Senarai Nama Mufti-Mufti Negeri Terengganu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

SENARAI NAMA MUFTI-MUFTI NEGERI TERENGGANU

Bil. 1. Nama Tuan Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdur Rahim AlFatani (Tok Syeikh Bukit Bayas) Syed Muhammad bin Zainal Abidin bin Al-Idrus (Tuan Besar Paduka Indera) Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Yaqub Al-Fatani (Tok Syeikh Duyung) Haji Wan Muhammad bin Wan Abdullah Haji Wan Mohd Saleh bin Ismail (Dato Indera Guru) Haji Wan Sulaiman bin Daud (Dato Kamal Wangsa) Syeikh Hassan bin Said Al-Yamani 1860an 1878 1890 10.12.1912 1.1.1932 12.1.1878 13.2.1889 1912 7.12.1931 16.9.1936 Mulai Hingga Kenyataan Meninggal dunia dalam tahun 1853

2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

Haji Wan Abdul Rahman bin Long (Dato Purba Di Raja)

1.9.1940 17.10.1943 1.1.1946 17.7.1952 23.3.1943 12.4.1943 30.7.1954 1.9.1947 9.2.1948 1.8.1951 28.12.1951 14.4.1952 15.6.1952 20.8.1957 12.9.1957 26.1.1966 24.5.1966 20.2.1967 27.4.1967 17.7.1952 22.11.1957 7.4.1953 22.11.1975 1.1.1976 16.2.1988 1.7.2000 7.7.2004 1.4.2006 1.4.2008 15.2.1988 28.3.2000 30.4.2004 31.10.2005 31.3.2008 sekarang

Pemangku Mufti

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Haji Wan Long Mohd. Saleh bin Ahmad (Dato Sangsura Pahlawan) Syed Yusof bin Ali Al-Zawawi Haji Wan Abdul Manan bin Haji Wan Yaakob (Dato Indera Guru) Dato Engku Haji Alwi bin Engku Haji Ambak Al-Idrus (Engku Pengeran Arif DiRaja) Dato Al-Syeikh Abdul Halim bin Abdul Kadir Dato Dr. Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang Dato Haji Ismail bin Yahya Dr. Haji Alias bin Abdullah

SENARAI NAMA & GAMBAR MUFTI-MUFTI NEGERI TERENGGANU


Bil. Nama Tuan Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdur Rahim AlFatani (Tok Syeikh Bukit Bayas) Mulai Hingga Kenyataan Meninggal dunia dalam tahun 1853

1.

2.

Syed Muhammad bin Zainal Abidin bin Al-Idrus (Tuan Besar Paduka Indera)

1860an

12.1.1878

3.

Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Yaqub Al-Fatani (Tok Syeikh Duyung)

1878

13.2.1889

4.

Haji Wan Muhammad bin Wan Abdullah

1890

1912

5.

Haji Wan Mohd Saleh bin Ismail (Dato Indera Guru)

10.12.1912

7.12.1931

6.

SDHaji Wan Sulaiman bin Daud (Dato Kamal Wangsa)

1.1.1932

16.9.1936

7. Syeikh Hassan bin Said Al-Yamani

1.9.1940 17.10.1943 1.1.1946 17.7.1952

8. Haji Wan Abdul Rahman bin Long (Dato Purba Di Raja)

23.3.1943 12.4.1943 30.7.1954 1.9.1947 9.2.1948 1.8.1951 28.12.1951 14.4.1952 15.6.1952 20.8.1957 12.9.1957 26.1.1966 24.5.1966 20.2.1967 27.4.1967

Pemangku Mufti

9. Haji Wan Long Mohd. Saleh bin Ahmad (Dato Sangsura Pahlawan)

17.7.1952 22.11.1957

10. Syed Yusof bin Ali Al-Zawawi

7.4.1953 22.11.1975

11. Haji Wan Abdul Manan bin Haji Wan Yaakob (Dato Indera Guru)

1.1.1976

15.2.1988

12.

Dato Engku Haji Alwi bin Engku Haji Ambak Al-Idrus (Engku Pengeran Arif DiRaja)

16.2.1988

28.3.2000

13. Dato Al-Syeikh Abdul Halim bin Abdul Kadir

1.7.2000

30.4.2004

14. Dato Dr. Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang

7.7.2004

31.10.2005

15. Dato Haji Ismail bin Yahya

1.4.2006

31.3.2008

16. Dr. Haji Alias bin Abdullah

1.4.2008

sekarang

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Pertama Tuan Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdur Rahim Al-Fatani ( Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas )

Latar Belakang Peribadi : Berketurunan anak raja Bugis yang bernama Fakeh Ali. Lahir di Patani, pada suatu tarikh yang dianggarkan pada dekad terakhir abad ke-18 (1790an). Berhijrah ke Terengganu pada dekad 1820an bersama-sama rombongan yang dipimpin oleh Tok Syeikh Qadi (Bapa Kepada Syeikh Duyong).

