Gaya Pembelajaran (Laskar Pelangi)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

GAYA PEMBELAJARAN Pengenalan Setiap pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan

pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara. Diantaranya ialah dengan cara melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan. Menurut kamus dewan, menyatakan bahawa maksud gaya ialah tidak sama dengan yg lain atau stail. Maka maksud gaya pembelajaran merujuk kepada cara pembelajaran seseorang . Ini menunjukkan bahawa cara pembelajaran setiap murid adalah berbeza mengikut cara seseorang itu memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi sesuatu maklumat itu. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995).

Pendahuluan Dalam konteks pembelajaran, setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri mengikut kesesuaian mata pelajaran yang diambil. Adalah sangat penting seseorang guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran seseorang murid itu agar mereka dapat menggunakan gaya pembelajaran itu ke arah penyesuaian kaedah dan teknik mengajar yang lebih berkesan. Jika gaya pembelajaran seseorang pelajar itu bersesuaian dengan jurusan yang diambil maka kesan positif akan muncul terhadap pencapaian akademik mereka. Pencapaian akademik pelajar akan dapat ditingkatkan apabila program, sumber dan kaedah disesuaikan dengan sifat strategi belajar.Memandangkan gaya pembelajaran dapat mempengaruhi pencapaian akedemik pelajar dalam peperiksaan, maka pemilihan gaya pembelajaran yang baik dan berkesan serta sesuai

dengan diri sendiri merupakan satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar itu.

Corak Gaya Pembelajaran murid-murid Dalam filem Laskar Pelangi, Terdapat beberapa corak gaya pembelajaran yang berbeza yang telah ditunjukkan melalui watak-watak dalam filem ini. Antaranya watak Lintang, Ikal, Mahar, Harun, A Kiong Dan watak-watak yang lain terdapat dalam filem ini. Didalam case study ini, kumpulan kami memfokuskan kepada watak Lintang, Ikal dan Mahar. Dalam filem Laskar Pelangi ini, menunjukkan corak-corak gaya pembelajaran yang berbeza pada setiap watak. Kami mendapati terdapat tiga corak gaya pembelajaran itu di dalam watak yang kami kaji. Tiga corak gaya pembelajaran itu ialah: - model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, model Gaya pembelajaran Honey dan Murnford dan gaya pembelajaran kolb. Didalam gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ini, terdapat lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran. Di antara lima rangsangan ini ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.Sebagai contoh, watak Lintang lebih cenderung kepada corak gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Lintang mempunyai kepelbagaian dan bercenderungan gaya pembelajaran yang berbeza, strategi yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berbeza. Dari segi persekitaran, Lintang merupakan seorang anak kecil yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Walau bagaimana pun, Lintang tidak pernah menjadi ia sebagai alasan untuk dia tidak belajar. Lintang tidak membuang masanya begitu sahaja. Ini daapat kita lihat, semasa lintang menanti kepulangan ayahnya dari laut, dia menjaga adik-adiknya sambil membaca keratan akhbar. Lintang juga mendapat rangsangan emosional seperti kecekalan dan bertanggungjawab. Lintang merupakan anak yang cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Dia juga, seorang anak yang bertanggungjawab, dimana dia menjaga adik-adiknya ketika bapanya ke laut. Disamping itu juga, dia menguruskan makanan untuk keluarganya. Selain itu, didapati bahawa Lintang juga pandai bersosial. Lintang menjadi rakan yang baik kepada Ikal. Dia pandai bergaul dan mudah mesra dengan rakan-rakannya .Dari segi fizikal pula,

Lintang merupakan anak kecil yang luar biasa. Hal ini dapat dibuktikan setiap hari, Lintang sanggup menempuh jarak 20 kilometer untuk pergi ke sekolah. Lintang sanggup bergerak awal iaitu dinihari untuk pergi kesekolah supaya tidak sampai lewat. Malah dia juga perlu mengharungi kawasan berpaya yang menjadi tempat laluan buaya melintas. Lintang juga seorang murid yang mempunyai visual yang yang tajam ataupun kinestetik-tatile. Dimana Lintang mengetahui pergerakan buaya yang cepat dan mempunyai rahang yang kuat. Corak gaya pembelajaran Lintang di pengaruhi oleh rangsangan psikologi yang lebih fokus kepada dominan otak kiri. Ini dapat dibuktikan dia banyak mengggunakan otak sebelah kiri yang mengawal tindakan manusia dari segi aspek bahasa , matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Dimana Lintang dapat menjawab soalan matematik hanya dengan mencongak sahaja. Walaupun diberi soalan matematik yang susah, Lintang pasti akan dapat menjawabnya. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, urutan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Bagi corak gaya pembelajaran Honey dan Murnford,gaya pembelajaran ini di tunjukkan oleh watak Ikal. Ikal seorang yang aktivis. Ikal seorang yang individu yang berminat kepada pengalaman dan obses kepada kaedah berkumpulan Kehidupan Ikal sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang aktif. Ikal juga seorang individu yang suka bertindak sendiri tanpa memikirkan akibatnya. Sebagai contoh, apabila Ikal jatuh hati pada A ling, anak kepada pemilik kedai dimana Ikal membeli kapur. Ikal sanggup membasahkan sekotak kapur yang boleh digunakan semata-mata sebagai alasan kepada dia untuk pergi berjumpa denga A Ling. Ikal juga seorang yang peramah dan suka bersosial ketika bergaul dengan rakan-rakannya. Dia juga seorang seorang prihatin terhadap rakan baiknya iaitu Lintang, semasa Lintang sudah tidak hadir lagi ke sekolah. Dimana rakan baiknya itu terpaksa berhenti daripada sekolah kerana Lintang mengganti tugas bapa menjaga adik-adik, apabila bapa Lintang meninggal dunia.

Manakala watak Mahar cenderung kepada corak gaya pembelajaran Kolb. Ini dapat dilihat Mahar, seorang murid yang mengamalkan gaya pembelajaran secara imaginatf dan kreatif. Sebagai contohnya Mahar tidak pernah bermain kompang.Pelbagai usaha yang digunakan untuk menjadi bunyi kompang itu sedap. Setelah dicubanya,Mahar berjaya memalu kompang dengan irama yang menarik. Mahar juga mempunyai suara yang lunak dan sering menghiibur rakanrakannya yang lain Selain itu, Mahar merupakan seorang murid yang Intuitif dinamik. Dimana Mahar, seorang murid yang suka mencuba satu benda yang baharu. Sebagai contoh daam filem ini, Mahar mengajak rakann-rakannya memasuki pertandingan tarian antara sekolah-sekolah. Mahar telah menghasil satu tarian yang menarik dan kostum yang lain daripada yang lain, dimana didalam pertandingan itu, Sekolah mereka telah menjuarai pertandingan itu.

Reference. 1. Mook Soon Sang (2009): Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi; Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. 2. http://web.usm.my/kajh/vol%2018.1.2011/KAJH%2018.1.2011%203.pdf 3. http://review-filem.blogspot.com/2010/06/laskar-pelangi2008-antara-kegeniusan.html 4. http://id.scribd.com/doc/3932226/kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiranbelajar 5. http://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/8-Kamarul-1-PSPfull_edit.pdf

You might also like