Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TQ10003 ASAS UKURAN 2011

LAPORAN PERKEMBANGAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam menyiapkan tugasan bagi subjek TQ10003 Ukuran asas. Di dalam kumpulan saya, saya diberikan tugasan bagi topic Isi padu cecair dan ditugaskan mengajar tahun 6. Untuk tugasan ini saya telah memilih sub-topik untuk disampaikan kepada murid-murid melibatkan ukuran asas Isi padu cecair iaitu dalam unit kemahiran operasi darab dalam bentuk pecahan yang melibatkan isi padu cecair. Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid sepatutnya sudah boleh;

1. Menggunakan dan mengaplikasikan pengiraan pecahan kepada melibatkan masalah isi padu cecair.

Sebelum sub-topik ini di ajar kepada murid, murid-murid telah mempelajari konsep dan kemahiran bagaimana membuat operasi pendarapan yang melibatkan pecahan dalam bab selain isi padu cecair. Dalam pengajaran dan pembelajaran , sepatutnya murid-murid tidak mempunyai masalah jika melibatkan nombor pecahan dalam operasi pendarapan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ini saya telah menggunakan teori konstrutisme dan strategi lebih memusatkan kepada pelajar. Membina semangat berpasukan dengan melibatkan kerja secara berkumpulan dan pendekatan sumbangsaran untuk membuatkan pelajar lebih terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya buat. Ini dapat mengalakkan mereka bagi memberikan idea dan jawapan mereka sendiri dan dapat meningkat pemikiran kristis dan kreatif. Pemilihan alat bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting kerana kanak-kanak di sekolah rendah akan lebih faham jika terdapat benda maujud yang mereka dapat lihat dan pegang. Ini membantu supaya kapasiti ingatan dapat disimpan

TQ10003 ASAS UKURAN 2011 di dalam otak dengan lebih lama berbanding apabila bercakap. Oleh sebab itu saya telah menggunakan botol mineral, air berwarna dan silinder penyukat supaya muridmurid lebih faham untuk mereka lihat. Selain itu juga saya menggunakan LCD dalam bentuk power point bagi menarik perhatian murid-murid saya kerana saya dapati murid-murid lebih berminat melihat warna-warna dan gambar yang cantik berbanding menggunakan gambar yang dilukis. Selain itu juga dengan menggunakan LCD tersebut saya tidak perlu melukis dan menjimatkan masa dan saya dapat menjimatkan masa dan boleh memberikan tumpuan kepada murid-murid saya. Set Induksi Bagi bahagian ini saya menunjukkan bahagian badan seorang budak dan gambar makanan-makanan yang mengandungi air. Saya bertanya kepada budak-budak tersebut berapakah kandungan air pada budak tersebut? Selepas budak menjawab dengan pelbagai bentuk jawapan, kemudian saya membetulkan mereka dengan menjawab soalan mereka bahawa budak ini mengandungi peratus dalam badan

nya. Apa bentuk nombor yang kamu Nampak dihadapan? saya bertanya kepada murid-murid dan ada sebahagian mereka menjawab nombor pecahan. Maka topik hari ini kita akan masuk kepada pengiraan isi padu cecair yang melibatkan pecahan. Langkah 2 Dalam langkah dua ini saya menunjukkan contoh pada layar putih dalam bentuk power

point menunjukkan contoh 1 yang menunjukkan situasi. Mula saya menunjukkan dalam
bentuk gambarajah dan selepas menunjukkan gambarajah berdasarkan contoh tersebut selepas itu baru saya masuk dalam bentuk langkah-langkah pengiraanya. Langkah 3 Setelah langkah 3 selesai barulah saya masuk dalam bahagian kerja berkumpulan. Dalam kelas tersebut saya bahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai 4 orang ahli di dalam. Setiap kumpulan akan mempunyai 4 bekas plastik yang diisi dengan air dan bikar penyukat 500 m. Sebelum memulakan ujikaji terlebih

TQ10003 ASAS UKURAN 2011 dahulu saya memberikan setiap ketua kumpulan kertas arahan dan borang untuk mengira isi padu yang terdapat pada penyukat. Setelah selesai mereka membuat ujikaji tersebut saya membawa mereka berbincang dan membuat perbandingan dengan jawapan mereka dengan jawapan yang telah saya sediakan.

Langakah 4 Setelah selesai ujikaji tersebut saya. Memberikan mereka setiap daripada muridmurid saya sekeping lembaran kerja untuk melihat kefahaman mereka di dalam topik ini. Saya memberikan mereka 15 minit menyelesaikan kerja tersebut sambil dibimbing oleh saya. Setelah masa tamat saya mengutip semua soalan yang telah disedia.

Penutup Bagi bahagian penutup saya bertanya semula apa yang telah mereka pelajari pada hari ini dan memanggil seorang dua untuk menyelesaikan soalan mudah. Setelah selesai sekali mengingatkan murid-murid bahawa pentingnya menguasai konsep menukarkan unit dan pendarapan melibatkan nombor pecahan. Selain itu juga mengingatkan mereka bahawa betapa pentingnya air kepada kita dan kita perlu minum air sekurangkurangnya 7 hingga 8 gelas air sehari untuk menjaga kesihatan.

You might also like