Latar Belakang Pendidikan : Pendidikan asas di beberapa pondok pengajian di Patani. Melanjutkan pelajaran ke Mekah dan berguru dengan Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim, Mufti Syafie di Mekah, Syeikh Ahmad al-Marzuqi, Syeikh Muhammad Shalih bin Abdul Rahman Pauh Bok alFathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh dan lain-lain.

Pengalaman Kerja : Mulai sekitar 1830an beliau mengajar di Kampung Paya Bunga, Duyung dan beliau mendirikan masjid di Bukit Bayas dan di kedua-dua tempat itu beliau membina pengajian pondok menurut tradisi di Patani. Beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas maka terkenallah namanya dengan gelaran Syeikh Abdul Kadir BukitBayas. Pakar dalam bidang Usuluddin, Tasawwuf , Tafsir dan Hadis. Mufti Negeri Terengganu

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik menjadi Mufti Terengganu oleh Sultan Omar (muridnya sendiri) pada tahun 1839 hingga 1853.

Hasil Penulisan : Kitab bertajuk At-Targhib li al-BaiI wa Asy-Syira kandungannya membicarakan tenteng perniagaan menurut ajaran Islam dengan mengemukakan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan Hadis mengenai larangan memakan riba. 5

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Beliau memperkenalkan ajaran Islam menurut Mazhab Syafie dan iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Nasihat beliau selaku Mufti dan ditambah dengan minat Sultan sendiri kepada agama Islam menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan negeri Terengganu berjalan selari dengan kehendak agama Islam. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1864M di Kampung Paya Bunga, Terengganu dan ada riwayat lain menyebut beliau meninggal dunia di Bukit Bayas, Terengganu.

BIODATA MUFTI TERENGGANU Mufti Kedua Syed Muhammad Bin Zainal Abidin bin Al-Idrus ( Tuan Besar Paduka Indera ) Latar Belakang Peribadi : Berketurunan Al-Idrus Lebih dikenali sebagai To Ku Tuan Besar Tinggal di Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Latar Belakang Pendidikan : Pendidikan secara pondok, berguru dengan Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas. Belajar di Mekah ketika umurnya 20 tahun, berguru dengan ulamaulama yang masyhur seperti Sheikh Abdul Hamid Syurwani dan Imam al-Sheikh Nawawi.

Pengalaman Kerja : Pulang dari Mekah, mengajar di Kuala Terengganu khususnya di Kampung Chabang Tiga.

Jawatan Yang Telah Disandang : Guru agama Dilantik menjadi Mufti dari tahun 1860an hingga 12.1.1878 masehi.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Bertanggungjawab memperluaskan ilmu agama kepada masyarakat pada zamannya.

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Ketiga Haji Wan Abdullah bin Mohamad Amin ( Tok Syeikh Duyong )

Latar Belakang Peribadi : Lahir di Cabang Tiga, Patani pada tahun 1802M bersamaan 1217H. Berhijrah ke Terengganu bersama bapanya yang bernama Wan Muhammd Amin al-Fatani yang digelar dengan Tok Syeikh Qadh alFatani. Menetap di Duyong Kecil

Latar Belakang Pendidikan : Mendapat pendidikan daripada ayahnya sendiri yang ketika itu tinggal di Kampung Paya Bunga. Beliau bersahabat dengan Syed Muhammad bin Zainal Abidin (Tukku Tuan Besar) dan selanjutnya belajar dengan Syeikh Wan Abdul Kadir bin Abdul Rahim Al-Fatani yang pada ketika itu tinggal di Bukit Bayas. Melanjutkan pelajaran ke Mekah dan berguru dengan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani yang merupakan seorang ulama yang terkenal pada masa itu dan pernah bersahabat dengan ayahnya.

Pengalaman Kerja : Memulakan pengajaran agama setelah pulang dari Mekah pada tahun 1846M/1263H di Pulau Duyong Kecil. Beliau juga mengajar di beberapa tempat di antaranya Paloh, Losong dan Bukit Bayas. Dilantik sebagai Mufti selepas kematian Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas.

Jawatan Yang Telah Disandang : Menjadi Guru agama. Dilantik menjadi Mufti dari tahun 1878 hingga 13.2.1889 masehi.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Tokoh dalam bidang Perundangan Islam pada abad ke 19 dan abad ke-20. Mengajar dua jenis kitab iaitu berbahasa Melayu dan bahasa Arab. Kitab-kitab bahasa Melayu yang diajarkan diutamakan karangan 8

