Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

TUGASAN 1 ULASAN MAKALAH KAJIAN EMPIRIS

TAJUK ARTIKEL JURNAL Using Informal Classroom Observations to Improve Instruction (Marsha Ing, Journal of Educational Administration, Vol. 48, No. 3, 2010, pp. 337-358, Emerald Journal Collection)

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN 1.1 1.2 Latar Belakang Penyeliaan Pengajaran Tujuan Kertas Tugasan

1 1 1

2.0

OBJEKTIF KAJIAN DAN RELEVANNYA KEPADA PENYELIAAN PENGAJARAN 2.1 2.2 Tujuan dan Objektif Kajian Relevans kepada Penyeliaan Pengajaran

2 2 2 4 7 7 7 7 8 9

3.0 4.0

RINGKASAN TINJAUAN LITERATUR INSTRUMEN KAJIAN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 4.1 4.2 4.3 4.4 Tinjauan guru besar Tinjauan guru Tinjauan iklim sekolah Rekod Pentadbiran

5.0 6.0

DAPATAN KAJIAN UTAMA

SUMBANGAN KAJIAN KEPADA TEORI DAN AMALAN PENYELIAAN PENGAJARAN 11 PENUTUP 13 14

7.0

RUJUKAN

1.0

Pengenalan 1.1 Latar Belakang Penyeliaan Pengajaran

Glanz (2005) menjelaskan penyeliaan sebagai satu peranan rutin dalam kepemimpinan pengajaran pengetua/guru besar sesebuah sekolah. Penyeliaan ini bertujuan menggalakkan amalan pengajaran yang terbaik (Miller dan Dollarhide, 2006). Ini kerana penyeliaan guru dapat menggalakkan perkembangan

profesionalisme guru-guru dan dengan itu membantu meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia 3/1987, penyeliaan bilik darjah untuk pengajaran-pembelajaran merupakan salah satu peranan penting pengetua/guru besar sebagai pemimpin pengajaran di sekolah (Adi Badiozaman, 2003).

1.2

Tujuan Kertas Tugasan

Kertas tugasan ini merupakan satu ulasan makalah kajian empiris terhadap satu artikel jurnal yang bertajuk Using Informal Classroom Observations to Improve Instruction yang ditulis oleh Marsha Ing dan diterbitkan dalam Journal of Educational Administration, Vol. 48, No. 3, 2010, pp. 337-358. Artikel ini telah dimuat turun daripada koleksi artikel jurnal Emerald.

Di dalam tugasan ini kupasan artikel jurnal berkenaan menjawab lima soalan iaitu: 1. Apakah objektif kajian dan relevannya kepada penyeliaan pengajaran? 2. Berikan ringkasan tinjauan literatur dalam artikel berkenaan. 3. Apakah instrumen kajian dan prosedur pengambilan data? 4. Berikan dapatan kajian utama dalam artikel berkenaan. 5. Apakah sumbangan kajian kepada teori dan amalan penyeliaan pengajaran?

2.0

Objektif Kajian dan Relevannya kepada Penyeliaan Pengajaran 2.1 Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan variability dalam pemerhatian bilik darjah oleh guru besar di sekolah dan untuk menhubungkaitkan pemerhatian bilik darjah dengan iklim pengajaran sekolah. Kajian ini dapat mengenal pasti keadaan di mana pemerhatian bilik darjah dapat meningkatkan pengajaran di kebanyakan sekolah secara berkesan.

2.2

Relevans kepada Penyeliaan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran guru besar merupakan aspek penting dan dikaitkan dengan penglibatan aktif guru besar untuk meningkatkan pengajaran bilik darjah. Salah satu bentuk penyeliaan ialah pemerhatian bilik darjah yang informal oleh guru besar sepanjang tahun persekolahan. Artikel berkenaan mengkaji pemerhatian bilik darjah secara informal dengan lebih dekat kerana telah didapati bahawa lawatan yang kerap dan pendek tidak dikorelasikan secara statistik dengan persepsi untuk meningkatkan pengajaran. Penyeliaan pengajaran melalui pemerhatian dalam bilik darjah sememangnya menunjukkan penglibatan guru besar dalam bilik darjah tetapi memberi refleksi yang lemah mengenai kepemimpinan pengajaran guru besar melainkan jika adanya fokus terhadap maklumbalas pengajaran.

