lebih tua juga boleh di klasifikasikan sebagai kesantunan bahasa. Bak kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda di sayangi. Menghormati orang yang lebih tua merupakan satu sifat yang mulia dan juga tergolong didalam kesantunan diri.. Contoh di dalam cerpen ini ialah Kamal, seperti seorang hamba yang patuh kepada tuan nya, turut saja nasihat Kak Jah. Dapat dilihat di sini bahawa kamal tidak membantah kata-kata kak jah dan mendengar nasihatnya. Ini menunjukkkan bahawa sifat kesantunan dan hormat kepada orang yang lebih tua trdapat di dalam cerpen ini. Kesantunan bahasa dapat dilihat melalui watak Kamal yang tidak menunjukkan sebarang bantahan terhadap nasihat yang diberikan kepadanya.

Sistem sapaan Sistem sapaan merupakan salah satu pecahan dari kesantunan bahasa. Sistem sapaan menunjukkan tatasusila dan adab sesuatu masyarakat. Sistem sapaan adalah satu elemen penting dalam sesebuah karya. Ini kerana, cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung melalui kata sapaan. Sistem sapaan yang betul mestilah mempunyai ciri-ciri kesantunan di dalam komunikasi. Sistem sapaan seperti memanggil orang yang lebih tua sebagai kak dan abang merupakan salah satu ciri-ciri kesantunan bahasa yang terdapat di dalam kehidupan orang melayu sejak dari dahulu lagi. Didalam cerpen ini dapat di lihat bahawa Kamal iaitu watak utama memanggil abangnya dengan panggilan Bang Mansor dan juga memanggil isteri Bang Mansor dengan gelaran Kak Jah. Dapat dinyatakan di sini bahawa kesantunan bahasa telah praktikan di dalam cerpen ini melalui kata panggilan watak utam kepada orang yang lebih tua darinya. Ia menunjukkan bahawa orang yang muda menghormati orang yang lebih tua dengan memberikan gelaran yang lebih istimewa seperti abang dan kak kepada orang yang lebih tua. Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah bahawa sistem sapaan atau penggunaan bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan yang tepat. Penggunaan sistem sapaan yang . Contoh yang terdapat didalam cerpen ini ialah watak Maimunah yang memberi gelaran abang kepada suaminya. Ini menunjukkan bahawa Maimunah meghormati dan merendah diri terhadap suaminya. Semasa proses imbas kembali berlaku didalam cerpen ini, dapat dilihat bahawa watak Kamal dan Mainunah menggunakan panggilan yang mesra seperti I dan you dalam perbualan mereka. Ini menunjukkkan mereka mempunyai hubungan yang istimewa dan rapat.

Kepentingan gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan Gaya bahasa,kesantunan bahasa dan sistem sapaan merupakan elemen yang penting samada dalam penghasilan karya ataupun didalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa seperti personafikasi, metafora, simile, dan lain-lain lagi yang menambahkan lagi keunikan sesuatu karya yang ingin dihasilkan. Penulis yang kreatif akan mempunyai cara tersendiri dalam penggunaan gaya bahasa untuk membezakannya daripada penulis-penulis yang lain . Contohnya penulis terkenal A.Samad Said telah melakukan kajian dengan mengkaji karya orang lain sebelum menghasilkan karyanya dengan meggunakan gaya bahasa yang lebih menarik.Tanpa penggunaan gaya bahasa, sesebuah karya itu akan hilang seri nya serta tiada daya kreatif yang mampu menarik minat para pembaca berbilang bangsa dan umur untuk menghayati sesebuah karya itu. Gaya bahasa juga dapat menonjolkan keunikan dan kehalusan bahasa melayu yang memang telah terbukti sejak dari dahulu lagi. Gaya bahasa dapat membuatkan pembaca memahami sesuatu perkara yang ingin disampaikan oleh penulis mengikut imaginasi yang dipaparkan melalui gaya bahasa berbeza yang digunakan oleh penulis. Kesantunan bahasa merupakan elemen yang penting dan didalam proses komunikasi. Kesantunan bahasa meliputi dari segi verbal, dan non verbal. Kesantunan bahasa penting kerana ia akan membuatkan proses komunikasi berjalan dengan lebih lancar kerana aspek kesantunan diterapkan didalam bahasa yang digunakan. Sebagai contoh, situasi di mana seseorang itu ingin menasihati orang lain, individu itu perlulah menggunakan kesantunan di dalam bahasa yang digunakannya. Kesantunan bahasa juga menunjukkan nilai sesuatu masyarakat. Kita dapat menilai sesuatu masyarakat itu berdasarkan kesantunan bahasa didalam perbualan ataupun pergaulan mereka dengan orang lain. Kesantunan bahasa penting untuk mengekalkan perpaduan di antara masyarakat. Sebagai contoh, di Negara kita yang berbilang kaum, kesantunan bahasa amatlah dititik beratkan supaya dapat mengekalkan perpaduan yang telah wujud sejak dari dahulu lagi. Nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Kesopanan amat penting kerana ia mencerminkan sikap seseorang individu itu didalam kalangan masyarakat. Antara kepentingan lain kesantunan bahasa ialah dapat menunjukkan kemesraan antara ahli keluarga. Penggunaan gelaran seperti along, angah, dan lain -