gurunya, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Kitab-kitab bahasa Arab yang diajarkan adalah karangan ulama-ulamayang terkenal dalam pelbagai disiplin ilmu. Yang paling diutamakan dalam tasawuf ialah Ihya Ulumid Din oleh Imam al-Ghazali. Murid Tok Syeikh Duyung sangat ramai termasuk yang datang dari luar Terengganu. Ada yang datang dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan dan lain-lain. Di antara murid Tok Syeikh Duyung yang menjadi ulama besar lagi terkenal ialah Syeikh Abdul Rahman Gudang al-Fathani, Tokku Paloh dan Haji Wan Muhammad (anak beliau sendiri) yang pernah menjadi Mufti Terengganu setelah Tok Syeikh Duyung wafat. Di kalangan Sultan Terengganu yang pernah menjadi murid Tok Syeikh Duyung ialah Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III. Semasa berlaku Pemberontakan Besut 1874, Sultan Omar telah menugaskan Tok Syeikh Duyung ke Kelantan dengan tujuan supaya Sultan ke Kelantan dengan tujuan supaya Sultan Kelantan menghentikan bantuan kepada pemberontakan itu. Menurut riwayat , perundingan antara Tok Syeikh Duyung dan Sultan Kelantan mendatangkan hasil yang memuaskan. Daripada riwayat itu dapat disimpulkan bahawa bijaknya seorang ulama menangani sesuatu isu yang besar sehingga seseorang sultan dapat menerima buah fikirannya seterusnya peperangan terhenti dan perdamaian diperolehi.

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Keempat Haji Wan Muhammad bin Wan Abdullah

Latar Belakang Peribadi : Beliau merupakan anak kepada Tok Syeikh Duyung iaitu Haji Wan Abdullah bin Mohamad Amin.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik menjadi Mufti dari tahun 1890 hingga 1912 masehi.

10

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kelima Haji Wan Mohd Saleh Bin Ismail ( Dato Indera Guru )

Latar Belakang Peribadi : Bergelar Dato Indera Guru

Pengalaman Kerja : Menjadi Mufti melewati tiga orang Sultan iaitu Sultan Zainal Abidin III, Sultan Muhammad dan Sultan Sulaiman Badru Alam Shah.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik masehi. menjadi Mufti dari tahun 10.12.1912 hingga 7.12.1931

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Ahli Jawatankuasa menggubal Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu dikenali sebagai Hqanul Muluk bi Tadils Suluk bersama Tok Ku Paloh dan Haji Wan Mohamad. Anggota Majlis Mesyuarat Negeri dan Jemaah Menteri semasa Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

11

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Keenam Haji Wan Sulaiman Bin Daud ( Dato Kamal Wangsa )

Latar Belakang Peribadi : Bergelar Dato Kamal Wangsa.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik menjadi Mufti dari tahun 1.1.1932 hingga 16.9.1936 masehi.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Dato Kamal Wangsa bersama-sama Dato Seri Amar DiRaja Hj. Ngah (Menteri Besar) berganding bahu dalam usaha mengekalkan kedaulatan Islam di Terengganu dengan menubuhkan Baitulmal, Unit Pendidikan Agama, Unit Nikah Cerai, Unit Tanah Wakaf, Unit Mualaf dan Unit Masjid.

12

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Ketujuh Syeikh Hassan Bin Said Al-Yamani

Latar Belakang Peribadi : Berbangsa Arab. Dilahirkan di sebuah perkampungan bernama As Syamiyah di Mekah, pada 26 Rabiul Akhir 1315 Hijrah bersamaan 23 September 1897. Ayahnya al-Syeikh Said Bin Muhammad Al-Yamani seorang ulama yang terkenal dan dihormati di Mekah serta guru agama di Masjidil Haram yang bergelar Merpati al-Masjidil Haram, al-Syeikh Said Yamani yang meninggal dunia pada tahun 1354 Hijrah bersamaan 1935/1936 Masehi. Semasa menjadi Mufti beliau telah tinggal di beberapa tempat seperti di Jalan Air Jernih, di Losong, di Cherong Lanjut, di Gong Kapas dan sebagainya. Beliau meninggal dunia pada 11 Januari 1972.

Latar Belakang Pendidikan : Dibesarkan dan dididik dalam satu keluarga ahli agama. Selama 13 tahun, dari umurnya 7 tahun hingga berusia 20 tahun antara tahun 1322H dan 1335H banyak belajar mengenai kitab-kitab fekah dengan bapanya. Berguru dengan Al-Alim Al-Syekh Ad-Dahan pada tahun 1320H di Madrasah Al-Salatiyyah mengenai kitab-kitab Hadis yang enam iaitu Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai. Berguru dengan As-Syeikh Bafadhil sehingga ke tahun 1328H/1910M mengenai Ilmu Nahu seperti kitab Mutamimah, Syuzurz, Syarah Ibn Aqil, dan lain-lain kitab Nahu. Mengikuti syarahan As-Syeikh Syuaib Al-Magribi yang mengajar Sahih Al-Bukhari selepas waktu Asar di Masjidil Haram. Berguru dengan Al-Alim Al-Alamah Al-Syeikh Mushtaq Ahmad dari tahun 1332H iaitu seorang ulama besar bertempat di sebuah bangunan kepunyaan Madrasah Al-Salatiah yang mengajar mengenai Ilmu Mantiq dan Falsafah serta kitab-kitab seperti Labbul Usul. 13

Berguru dengan Al-Syeikh Abdul Rahman bin Al-Syeikhj Ahmad Dahan dari tahun 1328H hingga 1338H yang mengajarnya berbagai ilmu termasuk Ilmu Mantiq di Masjidil Haram. Beliau adalah seorang ulama yang banyak berguru dan banyak menerima ijazah.