Kajian ini membahaskan bahawa pemerhatian bilik darjah yang kerap maupun untuk jangkamasa yang panjang tidak dijangka berguna untuk perubahan dalam pengajaran melainkan adanya tindakan susulan atau perbincangan mengenai apa yang telah diperhatikan.

Relevans kepada penyeliaan pengajaran dikaitkan dengan fokus kajian ini sepertimana yang dinyatakan dalam tiga soalan kajiannya seperti berikut: (a) Adakah terdapat bukti kepada variasi yang sistematik dalam kalangan sekolah dari segi frekuensi, jangkamasa atau fokus pengajaran dalam pemerhatian bilik darjah secara informal? (b) Adakah kekerapan dan jangka masa pemerhatian bilik darjah secara informal berkaitan dengan iklim pengajaran di sekolah? (c) Bagaimanakah persepsi guru besar mengenai fokus pengajaran dalam pemerhatian bilik darjah dikaitkan dengan iklim pengajaran di sekolah?

3.0

Ringkasan Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur menjelaskan konsep dan teori berkaitan pemerhatian bilik darjah secara informal dan mengaitkannya dengan konsep penyeliaan pengajaran secara keseluruhan. Penyelidik menjelaskan bahawa amalan pemerhatian pengajaran merupakan salah satu cara langsung untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah dan membenarkan guru besar untuk melibatkan guru-guru dengan pengajaran (Blase dan Blase, 2000; Blase dan Kirby, 2000; Fink dan Resnick, 2001; McCloskey et al., 1985). Menurut Bloom (2007), terdapat lima jenis pemerhatian bilik darjah yang dibezakan dari aspek penglibatan, proses, kekerapan iaitu Lawatan data (data walks), Lawatan pembelajaran (learning walks), penyeliaan rakan sekerja (peer coaching), Lawatan pembelajaran professional guru besar (principal professional learning walks) dan Lawatan kilat (quick visits).

Pemerhatian bilik darjah secara informal merupakan lawatan kilat yang berlaku dengan kerap dan memberi peluang yang lebih baik untuk dialog mengenai apa yang sedang berlaku dalam bilik darjah. Dialog ini lebih menepati masa dan berguna untuk mempengaruhi amalan pengajaran (Davis et al., 2000; Kimball, 2003; Wahlstrom dan Seashore Louis, 2008). Penyelidik menjelaskan bahawa dialog ini berupa verbal atau bukan verbal (melalui nota susulan bertulis atau e-mel) dan berpotensi untuk detik-detik perkembangan profesionalisme pendidikan khususnya jika guru besar menyampaikan maklumat mengikut cara yang dihagai oleh guru-guru.

Tinjauan literatur ini menjelaskan beberapa tujuan pemerhatian bilik darjah secara informal. Menurut Blas dan Blas (2003), lawatan kilat ini dapat memotivasikan guruguru dan menjadikan guru besar lebih mudah diakses dan kelihatan kepada para pelajar dan guru-guru. Guru-guru melihat guru besar sentiasa ada untuk dipanggil sekiranya mereka memerlukan bantuan atau menjadi sumber rujukan. Para pelajar juga dapat mendekati guru besar dan mengetahui siapakah guru besar mereka. Interaksi yang kerap di
4

bilik darjah seperti ini mewujudkan tahap keselamatan dalam kalangan staf dan guru-guru (Blase dan Blase, 2003, p. 106). Mengikut perspektif pelajar pula, mereka berpendapat bahawa pemerhatian bilik darjah sepatutnya digunakan hanya untuk membuat pengumuman, mendisiplinkan pelajar, membincangkan aktiviti-aktiviti sekolah atau untuk memerhati guru-guru. Ringkasnya, pemerhatian bilik darjah secara informal berperanan sebagai cara untuk guru besar sentiasa maklum dan memantau apa yang berlaku di sekolah di samping memberi bantuan untuk menyokong para pelajar dan guru-guru serta membentuk iklim pengajaran di sekolah.

