Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pendahuluan Kelas Sosial Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, kelas sosial ialah golongan atau kumpulan dalam

masyarakat yang berbeza antarasati sama lain atas ciri-ciri tertentu seperti taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan . Berdasarkan

perwatakan masyarakat, kita dapat menemui beberapa pembahagian kelas atau golongan dalam masyarakat. Mengikut Ting (1985) kelas sosial merujuk kepada golongan individu yang mempunyai statussosio-ekonomi yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang di diami dan lokasi rumah. Menurut Syed Ismail (2013) kelas sosial dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat,pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Menurut Max Waber, terdapat 5 kelas sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka jug dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua pula ialah kumpulan pertengahan atasan iaitu orang yang berpendidikan

tinggi, professional, dan memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan pembesar yang menguruskan pentadbiran Negara. Kumpulan ketiga ialah kalangan pertengahan bawahan yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil sert diploma. Kumpulan seterusnya ialah kelas pekerja iaitu terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah da nada yang tidak pernah langsung melalui pendidikan secara formal. Mereka mengalami kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saifuddin Hj Masduki (1998) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang rapat antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Semakin tinggi pendapatan ibu bapa, semakin tinggilah tahap pencapaian tahap akademik anak-anak mereka.Oleh yang demikian

masalah peluang pendidikan ini harus di atasi agar anak-anak tidak terus menghadapi impak kelas sosial ini. Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya pula berkata, hubungan positif antara pencapaian akademik denganpendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Malah ada kalangan mereka yang berkedudukan tinggi sanggup menghantar anak mereka belajar hingga ke luar negara semata-mata

mengharapkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik berbanding orang lain. Faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin atau kaya. Murid yang kaya mungkin mendapat peluang pendidikan yang jauh lebih baik. Tahap kesihatan seperti

kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah, dan keadaan persekitaran rumah turut memberikan impak kepada pembelajaran pelajar. Struktur keluarga yang mempunyai ahli yang ramai atau sedikit, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar iaitu masyarakat dan rakan sebaya, juga memberi kesan terhadap tahap pembelajaran pelajar. Impak kelas sosial pelajar amat memberi kesan terhadap kualiti pembelajaran pelajar. Oleh itu pelbagai usaha perlu dijalankan oleh pihak sekolah iaitu guru dan pentadbir menangani impak kelas sosial keluarga pelajar. sekolah bagi

Langkah menangani impak kelas sosial pelajar Pendidikan di Malaysia menggunakan satu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Guru memainkan peranan paling utama dalam menyampaikan kurikulum kepada pelajar.Guru pelu membuat sedikit kajian bagi mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Guru perlu tahu bahawa pelajar mempunyai budaya, latar belakang dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, jantina berlainan, kaum berlainan, dan tidak mengelompokkan mereka dalam kumpulan yang berlainan. Pelajar harus diberi
2

peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru mempunyai peranan paling utama di sekolah dalam menangani impak kelas sosial pelajar. Guru yang mengajar di dalam kelas harus mengajar tanpa membeza-bezakan kelas sosial pelajar. Layanan sama rata kepada setiap pelajar perlu diberikan tanpa mengira sama ada pelajar tersebut dari kelas atasan atau bawahan,kaya ataupun miskin. Guru tidak harus meminggirkan pelajar yang kurang pencapaian akademik dan miskin dan tidak menunjukkan keadaaan ini di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru harus malayan pelajar secara adil dan tidak membeza-bezakan keupayaan menggalakkan pelajar supaya Guru harus membantu murid untuk memahami dan membentuk nilai dan sikap, tingkah laku yang sesuai sebagai seorang pelajar. Guru juga perlu mereka.guru harus

membantu murid untuk memahami kekuatan dan kelemahan diri murid. Setiap kelemahan murid perlu di atasi bagi mengelakkan murid rasa rendah diri kerana tidak pintar, lemah atau lambat dalam memahami isi pelajaran Dengan ini akan dapat mengatasi kesan kelas sosial keluarga dalam pembelajarannya. Sesetengah murid yang datang dari kelas sosial yang rendah merasa rendah diri dan tidak mahu menonjolkan kebolehan diri. Mereka merasa agak malu untuk berhadapan dengan rakan-rakannya. Oleh itu gurulah yang perlu mencungkil bakat atau kebolehan