Pengalaman Kerja : Sebagai Pembantu kepada bapanya semasa bapanya mengajar di Masjidil Haram. Antara tahun 1326H hingga 1334H bersamaan 1910M hingga 1916M menjadi guru di Madrasah Al-Salatiyyah. Dari tahun 1336H/1918M mengajar di Madrasah Al-Wafiah. Mengajar di Masjidil Haram yang disertai oleh ramai pelajar dari jauh dan dekat seperti dari Kota Mekah sendiri, Hadralmaut, Yaman dan daerah-daerah di Nusantara seperti Malaysia dan Indonesia. Menjadi guru di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar. Menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Mufti Negeri Terengganu.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik sebagai Mufti dari tahun 1.9.1940 hingga 17.7.1943 masehi ( kali pertama ). Dikurniakan tauliah Wakil Khas oleh Sultan berkuatkuasa dari 12.12.1942. Dilantik menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama sebagai jawatan tambahan yang disandang sehingga 30.9.1943. Pada 18.10.1943 beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti semasa pemerintahan Jepun dan pulang ke Mekah. Dilantik menjadi Mufti dari tahun 1.1.1946 hingga 17.7.1952 masehi ( Kali kedua ) setelah kembali semula ke Terengganu selepas kekalahan tentera Jepun.

14

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada pendidikan dan Dakwah Islamiyyah bukan sahaja di tanah suci tetapi juga di Malaysia khasnya Negeri Terengganu. Kemahiran dan kepakaran dalam Mazhab Syafie sukar ditandingi. mengeluarkan fatwa menurut

Selaku Mufti Kerajaan Terengganu beliau telah mengarahkan tindakan supaya zakat fitrah dan zakat padi dipungut dan diserahkan kepada amil-amil yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama. Pegawaipegawai zakat telah dilantik dan kempen pungut zakat dijalankan dengan rancak di seluruh negeri yang pada mulanya menerima tentangan dari sesetengah pihak. Memperkenalkan peperiksaan untuk calon-calon Kadi Besar. Bekerjasama dan berusaha mewujudkan Madrasah Khairiah, Hiliran pada tahun 1942 dan penubuhan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) pada tahun 1946. Berperanan membantu pemergian pelajar-pelajar Terengganu di Luar Negeri dan 2 orang daripada mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran di Mekahdan Mesir pada zamannya. Rumah beliau juga terbuka kepada penduduk daripada semua lapisan masyarakat terutama sekali penuntut dan ahli agama yang berminat mengadakan halaqah pelajaran di kediamannya.

15

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kelapan ( Pemangku ) Haji Wan Abdul Rahman Bin Long ( Dato Purba Di Raja )

Latar Belakang Peribadi : Dilahirkan pada 2 November 1911, di Kampung Duyong Kuala Terengganu. Merupakan cicit kepada Tok Syeikh Duyong. Bergelar Yang Berhormat Dato Purba Diraja

Latar Belakang Pendidikan : Pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Jambol dan Sekolah Arab Arab Paya Bunga. Melanjutkan pelajaran ke Mekah di antara tahun 1927 hingga tahun 1935 dan menuntut bersama-sama beberapa orang Ulama yang terkenal, antara gurunya di Mekah ialahSyeikh Mokhtar, Syeikh Hassan Said Yamani, Tok Ayat dan Pak Da Weil. Bidang pengajian yang diikuti dan diminati beliau ialah Ilmu Fikah, Nahu dan Falak.

Pengalaman Kerja : Pernah dilantik sebagai Naib Kadi dan akhirnya menjadi Kadi Besar pada tahun 1970. Pernah memangku Jawatan Mufti Terengganu beberapa kali. Diisytiharkan sebagai Tokoh Ulama pada tahun 1988 bersama-sama Yang Berbahagia Dato Haji Abbas Bin Haji Abbas Bin Haji Muhammad dan Tuan Haji Wan Abdul Latiff Bin Wan Abdul Kadir.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik sebagai pelatih Kadi dalam taun 1938 dan setelah beberapa lama menjadi Kadi. Dilantik menjadi Kadi Besar dalam tahun 1952 sehingga 1970.

16

Dilantik menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu 1943 hingga 1945. Dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Mufti dari tahun :
23.3.1943 30.7.1954 1.9.1947 1.8.1951 14.4.1952 20.8.1957 26.1.1966 20.2.1967 hingga 12.4.1943 hingga 9.2.1948 hingga 28.12.1951 hingga 15.6.1952 hingga 12.9.1957 hingga 24.5.1966 hingga 27.4.1967

Antara tahun-tahun pertengahan 1940an dan tahun-tahun akhir 1980an telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Ulama Negeri Terengganu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu dan Pengerusi Jemaah Pangkuan Negeri. Dianugerahkan sebagai Tokoh Ulama Negeri Terengganu pada tahun 1988.