Tinjauan literatur ini juga menjelaskan beberapa ciri guru besar atau sekolah dalam konteks pemerhatian informal yang berfokus kepada mengetahui lebih banyak mengenai pengajaran. Dwyer (1984) menyatakan bahawa tidak terdapat formula yang mudah atau imeh yang tunggal untuk kepemimpinan pengajaran yang berjaya. Ini kerana pengajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor kontekstual di sekolah dan juga faktor-faktor interpersonal dan pengalaman dalam kalangan guru besar dan guru-guru (Robinson et al., 2008). Menurut Nelson dan Sassi (2005), terdapat banyak kajian kes yang menunjukkan guru besar menggunakan cara-cara yang berlainan dalam menggunakan pemerhatian bilik darjah informal. Contohnya, memberi maklumbalas spesifik kepada guru seperti memo dan perbincangan dengan setiap guru. Ada guru besar yang menggunakan pemerhatian bilik darjah informal untuk mengetahui secara dekat mengenai cara guru menangani pemikiran matematik pelajar manakala guru besar lain yang kurang berpengalaman dengan matematik tidak dapat memberi maklumbalas spesifik kepada guru berdasarkan pemerhatian bilik darjah.

Ciri-ciri inidividu guru besar seperti latar belakang pengajaran subjek-spesifik mungkin memberi variasi bagaimana pemerhatian bilik darjah informal dapat digunakan untuk meningkatkan peluang pengajaran. Namun, guru besar boleh memberi fokus kepada amalan bilik darjah yang berorientasikan proses secara lebih umum seperti aliran pelajaran, kadar gangguan dan sama ada para pelajar berminat untuk belajar (Nelson dan Sassi, 2005, p. 28).

Tinjauan literatur ini juga membincangkan konteks sekolah yang mempengaruhi pelaksanaan pemerhatian bilik darjah. Ini kerana persekitaran sekolah memberikan banyak kemungkinan dan halangan kepada tindakan guru besar bagi penggunaan pemerhatian bilik darjah yang berjaya (Manasse, 1985; Pitner, 1986, 1988). Menurut Goldring et al. (2008), amalan guru besar banyak tertumpu kepada hal ehwal pelajar dan kepemimpinan pengajaran. Namun, masa yang diberikan kepada pelbagai tugas ini dibezakan oleh keadaan kontekstual sekolah yang ditentukan oleh taraf sosioekonomi, ekspektasi guru dan penglibatan pelajar. Secara amnya, persekitaran sekolah merupakan pengaruh besar dan menjadi halangan kepada tindakan guru besar (Salley et al., 1979).

4.0

Instrumen Kajian dan Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini melibatkan salah sebuah sekolah daripada tiga sekolah daerah di Amerika Syarikat dengan jumlah pelajar melebihi 300,000 pelajar. Sumber data adalah melalui tinjauan guru besar, tinjauan guru, tinjauan iklim sekolah dan rekod pentadbiran.

4.1

Tinjauan guru besar

Tinjauan melibatkan lebih 200 item tetapi hanya sebahagian daripada item ini yang memberi fokus kepada pemerhatian bilik darjah informal oleh guru besar digunakan dalam kajian ini. Item-item dalam soal selidik dibangunkan berdasarkan kajian awal mengenai pemerhatian bilik darjah informal.

4.2

Tinjauan guru

Persepsi guru-guru pula diambil kira menggunakan tinjauan berasaskan web di mana soal selidik mengandungi lebih 150 item tetapi hanya sedikit sahaja daripada item berkenaan yang ditanya kepada guru besar. Guru-guru ditanya sama ada mereka bersetuju dengan item berkaitan iklim pengajaran di sekolah mereka.

4.3

Tinjauan iklim sekolah

Konteks sekolah dikenalpasti melalui tinjauan iklim sekolah yang ditadbir oleh pejabat daerah kepada sampel ibu bapa, pelajar dan dalam kalangan staf di setiap sekolah. Maklumat tambahan mengenai konteks sekolah diperolehi daripada temubual dengan pentadbir daerah. Seramai 10 pentadbir daerah dilibatkan dalam temubual ini. Temubual tidak berstruktur selama 30 minit telah dijalankan oleh dua ahli projek di mana penemubual bertanyakan pengalaman pegawai pentadbir daerah bekerja dengan guru besar di daerah masing-masing. Kesemua temubual
7

direkod dan ditranskripsikan. Bahagian respons berkaitan dengan keperluan dan cabaran sekolah-sekolah yang berlainan dipilih untuk memberi maklumat mengenai cara untuk mencirikan konteks sekolah.

4.4

Rekod Pentadbiran

Rekod pentadbiran sekolah (tahap gred, peratus pelajar layak untuk makan tengahari percuma atau kadar rendah) dan ciri-ciri guru besar (tempoh pengalaman) diperolehi dari sekolah daerah. Data pentadbiran memberi konteks untuk melihat corak kepada maklumbalas tinjauan mengenai pemerhatian informal dalam kalangan sekolah.

