Peranan Guru Sebagai Agen Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Peristiwa

13 Mei 1969

yang

mengugat

keselamatan dan

keharmonian negara. Selepas tragedi ini, sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan

perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integras nasional. Dalam buku Malaysia Kita integrasi nasional bermaksud proses penyatu

padukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identiti asas masingbukunya penerapan ciri-

masing. Sarjana tempatan

Haji Ishak bin Saat dalam merupakan

Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia integrasi lebih

ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya

Guru disekolah memeninkan peranan yang penting dalam menerapkan konsep Intergasi National dikalangan murid. Berikut adalah langkah langkah yang boleh dilakukan oleh guru di sekolah untuk nenerapkan nilai Intergari National.

Peranan Guru Melalui Kurikulum Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum.

Antaranya, mentafsir sukatan, iaitu dengan mengkaji sukatan dan mengubah suai sukatan tersebut mengikut kesesuaian budaya pembelajaran murid-murid. Di samping itu, guru perlulah memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih supaya sesuai dengan keperluan, selain merancang pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan. Seterusnya, guru harus melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan akhir sekali melakukan penilaian untuk mendapatkan hasil atau keputusan tentang prestasi dengan membuat analisis keputusan yang diperoleh muridmurid. Dalam masa yang sama, guru bertanggungjawab untuk menyemai budaya kecemerlangan ke dalam diri murid-murid, di mana budaya kecemerlangan ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian. Kejayaan yang digapai bersama membuktikan tahap kesepaduan

yang tinggi antara murid. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Integrasi National dapat diterapkan oleh saya sebagai seorang guru melalui pembelajaran sama . bersama dalam kelas yang menggunakan bahasa penghantar yang

Melalui Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, guru berperanan dalam menerapkan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik ke dalam diri setiap murid untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Saya boleh menyemai nilai integriti, yang turut ditekankan dalam konsep 1Malaysia ke dalam diri setiap murid. Hal ini kerana dalam usaha membangunkan negara, Malaysia

Peranan Guru Melalui Kokurikulum Guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi dengan luas tanpa mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Di sini, murid-murid akan belajar erti bekerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba untuk menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka demi mempertahankan kumpulan masing-masing. Pada waktu inilah, guru perlu berusaha

untuk mewujudkan suasana di mana murid-murid perlu menghargai siapa jua rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan sentimen perkauman. Selain itu, guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi dengan luas tanpa mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan seperti perkhemahan dan pertandingan kawad kaki serta program RIMUP. Di sini, murid-murid akan belajar erti bekerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba untuk menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka demi mempertahankan kumpulan masing-masing. Hal ini bertepatan dengan konsep gagasan 1Malaysia, di mana nilai penerimaan dapat dibentuk secara telus. Pada waktu inilah, saya sebagai guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana di mana murid-murid perlu menghargai siapa jua rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan sentimen perkauman.. Sebagai kesimpulannya, di samping peranan guru melalui bidang kurikulum, para guru juga berperanan dalam menggerakkan kokurikulum bagi menggalakkan perpaduan dan pemupukan nilai-nilai murni serta aspirasi yang seiring dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri kita.

Melalui Program Anjuran Sekolah Guru pula memainkan peranan sebagai medium perantara terbaik yang membentuk kemesraan ini. Untuk tujuan itu, pelbagai aktiviti anjuran sekolah boleh dirancang bagi menjayakannya.

Antara program, sekolah boleh mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak, Hari Mengenali Sekolah dan Majlis Satu Hati yang bertemakan masyarakat majmuk. Pada waktu ini murid hendaklah dibenarkan untuk memakai pakaian kebudayaan mereka. Ini bukan bermaksud untuk mewujudkan pengasingan antara kaum tapi bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan kaum yang wujud di Malaysia. Seterusnya, guru boleh membawa murid untuk saling mengenali antara budaya dan adat kaum masing- masing agar wujud rasa hormat-menghormati terhadap perbezaan budaya dan adat antara mereka. Selain itu, program lain seperti program gotong-royong juga boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif semangat kerjasama dan perpaduan ini. Program Gotong Royong Perdana 1Malaysia telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Semua pelajar berbilang kaum terlibat di dalam program ini. Disinilah guru perlu bijak memainkan peranan. Guru seharusnya bertindak proaktif dengan membahagikan kerja pembersihan dengan mencampurkan murid dari pelbagai kaum untuk merapatkan jurang interaksi dan kerjasama antara mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung, objektif perpaduan itu akan dapat dicapai di samping membantu dalam merealisasikan 1Malaysia yang kita idam-idamkan.

Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Menurut Dr Ismail Ibrahim, Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya (Sumber - Dr Ismail Ibrahim). Hal ini kerana 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
5

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Di samping itu, 1Malaysia adalah pemangkin kepada usaha mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat (Sumber - Bahagian Dasar Penerbitan Negara). Justeru, gurulah yang berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan penerimaan antara kaum. Hal ini selari dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,. Beliau turut berkata bahawa "Anak-anak perlu dididik agar menghargai kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara,". Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Berikut adalah langkah langkah yang boleh dilakukan oleh saya sebagai seorang guru pengajian sosial di sekolah bagi meningkatkan Integrasi National di sekolah.

Rujukan Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin Enterprise.

Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Quantum Books. Kamaruddin Haji Husin, 1995. Dinamika sekolah dan bilik darjah.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn.Bhd.

Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. Sosiologi pendidikan. Petaling Jaya: Longman. Omar Mohd. Hashim, 1991. Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

myhistorian.googlepages.com/MASYARAKATMAJMUK.doc
http://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-MajmukDi-Malaysia http://uitmnote.blogspot.com/2012/05/pengenalan-konsep-2.html

You might also like