Hasil Penerbitan : Telah menyumbang hasil bebrapa buah artikel tentang alam cakerawala di dalam Suara Jabatan Agama yang diterbit antara Ogos 1960 dan Julai 1962. Pernah menghasilkan beberapa buah buku bersama-sama tokoh-tokoh agama tempatan yang lain termasuklah Panduan Ibadat dan Panduan Kanak-kanak (bersama Dato Engku Embong).

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Sebagai tokoh agama beliau dihormati kerana keilmuannya, dan hingga ke akhir hayatnya beliau terus menjadi rujukan pelbagai pihak berhubung perkara-perkara keagamaan. Selaku ulama yang sering menjadi tempat pertanyaan umum beliau begitu cermat dalam memberi pendapatnya, beliau akan berfikir panjang dan akan menghalusi terlebih dahulu persoalan-persoalan yang dikemukakan sebelum bertindak menyatakan pandangannya. Beliau mahir dalam ilmu Fikah, terutama faraid pakar dalam ilmu Falak. Beliau telah dikurniakan beberapa darjah kebesaran di atas jasa dan khidmat beliau yang cemerlang kepada Negeri Terengganu.

17

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kesembilan : Haji Wan Long Mohd Saleh Bin Ahmad ( Dato Sangsura Pahlawan )

Latar Belakang Peribadi : - Bergelar Dato Sangsura Pahlawan.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik menjadi Mufti dari tahun 17.7.1952 hingga 22.11.1957 masehi.

18

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kesepuluh : Syed Yusuf Bin Ali Al-Zawawi

Latar Belakang Peribadi : Dilahirkan di Arab Saudi, di sebuah perkampungan berhampiran Bandar Dahran, pada 1908. Datuknya Syed Abdullah Ali Al-Zawawi pernah menjadi Mufti Mekah dan pernah mengajar di Masjidil Haram.

Latar Belakang Pendidikan : Pendidikan awal di Tanah Suci Mekah, ketika berusia tujuh tahun (ada pendapat mengatakan sebelas tahun), beliau berjaya menghafal alQuran. Menyambung pelajarannya hingga tamat di Mesir dan selama beberapa tahun di Universiti Al-Azhar. Telah membentangkan sebuah disertasi yang merangkum 12,000 Hadis untuk memperolehi ijazahnya.

Pengalaman Kerja : Sebagai seorang guru di Al-Azhar selama lebih kurang 15 tahun dan menghasilkan beberapa buah buku, setengahnya menjadi bahan rujukan di peringkat universiti. Masa selama hampir empat puluh tahun di Mesir dan termasuk lebih kurang sepuluh tahun bersama isterinya, telah digunakan oleh Syed Yusuf untuk mendalami ilmu Islam dan memberi khidmanya sebagai penyarahdan pengarang buku.

Jawatan Yang Telah Disandang : Menjadi guru agama di Institut Pengajian Islam tertua iaitu Universiti Al-Azhar selama lebih kurang lima belas tahun. Dilantik menjadi Mufti dari tahun 7.4.1953 hingga 22.11.1975 masehi.

19

Hasil Penerbitan : Beliau telah menulis sebuah artikel berjodol Soal Iman dan Kafir Bergantung pada Iktikad diri seseorang. Kumpulan pandangannya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang bertajuk Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Terengganu (Dari Tahun Hijrah 1372-1389 bersamaan Tahun Masihi 1953-1970) buku koleksi ini yang diterbitkan pada tahun 1971 bersempena 25 tahun pemerintahan DYMM Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Menyediakan sebuah buku kecil berjodol Risalah Panduan Ibadah. Menulis beberapa artikel untuk siaran dalam Suara Jabatan Agama Terengganu, iaitu majalah bulanan.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Beliau telah muncul sebagai Ilmuan Islam yang berpengetahuan tentang keempat-empat Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau merupakan ulama pertama yang pernah mengumpul nama 300 syuhada yang gugur dalam Peperangan Badr. Beliau diterima dan diiktiraf sebagai ulama tempatan yang mempunyai sahamnya yang tersendiri dalam pembangunan masyarakat dan Negara. Selama dua dekad memegang jawatan Mufti cukup bermakna kepada Negeri Terengganu menerusi pembabitannya sebagai pendakwah dan guru disamping sebagai Mufti yang menasihati kerajaan dalam menjalankan dasar-dasar pentadbiran. Beliau telah memberi sumbangan bermakna dalam penubuhan Darul Falah iaitu sebuah institusi yang menempatkan dan menguruskan anak-anak yatim sekalipun ada pihak-pihak yang menentangnya, beliau telah berusaha mempertahankannya sehingga berjaya.

20

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kesebelas : Haji Wan Abdul Manan Bin Haji Wan Yaakob

Latar Belakang Peribadi : Bergelar Dato Indera Guru, Keturunan keluarga Ulama iaitu keturunan Tok Syeikh Duyong.

Latar Belakang Pendidikan : Dari tahun 1941 hingga 1946 masehi : Pengajian peringkat rendah di Sekolah Melayu Duyong. Sekolah Sultan Zainal Abidin Ladang disamping mempelajari bahasa Inggeris. Ketika berusia 19 tahun ke Arab Saudi seterusnya ke Universiti AlAzhar Mesir sehingga memperolehi ijazah.