5.0

Dapatan Kajian Utama

Lebih 80 peratus daripada guru besar melaporkan bahawa mereke menjalankan pemerhatian bilik darjah beberapa kali seminggu, atau hampir setiap hari. Lebih separuh daripada guru besar melaporkan bahawa pemerhatian ini berlangsung selama 1 5 minit setiap kali. Laporan gurubesar-gurubesar mengenai frekuensi dan tempoh masa mengadakan pemerhatian bilik darjah informal tidak berbeza dalam kalangan sekolah yang berlainan ciri-ciri. Tidak terdapat perbezaan statistikal atau praktikal dalam pelaporan frekuensi dan jangkamasa pemerhatian bilik darjah dalam kalangan ciri-ciri pelajar tahapsekolah.

Triangulasi data antara laporan guru besar dengan laporan guru menunjukkan bahawa laporan guru besar mengadakan pemerhatian bilik darjah informal adalah lebih kerap berbanding laporan guru tetapi kedua-dua perspektif ini dikorelasikan positif. Namun, laporan guru besar mengenai jangkamasa pemerhatian bilik darjah informal tidak dikorelasikan positif dengan laporan guru-guru.

Dapatan kajian juga mendapati tidak ada korelasi signifikan antara frekuensi atau jangkamasa pemerhatian bilik darjah informal dengan iklim pengajaran sekolah berkenaan. Laporan guru besar juga mendapati frekuensi dan jangkamasa pemerhatian bilik darjah informal bukanlah predictor signifikan kepada iklim pengajaran selepas mengawal ciri-ciri guru besar dan sekolah. Namun, pencapaian sekolah yang lepas menjelaskan hampir 40 peratus daripada variasi berkenaan.

Kajian juga mendapati bahawa cara bagaimana guru besar meluangkan masa di dalam bilik darjah mungkin berbeza. Dua sekolah dengan ciri-ciri guru besar dan sekolah yang sama menunjukkan bahawa sekolah pertama kurang selamat berbanding sekolah kedua disebabkan guru besar di sekolah pertama menunjukkan pemerhatian informal yang kurang menumpukan kepada pengajaran berbanding guru besar di sekolah kedua. Senario
9

berbeza dalam lawatan guru besar di kedua-dua sekolah menunjukkan bahawa galakan kepada guru besar untuk melawat bilik darjah tidak secara automatic membawa kepada perbincangan mengenai amalan pengajaran. Pemerhatian bilik darjah berupaya menggalakkan perbincangan sedemikian antara guru-guru dan guru besar mengenai kejadian pengajaran yang spesifik tetapi bagaimana pemerhatian ini dilaksanakan dan digunakan amat berbeza.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa tujuan untuk pemerhatian bilik darjah informal. Hampir 70 peratus daripada guru besar melaporkan kenampakan (visibility) sebagai tujuaun utama membuat pemerhatian bilik darjah informal. Hanya segelintir guru besar menyatakan pemerhatian informal mempunyai fungsi pengajaran.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa sekolah yang kurang selamat mempunyai laporan guru besar mengenai penggunaan pemerhatian informa sebagai cara untuk memantau disiplin pelajar (19%) berbanding sekolah selamat (9%) tetapi perbezaan ini tidak signifikan secara statistik.

Saiz sekolah, tahap gred atau populasi pelajar minorit tidak berkaitan dengan iklim pengajaran sekolah. Namun ciri-ciri guru besar seperti tempoh pengalaman dan etnik menjadi predictor signifikan kepada iklim pengajaran sekolah. Pencapaian lepas sekolah juga menjadi predictor kepada iklim pengajaran sekolah.

Frekuensi dan jangkamasa pemerhatian informal tidak berbeza mengikut ciri-ciri sekolah atau ukuran keselamatan, dan tidak berkaitan dengan persepsi guru mengenai iklim pengajaran. Namun, persepsi guru-guru mengenai iklim pengajaran dihubungkan dengan laporan guru besar mengenai pelaksanaan pemerhatian informal dengan tujuan pengajaran. Ini mencadangkan bahawa pelaksanaan pemerhatian dan bukan sekadar frekuensi dan tempoh masa pemerhatian itu penting diambilkira untuk menggunakan peluang-peluang bagi menambahbaik pengajaran.