lain lagi dapat menunjukkan atau memperlihatkan kemesraan yang terjalin antara sesebuah ahli keluarga. Penggunaan sistem sapaan penting dalam kehidupan seharian kita. Sistem sapaan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan nama dan kata ganti diri. Penggunaan sistem sapaan yang betul akan memastikan keharmonian didalam masyarakat. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama Pak Cik kepada lelaki yang lebih tua untuk menunjukkan rasa hormat dan dapat menonjolkan sifat sopan santun . Sistem sapaan juga penting didalamkomunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang murid itu ingin berkomunikasi dengan guru mereka, penggunaan ganti nama aku oleh murid tidak sesuai digunakan. Sebaliknya haruslah menggunakan kata panggilan saya sebagai ganti nama kerana ia lebih sopan dan mengikut norma masyarakat serta lebih formal.

Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, fenomena kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda telah berubah. Tidak seperti masa dahulu di mana kesantunan bahasa amat di titik beratkan di dalam kehidupan bukan sahaja kepada generasi muda, tetapi juga generasi yang lain. Masyarakat melayu pada zaman dahulu yang penuh dengan sifat sopan santun dan budi pekerti amat mementingkan kesantunan di dalam semua aspek seperti kesantunan bahasa, kesantunan tingkahlaku dan lain-lain lagi. Contoh yang dapat dilihat ialah jarang kita dapat mendengar kisah di mana remaja pada zaman dahulu melawan ataupun berkasar dengan kedua orang tua mereka. Mereka hanya menurut sahaja perintah tanpa memberikan reaksi negatif ataupun memberontak. Ironi nya di zaman kini, generasi muda dilihat tidak mengamalkan kesantunan berbahasa terhadap ibu bapa mereka sendiri. Ramai generasi muda yang terjebak dengan gejala sosial kerana tidak mengikut kata-kata serta nasihat ibu bapa mereka. Generasi muda kini juga dilihat berkasar dengan ibu bapa mereka, fenomena seperti ini jarang di lihat berlaku pada generasi yang terdahulu. Remaja zaman kini juga dilihat semakin kurang mementingkan kesantunan bahasa dan mereka mencipta dan menggunakan istilah-istilah baru yang kasar dan tidak mencerminkan budaya timur yang di amalkan sekian lama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fenomena kurangnya kesantunan bahasa di dalam kalangan generasi muda. Didikan keluarga yang tidak sempurna merupakan salah satu faktor yang menjadi punca masalah kesantunan bahasa ini berlaku. Didikan awal daripada keluarga merupakan permulaan kepada asas pembentukan kesantunan bahasa dalam diri seseorang individu itu. Tanpa didikan yang sempurna, nilai kesantunan bahasa tidak akan dapat di praktikkan oleh seseorang remaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa menggunakan bahasa yang kasar sebagai bahasa komunikasi di rumah, anak-anak kecil mereka mungkin terpengaruh oleh ibu bapa mereka dan mereka akan mengamalkan bahasa kasar sama seperti apa yang ibu bapa mereka lakukan. Dapat dilihat bahawa didikan ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menggunakan bahasa yang lembut untuk berkomunikasi dengan anak mereka. Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga merupakan faktor penting mempengaruhi kurangnya nilai kesantunan bahasa dalam diri generasi muda pada masa kini. Rakan merupakan individu yang lebih akrab dan penting didalam kehidupan remaja. Remaja lebih suka berkongsi masalah dan bercerita rahsia mereka kepada rakan berbanding ibu bapa mereka sendiri. Jelas dilihat

