Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Visual Bukan Tayang Pengenalan Media adalah satu komponen teknologi pengajaran.

Dalam pengajaran ia memainkan peranan yang boleh menyokong proses pengajaran. Dalam pengajaran ala tradisional meskipun guru menjadi penggerak utama, ia tidak bebas daripada menggunakan media. Sekurang-kurangnya guru menggunakan buku teks atau papan kapur untuk mengajar. Malahan dirinya sendiri adalah medium yang menyampaikan maklumat kepada pelajar. Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan juga media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar, risalah suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetak pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bukan tayangan seperti model, diaorama, papan pengajaran, bahan audiovisual seperti slaid, fotografi, transparensi video, perisian komputer dan sebagainya.setiap Media atau sumber pengajaran dan penbelajaran ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan yang lain pada persekitaran yang berbeza. Media bukan tayangan atau visual bukan tayangan terbahagi kepada objek semulajadi, model, foto dan grafik.

Visual Bukan Tayang Objek semulajadi Objek semulajadi adalah benda atau objek 3-dimensi yang benar atau bukan direka bentuk untuk dijadikan model. Contoh objek semulajadi ialah duit syiling, artifak, tembikar, binatang, pohon-pohon kecil, hidupan-hidupan laut dan sebagainya.Benda-benda benar seperti yang dinyatakan boleh menarik perhatian dan menarik minat pelajar seterusnya membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar juga akan mendapat pengalaman merancang, mengelas dan mengurus objek semulajadi dalam usaha mengumpul koleksi bahan ini untuk pusat sumber pendidikan Objek semulajadi terbahagi kepada dua Objek semulajadi dalam konteks Objek semulajadi di dalam sesuatu keadaan sebenar seperti mesin dalam kilang, daun kelapa di tepi pantai, televisyen di studio penerbitan video dan lainlain. Antara kelemahannya adalah takut berlakunya kecederaan ke atas pelajar semasa membuat lawatan. Oleh itu, perancangan rapi perlu dilakuakan sebelum sesuatu lawatan dilakukan. Kebaikannya pula ialah pelajar dapat melihat sendiri di mana sesuatu bahan itu boleh didapati. Objek semulajadi di luar konteks Bahan yang dikeluarkan di luar sesuatu keadaan yang sebenar. Contohnya adalah mesin yang dibawa keluar dari kilang ke bilik darjah, mengambil batang tebu dari pokok tebu dan dibawa ke bilik darjah. Antara kelemahannya adalah para pelajar mungkin tidak dapat mengaitkan bahan yang digunakan dengan keadaaan sebenar bahan itu. Untuk mengatasi masalah ini, bahan yang ditunjukkan dapat diperkukuhkan dengan menunjukkan gambar dan penerangan lisan oleh pendidik. Kebaikkannya pula ialah para pelajar mudah dikawal dalam bilik darjah.

Visual Bukan Tayang Penggunaan objek semulajadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kelebihan seperti 1. ciri objek semulajadi yang benar dan bukan repliaka memberi pengalaman sebenar dan secara langsung kepada pelajar 2. penggunaan bahan benar seperti ini dapat menarik minat , perhatian dan perangsang kepada pelajar untuk menerokai sesuatu ilmu itu selanjutnya. Sebagai contoh, bahan-bahan kajian purba sentiasa mendapat perhatian para arkeologi untuk membuat penyelidikan. 3. melalui penggunaan objek semulajadi, para pelajar bukan sahaja boleh melihat dan mendengar, tetapi juga boleh menghidu dan menyentuh bahan berkenaan. Ia akan merangsangkan penggunaan lebih banyak deria pembelajaran seterusnya mengukuhkan proses pembelajaran dan ingatan. Terdapat batasan dalam menggunakam objek semulajadi dalam proses pemblajaran dan pengajaran 1. Terdapat objek semulajadi yang terlalu besar untuk dibawa kedalam bilik darjah 2. Objek semulajadi juga sukar untuk dijaga terutamanya yang halus dan mudah rosak. 3. Terdapat juga objek semulajadi yang berbahaya dan susah digunakan dalam pembelajaran 4. Kesukaran dalam memperolehi objek semulajadi tertentu dan kadangkala ia terlalu mahal untuk dibeli dan dijaga Objek yang sebenar dapat juga diubahsuaikan untuk meningkatkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga jenis pengubahsuaian yang dapat dilakukan terhadap objek sebenar, iaitu:

