YUSUFSX005581AWD01T2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 32

6

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Konkrit

Konkrit merupakan bahan komposit campuran simen, agregat batuan, pasir dan air. Ia merupakan bahan binaan yang fleksibel dan sangat tahan lasak kerana sifat kealkaliannya. Konkrit direkabentuk berbeza-beza mengikut keperluan sifat konkrit yang dikehendaki. Ciri-cirinya amat bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Kadang-kadang sejenis bahan tambahan perlu dicampurkan untuk menghasilkan konkrit bersifat tertentu. Setiap bahan yang digunakan perlulah mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin mutunya.

2.2

Bahan-bahan Dalam Konkrit

7 2.2.1 Simen Portland

Simen ialah bahan yang mempunyai sifat kelekitan dan kelekatan yang membolehkannya mengikat ketul-ketul batu menjadi satu jasad yang padu. Simen merupakan campuran sebatian silikat dan aluminat daripada logam kalsium pada perkadaran tertentu.

Contoh-contoh campuran sebatian untuk penghasilan simen adalah seperti yang berikut: (i ) ( ii ) Trikalsium Silikat Ca3SiO5 Dikalsium Silikat Ca2SiO4 = ( CaO )3.SiO2 = ( CaO)2.SiO2 = ( CaO)3.Al2O3 = ( CaO)4.Al2O3.Fe2O3

( iii ) Trikalsium Aluminat Ca3Al2O6 ( iv ) Tetrakalsium Aluminoferit 2Ca2AlFeO5

Ciri-ciri 4 sebatian ini berbeza dari segi cepat bertindak dengan air, pembebasan haba apabila bertindak dan sumbangan kekuatan pada konkrit. Berikut adalah jenisjenis simen utama yang biasa digunakan : (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) Simen Portland Biasa ( ordinary portland cement ) Simen Diubahsuai ( modified cement ) Simen Mengeras Cepat ( rapid hardening cement ) Simen Haba Rendah ( low heat cement ) Simen Penahan Sulfat ( sulphate resisting cement )

8 2.2.1.1 Simen Portland Biasa

Simen portland biasa adalah jenis yang paling popular digunakan dalam pembinaan. Ia mudah diperoleh daripada pembekal-pembekal. Lazimnya simen ini diperbuat daripada batu kapur dan tanah liat yang di bakar serentak untuk membentuk bola-bola batu hangus yang banyak kalsium silikat. Batu-batu hangus ini dikisar bersama-sama dengan sebahagian kecil gipsum (kalsium sulfat) untuk membentuk debu-debu halus. Ini bertujuan mengawal kadar pengerasan simen semasa ia bertindak balas dengan air. Simen Portland biasa diperbuat berdasarkan piawaian British BS 12:1978 dan mempunyai kadar pengerasan yang sederhana.

Simen Portland biasa amat sesuai digunakan dalam pembinaan konkrit umum ditempat-tempat yang tanah atau air dalam tanah tidak mengandungi sulfat.

2.2.1.2 Simen Diubahsuai

Simen jenis ini mengeluarkan haba yang kurang daripada simen portland biasa, tetapi kadar peningkatan kekuatan adalah sama. Simen ini juga tahan terhadap serangan sulfat yang sederhana. Jenis ini banyak digunakan di Amerika Syarikat.

2.2.1.3

Simen Mengeras Cepat

Simen mengeras cepat adalah serupa dengan simen Portland biasa. Bagaimanapun simen jenis ini dikisar halus untuk memberikan permukaan yang lebih luas untuk proses tindak balas. Dengan ini kadar hidratan di peringkat awal adalah

9 tinggi dan seterusnya dapat mempercepatkan kadar pengerasan. Misalnya untuk nisbahair simen yang sama, kekuatan yang dihasilkan oleh simen mengeras cepat pada umur 3 hari adalah lebih kurang sama dengan kekuatan simen portland biasa yang berumur 7 hari. Masa memejal untuk kedua-dua simen ini adalah sama, dan pertambahan kadar kekuatannya adalah bergantung kepada tingginya kandungan C3S dan kehalusan kisaran batu hangus simen. Simen ini digunakan untuk membina sesuatu struktur yang kekuatannya perlu dicapai dengan cepat.

2.2.1.4 Simen Haba Rendah

Kenaikan suhu di sebelah dalam suatu jasad konkrit yang besar disebabkan oleh pembentukan haba daripada penghidratan simen dimana ini akan mengakibatkan rekahan yang serius. Untuk mengatasi masalah ini, simen haba rendah digunakan. Simen ini mempunyai kadar pertambahan kekuatan yang perlahan tetapi tidak merubah kekuatan maksimumnya.