Pengalaman Kerja : Keilmuan dalam bidang agama dan pelbagai pengalaman dalam perjawatan awam melayakkan beliau menjadi Mufti dari tahun 1976.

Jawatan Yang Telah Disandang : Dilantik sebagai Mufti dari tahun 1.1.1976 hingga 15.2.1988 masehi.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam syiar Islam di Terengganu. Hasil pandangannya telah dibukukan di atas tajuk Fatwa Mufti .

21

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kedua Belas : Dato Engku Alwi Bin Engku Haji Ambak

Latar Belakang Peribadi : Lahir : Tempat Isteri : Anak : 21 Mac 1935 Kelahiran : Kuala Terengganu Tengku Salihah @ Tg. Adnan bt. Muhammad 7 orang (3 lelaki dan 4 perempuan)

Latar Belakang Pendidikan : 1941 1945 1946 1951 1954 1955 Thanawi 1955 1956 Thanawi 1957 1962 Ijazah Aliyah 1970 1972 : : : Sekolah Melayu Bukit Jambul -Tamat darjah 4 Madrasah Sultan Zainal Abidin -Tamat darjah 7 Universiti Al-Azhar (Mahad al-Buus al-Islamiah) -Tahun 3 -Tahun 4

: Universiti Al-Azhar (Mahad al-Buus al-Islamiah) : :

Universiti Al-Azhar (Kuliah Syariah dan Undang-undang) Universiti Al-Azhar (Kuliah al-Tarbiyah) - Diploma Am

Pengalaman Kerja : Guru Arab Sekolah Sebagai Nazir sekolah Guru Besar Sekolah Pembantu Mufti Mufti

Jawatan Yang Telah Disandang : 1 Febuari 1963 Mula bekerja dengan Kerajaan Negeri sebagai Guru Arab Gred I dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Batu Burok, Kuala Terengganu. 1 Febuari 1966 disahkan dalam Jawatan. 1 Oktober 1969 dilantik sebagai Guru Besar Sementara di SMASZA Batu Burok. 22

Dilantik sebagai Ahli Mahkamah Apil Syariah bagi tahun 1970. Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah selama 18 bulan dan kembali bertugas mulai 13 November 1971. 1 Januari 1973 disahkan dalam jawatan Guru Kategori D2 dan dilantik sebagai Guru Besar SMASZA, Batu Buruk. 11 Ogos 1974 dilantik sebagai Guru Besar SMASZA, Ladang. 7 Januari 1978 dilantik sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Semasa menjadi Nazir beliau dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Ulama selama dua tahun (1 Januari 1978 31 Disember 1979). 1 Oktober 1978 dilantik ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Ugama Terengganu. 1 Januari 1982 dilantik sebagai Guru Besar SMASZA, Batu Burok. 16 Jun 1983 ditukarkan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan dilantik sebagai Pembantu Mufti. 1 Januari 1984 dinaikkan pangkat daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Ugama Terengganu D1 kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Ugama Terengganu D1 Tingkatan Khas. 1 Oktober 1985 dinaikkan pangkat lagi kepada D1 Tingkatan Tertinggi G. Dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran selama dua tahun (26 November 1985 25 November 1987) 1987 Telah dipilih sebagai penerima Hadiah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Terengganu. 16 Febuari 1988 dilantik sebagai Mufti Kerajaan Terengganu. 21 Mac 1990 Bersara genap 55 tahun. 22 Mac 1990 DYMM Sultan telah ampun perkenan melantik beliau sebagai Mufti secara Kontrak. 23 Mac 1991 22 Mac 1992 sambung kontrek sebagai Mufti. 23 Mac 1992 28 Mac 2000 sambung kontrak sebagai Mufti Tingkatan Tertinggi F. 13 April 2002 dilantik menganggotai Ahli Majlis Perundingan Ulama Negara. Pada 29 Mac 2000 telah berhenti daripada menjawat jawatan Mufti.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Beliau merupakan Mufti yang paling lama menjawat jawatan Mufti iaitu selama sepuluh tahun kerana keilmuannya dalam bidang keagamaan amat sukar dicari ganti. Bagi mengenangkan jasa beliau, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengurniakan beliau dengan gelaran Engku Pengeran Arif DiRaja pada tahun 1997. Beliau aktif dalam bidang dakwah dengan mengeluarkan beberapa risalah dan kertas kerja disamping mengajar di beberapa buah masjid dan surau di sekitar Kuala Terengganu. Diatas sumbangan beliau yang amat besar pada masyarakat, Kerajaan Negeri telah 23

mengisytiharkan beliau sebagai Tokoh Hijratul Rasul sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri tahun 1424H/2003M. Hasil pandangannya telah dibukukan di atas tajuk : Himpunan Fatwa Negeri Terengganu.