Visual Bukan Tayang i. Keratan rentas (cutaways): peralatan sebenar seperti bahagian dalaman enjin yang lebih sesuai jika sebahagiannya dikeratkan untuk mendedahkan cara-cara pengoperasian bahagian dalamannya. ii. iii. Spesimen: bahan-bahan hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang diawet untuk tujuan pemerhatian. Pameran (exhibit): biasanya ini melibatkan bahan-bahan semula jadi saintifik dan bersejarah yang dikumpulkan dan diterangkan mengikut sesuatu fungsinya.

Rajah 4.1: Objek sebenar (blok enjin) yang dikeratanrentaskan Walau bagaimanapun, kadang kala objek yang sebenar tidaklah sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Inilah sebabnya kenapa kita selalu belajar dengan model dan diagram tetapi tidak menggunakan objek yang sebenar. Mempunyai banyak kemungkinan kenapa objek sebenar kadang kala tidak sesuai dalam pembelajaran dalam kelas. Antara sebabnya kemungkinan objek itu terlalu besar, terlalu kecil, terlalu mahal, terlalu kotor, terlalu bahaya dan sebagainya. Dengan itu, pengajar akan mengambil alternatif lain, iaitu menggunakan model atau lukisan objek itu dalam pengajaran. Terdapat beberapa sebab kenapa model dan lukisan ini sesuai digunakan, iaitu: i. Apabila objek sebenarnya tidak sesuai dalam pengajaran

Visual Bukan Tayang ii. iii. Sesuatu model atau carta adalah lebih mudah untuk menerangkan sesuatu konsep Objek sebenar tidak dapat dikesan melalui deria kita

MODEL Model adalah sejenis bahan 3-dimensi yang menyerupai benda yang sebenarnya. Ia mewakili benda-benda yang besar yang boleh bergerak seperti muka bumi atau sistem solar, benda-benda yang lebih kecil seperti atom atau benda-benda yang besar seperti gunung atau bangunan tinggi. Benda-benda lain yang boleh dijadikan model termasuklah benda-benda yang hidup seperti badak sumbu, manusia, katak, nyamuk, dan sebagainya. Terdapat juga model yang lebih halus dan canggih seperti enjin jam, kapal selam dan sebagainya. Menggunakan benda-benda yang kongkrit seperti model boleh membantu proses pembelajaran terutama semasa peringkat awal dalam proses pembelajaran. Model-model ini diperbuat daripada kertas lumat, tanah liat, plastik, abuk kayu dan sebagainya. Dalam pelajaran seni halus bahan-bahan mentah ini digunakan untuk membuat boneka, topeng, tembikar dsan sebagainya. Model biasanya digunakan dalam pelajaran sains, matematik, geografi, dan bahasa. Dalam mata pelajaran Perdagangan dan Kemahiran Hidup, model-model juga digunakan sebagai bahasa simulasi. Tadika juga banyak menggunakan modelmodel dalam pengajaran gengan lebih menumpukan kepada kaedah simulasi dan permainan. Kebaikan Menggunakan Model 1. Bentuk 3-dimensi: Model mempunyai 3-dimensi yang boleh dilihat. Tiga dimensi ialah ketinggian, ketebalan dan kelebaran. Ketebalan atau kedalaman bahan merupakan ciri yang terpenting yang membezakan daripada bahan 2-dimensi separti gambar atau carta. Menggunakan

