Professional Documents
Culture Documents
Pentadbiran Pentaksiran
Pentadbiran Pentaksiran
Prosedur pentaksiran hendaklah ditadbir secara seragam jika tidak skor murid akan didapati berbeza selain dari faktor pengetahuan dan kemahiran. Mari kita lihat contoh dimana prosedur pentaksiran dijalankan disebuah bilik darjah yang mana pentaksiran dijalankan: Didalam kelas pertama, seorang guru telah mengumpul sejumlah 40 buah skrip jawapan sebaik sahaja ujian 40 minit telah dijalankan. Dalam kelas kedua, seorang guru telah membenarkan muridnya meneruskan ujian dengan tambahan masa selama 10 minit iaitu sehingga loceng tamat kelas berbunyi. Seorang guru telah membaca arahan kepada muridnya dan telah menyemak semula dua soalan sampel seperti yang telah diarahkan didalam manual pentadbiran. Guru yang seorang lagi telah menyerahkan ujian yang diberikan kepada murid dan meminta mereka membaca arahan dan meminta muridnya meneruskan tugasan soalan dan menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Murid dari kelas pertama meneruskan kerja secara senyap tanpa gangguan sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kelas kedua pula diganggu sebanyak empat kali oleh panggilan telefon dari pejabat dan dari dari murid yang menghantar mesej yang telah sampaikan. Guru kelas pertama telah memohon dari pejabat agar tidak diganggu dan mengantungkan notis "Do not disturb" pada pintu kelas. Kelas kedua pula tidak membuat sebarang permohonan seperti kelas pertama. Dari perhatian diatas, satu kelas telah menerima keputusan purata skor yang lebih tinggi dari kelas lain. Namun begitu, skor yang diperolehi bukanlah petunjuk kebolehpercayan kepada pengetahuan atau kemahiran murid, Skor yang diperolehi mungkin meyimpang kerana murid telah diberikan lebihan masa untuk menjawab. Yang lainnya skor adalah lebih rendah kerana guru tidak membaca arahan tugasan. Perbezaan dalam keadaan ujian berbeza telah mengakibatkan perbezaan dalam hasilan keputusan dan menyebabkan skor berstatus tidak mempunyai nilai kebolehpercayaan (unreliable). Contoh ini menunjukkan mengapa data pentaksiran dari kelas berlainan tidak boleh dibandingkan kecuali pentadbiran ujian adalah dalam situasi yang sama. Bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara seragam, pihak sekolah hendaklah memastikan semua arahan pentadbiran wujud untuk semua prosedur pentaksiran dan semua arahan hendaklah dikaji dan digunakan ole pentadbir ujian. Pihak sekolah hendaklah mendapatkan manual pentadbiran dari pembina prosedur pentaksiran asal dan memberikan salinan kepada guru dan pentadbir pentaksiran. Bagaimanapun, dalam beberapa kes, manual memang tidak dapat diperolehi. Pentadbir pejabat hendaklah membina prosedur pentadbiran pentaksiran yang boleh diambil dari mana-mana buku teks , sekolah atau badan pentaksiran lain yang berkaitan.
Prosedur pentaksiran boleh digunakan untuk menyeragamkan pentadbiran jika pendidik tahu mengenainya dan mengunakannya sebelum, ketka dan selesai sahaja ujian ditadbir. Ini adalah untuk memastikan pentadbiran pentaksiran berjalan lancar, mengurangkan kelewetan dan karenah dan memastikan keadilan. Sesetengah aktiviti boleh dijalankan oleh seorang individu di sekolah atau daerah. Yang lainnya memerlukan kerjasama dan intergriti dari pentadbir, guru, murid dan ibu bapa.
menjejaskan kebolehpercayaan. Juga didapati jika tugasan tidak dimaklumkan tempoh masa, pastikan murid mendapat masa yang mencukupi untuk menyelesaikan pentaksiran. Jika pentaksiran diberi tempoh masa, pastikan tempoh masa adalah tepat. Jangan biarkan atau berikan tempoh masa yang kurang atau berlebihan dari tempoh masa yang telah dinyatakan. Maklumkan kepada murid berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pentaksiran. Maklumkan dengan menulis di papan tanda secara berperingkat (seperti setiap 15 minit). Menulis akan tidak menganggu berbanding pengumuman yang dilakukan. Jika terdapat item atau tugasan latihan, semak bersama murid seperti yang diarahkan didalam manual, Jika tidak, murid akan memberi respon yang tidak betul atau tidak sesuai dengan kehendak tugasan dan akan mendapat skor yang rendah. Maklumkan akan kepentingan pentaksiran. Terangkan kepada murid sebab mengapa mereka ditaksir dan apakah akibat dan hasilan dari pentaksiran yang dijalankan. Adalah digalakkan agar pentadbir pentaksiran memberi dan membentuk sikap yang serious dan positif agar murid dapat mempertingkatkan prestasi mereka. Perlakuan murid juga hendaklah dipantau sepanjang pentaksiran dijalankan. Pastikan murid mengikut arahan yang telah diberikan. Maklumkan bahawa jawapan hendaklah mengikut prosedur pentaksiran dan bukan mengenai kandungan. Murid sering mendapat petunjuk tentang bagaimana untuk bertindak terhadap sesuatu pentaksiran dari guru mereka. Mereka perlu tahu bagaimana maklumat boleh digunakan dan guru menanggap perkara yang penting. Jika guru membaca arahan dengan betul dan memaklumkan akan kehendak pentaksiran, murid akan cenderung untuk memberi hasilan yang terbaik. Sebaliknya, jika guru menjalankan pentaksiran secara tidak kemas dan kelam kabut, dengan tidak memberi tumpuan kepada arahan atau perlakuan murid dan kelas, murid akan bertindak sebagaimana yang dikehendaki dan hasilan keputusan akan mungkin lebih rendah dari tahap prestasi sebenar.
Jika pentaksiran pemarkahan diadakan setempat, pastikan ianya dikumpulkan setempat bagi mengelak tugasan murid tidak bercampur aduk atau hilang. Sebarang permasalahan yang berlaku ketika pentadbiran pentaksiran dijalankan akan menjejaskan skoran murid, oleh itu, pendidik boleh menentukan samada agar prosedur pentaksiran adalah berjalan dengan baik dan lancar. Pastikan pentaksiran skoran adalah tepat dan seragam. Membenarkan murid membuat skoran terhadap diri sendiri atau rakan adalah dianggap tidak berkebolepercayaan. Pentaksiran prestasi hendaklah dijalankan oleh guru atau lain-lain pentaksir yang telah dilatih; dan pentaksir hendaklah mengunakan rubrik bagi menjamin kebolehpercayaan. Pastikan juga semakan dibuat agar kunci skoran yang dibina adalah betul dan menyemak respon sampel yang kecil akan membantu memastikan ketepatan