Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Apabila proses aktiviti melukis dijalankan, kebolehan kanak-kanak meningkatkan daya persepsi serta berupaya mengimbangi emosi mereka membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi mereka. Jelaskan DUA peranan di mana aktiviti melukis membantu kanak-kanak ini. (4)

2.

Dalam Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 tahun), secara umumnya terdapat empat peringkat contengan. Huraikan EMPAT peringkat tersebut. (4)

3.

Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh setiap individu setelah dilahirkan sehingga dewasa. Nyatakan kempat-empat peringkat itu. (4)

4.

Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea. Berikan EMPAT contoh teknik grafik yang dihasilkan diperingkat sekolah rendah. (4)

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

5.

Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Jelaskan DUA cara dan gaya belajar yang dipengaruhi oleh faktor deria ini. (4)

BAHAGIAN B
2

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN 1. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. Sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk membuat tafsiran khusus atau untuk menilai tahap seni seseorang individu. Justeru itu, setiap artis menentukan sendiri parameter hasil karya seni mereka. Bincangkan:(a) Bagaimanakah nilai kreativiti membantu kanak-kanak meluahkan emosi serta pendapat mereka?

Markah

( 10 )

(b) Bagaimana kanak-kanak menjadi kritis dalam membuat penilaian? (10 ) (Jumlah: 20)

2.

Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang tertentu. (a) Nyatakan definisi kreativiti serta maksudnya. ( 10 )

(b)

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. Jelaskan takrifan tersebut. ( 10 ) (Jumlah: 20)

3.

(a)

Di dalam Teori Perkembangan Kanak-kanak, sekatan dan halangan

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan dua faktor utama: (i) (ii) Halangan yang bersifat psikologi atau emosi, Halangan persekitaran atau budaya.

Jelaskan bagaimana dua faktor ini memberi kesan kepada Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. ( 10 )

(b)

Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Huraikan LIMA tahap dalam pemikiran kreativiti menurut Teori Perkembangan Kreativiti Fisher, iaitu:(i) (ii) (iii) (iv) (v) Peringkat Ransangan Peringkat Penerokaan Peringkat Perancangan Peringkat Aktiviti Peringkat Kajian Semula (10 ) (Jumlah: 20)

4.

Calvin W.Taylor melalui teori nya Multiple Creative Talent, percaya bahawa pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Huraikan beserta dengan contoh-contoh aktiviti Seni Visual supaya kanakkanak dapat memperlihatkan :(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif. (b) Kreatif Bersifat Emergen. ( 10 ) (10 ) (Jumlah: 20)

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

5.

Perkataan estetik diambil daripada perkataan Greek iaitu aesthetikos yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria. Secara ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Ilmu estetik merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah ynag mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. (a) Kecantikan sebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang abstrak, subjektif dan orientasi mengenai kecantikan itu berbeza mengikut budaya. Huraikan dengan memberi contoh tentang maksud ungkapan tersebut. (10 )

(b)

Terdapat dua cara konvensional untuk sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Jelaskan secara terperinci tentang DUA cara itu. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBAE1203_ JAN09/SMPP/F_Z

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Kebanyakan sekolah telah menyediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai Bilik Seni atau Studio Seni bagi memastikan keselesaan murid dan guru dalam menjalankan proses pengajaran.

Namun, mengurus dan menjaga Studio Seni bukanlah satu tugas yang mudah. Guru perlu bijak dalam menyusun barangan yang terdapat di dalam Bilik Seni itu supaya kelihatan ceria dan menarik. Bincangkan LIMA keperluan asas Bilik Seni atau Studio Seni yang perlu ada di sekolah. (Jumlah: 20)

2.

Bentuk dan kandungan pendidikan Seni Visual memerlukan guru memberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatif memberi ruang kepada guru untuk menguji kemahirankemahiran Seni Visual yang kompleks dan rumit. Bincangkan LIMA ciri-ciri Pengujian Alternatif oleh Huwitz dan Day (2001). (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like