Visual Bukan Tayang model boleh meningkatkan lagi pembelajaran. Sebagai contoh

menggunakan model mata atau rangka manusialebih mudah difahami daripada menggunakan carta dinding atau foto. 2. Model boleh dibesarkan/dikecilkan mengikut kesesuaian penglihatan. Adalah mustahil pelajar melihat keseluruhan muka bumi walaupun dari kapal angkasa. Jika terbang lebih tinggi, paling banyak pelajar hanya dapat melihat sebahagian besar muka bumi sahaja. Oleh itu muka bumi yang begitu besar boleh dilihat keseluruhannya jika model muka bumi dibina. Sebaliknya terdapat juga objek-objek yang begitu kecil untuk dilihat dengan mata kasar seperti nyamuk atau atom. Untuk mengkaji penyakit demam Aedes, satu model nyamuk Aedes dapat dibentuk untuk mengenal pasti bahagian-bahagian nyamuk berkenaan. Dalam pengajaran yang lebih penting ialah model-model yang dihasilkan adalah cukup besar untuk dilihatoleh sebuah kelas atau sebuah kumpulan. 3. Model boleh menunjukkan objek-objek yang tersembunyi/tertutup. Model anatomi manusia boleh menunjukkan organ-organ yang terdapat dalam badan manusia, kedudukannya dan cara-cara ia bekerja. Bahagianbahagian dalam badan manusia tidak dapat dilihat jika menggunakan carta atau gambar kaku. Seorang pelajar jurubina akan merasa lebih mudah jika mempelajari reka bentuk bangunan menggunakan modelmodel bangunan. 4. Model boleh memudahkan benda benar yang kompleks. Jika anda buka alat pemprosesan komputer, anda anda akan lihat litar,wayar-wayar elektrik, bahagian-bahagian yang bersambung antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengelirukan anda. Satu model yang mudah boleh digunakan untuk mengkaji mekanisma yang kompleks ini. 5. Model boleh menunjukkan ciri-ciri penting. Warna dan teksturyang terdapat dalam sesuatu model boleh menjelaskan sesuatu konsep. Dalam model anatomi manusia,warna yang sesuai untuk organ dapat menbezakan satu organ dengan satu organ yang lain seperti arteri berwarna merah dan urat berwarna biru. Model gunung-ganang dan bukit-

Visual Bukan Tayang bukarakan kelihatan lebih benar jika terdapat tekstur yang sesuai. Tekstur ini dapat dibina daripada tanah liat, abuk kayu dan sebagainya. Batasan Menggunakan Model. Terdapat beberapa masalah atau batasan menggunakan model. Antaranya ialah masalah simpanan bahan, masalah ruang dan saiz bahan terlalu kecil untuk dibesarkan.

FOTO. Foto atau gambar merupakan salah satu alat visual yang efektif dalam penyampaian sesuatu maklumat kerana ia dapat mevisualisasikan sesuatu perkara dengan lebih konkrit, realistik dan lebih tepat. Foto juga dapat mengatasi masalah ruang dan waktu, contohnya sesuatu perkara yang berlaku dalam dunia ini dapat dilihat oleh seseorang yang jauhnya beribu-ribu batu dalam bentuk foto setelah peristiwa itu berlaku. Menurut Langford (1973) fotogarafi mengandungi bahasanya tersendiri dan dapat menyelami perasan seseorang. Merujuk dalam bidang pendidikan foto telah lama digunakan dalam elemen pengajaran dan pendidik serta pelajar menggunakan gambar foto sebagai satu media penyampaian dan pengkongsian maklumat. Ia bertujuan untuk menyampaikan sesuatu makluat dengan berkesan, contohnya dalam subjek sains yanng memerlukan bahan visual bagi menerangkan jenis-jenis

Visual Bukan Tayang serangga, tumbuhan, kuman, binatang dan lain-lain.Schuller (1975) merumuskan bahawa pengajaran mengunakan foto dapat membentuk daya pemikiran yang kretif. Peralatan yang sesuai diperlukan untuk menghasilkan gambar foto. Peralatan merujuk kepada peralatan asas yang tidak memerlukan nilai yang tinggi unuk membelinya. Seorang guru yang kreatif dapat menghasilkan gambar yang berkualiti serta sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun tidak menggunakan peralatan yang mahal. CIRI-CIRI FOTO YANG BAIK UNTUK PENGAJARAN. Gambar yang baik untuk pengajaran bukan hanya mengandungi ciri ketepatan serta kehalusan, malah mesej yang terkandung di dalamnya. Oleh itu beberapa kriteria gambar hendaklah diambil kira, iaitu: 1. Gambar Tiga Dimensi Gambar foto ini akan memaparkan gambar daripada sudut sebenar pandangan mata seseorang. Oleh tu ia akan menjadi penghubung kepada pelajar untuk melihat sesuatu objek seperti keadan sebenarnya, terutamanya untuk objek yang sukar diperolehi dalam keadaan sebenar. 2. Gambar Statik. Gambar ini merujuk kepada situasi tanpa pergerakan dan sesuai menerangkan bahagian-bahagian utama seperti keratan rentas bahagian dalam sebuah jentera, bahagian daun atau tumbuhan. Kebiasannya situasi ini memerlukan peralatan khusus tetapi dengan adanya teknik pengambaran yang baik, pelajar tidak perlu mikroskop untuk melihat keratan rentas sehelai daun. 3. Kesan Pergerakan.