2.2.1.5 Simen Penahan Sulfat

Simen tahan sulfat pula mempunyai warna yang lebih gelap berbanding dengan simen Portland. Simen jenis ini digunakan untuk mengawal konkrit daripada tindak balas sulfat dalam tanah dan ia mempunyai komposisi bahan seperti yang terkandung dalam piawaian British BS 4027 : 1980. Bagi struktur yang terdedah kepada kandungan sulfat, penggunaan simen haruslah dibuat berpandukan Jadual 2.1, yang menghadkan kandungan minimum dan maksimum simen serta nisbah air-simen yang dibenarkan.

10 Garam yang menyebabkan serangan sulfat ke atas konkrit ialah magnesium sulfat dan natrium sulfat. Kadar serangan menjadi lebih cepat apabila struktur berkenaan mengalami keadaan lembab dan kering seperti yang dialami oleh struktur tepi laut dalam zon pasang surut. Cara mengatasinya ialah dengan menggunakan sejenis simen yang mempunyai kandungan C3A yang rendah yang dikenali sebagai simen penahan sulfat.

Jadual 2.1

Kandungan simen minimum dan nisbah air-simen maksimum untuk struktur konkrit yang terdedah kepada sulfat
Jenis simen yang digunakan Kandungan simen (kg/m3) melebihi Nisbah air-simen (%) tidak melebihi nilai berikut -

Kelas

Kandungan sulfat dalam tanah (%) 0.2

Semua simen jenis BS 12 dan abu bahan api terhancur (PFA) atau jermang (a) Simen Portland biasa (b) Simen Portland tahan sulfat (c) Simen BS12 bercampur dengan PFA atau jermang (a) Simen BS 12 campur minimum 25% atau maksimum 40% PFA (b) Simen BS 12 campur minimum 70% atau maksimum 90% jermang Simen BS 4027 simen Portland tahan sulfat

0.2 0.5

330

0.5

310

0.55

280

0.55

0.5 1.0

(a) Simen BS 12 campur minimum 25% atau maksimum 40% PFA (b) Simen BS 12 campur minimum 70% atau maksimum 90% jermang

380

0.55

Simen BS 4027 simen Portland tahan sulfat

330

0.5

11
4 1.0 2.0 Simen BS 4027 simen Portland tahan sulfat Simen BS 4027 serta disapu dengan bahan pelindung seperti cat epoksi, lapisan bitumen dsb 370 0.45

> daripada 2.0

370

0.45

2.2.2

Kaedah Pengujian

Terdapat empat jenis ujian yang boleh di kategorikan dalam kaedah ini. Antaranya ialah : (i) (ii) Ujian Kekuatan Ujian Komposisi Kimia

(iii) Ujian Kehalusan Simen (iv) Ujian Pengerasan Simen

Walaubagaimanapun, hanya Ujian Kekuatan yang akan di beri penerangan lanjut bertepatan dengan objektif kajian ini.

2.2.2.1 Ujian Kekuatan

Piawaian British BS 4550 : Bahagian 3 : Pecahan 3.4 : 1978 menggariskan kaedah pengujian melalui pembentukan konkrit daripada sampel simen yang akan di uji kekuatannya. Piawaian ini memberikan garis panduan terperinci tentang kaedah, kandungan bahan-bahan, kebolehkerjaan konkrit dan cara-cara memadat konkrit dalam acuan. Selepas menjalani proses pengawetan, kiub konkrit diuji kekuatan mampat yang

12 diambil daripada purata tiga kiub dan nilai ini mestilah tidak kurang daripada nilai-nilai yang diberikan dalam Jadual 2.2 . Jadual 2.2 Kekuatan mampat minimum (N/mm2) bagi kiub konkrit berdasarkan piawaian British BS 4550 : Bahagian 3.4 : 1978

Umur (hari)

Simen Portland biasa (N/mm2)

Simen Portland cepat keras (N/mm2)

Simen Portland tahan sulfat (N/mm2)

3 7 28

13 29

18 33

10 27

Manakala Jadual 2.3 pula memberikan purata kekuatan mampatan terhadap tiga kiub mortar yang disediakan, diawet dan diuji kekuatannya berdasarkan klausa 2 BS 4550 : Bahagian 3 : Pecahan 3.4 : 1978.

