Kawalan Tikus Di Ladang Sawit

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

KAWALAN TIKUS DI LADANG SAWIT

Group 3:
1. KHAIRUL ANUAR
2. MOHD SHAHRIL 3. MUHAMMAD RAFI

JENIS-JENIS TIKUS
1. Tikus Sawah

2. Tikus Belukar

3. Tikus Rumah

CIRI-CIRI
Tikus Sawah Rattus argentiventer
Panjang : 140-220 mm Berat : 85-180 g Habitat : Lebih gemar tinggal di tanah dan gemar bersembunyi di dalam lubanglubang di pangkal tunggul dan bawah batang-batang kayu besar. Majoriti spesies di kawasan coastal dan di kawasan ladang baru yang mana dahulunya adalah hutan. Kadar pembiakan adalah tinggi dan aggresif dan menyebabkan kerosakanserius pada tanamana sawit.

Pengelasan Saintifik:
Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Mammalia Order : Rodentia Family : Muridae Subfamily : Murinae Genus : Rattus Species : R. argentiventer

Tikus Belukar Rattus tiomanicus Panjang Berat Habitat : 125-190 mm : 55-152 g : Tinggal di tanah dan di atas pokok sawit dan gemar bersembunyi di bawah himpunan pelepah. Spesies yang dominan di ladang sawit. Saiz yang kecil memudahkan pergerakan naik turun walaupun pada pokok yang tinggi.

Pengelasan Saintifik:
Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Mammalia Order : Rodentia Family : Muridae Genus : Rattus Species : R. tiomanicus

Tikus Rumah Rattus rattus diardii Panjang : 125-205 mm Berat : 85-240 g Habitat : Tinggal di tanah dan di atas pokok sawit. Kadar pembiakan lebih tinggi dan agak agresif berbanding tikus belukar.

Pengelasan Saintifik :
Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Mammalia Order : Rodentia Family : Muridae Subfamily : Murinae Genus : Rattus Species : R. rattus

SERANGAN TIKUS &


SAWIT

KESAN-KESANNYA KE ATAS POKOK

Pokok muda: Tikus akan memakan umbut anak sawit lantas menyebabkan kematian pada anak sawit kerana titik pertumbuhannya rosak. Melewatkan pencapaian hasil yang tinggi di peringkat awal penuaian. Pokok matang : Tikus merosakan tandan sawit di atas pokok dan memakan buah lerai di pangkal pokok. Kerosakan pelepah akibat serangan tikus akan mengurangkan penghasilan buah tandan segar sebanyak 20% pada tahun pertama. Kerosakan akibat serangan tikus di mesokarp buah sawit akan menyebabkan kehilangan hasil minyak sebanyak 5-10%.

KESAN SERANGAN BARU PADA BUAH


SAWIT

KESAN SERANGAN LAMA PADA BUAH SAWIT

KESAN SERANGAN TIKUS PADA PELEPAH


SAWIT

CARA-CARA KAWALAN TIKUS


i. Kawalan kimia : Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagikan kepada dua (2) generasi: Generasi 1: Generasi 2: -Warfarin -Bromadiolone -Chlorophacinone -Brodifacoum -Coumatetralyl -Coumachlor -Difenacoum -Difethialone -Flocoumafen

Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu. Umpan yang baik berbentuk kiub 2 cm dan senang dilihat di ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/ha). Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali.

Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /ha) dan flocoumafen.

Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang.

ii. Kawalan fizikal: Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25cm x 50cm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 cm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorek masuk.

iii. Kawalan biologi : Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica). Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember. Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah. Najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu.

Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120 g mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus. Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar. Apabila mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang.

TAMAT

You might also like