Visual Bukan Tayang Foto yang mempunyai kesan pergerakan seperti kesibukan di jalan raya akan menjadikan gambar itu lebih hidup. Pada dasarnya gambar tersebut rata tetapi kesan pergerakan yang terhasil akan mempelihatkan seolah-olah ada pergerakan. 4. Tumpuan Kepada Satu Idea Gambar yang baik dapat mempersembahkan satu tumpuan idea dan pusat tarikan gambar. Tumpuan pandangan mata dalam satu-satu gambar seharusnya jangan terlalu sesak. Mengikut Schuller (1978) kanak-kanak lebih gemar melihat gambar-gambar yang mereka faham berdasarkan pengalaman artistik masing-masing. Oleh itu guru haruslah terlebih dahulu mengkaji elemen latar belakang, kecerdasan, daya imaginasi dan pengalaman sedia ada pelajar. 5. Kualiti Artistik. Elemen-elemen keseimbangan, pespektif dan kesinambungan kandungan gambar harus diambil kira supaya lebih kelihatan menarik. Antara elemen yang dimaksudakan ialah: Elemen gubahan gubahan bahan yang teratur dan tumpuan perhatian harus diambil berat. Perkara yang penting ialah jalinan idea dalam satu-satu gambar foto. Susun atur objek pada gambar akan menjadikan suatu gubahan yang sungguh menarik untuk dinikmati dan dipelajari. Elemen warna warna yang menarik dan saling berpadanan dalm sesuatu foto dapat memainkan peranan yang efektif. Setiap foto yang dipilih untuk tujuan pengajaran haruslah mengandungi warna yang benar dan asli kerana elemen warna ini dapat menggambarkan perasan dan idea tertentu. Menurut Schuller (1973), warna yang baik dalam satu-satu gambar dapat

Visual Bukan Tayang menambahkan lagi keaslian serta tarikan yang lebih terhadap pemandangan foto yang diguanakan. Eleman teknik pengambilan teknik mengambil foto sebolehbolehnya mengabungkan dan perkara elemen-elemen komposisi, sudut Teknik pengambaran hasilnya harus mestilah utama,iaitu pengambaran menekankan warna. yang

memaparkan suatu idea, efektif, berkualiti dan dapat memberi kesan yang baik. Saiz dan kejelasan ukuran gambar yang jelas dan besar sesuai untuk pengajaran. Isi pengajaran dan aspek yang ingin dibincangkan dapat diteliti dengan jelas oleh pelajar . jelas juga bermaksud tajam dam tepat, iaitu tidak terdapat kecacatan atau kekurangan yang menjejaskan mutu gambar. Ini akan dapat membantu dalam mengukuhkan penyalinan yang sebenar kepada murid. Menarik gambar-gambar foto yang ingin digunakan untuk pengajaran biarlah menarik seperti subjek yang dirakam, tumpuan atau fokus utama lensa, teknik mengambil gambar, maklumat yang terkandung dalam gambar, kesan yang memberi makna, latar belakang gambar, kreativiti jurugambar dan gambar yang hidup. Gambar ini dapat menimbulkan lagi minat dan situasi pembelajaran yang baik dikalangan pelajar. TEKNIK PENGGUNAAN FOTO UNTUK PENGAJARAN. Gambar yang telah dipilih perlu diketahui bagamana hendak digunakan dalam pengajaran. Secara mudah gambar akan menjadi bahan pameran supaya