24

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Ketiga Belas : Dato Al-Syeikh Abdul Halim Bin Abdul Kadir

Latar Belakang Peribadi : Tempat lahir : Jerteh , Besut, Terengganu. Isteri : To Puan Hajah Rohana Binti Omar Anak : 5 Orang ( 3 lelaki dan 2 perempuan )

Latar Belakang Pendidikan : * Peringkat awal belajar di kampung dan dengan ayahanda sendiri. * Sekolah Rendah Agama di Pondok Jertih. 1953 - 1956 : Menengah Rendah Darul Ulum, Mekah AlMukarramah. 1955 - 1959 : Masjid al-Haram, Mekah. 1957 - 1959 : Menengah Atas, Al-Maahad Al-Ilmi Al-Saudi, Madinah Al-Munawwarah. 1960 - 1965 : Kuliah Al-Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir. 1966 : Diploma Pendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pengalaman Kerja : 1. Guru. 2. Penyelia Guru-Guru Agama Kerajaan Negeri Kelantan (selama 10 tahun). 3. Pensyarah Maktab Perguruan (selama 8 tahun). 4. Pegawai Dakwah dan Kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia (selama 6 tahun).

Jawatan Yang Telah Disandang : 1967 1978 1977 : Penolong Nazir Guru-Guru Agama Kerajaan Kelantan. 1984 : Pensyarah Pendidikan Agama Islam Maktab Perguruan Seri Kota Kuala Lumpur. 25

1990 : Penolong Pengarah Agama dan Dakwah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993 - 1994 : Pensyarah Kontrek Maktab Perguruan Islam Malaysia, Bangi Selangor. 1 Julai 2000 30 April 2004 dilantik sebagai Mufti Negeri Terengganu.

1985

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Berdakwah. Mengajar, Kuliah, Forum dan lain-lain. Bergerak cergas dalam persatuan kebajikan dan gerakan agama. Menyertai Forum, Seminar, Dailog Kebangsaan dan Antarabangsa.

26

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Keempat Belas : Dato Dr. Haji Mohamad Zubir Bin Haji Awang

Latar Belakang Peribadi : Dilahirkan pada 17 September 1936 di Kampung Che Hassan, Gelugur, Kuala Terengganu.

Latar Belakang Pendidikan : 1946 - 1951 : 1952 - 1954 : 1956 - 1960 : 1960 - 1963 1963 - 1967 Falsafah ) 1973 2003 : : : : Sekolah Melayu Gelugur Mengaji Pondok Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu Sekolah Menengah Maahad Al-Qahirah, Mesir. Universiti Al-Azhar ( B.A. Usuluddin di Jabatan Tauhid & Diploma Pendidikan 1973 PHD. Falsafah Islam 2003

Pengalaman Kerja dan jawatan yang telah disandang: 1. 2. 3. 4. 5. Penterjemah dan Juruhebah Radio Mesir : 1965 1969 Guru Agama Sekolah Menengah Kebangsaan : 1971-1974 Pegawai Agama Felda Wilayah : 1974 1986 Imam Masjid Negeri Terengganu : 1987 1992 (i) Timbalan Mufti : 1993 2000 (ii) Pembantu Khas Menteri Besar Terengganu : 1993 1999 (iii) Pakar Rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu : 1993 2000 Mufti Negeri Terengganu : 7 Julai 2004 31 Oktober 2005

6.

Hasil Penerbitan : 1. Sebanyak 18 buah buku mengenai Agama, Politik dan Sejarah. 2. Tidak kurang dari 15 kertas kerja.

27

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : Beliau masih mengajar di masjid atau surau di kawasan tempat tinggalnya bagi memberi sumbangannya kepada masyarakat yang tidak pernah putus-putus mengharapkan tunjuk ajar daripada beliau.

28

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Kelima Belas : Dato Haji Ismail bin Yahya

Latar Belakang Peribadi : Tarikh lahir : 4 Disember 1956 Tempat lahir : Kijal, Kemaman, Terengganu Alamat Sekarang : 25 F, Lorong Taman Jaya 8 Jalan Pusara, Kuala Terengganu Isteri : To Puan Hajjah Noraini bt. Mohd Said Anak : 8 orang Gelaran @ darjah Kebesaran : Dato (DPMT., PJC., PJK)

Latar Belakang Pendidikan : Pendidikan Asas Di ; a) Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu (1963-1968) b) Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu (1969-1972 ) c) Kolej Islam Kelang, Selangor ( 1972-1975 )

Kelulusan Akademik : a) Sarjana Muda Pengajian Islam [(Kepujian Kelas II Atas) (Syariah)], Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980. b) Diploma in Law and Administration of Islamic Judiciary, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, 1988. c) Certificate of Completed a Full Time Course Study on Comparative Religion, The Muslim College of London, London, 1991.

