Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ANALISIS KERATAN AKHBAR Saya telah menganalisis keratan akhbar Majlis yang merupakan akhbar harian penduduk Tanah

Melayu pada ketika itu. Akhbar ini telah dicetak dan diterbitkan oleh The Selangor Press & Majlis Co., Ltd., 157 Batu Rd, Kuala Lumpur. Akhbar ini diasaskan pada tahun 1350 Hijrah (1931 Masihi) dan dikeluarkan pada setiap hari kecuali hari Ahad. Keratan akhbar yang saya pilih bertarikh 17 November 1945 iaitu hari Jumaat bersamaan 12 Dzulhijjah 1364 Hijrah. Tajuk artikel yang saya pilih ialah Kesatuan Melayu Menurut Pandangan 4 Orang Ahli yang Mengetahui Keadaan Malaya yang telah dicetak dibahagian depan akhbar ini pada hari tersebut.

Isi-isi penting Artikel ini merupakan artikel pertama yang dikeluarkan oleh Majlis berkaitan hal Malayan Union yang dipetik dan diterjemahkan daripada Akhbar Straits Times. Akhbar Inggeris tersebut telah disebarkan oleh empat orang Inggeris yang arif mengenai Tanah Melayu iaitu Sir R. O. Windsterd, Sir George Maxwell, Sir E. P. Robinson dan Sir Eric.. Artikel pertama ini telah ditulis oleh Sir R. O. Windsterd yang menyelar perilaku pihak Inggeris yang bertindak memperkenalkan sebuah kesatuan baru yang kononnya akan membawa rakyat Malaya atau Tanah Melayu kepada suatu ketamadunan dan dasar yang tinggi. Beliau menasihati agar setiap ketua itu haruslah mengambil berat perihal masyarakat Malaya yang terjajah. Dalam artikel ini menunjukkan bahawa Sir R. O. Windsterd tidak bersetuju dengan pihak British yang seolah-olah sangat menginginkan setiap Sultan menandatangani persetujuan untuk menubuhkan Malayan Union. Mereka juga dikatakan

mempunyai agenda tersendiri dan dikatakan bersifat tidak sopan serta berhemah kerana memaksa Sultan menerima gagasan Malayan Union. Sir R. O. Windsterd turut mengemukan pandangannya terhadap apa yang terjadi kepada bumi Palestin sekiranya kerajaan British mengisytiharkan bahawa bilangan Yahudi akan menjadi lebih ramai daripada bangsa Arab itu sendiri di bumi mereka. Pandangan lain termasuklah tindakan British memberi kewarganegaraan kepada orang luar menerusi konsep Jus soli. Cukuplah mereka menerima kehadiran orang Cina dan India yang diperakui membantu dalam penanaman getah dan pelombongan bijih namun tidaklah sampai mereka memonopoli perniagaan di Tanah Melayu.

Kelemahan artikel Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam artikel ini seperti susunan ayat yang terlalu panjang, tulisan yang kurang jelas, penggunaan tulisan Jawi lama yang sukar difahami, kesukaran memahami perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dijawikan dan lainlain. Susunan ayat yang terlalu panjang

Hal ini mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti pada ketika itu bidang penulisan masih lagi baru di Tanah Melayu dan tiada format penulisan sebaik pada hari ini. Mungkin juga disebabkan keadaan akhbar itu sendiri yang sudah lama yang mana besar kemungkinan terdapat tanda-tanda bacaan seperti titik, koma dan sebgainya telah mulai pudar. Sebagai contoh:

[t]etapi nampaknya raja-raja Melayu adalah dikehendaki bagi menurunkan tandatangan menyerahkan hak bangsa Melayu kepada Cina dan India yang telah dimasukkan ke dalam Malaya dengan nasihat kita kerana hendak menanam getah dan melombong bijih. (diterjemahkan kepada tulisan rumi)

Tulisan yang kurang jelas

Permasalahan yang kedua ini sangat memberi masalah kepada saya dalam menganalisis artikel ini di mana terdapat beberapa perkataan yang tidak sempurna ejaannya berikutan terdapat beberapa huruf yang telah pudar ataupun kembang dakwatnya. Ini menyebabkan kesukaran bagi saya menterjemah setiap perkataan yang mengandungi huruf bertitik seperti ba, tha, nya,pa, dan cha. Saya juga turut bermasalah untuk membezakan antara huruf fa dan pa,ya dan ba serta pelbagai lagi huruf.

Penggunaan Tulisan Jawi Lama

Sistem tulisan Jawi turut mengalami evolusi dari segi pengejaannya yang telah diselenggara dan disesuaiikan mengikut zaman. Terdapat beberapa perubahan yang agak sukar untuk saya tafsir kerana saya telah menerima pendidikan tulisan Jawi baru yang lebih mudah untuk dibaca jika dibandingkan dengan tulisan jawi lama. Untuk menanggani masalah ini saya telah meminta bantuan daripada beberapa orang tua yang saya kenali dan juga ibu-bapa saya sendiri. Lihat lampiran untuk melihat beberapa ejaan yang sukar untuk saya fahami yang telah saya bulatkan.

Kesukaran memahami perkataan bahasa Inggeris yang dijawikan

Disebabkan penulisan pada zaman tersebut berlaku ketika era penjajahan British, terdapat banyak istilah bahasa Inggeris yang telah dijawikan oleh penulis seperti federation dan pelbagai nama pegawai British seperti Sir R. O. Windsterd, Sir George Maxwell dan

sebagainya. Agak susah untuk mentafsir nama-nama mereka ini yang dieja berdasarkan bunyi dan susunan huruf dalam bahasa Inggeris.

You might also like