10

Visual Bukan Tayang pelajar dapat melilhat dan mempelajari sesuatu yang bermakna daripada gambar tersebut. Antara teknik tersebut ialah: 1. Pamer Gambar Tunggal Foto yang telah dipilih dan sesuai dengan objektif pengajaran dilekatkan kepada papan khas seperti papan hijau, papan lembut atau papan putih dan dipameran. Gambar yang telah digunakan boleh dipamerkan terus di satu sudut pembelajaran. Murid secara individu boleh memilih dan menelilti gambar-gambar foto yang dikehendaki pada bila-bila masa. Selain itu penerangan juga boleh disertakan dengan gambar tersebut. 2. Tayang Gambar. Foto juga boleh digunakan bersama projektor legap yang ditayangkan ke atas layar dan sesuai untuk ditonton oleh pelajar yang ramai. Projekter legap boleh menerima foto hingga berukuran 10 x 10. Sebaiknya foto yang ingin ditayangkan itu disediakan lebih awal, diasingkan, disusun mengikut urutan dan ditunjukkan satu persatu. 3. Poster Gambar. Gambar-gambar juga boleh disusun diatas kad untuk digunakan dalam pengajaran. Gambar yang dipamerkan mestilah yang menjadi fokus berdasarkan tajuk yang diberikan. Teknik susunan gambar sama ada secara selang-seli, berurutan, aliran dan sebagainya akan mencantikkan lagi sesebuah poster gambar. Kadang-kadang gambar untuk poster merupakan gabungan gambar terbuang yang dipotong an dipilih berdasarkan tajuk. Tulisan yang cantik dan sesuai akan menjadikan poser foto lebih berkesan.

11

Visual Bukan Tayang GRAFIK Bahan grafik adalah salah satu daripada visual bukan tayangan. Ia menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran jika tujuannya ialah untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan grafik terdiri daripada lukisan, carta, graf, foster dan kartun. Grafik boleh didefinasikan sebagai gambaran bukan fotografi, 2 dimensi yang boleh direka bentuk khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar. Lazimnya, bahan grafik mencakupi bahan lisan atau teks dan visual yang abstrak atau konkrit. Lukisan Lukisan dihasilkan dengan cara melukis dan menyusun garisan-garisan untuk menggambarkan manusia, tempat, benda dan konsep. Lukisan secara umum lebih real dan konkrit daripada lakaran kerana lakaran tidak mempunyai banyak detail seperti lukisan. Teknik orang lidi adalah satu contoh lakaran. Gambar rajah pula menunjukkan hubungan atau menjelaskan proses seperti menunjuk cara sesuatu benda itu beroperasi atau cara ia dibina. Penggunaan lukisan dan gambar fotografi dalam pengajaran adalah hampir sama kecuali lukisan lebih senang difahami oleh semua peringkat pelajar. Ini kerana lukisan mempunyai kurang detail dan lebih kepada tujuan pengajaran. Walaubagaimanapun kedua-duanya memang sesuai digunakan dari peringkat pengenalan pelajaran hinggalah ke peringkat penilaian pengajaran. Buku teks, carta atau transperasi yang mempunyai lukisan lebih mudah difahami oleh pelajar. Mengikut Dywer (1978) orang dewasa yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat lebih baik daripada orang dewasa yang hanya membaca teks sahaja. Gambar biasanya memudahkan pembelajaran di kalangan orang dewasa. Lukisan yang dihasilkan oleh guru merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru boleh melukis di papan kapur, papan gulung

12

Visual Bukan Tayang atau kertas manjung untuk menjelaskan bahagian tertentu dalam unit pengajaran. Lukisan boleh digunakan sebagai pengganti kepada gambar kaku. Kita selalu membaca bahan visual contohnya lukisan melalui pengalaman dan juga melalui pembelajaran kita. Sebagai contoh, kemahiran tentang perspektif ruang tidaklah suatu kemahiran semula jadi. Kemahiran ini perlu dipelajari. Sebagai contoh, dengan merujuk kepada rajah di bawah, ramai kanakkanak yang belum dapat menguasai kemahiran pembacaan bahan visual akan berpendapat bahawa setiap lukisan senyum adalah bersaiz sama.

