Edu Model Canter

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 mendefinisikan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib ataupun peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik misalnya guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar disiplin malahan ia juga boleh didefinisikan sebagai kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan atau hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.

(Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah dalah sebahagian daripada pengajaran yang menliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah dan juga hubungan dengan ibubapa murid. Menurut ahli ahli pendidik, terdapat lima model yang boleh dijadikan panduan oleh guru guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang selesa dan kondusif iaitu Model Modifikasi tingkah laku B. F. Skinner. Model Disiplin Asertif Canter. Model Akibat Logikal Dreikurs, Midel Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Setiap model ini menpunyai kepentingan dan keistemewahan yang tersendiri tetapi Model Disiplin Asertif Canter mempunyai kelebihan dari segi cara mengatasi yang samarata dan adil bagi mewujudkan persekitaran yang seimbang supaya kedua dua guru dan murid akan berasa tenang dan selesa untuk menimba ilmu.

Model Disiplin Asertif Canter ini dihasilkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976 melalui penubuhan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take Charge Approch for Todays Educator. Model ini berasakan kepada peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid kepada akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Model ini mementingkan penetapan dan kuat kuasa peraturan serta memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif iaitu sikap berkeyakinan dan tegas. Canter percaya bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Beliau percaya penetapan dan kuat kuasa peraturan akan menyebabkan peraturan diikuti dan dipatuhi dengan tegas. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku.

Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid serta perlu memberikan pengiktirafan kepada muridmurid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan seperti amaran dan hukuman dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Manakala, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Pelan Pengurusan Bilik Darjah iaitu a) Menetapkan peraturan b) Penerangan peraturan c) Cara perlaksaan peraturan d) Semak kefahaman murid e) Makluman tentang ganjaran f) Penerangan tentang tindakan pembetulan

g) Cara tindakan pembetulan dikenakan h) Semak semula kefahaman murid

Untuk menjelaskan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran, dan tindakan pembetulan. Hal ini kerana murid perlu faham tentang setiap peraturan yang dikenakan dan tindakan pembetulan yang akan diberi jika mereka melanggar peraturan tersebut. Misalnya guru perlulah mengenakan tidakan pembetulan ke atas salah laku dengan tenang dan konsisten jika kesalahan tersebut diulangi. Sebagai contoh jika seorang pelajar tidak menyiapkan tugasan yang di beri guru boleh mengarahkannya menyiapkan tugasan tersebut semasa waktu rehat dan jika dia masih melakukan kesalahan tersebut maka guru perlu mengambil tindakan dengan lebih tegas iaitu masih menyuruhnya membuat tugasan tersebut waktu rehat dengan perhatian guru tersebut. Sekiranya terdapat perubahan sikap terhadap murid tadi maka guru perlu menghargainya dengan memberi peneguhan seperti memberi pujian. Hal ini supaya pelajar tersebut akan berasa dirinya di hargai dan akan mencuba dengan baik untuk menyiapkan tugasan seterusnya pada waktu yang ditetapkan.

Walaupun model ini menekankan peraturan yang perlu dipatuhi tetapi ia masih memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan mereka tentang kenapa mereka melakukan kesalahan tersebut. Hal ini kerana mereka mungkin melakukan kesalahan akibat tekanan atau masalah lain yang tidak diketahui guru. Oleh itu dalam keadaan begini guru perlulah lebih bersikap prihatin supaya pelajar tidak berasa keseorangan dan mereka juga akan berasa selamat kerana adanya guru yang mengambil berat tentangnya. Dalam erti kata lain Canter menyarankan guru perlu bersikap tegas tetapi dalam ketegasan tersebut guru juga perlu bersikap prihatin dan cuba untuk mendekati murid bagi mendapatkan kepercayaan murid terhadap guru. Selain itu, guru perlu memberi perhatian dan keperluaan yang diperlukan oleh murid murid ini yang tidak didapati sebelum ini dan cuba mencari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap dengan murid murid ini.

Tambahan pula, guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya,

pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

You might also like