Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

TAJUK FORUM : Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat institusi pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengerusi Forum : Abirami a/p Sanmugum Panel 1 Panel 2 Panel 3 : Koay Ai Hooi ( Kaunselor UniMaP ) : Wong Siok Shim ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Perlis ) : Mak Wai Yee (Penolong Pengarah Pentadbiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Panel 4 : Loh Qi Xiang (Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis)

Pengerusi : Salam sejahtera diucapkan kepada seluruh penonton-penonton rancangan Pendidik Negara. Tajuk forum kami pada hari ini ialah berkenaan dengan faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat institusi pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Jadi bagi membincangkan topik yang cukup hangat pada malam ini, bersamasama saya, tidak lain dan tidak bukan panel-panel yang cukup arif dan berpengalaman dalam memberi idea dan pandangan berkenaan isu ini ( memperkenalkan panel panel ). Selamat datang sekali lagi diucapkan kepada semua ahli-ahli panel. Satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada minggu lalu mengenai Mengapa pelajar perempuan lebih ramai di IPT berbanding pelajar lelaki menyatakan bahawa faktor ketidakseimbangan jantina di universiti-universiti tempatan dikaitkan juga dengan bilangan populasi wanita yang lebih ramai di negara ini berbanding lelaki. Adakah faktor ini boleh menjadi punca kepada permasalahan ketidakseimbangan ini, ataupun persepsi masyarakat itu sendiri yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan peluang pendidikan di universiti-universiti tempatan masa kini?

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

Panel 1 : Selamat sejahtera. Berdasarkan soalan yang diajukan saudari pengerusi kita tadi, pertama-tamanya, saya percaya bahawa persepsi yang berbaur diskriminasi terhadap kebolehan lelaki dan perempuan terhadap bidang yang ingin diceburi boleh menjejaskan peluang pendidikan seseorang. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah sesuatu yang sudah saban kali kita dengar iaitu golongan lelaki sesuai untuk menceburi bidang teknologi, pembuatan, pemasangan dan bidang-bidang ini pula tidak begitu memerlukan pencapaian akedemik yang tinggi. Manakala bagi golongan perempuan pula, setinggi mana pun pelajaran yang diperoleh akhirnya masih ke dapur juga. Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa faktor persepsi masyarakat sememangnya menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina terutama di institut pengajian tinggi. Pengerusi : Adakah faktor keluarga dan latar belakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu ini atau mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih-alih ke dapur juga. Jadi apa pandangan Panel berkenaan isu ini? Panel 4 : Terima kasih Saudari Pengerusi atas soalan ini. Faktor keluarga sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam isu ini. Bagaimana ibubapa atau keluarga itu mencorakkan pemikiran anak-anak, maka begitulah yang akan berlaku kepada tindak balas perlakuan yang mana keluarga menjadi cerminan kepada cara fikir dan tingkah laku anak-anak itu tadi. Namun, dalam dunia serba maju hari ini, saya kira anak perempuan dan anak lelaki mendapat layanan yang sama rata. Jadi disini ingin saya tekankan bahawa keluarga boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi peluang anak-anak mendapat pendidikan, namun, anak-anak juga harus diberi peluang dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sekian terima kasih. Pengerusi : Terima kasih diucapkan kepada Panel atas pandangan sebentar tadi. Seterusnya, saya ingin tujukan soalan berikut kepada panel kedua. Puan, jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini, pelajar perempuan ternyata memonopoli tempat di

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

IPT berbanding pelajar lelaki. Jadi, adakah faktor pencapaian akademik pelajar perempuan yang cemerlang tadi menyumbang kepada lambakan pelajar perempuan di IPT dan bagaimana pula dengan kedudukan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi sekarang? Panel 2 : Terima kasih saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis. Pada

pendapat saya ini mungkin disebabkan oleh pencapaian akademik itu sendiri yang mendorong kepada situasi di mana peluang untuk kemasukan ke universiti-universiti yang ada ini memihak kepada jantina tertentu sahaja. Rekod Universiti Malaya pada tahun 2006 mengatakan bahawa tahap akademik wanita dan lelaki perbezaannya agak jauh dan perkara ini membuatkan universiti-universiti ini mengambil langkah dengan bersikap lebih terbuka kepada kaum lelaki dengan menutup sebelah mata kepada kemasukan pelajar lelaki ke kursus-kursus yang memerlukan banyak tenaga lelaki seperti kejuruteraan, manakala untuk kemasukan pelajar wanita pula terpaksa diketatkan. Hal ini menyebabkan wanita pada zaman kini lebih kompetitif dan berusaha dengan lebih keras untuk memasuki kursus yang diingini, manakala kaum adam ini pula akan kurang berusaha serta tidak menggunakan potensi diri dengan semaksimum mungkin. Pengerusi : Terima kasih diucapkan kepada Panel 2. Adakah kursus-kursus yang ditawarkan di IPT sekarang boleh dijadikan faktor gender bias ini ataukah keupayaan pelajar yang menjadi ukuran? Bagaimana pula halnya dengan pasaran kerja? Dipersilakan Panel 3 untuk memperkatakan isu ini. Panel 3 : Pada pandangan saya , yang menjadi masalah atau punca ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi(IPT) sekarang ada hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri. Sebagai contoh, banyak kursus yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan, perubatan, jahitan, dan sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit, dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan dan IT. Kemasukan pelajar ke IPT adalah tidak seimbang dari