Rajah: Kemahiran tentang lukisan perspektif

Carta Carta merupakan gambaran grafik yang menunjukkan hubungan abstrak seperti carta kronologi, kuantitatif dan hierarki. Freedman dan L. Berg (1961) mendefinasiakan carta sebagai susunan sistematik bagi gambar, huruf, rangkaian dan lukisan. Carta yang terdapat dalam buku teks atau buku panduan latihan boleh didapati dalam bentuk jadual dan carta aliran. Carta juga boleh dibesarkan menjadi carta dinding untuk pengajaran bagi kumpulan kecil. Contohnya ialah carta organisasi dan carta klasifikasi. Carta klasifikasi menunjukkan satu taksonomi binatang atau pengalaman pembelajaran seperi klasifikasi Kon Pembelajaran Dale. Carta berjadual mengandungi angka dan data manakala carta aliran menunjukkan suatu urutan, prosedur atau urus proses. Sekeping carta seharusnya mempunyai tujuan pengajaran yang spesifik dan jelas. Pada umumnya, carta dikehendaki menyampaikan satu konsep utama 13

Visual Bukan Tayang atau satu konfigurasi konsep. Jika membuat carta, pastikan ia mempunyai visual dan maklumat lisan yang minimum, iaitu yang diperlukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Carta yang berkecampuk akan mengelirukan pelajar. Oleh itu jika kita perlu mempunyai banyak maklumat dan ingin disampaikan melalui carta, bina satu siri carta. Yang penting dalam membuat carta ialah utamakan prinsip kesederhanaan. Sekeping carta yang baik dan berkesan berupaya menyampaikan mesej atau idea secara visual. Ingat, bahan lisan hanya menyokong bahan visual bukan sebaliknya. Penggunaan Carta-Flip Carta flip secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid atau filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam sesuatu tempoh tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur filem untuk menerangkan sesuatu subjek. Seperti jalur filem, keberkesanannya bergantung kepada sejauh manakah integrasi antara perbincangan dengan visualnya. Carta ini jarang disediakan untuk menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia adalah rumusan daripada isi-isi penting sahaja. Biasanya, visual di atas carta itu hanya mempamerkan isu-isu yang sedang dibincangkan. Carta-flip ini tidak sesuai dengan penulisan yang banyak kerana pembacaan daripada carta tersebut akan mengganggu penumpuan pada perbincangan sesuatu topik. Bagi perbincangan sesuatu perenggan yang panjang, guru-guru haruslah menyediakan satu risalah yang ringkas, dan jika ia dibentangkan dalam bentak graf, ia patut mempunyai masa yang cukup untuk pelajar memahaminya dengan baik. Teknik ini sesuai dalam latihan pemahaman dan juga pengenalan sesuatu kajian kes. Terdapat fakta-fakta eksperimen menyatakan bahawa penglibatan kelas secara aktif mampu meningkatkan keberkesanan visual seperti carta dan juga jalur filem. Bentuk penglibatan yang paling mudah ialah membuat salinan nota

14

Visual Bukan Tayang atau diagram dari paparan visual tersebut. Prosedur ini lebih berkesan, jika nota diberi kepada pelajar sebagai rujukan dan mengalihkan tumpuan pelajar pada butiran-butiran yang ada pada diagram tertentu. Manakala sesetengah pula lebih gemar mengambil nota daripada carta tersebut. Untuk meningkatkan penglibatan pelajar, soalan-soalan boleh disoalkan daripada kandungan visual yang ada, mengarah pelajar memberi penjelasan setiap bahagian berdasarkan fungsi, atau mencadangkan modifikasi adalah mampu meningkat keberkesanan belajar. Semasa carta siri digunakan, rumusan secara berperingkat dapat disediakan. Fakta-fakta penting atau tajuk bagi setiap peringkat akan ditulis di bawah setiap carta tersebut. Apabila carta itu dialihkan satu demi satu, diagramdiagramnya akan ditutup oleh carta lain tetapi tajuk-tajuk setiap carta ditinggalkan di bawahnya supaya satu rumusan berperingkat dapat dihasilkan. Dengan itu, ia mampu menggalakkan pelajar membuat rujukan semula dengan apa yang telah diajar sebelumnya.