10

6.0

Sumbangan Kajian kepada Teori dan Amalan Penyeliaan Pengajaran

Kajian ini bertujuan mempelajari lebih mendalam mengenai peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran dengan memberi fokus kepada tingkah laku tertentu yang berkaitan dengan pemerhatian bilik darjah informal. Memandangkan pemerhatian bilik darjah menggunakan banyak masa dan impak yang tidak jelas terhadap pencapaian pelajar dan peluang-peluang pengajaran, maka galakan kepada guru besar untuk membuat pemerhatian bilik darjah harus dilengkapi dengan kefahaman mereka mengenai keperluan guru dan para pelajar serta mengetahui bahawa maklumat untuk menambahbaik pengajaran boleh diperolehi dari pelbagai sumber selain pemerhatian bilik darjah.

Kajian ini menjurus kepada tiga dapatan utama iaitu: (a) Tidak ada bukti mengenai perbezaan yang sistematik mengenai frekuensi atau jangkamasa pemerhatian bilik darjah informal dalam kalangan sekolah dengan demografik pelajar, pencapaian pelajar atau tahap gred yang berlainan; (b) Frekuensi dan jangkamasa pemerhatian bilik darjah informal tidak berkaitan dengan persepsi guru mengenai iklim pengajaran sekolah; dan (c) Pelaksanaan pemerhatian bilik darjah informal dengan fokus terhadap pengajaran dikaitkan secara positif kepada persepsi guru-guru mengenai iklim pengajaran sekolah.

Dapatan kajian ini menunjukan bahawa penyeliaan pengajaran dilaksanakan secara seragam di semua sekolah dan walaupun tidak ada polisi yang mewajibkan guru besar membuat pemerhatian informal, tetapi guru besar melakukan dengan frekuensi yang agak besar. Namun, pemerhatian bilik darjah informal ini tidak memberi manfaat untuk mempengaruhi iklim pengajaran sekolah sekiranya tidak disertakan dengan fokus terhadap pengajaran. Ini bermakna pemerhatian yang disertakan dengan maklumbalas seperti nota kepada guru dapat meningkatkan peluang pengajaran. Penulis artikel kajian ini memberi saranan agar guru besar dibekalkan dengan pengalaman dan sokongan supaya mereka dapat menggunakan maklumat daripada pemerhatian bilik darjah informal dan
11

mensintesiskan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk pemerhatian bilik darjah informal, pencapaian pelajar dan berbual dengan para pelajar, ibubapa-ibubapa dan guruguru.

Artikel jurnal ini menyediakan maklumat yang berguna sebagai panduan persediaan dan sokongan guru besar untuk menggunakan pemerhatian bilik darjah secara lebih efektif lagi bagi meningkatkan peluang-peluang pengajaran.

12

7.0

Penutup

Artikel jurnal ini menjelaskan kepentingan pemerhatian bilik darjah informal sebagai salah satu cara penyeliaan pengajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran di sekolah. Namun, artikel ini menyatakan bahawa guru besar yang membuat penerhatian bilik darjah dengan kerap dan jangkamasa pendek tidak semestinya membawa perubahan positif terhadap iklim pengajaran sekolah kerana fokus kepada pengajaran perlu ada di samping pengetua/guru besar berkenaan mengetahui cara untuk menyampaikan maklumat mengenai hasil pemerhatiannya kepada guru dan pelajar berkenaan. Pendekata, artikel jurnal ini memberi garis panduan yang jelas kepada guru besar untuk melaksanakan penyeliaan secara pemerhatian bilik darjah informal dengan cara yang berkesan.

13

RUJUKAN

Adi Badiozaman, T. (2003). The Headmaster-As-A-Mentor: A Mentoring Model for Rural Primary School Of Sarawak, dimuat turun dari laman web: http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_adi.pdf Glanz, J. (2005). Action Research as Instructional Supervision: Suggestions for Principals, National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin, Jun 2005; 89, 643 Ing, M. (2010). Using Informal Classroom Observations to Improve Instruction, Journal of Educational Administration, Vol. 48, No. 3, 2010, pp. 337-358 Miller, G. M. & Dollarhide, C. T. (2006). Supervision in Schools: Building Pathways to Excellence. Counselor Education and Supervision, Jun 2006: 45, 4 Williams, R. L. (2007). A Case Study in Clinical Supervision: Moving from an Evaluation to a Supervision Mode. Thesis Doctor of Philosophy, The Pennysylvania State University

14

You might also like