pelajar supaya mereka tidak merasa rendah diri dan dipinggirkan. Guru harus menunjukkan sikap yang baik seperti menepati masa. Hadir ke kelas pada masanya akan membantu pelajar memahami bahawa masa adalah amat penting. Sikap melengah-lengahkan masa adalah tidak baik. Guru juga harus menggunakan masa dengan merancang dan menggunakan kaedah yang berkesan dalam pengajaran.Kaedah yang sesuai perlu dilakukan supaya murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian mendapat peluang yang sama untuk memahami isi pelajaran.Guru harus menggunakan masa semaksimum mungkin dengan aktiviti yang merangsang minda murid. Murid yang lemah perlu diberi

perhatian supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan. Guru juga harus menghormati murid sama seperti orang lain. Bersikap adil kepada semua murid.Hubungan mesra antara guru dan murid harus dipupuk supaya
3

murid terus berminat untuk hadir ke sekolah dan terus berminat untuk belajar. Ada sesetengah pelajar mempunyai pencapaian yang baik dalam sesetengah mata pelajaran kerana minatnya pada seseorang guru yang pandai mengambil hati pelajar.Kata-kata motivasi dan senyuman dan teguran nasihat yang diberikan kepada pelajar serta dengan senyuman dan suasana ceria akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid. Justeru itu masalah pembelajaran di kalangan pelajar akan dapat di atasi. Guru juga harus berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra tanpa mengira latar belakang sosioekonomi pelajar. Aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, kumpulan mengikut etnik, sikap perkauman di kalangan pelajar haruslah dihindarkan. Setiap aktiviti pembelajaran murid haruslah melibatkan semua murid tanpa mengira kaum dan etnik ataupun tahap sosioekonomi pelajar. Murid yang miskin sering kali merasa rendah diri dan sering memencilkan diri di dalam kelas berbanding murid yang lebih berada. Oleh itu guru harus mengubah pendirian murid ini supaya mengenepikan jurang perbezaan ekonomi dengan melibatkan semua murid dalam kumpulan. Murid perlu sentiasa diingatkan supaya saling berinteraksi antara satu sama lain di dalam kelas supaya dapat bertukar-tukar fikiran dan saling bantu membantu untuk

menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran. Murid miskin tidak semestinya tidak pandai dan tidak semestinya murid berada pula pintar. Jadi guru pelu sentiasa memastikan murid saling berinteraksi antara satu sama lain dalam pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Murid yang datang dari pelbagai kelas sosial biasanya mempunyai masalah dalam pembelajaran yang tersendiri. Murid dari kelas sosial ini biasanya tidak mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pendidikan. Ini menyebabkan tahap kecerdasan yang kurang baik. Pelajar ini sering tidak hadir ke sekolah kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, takut dimarahi oleh guru dan ada yang rendah diri kerana tidak cerdik seperti rakan yang lain. Oleh itu, guru harus berusaha mengatasi masalah pembelajaran yang dialami oleh pelajar ini. Guru harus sentiasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami oleh pelajar seperti ini.Kelebihan yang ada pada pelajar lain hendaklah digunakan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Murid yang lemah mungkin
4

tidak mampu menyiapkan latihan atau tugasan yang diberikan dengan baik. Guru harus sentiasa mendorong murid untuk terus berusaha dengan bersungguh untuk berjaya. Guru juga perlu sentiasa memberikan semangat bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya. Selain itu, guru mesti pandai menguruskan persekitaran bilik darjah yang berkesan. Guru harus sentiasa memastikan kelas supaya berada dalam keadaan yang selesa. Peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantu mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan kerusi meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut pembelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, penggunaan komputer dan CD sertaLCD. Kejayaan guru menguruskan fizikal dan suasana bilik darjah yang kondusif akan berjaya membentuk budaya disiplin, kerjasama dan sayang kepada alam sekitar. Guru juga berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif dan inovatif . Kemahiran guru seperti ini dalam mengurus bilik darjah dengan baik akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mengelakkan kebosanan untuk belajar. Komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam mengatasi impak kelas sosial keluarga pelajar terhadap pembelajaran. Ada di kalangan pelajar kurang berkomubikasi dalam keluarga terutama bagi mereka yang ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa bersama pelajar. Guru dan rakan tempat untuk mereka berkomunikasi. Justeru itu guru perlu memainkan peranan dalam memastikan komunikasi pelajar lebih baik. Pembentukan budaya penyayang adalah bermula dari komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Terdapat di kalangan pelajar yang suka bercakap dengan kasar dan menggunakan bahasa yang kasar. Mereka ini mungkin datang dari keluarga yang bermasalah di mana ibu bapa sering bergaduh atau raka-rakan di sekeliling tempat tinggal sering bercakap dengan nada yang kasar. Oleh itu sebagai guru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dijalankan seperti menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu berkomunikasi dengan menjadikan cara berkomunikasi yang berkesan sama ada melaui cara bertutur, penghunaan bahasa yang indah, bahasa badan, penulisan, serta melalui alat seperti komputer, telefon dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan seraing dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Seterusnya murid dapat menerima motivasi yang diberikan oleh guru dengan mudah.