15

Visual Bukan Tayang

Rajah: Set carta-flip untuk rumusan pengajaran Penggunaan Carta Dinding Carta dinding ini mempunyai beberapa kegunaannya: i. Ia mampu meningkatkan minat, ingatan dan juga motivasi terhadap sesuatu subjek. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan

16

Visual Bukan Tayang bahawa poster yang direkabentuk dengan baik mampu memberi kesan yang telah dinyatakan di atas. Kajian dilakukan oleh Laner dan Sell (1960) dalam menunjukkan pengerjaan bahawa besi pameran poster keselamatan mampu meningkatkan

kesedaran tentang kepentingan keselamatan sebanyak 20% atau lebih daripada itu. ii. Carta itu mampu menjadi sebagai sumber idea atau perbincangan. Penggunaan carta separa kekal dapat meningkatkan keupayaan imaginasi di kalangan pelajar. Menurut Bethers (1956), bahawa kanak-kanak muda mudah bertindak secara emosi dan imaginasi terhadap carta tersebut. Jadi, apabila mereka membesar nanti, mereka akan mula didorong untuk mencari kebenaran sesuatu perkara. iii. Meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk membaca kandungan fakta yang ada dalam sesuatu carta. Fakta-fakta yang terdapat terdiri daripada: Angka: senarai saiz lubang yang perlu digerudi untuk megetuk saiz lubang objek yang berlainan (biasanya digunakan dalam bengkel kejuruteraan) Graf: hubungan antara ketinggian dan berat untuk kanakkanak yang sihat, tekanan stem dalam boiler dan sebagainya Gambar: gambar-gambar peralatan dengan nama pada setiap bahagian komponennya Skema: ini melibuti diagram kelengkapan, proses, struktur, lukisan kejuruteraan, plant layout, aliran bahan atau tunai melalui sesuatu sistem, organisasi organisasi, prosedurprosedur yang perlu diikuti dan sebagainya.

17

Visual Bukan Tayang

Rajah: Carta dinding boleh ubahsuai

Rajah: Carta dinding kekal Graf Graf menggambarkan visual yang mempunyai data perangkaan. Ia juga menunjukkan hubungan antara unit-unit perbandingan antara data dan trend data. Kebanyakan carta yang berbentuk jadual boleh ditukarkan kepada graf. Data dalam bentuk graf boleh ditafsirkan dengan lebih cepat daripada data dalam bentuk jadual atau teks. Graf juga berorientasi visual yang menarik. Terdapat empat jenis graf yang biasanya digunakan dalam pengajaran atau latihan, iaitu graf bar, graf gambar, graf pie atau bulatan dan graf garisan atau jalur.

18

Visual Bukan Tayang

Poster Poster adalah visual yang mempunyai gabungan antara imej, garisan, warna dan perkataan yang bertujuan untuk menarik minat penonton untuk seketika waktu, iaitu sekadar cukup untuk menyampaikan mesej, biasanya yang mempesonakan. Poster yang berkesan perlu mempunyai warna yang garang dan dinamik dan jelas kelihatan dari jauh. Ia seharusnya berupaya menarik perhatian dan dapat menyampaikan mesej dengan cepat dan jelas. Satu kelemahan besar dalam poster ialah mesejnya mudah hilang jika dipamerkan lama-lama. Poster boleh digunakan secara berkesan dalam beberapa situasi pembelajaran, ia boleh merangsang minat dalam sesuatu pelajaran yang akan diperkenalkan atau menyediakan contoh-contoh pelajaran. Ia juga boleh digunakan untuk merangsang pelajar menjadi ahli dalam persatuan atau kelab sekolah atau menggalakkan pelajar membaca buku. Dalam bengkal atau makmal sains, poster boleh digunakan untuk memberitahu pelajar tentang langkah-langkah keselamatan atau bahaya yang mungkin berlaku ke atas pelajar seperti Mudah terbakar atau Gunakan sarung tangan dan sebagainya. Poster juga boleh digunakan untuk memberitahu penyakit-penyakit yang berbahaya seperti merokok membawa maut , Aids, pembunuh generasi dan sebagainya.