Pengalaman Kerja dan jawatan yang telah disandang: a) 14.4. 1980 - mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu dan ditempatkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (A22.00) . 29

b) 15.6.1980 - dilantik sebagai Pegawai Zakat, Waqaf dan Baitulmal. c) 1.4.1986 - dilantik sebagai Kadi Daerah Kemaman. d) 20.9.1989 - dilantik sebagai Ketua Pen. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Bahagian Penguatkuasa & Pendakwaan), setelah dinaikkan pangkat ke A12.00 mulai 1 Disember 1986. e) 11.8.1990 - dilantik sebagai Ketua Pen. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Bahagian Penyelidikan), setelah dinaikkan pangkat ke A10.00 mulai 1 November 1989. f) 1.9.1991 - dilantik sebagai Timbalan Qadi Besar. Menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB) S2. g) 10.3.1994 - dipinjam kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sebagai Qadi Besar. h) 1.6.1997 - menerima opsyen pertukaran Skim Perkhidmatan dari Skim Pegawai Tadbir Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu kepada Skim Pegawai Syariah dan terus ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu sebagai Qadi Besar. Mulai menjawat jawatan dalam Skim Pegawai Syariah, dalam Gred L2. i) 25.10.1997 - pertukaran nama jawatan dari nama Qadi Besar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. j) 1.11.2002 - Menerima opsyen Sistem Saraan Malaysia k) 01.07.2004 - dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. l) 01.04.2006 dilantik sebagai Mufti Negeri.

Hasil Penerbitan : a) Menulis beberapa artikel mengenai perundangan Islam, di dalam Jurnal Hukum (journal undang-undang yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada masa lalu dan pada masa ini diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia). b) Beberapa penghakimannya telah dimuat dalam Jurnal Hukum, Shariah Law Reports, Malayan Law Journal dan Current Law Journal. c) Membentangkan kertas kerja bertajuk Cases and Issues of Islamic Administration of Estates and Will in Malaysia dalam tahun 2001 dan 2002 bertempat di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur, dalam Seminar On Islamic Property Management anjuran Centre For Research And Training, Kuala Lumpur. 30

d) Menyumbang artikel dalam buku Pendakwaan dan Penyiasatan Konsep dan Amalan terbitan IKIM, 2003. e) Kerapkali dijemput membentang kertas kerja berkaitan pentadbiran Zakat, Wakaf, Baitulmal, Pendakwaan, Penyiasatan, Undang-undang dan Kehakiman Islam.

Bidang Tugas Dan Sumbangan Kemasyarakatan : a) Ahli PERKIM dan menjawat jawatan Naib Pengerusi 1, PERKIM Bahagian Negeri Terengganu 2004 -2005. b) Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan PERKIM Bahagian Negeri Terengganu mulai sessi 2003 hingga sekarang. c) Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, Kuala Terengganu mulai tahun 1996 sehingga sekarang. d) Ahli Persatuan Pegawai Syariah Malaysia dan menjawat jawatan Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia bagi sesi 2002 2004.

31

BIODATA MUFTI TERENGGANU

Mufti Ke Enam Belas Dr. Haji Alias bin Abdullah

Latar Belakang Peribadi : Tarikh lahir : 16 Januari 1959 Tempat lahir : Kampung Alor Keladi, Jerteh, Besut Terengganu.

Pendidikan : i. Sek. Keb. Pusat Jerteh, Besut (Januari 1966 - Disember 1971) Sek. Men. Agama Ittifakiah, Jerteh, Besut (Januari 1972 - Disember 1974) Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (Januari 1975 - Disember 1979) Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1990 - 5 Mei 1984, Memperolehi B.A(Hons). Jurusan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

ii.

iii.

iv.

Pengalaman Kerja : i. 7 Mei 1984 - 30 Jun 1984: Tenaga Pengajar Di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Cawangan Besut, Terengganu. 2 Julai - 9 September 1984: Pegawai Tadbir Ugama Terengganu. 10 September 1984 - 31 Mac 1986: Pegawai Penyelidik, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 32

ii.

iii.

(JHEAT). iv. 1 April 1986 - 16 Mac 1986: Pemeriksa Hal Ehwal Agama III, JHEAT. 17 Mac 1987 - 31 Julai 1987: Qadi Daerah Marang. 1 Ogos 1987 - 18 Mac 1994: Qadi Daerah Kemaman. 19 Mac 1994 - 9 Disember 1996: Imam Besar Masjid Negeri Terengganu. 10 Disember 1996 - 4 Mei 1999: Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Sarjana (MA) Pengajian Islam, UKM. (Dakwah Dan Kepimpinan) 5 Mei 1999 - 31 Ogos 1999: Penolong Kanan Pesuruhjaya Qaryah I, JHEAT. 1 September 1999 - 30 Oktober 2002: Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu. 1 November 2002 - 30 Oktober 2005: Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Ijazah Tinggi, Ph. D, Pengajian Islam, Univesiti Malaya, Kuala Lumpur. (Dakwah Dan Pembangunan Insan) 1 November 2005 - 15 Januari 2007: Ketua Penolong Pesuruhjaya Undang-Undang JHEAT. 16 Januari 2007 Hingga 31.3.2008: Timbalan Mufti Negeri Terengganu.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

ix.

x.

xi.

Keluarga,

xii.

Jawatan Yang Disandang : Dilantik menjadi Mufti dari 1 April 2008 bersamaan 24 Rabiul Awal 1429 Hijri.

33

You might also like