Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAHAGIAN A ( Gambar bersiri tiga ) Pengenalan

Gambar bersiri tiga mengandungi tiga buah gambar dalam sesebuah tema. Calon dinasihatkan membulatkan watak atau orang yang agak menonjol dalam ketigatiga gambar. Buat pilihan dengan bijak supaya tidak hanya menulis kelima-lima jawapan( 5 ayat) daripada salah satu gambar sahaja. Kelima-lima ayat yang kamu tulis mestilah terdiri daripada semua tiga gambar yang diberi. Elakkan penggunaan kata kerja yang sama atau mengulangi sesuatu perkataan secara kerap.

Langkah-langkah:Gambar rangsangan: Gambar di bawah menunjukkan situasi sekolah pada sambutan Hari Kanak-kanak. Langkah 1 Lihat gambar kemudian tuliskan kata kerja yang terdapat dalam gambar di bawah.

Langkah 2 Tuliskan kata kerja yang boleh diperoleh daripada gambar. 1. berucap 2. berdiri 3. menasihati 4. mendengar 5. merasmikan 6. mempersembahkan 7. menyaksikan 8. menari 9. membawa 10. menghidangkam 11. menjamu 12. menikmati 13. disediakan 14. dibawa 15. disediakan

Langkah 3
1

Merangkakan ayat daripada kata kerja yang diperoleh berdasarkan gambar. Bil 1 2 3 4 5 Siapa/Apa Guru Besar penonton murid perempuan murid-murid guru-guru Buat apa berucap mendengar mempersembahkan menghidangkan menikmati Bagaimana/Mengapa/Mana/Bila pentas merasmikan ucapan telti tarian kipas juadah menjamu makanan disediakan -

Langkah 4 Tulis ayat yang lengkap berdasarkan rangka ayat yang dibina. Tulis lima ayat majmuk dan sekurang-kurangnya 8 perkataan dengan sempurna. Jawapan contoh: 1. Guru Besar sedang berucap di atas pentas seterusnya merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak. 2. Para penonton duduk di dalam dewan kerana mendengar ucapan daripada Guru Besar. 3. Beberapa orang murid perempuan mempersembahkan tarian kipas dengan meriahnya. 4. Murid-murid menghidangkan pelbagai juadah untuk menjamu guru-guru mereka. 5. Guru-guru menikmati makanan yang disediakan oleh murid-murid di kelas masingmasing.

Latihan Minggu Ini LATIHAN 1 Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pameran buku.

Tuliskan kata kerja yang boleh diperoleh daripada gambar.


2

Tuliskan rangka ayat, Bil 1 2 3 4 5 Siapa/Apa Buat apa Bagaimana/Mengapa/Mana/Bila

Jawapan yang lengkap. 1. 2. 3. 4. 5. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Jawapan Latihan Minggu ini LATIHAN 1


3

Tuliskan kata kerja yang boleh diperoleh daripada gambar. 1. membawa 2. melihat 3. memilih 4. membelek 5. membaca 6. berpusu-pusu 7. mencari 8. mengepit 9. memegang 10. mengunjungi Bil 1 2 3 4 5 Siapa/Apa - wanita - ramai orang - kanak-kanak - budak lelaki - pengunjung 11. beratur 12. membayar 13. membeli 14. menghulurkan 15. melayan

Buat apa - membawa dua orang anak - berpusu-pusu - membelek - mengepit - buku - memegang - buku

Bagaimana/Mengapa/Mana/Bila - pameran buku - harga - murah - menarik - memilih buku - beratur di kaunter -

Jawapan yang lengkap. 1. Seorang wanita membawa dua orang anak perempuannya ke sebuah pameran buku yang terdapat pelbagai bahan bacaan. 2.Ramai orang berpusu-pusu ke tapak pameran buku kerana menawarkan harga yang murah. 3. Seorang kanak-kanak sedang asyik membelek-belek sebuah buku yang menarik minatnya. 4. Seorang budak lelaki mengepit sebuah buku sambil memilih buku di atas rak buku. 5. Beberapa orang pengunjung sedang memegang beberapa buah buku yang dipilih sambil beratur di kaunter pembayaran.

835a KFyap Didik Berita Harian

You might also like