Pembentukan tingkah laku yang dikehendaki juga dapat dihasilkan dengan berkesan. Pelajar yang sentiasa mendapat dorongan daripada guru dan rakan sebaya dapat memberi peluang yang terbaik dalam mengembangkan potensi pelajar. Seterusnya bagi mengatasi impak kelas sosial keluarga pelajar, sekolah perlu menggariskan peraturan yang jelas supaya dapat membentuk disiplin pelajar dengan baik. Pelajar yang berdisiplin akan mudah mengikuti apa yang diajar dan tidak banyak menimbulkan masalah di dalam kelas sama ada kepada guru ataupun rakan-rakan. Peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah haruslah dijalankan dengan betul supaya pelajar memahami peraturan yang harus diikuti. Contohnya peraturan dalam berpakaian.Pakaian yang sesuai digariskan supaya pelajar dapat mengikuti peraturan tersebut. Selain itu peraturan keluar masuk kelas dan kehadiran ke sekolah tepat pada masanya dapat mendisiplinkan pelajar agar dapat menghargai masa dan menepati masa adalah amat penting supaya pelajar tidak ketinggalan di dalam kelas. Kesan daripada kelas sosial keluarga, mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas. Oleh itu kemahiran mengawal kelas amatlah perlu supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.Guru harus cuba menangani masalah yang dihadapi pelajar supaya ia rasa dirinya mendapat perhatian dan dihargai. Murid yang bermasalah ini dapat diberikan nasihat, tunjuk ajar dan dorongan motivasi supaya dapat belajar dengan baik dan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Pembelajaran korperatif amat sesuai dijalankan di dalam kelas yang mempunyai pelbagai kelas sosial keluarga. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Pelajar digabungkan dalan kumpulan yang sama agar memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara
6

satu sama lain. Murid yang lemah dibantu oleh murid yang pintar dan murid yang miskin pula dibantu oleh murid yang berada. Lama kelamaan hubungan antara pelajar menjadi akrab dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Seterusnya pencapaian pelajar akan dapat ditingkatkan. Aktiviti kumpulan juga dijalankan dengan menggabungkan pelajar lelaki dan perempuan. Ini dapat membiasakan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Guru harus membimbing pelajar mengikut kebolehan pelajar. Latihan dan tugasan yang diberikan hendaklah boleh dilakukan oleh pelajar dan mengikut aras dari senang ke susah. Ini bertujuan supaya pelajar dapat menjalankan aktiviti mengikut tahap pencapaian mereka. Melalui aktiviti yang sesuai, pelajar akan sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya akan membina personaliti aktif dimana pelajar sentiasa akan melibatkan diri secata aktif dalam sesuatu aktiviti tanpa rasa segan atau malas. Mereka akan rasa lebih berkeyakinan dan rasa

dihargai. Aktiviti yang dijalankan sebaiknya dalam kumpulan bagi menggalakkan komunikasi antara pelajar. Pihak sekolah seperti pentadbir harus memastikan penyediaan frasarana sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik. Contohnya bilangan meja, kerusi untuk pelajar mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Bilangan pelajar di dalam kelas tidak terlalu ramai supaya keadaan kelas terkawal dan memaudahkan pergerakan guru dan murid di dalam kelas. Penguatkuasaan disiplin pelajar haruslah sentiasa dikemaskini supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kesimpulan Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan sosial di kalangan pelajar telah dijalankan. Banyak kemajuan telah dicapai sejak rancangan Malaysia ke tiga. Namun begitu usaha untuk merapatkan jurang antara golongan miskin dan berada, yang kaya terus dijalankan. Sekolah merupakan intitusi yang amat penting untuk membentuk sikap dan nilai-nilai yang baik dalam diri pelajar. Justeru itu peranan guru di sekolah adalah amat penting bagi memastikan impak kelas sosial keluarga dapat ditangani.

Bibliografi

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Suppiah Nachiappan et al. (2012). Pembelajaran dan perkembangan Pelajar

Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskom. (2013). Budaya dan

Pembelajaran, Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like