19

Visual Bukan Tayang

Kartun Kartun merupakan lukisan karikatur yang kasar yang menyerupai manusia atau yang menggambarkan kejadian yang sebenarnya. Kartun memang terkenal dan boleh didapati dalam akhbar, majalah, buku teks dan video. Antara siri kartun yang terkenal ialah Malaysian Scene oleh kortonis Lat dalam akhbar New Strait Times, Din Teksi dan Barbers Corner dalam Utusan Malaysia. Kartun Malaysian Scene biasanya menunjukkan cara hidup penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan juga perkembangan politik semasa. Unsure-unsur humor dan sindiran merupakan perkara pokok yang ingin disampaikan oleh seorang pelukis kartun. Kartun boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan ujian dalam peperiksaan. Kartun Lat pernah digunakan sebagai bahan ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Walau bagaimanapun jika menggunakan kartun untuk tujuan pengajaran, pastikan mesej yang hendak disampaikan berada dalam bidang pengalaman dan skop intelektual pelajar.

20

Visual Bukan Tayang

Kelemahan Grafik. Walaupun grafik memberikan kemudahan kepada pengguna namun ia juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya: 1grafik bersifat sebagai bahan kedua selepas penggunaan teks atau tulisan. Faktor ini jelas dilihat ala kebanyakan buku-buku teks dalam pelbagai bidang ilmu. Walaupun grafik digunakan, ia hanya disertakan setelah proses penulisan teks yang lengkap dibuat. Potensi dan kualiti serta keberkesanannya banyak terhalang dengan cara grafik tersebut dipaparkan. Berikutnya disertakan sekali beberapa tindakan yang sering dilakukan dalam persembahan grafik multimedia dan grafik biasa. Ia juga menjadi faktor yang menghalang kepada potensi keberkesanan penggunaan grafik di dalam sesebuah perisian berbantukan komputer (PBK) dan peralatan persembahan maklumat bukan multimedia yang lain seperti buku. 2Grafik diletakkan dalam paparan yang berasingan dengan paparan teks tentang grafik tersebut . Antara sebabnya ialah ketidaksesuaian penggunaan kotak-kotak sempadan yang membahagikan teks dan grafik. Grafik asal diubahsuaikan untuk dimuatkan dalam ruang paparan sehingga mencacatkannya. Grafik digunakan untuk mengulang semula isi teks yang akan mengelirukan

21

Visual Bukan Tayang lagi pengguna kerana kesukaran mengaitkanteks dan grafik.

Kegagalan untuk mendapat grafik yang jelas, tidak nyata mesejnya malah ia tambah mengelirukan. Kegagalan mengedit dan menyunting grafik dengan tepat dan berkesan. 3Grafik hanya digunakan sebagai hiasan. Grafik hiasan hanyalah berfungsi tambahan bagi menceriakan lagi paparan uka. Walaupun grafik memang untuk menceriakan namun hiasan yang terlalu banyakhanya memburukkan lagi rupanya dan ini merupakan suatu pembaziran yang patut dielakkan. Seeloknya grafik hiasan dapat membantu kepada mesej yang hendak disampaikan dan bukanlah sebagai hiasan sahaja namun kebanyakan hiasan yang padat akan mengelirukan pelajar. 4Kerjasama yang kurang dalam membentuk grafik . Terdapatnya kekurangan kesefahaman dan kerjasama oleh pereka seni grafik dalam pembinaan grafik. Ini disebabkan kekurangan kemahiran dalam mereka letak grafik dan idea-idea yang berbeza-beza dalam mencorakkan grafik. 5Grafik bukan suatu yang universal. Dalam masyarakat dunia hari ini, penggunaan grafik amat perlu kerana ia mudah difahami seperti yang telah diterangkan pada bahagian di atas. Namun bukan semua grafik bersifat universal dan boleh difahami oleh semua pengguna. Seperti simbol-simbol memberikan makna yang berlainan antara pengguna yang berbeza walaupun bukan kesemuanya. Grafik tidak seperti bahasa-bahasa penulisan atau teks di mana terdapat peraturanperaturan dan garis panduan yang ditetapkan dan diterima pakai secara umum. Ini bermakna sesebuah grafik hanya berkesan terhadap sekumpulan pengguna tetapi tidak kepada yang lain.

22

Visual Bukan Tayang Rujukan: 1Arfah Abdul Aziz, Fatiamah Ibrahim Dan Mohd. Dahlan RamliMedia Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur(1993). 23Mohd Lokman Abdullah-Teknologi Pendidikan- Yayasan Pelajar Johor Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun Dan Zaidatun Tasir- Teknologi Pendidikan-Universiti Teknologi Malaysia.

23

You might also like