bahawa rakan mampu mempengaruhi minda dan perlakuan serta pertuturan seseorang itu. Sebagai contoh, penggunaan perkataan kasar dan mencarut merupakan kebiasaan didalam komunikasi antara rakan-rakan. Sekiranya seseorang remaja itu menggunakan bahasa yang formal dan bersopan santun, dia mungkin akan di anggap sebagai seorang yang pelik dan akan dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain. Media juga merupakan faktor yang mempengaruhi kurangnya amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Media pada masa kini menghasilkan filem-filem yang mengandungi unsur-unsur yang ganas dan kasar. Remaja yang menonton filem-filem ini akan mudah terpengaruh dengan aksi dan bahasa kesat yang digunakan di dalam sesebuah filem itu. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama, filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Filem yang mengandungi bahasa yang kasar memberi pengaruh negatif kepada nilai-nilai kesantunan bahasa yang merupakan aspek penting dalam kehidupan kita. Kesimpulannya, kesantunan bahasa merupakan sesuatu perkara yang perlulah di titik beratkan didalam kehidupan seharian kita. Generasi muda juga perlulah mengekalkan kesantunan dalam berbahasa yang telah diwarisi sejak dari zaman dahulu lagi. Kesantunan bahasa melambangkan jati diri seseorang individu itu. Sebagai generasi muda, kita perlu sentiasa menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan kemarahan orang lain. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan hubungan baik antara sesama insan.

Refleksi Mutakhir ini, fenomena kesantunan berbahasa dilihat semakin kurang dan semakin dipinggirkan oleh pelajar. Budaya menggunakan bahasa yang kasar merupakan trend ataupun budaya remaja pada masa kini dilihat akan menyebabkan hilangnya kesantunan bahasa. Sebagai contoh, dapat dilihat di dada-dada akhbar kes di mana pelajar memukul dan mencaci guru mereka. Ini berlaku kerana kurangnya kesantunan di dalam diri pelajar itu. Pelajar seharusnya bersopan santun dalam berbahasa kepada guru mereka kerana guru merupakan pendidik yang patut dihormati dan disanjungi. Penggunaan perkataan mencarut atau kesat dalam kalangan pelajar semakin berleluasa kerana kurangnya pemantauan dari semua pihak. Selepas melaksanakan kerja khusus yang memerlukan banyak kajian ini dilakukan, saya semakin bertambah yakin dengan analisis dan ulasan yang telah dijelaskan secara terperinci di dalam kerja khusus ini. Saya yakin akan dapat melakukan yang lebih baik lagi sekiranya di berikan peluang untuk membuat tugasan seperti ini lagi. Dari aspek penguasaan, saya merasakan bahawa penguasaan bahasa melayu saya semakin bertambah melalui pembacaan cerpen dan pengulasan gaya bahasa yang telah dilakukan. Kini pengetahuan saya mengenai pelbagai bentuk gaya bahasa dan kesantunan bahasa semakin meningkat berbanding sebelum saya melaksanakan projek ini. Kerja khusus ini memberikan kesedaran tentang perlunya mengekalkan kesantunan bahasa. Sebagai seorang bakal guru, adalah penting supaya saya mengamalkan kesantunan bahasa supaya pelajar dapat mencontohi tingkah laku dan perbuatan saya. Sebagai seorang guru, kita perlulah mendidik para pelajar supaya bertutur dengan bahasa yang sopan dan mengamalkan nilai-nilai murni supaya pelajar akan menjadi insan yang berbudi pekerti dan bersopan santun didalam pergaulan bersama masyarakat sekeliling. Kesimpulannya, pengalaman yang diperolehi semasa membuat tugasan ini membuatkan saya lebih matang dan merubah persepsi mengenai kepentingan kesantunan bahasa serta kepentingan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.Budi bahasa yang baik mencerminkan imej seseorang individu itu dari pandangan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian.

Bibliografi
Ja'afar, S. (2002, januari 23). Kesantunan Bahasa:Pertembungan antara Budaya Melayu- Bukan Melayu dan Islam- Bukan Islam. Retrieved februari 10, 2012, from Kesantunan Berbahasa: http://penerbit.upsi.edu.my/website_ejurnal/bahan/Jurnal%20Peradaban%20Melayu%20No.3/chapter5/bab%205%20Kesant unan%20bahasa.pdf

Junus, U. (2010). Siri Monograf Sejarah Melayu: Gaya Bahasa Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahat, N. A. (2007, julai 24). Gaya Bahasa Dalam Komsas. Retrieved februari 10, 2012, from http://azman-duniaku.blogspot.com/2007/07/gaya-bahasa-dalam-komsas.html

Omar, A. H. (2005). Bahasa Melayu Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaari, R. (1993). MEMAHAMI GAYA BAHASA. Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BORANG KOLABORASI NAMA PELAJAR : ___________________________________________________ NOMBOR MATRIK: _____________________________________________________ UNIT : _________________________SEMESTER: __________________ SUBJEK: _____________________________________________________ PENSYARAH: ____________________________________________________ TARIKH PERKARA ULASAN TANDATANGAN

Lampiran

You might also like