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

sudut kursus serta kekosongannya. Dari sini kita dapat lihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan di IPT memang wujud sejak dulu lagi dan pada saya pemikiran sebegini harus diubah. Pengerusi : Terima kasih diucapkan kepada Panel 3 atas penerangan yang diberikan. Para penonton sekalian. Tadi kita telah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina. Jadi sekarang kita hendaklah melihat sejauh mana ketidaksamaan jantina di universiti-universiti tempatan memberi kesan terhadap diri individu itu sendiri. Jadi Puan, sebagai seorang kaunselor yang semestinya banyak terlibat dalam permasalahan pelajar, bagaimanakah isu gender ini boleh mempengaruhi pencapaian dan prestasi seseorang individu itu? Panel 1 : Apabila kita melihat implikasi isu ini kepada individu itu sendiri,menurut pengalaman saya, ketaksamaan peluang pendidikan ini secara tidak langsung dapat menjejaskan peluang pelajar untuk meningkatkan pengetahuan, taraf hidup dan sebagainya. Implikasi ini ingin saya tegaskan para hadirin sekalian, boleh dilihat dari kedua-dua sudut positif dan negatif. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut yang negatif, golongan lelaki akan mudah berasa rendah diri dengan kelayakan atau pencapaian akademik yang mereka peroleh manakala golongan wanita pula mudah berputus asa dengan peluang yang tidak setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Ini berbeza pula jika dilihat dari sudut yang positif yang mana golongan lelaki mungkin akan merasa tercabar dan berusaha dengan lebih gigih untuk memajukan diri manakala golongan wanita pula akan cuba untuk meningkat usaha mereka dalam bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang ingin mereka ceburi. Pengerusi : Pada pandangan Panel 2 sendiri bagaimanakah isu ketidaksamaan jantina ini boleh memberi kesan terhadap sesebuah keluarga dan institusi masyarakat itu sendiri? Dipersilakan. Panel 2 : Pada pendapat saya, implikasi atau impak terbesar yang mungkin berlaku sekiranya perkara ini berterusan terjadi dari aspek keluarga dapat kita kupas dari dua

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

aspek iaiti negatif serta positif. Keburukannya, adalah keluarga mungkin akan mendesak supaya anak-anak perempuan mereka supaya tidak meneruskan pengajian di peringkat IPT kerana saingan yang terlalu tinggi serta dan mereka akan memberi keutamaan yang lebih kepada kaum lelaki shaja untuk meneruskan pengajian ke Universiti. Manakala jika kita tinjau dari aspek positifnya pula adalah, keluarga akan menumpukan lebih perhatian kepada anak-anak perempuan mereka dengan memberikan motivasi serta sering mengingatkan anak-anak perempuan ini supaya berusaha dengan lebih keras jika mahu memasuki ke kursus yang diminati atas dasar saingan yang lebih sengit dan akan menghalakan anak-anak perempuan ini untuk mereka untuk berusaha ke arah itu. Pengerusi : Jika kita lihat dari sudut realitinya, relatif gaji wanita dikebanyakan sektor pekerjaan dilihat lebih tinggi berbanding lelaki. Pernah suatu ketika dahulu, timbul isu di mana lelaki hari ini takut untuk meminang wanita dengan alasan segala-galanya yang tinggi. Gaji yang tinggi, hantaran nya tinggi, lulusannya juga tinggi. Jadi bagaimana Panel 3 menilai isu ini serta kesannya terhadap masyarakat? Panel 3 : Sekarang, ibu bapa lebih gemar memberi peluang anak-anak mereka memilih sendiri pasangan hidup. Namun begitu pemikiran sebegini ada baik buruknya. Pertama sekali sebagai seorang lelaki, mereka perlu ada keyakinan yang tinggi. Sikap ini saya rasakan mesti ada pada setiap orang orang dan kepada kaum lelaki, mereka perlu ada keyakinan diri yang tinggi dalam mempersembahkan diri mereka terutama sekali dalam memikat dan mengambil hati wanita. Pengerusi : Isu kuota di IPT-IPT tempatan dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf pencapaian wanita. Jadi bagaimana isu ini boleh memberi impak kepada perkembangan ekonomi khasnya untuk kesan jangka panjang. Dipersilakan panel 4. Panel 4 : Sepertimana yang telah di jelaskan oleh panel-panel hakim kita tentang sektor-sektor pekerjaan misalnya, ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Saya melihat isu ini dari

TUTORIAL M4 ABIRAMI, KOAY AI HOOI, LOH QI XIANG, MAK WAI YEE, WONG SIOK SHIM

dua sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin ketinggalan kebelakang iaitu lelaki. Akibat daripada kekurangan tenaga guna manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem ekonomi negara turut terjejas. Pengerusi :Terima kasih diucapkan kepada semua panel-panel yang telah memberi idea-idea dan kupasan yang bernas berkenaan isu kita pada hari ini. Baiklah, nampaknya masa amat mencemburui kita. Salam hormat daripada saya. Jumpa lagi dan sekian terima kasih.

You might also like