Jadual 2.3
Umur (hari) 3 7 28 Simen Portland biasa (N/mm2) 23 41

Purata kekuatan mampatan tiga kiub mortar


Simen Portland cepat keras (N/mm2) 29 46 Simen Portland tahan sulfat (N/mm2) -

13 2.2.3 Agregat

Umumnya agregat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu agregat halus (pasir) yang saiznya tidak lebih daripada 5mm, dan agregat kasar (batu) yang saiznya lebih besar daripada 5mm. Agregat kasar pula boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan lagi iaitu agregat dikisar dan tidak dikisar. Agregat tidak dikisar adalah batuan semulajadi manakala agregat dikisar adalah yang diproses di kuari mengikut saiz yang dikehendaki. Agragat yang biasa digunakan di Malaysia ialah granit, batu kapur, batu pasir dan konglomerat.

2.2.3.1

Agregat Kasar

Agregat kasar yang digunakan dalam campuran konkrit biasanya terdiri daripada tiga saiz namaan iaitu 10mm, 20mm dan 40mm. Penggunaan agregat yang berukuran 20mm adalah yang biasa digunakan manakala batu yang berukuran 10mm agak jarang digunakan kecuali dalam keadaan tertentu seperti tetulang yang sesak dimana batu yang berukuran 20mm atau keatas tidak dapat mengisi ruang-ruang kecil antara tetulang-tetulang konkrit.

Jika batu 20mm atau 40mm digunakan juga akan terbentuk konkrit yang berongga-rongga dan mempunyai daya ketahanlasakan yang rendah. Dalam penyediaan konkrit siap campur, batu-batu berukuran 10mm, 20mm dan 40mm boleh digabungkan untuk membentuk campuran berikut : (i) ( ii ) 1:2 untuk kombinasi berukuran 10mm dan 20mm 1:1.5:3 untuk kombinasi berukuran 10mm, 20mm dan 40mm

14 2.2.3.2 Agregat Halus

Terdapat beberapa jenis agregat halus yang biasa digunakan dalam campuran konkrit. Pasir sungai merupakan agregat halus yang biasa digunakan dalam campuran konkrit. Pasir sungai merupakan agregat halus yang paling sesuai digunakan kerana ia bersih daripada sebarang kotoran kimia atau bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan kualiti konkrit. Pasir terkilang yang lebih dikenali sebagai m-sand merupakan gantian kepada pasir sungai yang kadang kala sukar diperolehi dalam kuantiti yang banyak.

2.2.4

Air

Air merupakan faktor penting dalam tindakbalas zarah-zarah simen bagi menjadikannya sebagai bahan pengikat kepada batu baur. Kekuatan konkrit juga akan bergantung kepada nisbah air simen dan juga kebersihan air tersebut. Nisbah air simen yang kecil akan menghasilkan kekuatan konkrit yang tinggi, manakala nisbah air simen yang besar pula akan menghasilkan kebolehkerjaan yang tinggi tetapi mempunyai kekuatan mampatan yang lemah.

Masa pemejalan konkrit adalah bergantung kepada penyejatan dan proses penghidratan oleh simen, kandungan simen dan jenis batu baur. Disamping itu kadar campuran, kelembapan, suhu dan angin juga mempengaruhi masa pemejalan.

15 2.2.5 Bahan Tambah

Selain simen, air dan agregat, bahan tambah kepada konkrit semasa penyediaan campuran untuk mengubah sifat-sifat dan ciri-ciri tertentu konkrit.

Dalam pembinaan, bahan tambah digunakan untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit tanpa melibatkan penambahan kandungan air. Misalnya, satu campuran konkrit biasa yang mempunyai nisbah air-simen 0.62 boleh mencapai penurunan sebanyak 50mm tanpa menggunakan sebarang bahan tambah. Tetapi apabila bahan tambah dicampurkan ke dalam konkrit, campuran tersebut dapat menghasilkan penurunan yang sama dengan hanya menggunakan nisbah air-simen 0.56 ataupun dengan nisbah yang lebih rendah.

Selain meningkatkan kebolehkerjaan konkrit, bahan tambah juga berupaya mempercepatkan kadar tindakbalas antara komponen simen dengan air. Dengan ini kekuatan konkrit yang lebih tinggi dapat dihasilkan dalam jangka waktu yang singkat. Pengerasan mula simen dapat dipercepatkan atau dilambatkan melalui penggunaan bahan tambah yang sesuai. Ia juga dapat mengurangkan pembebasan haba terhadap konkrit yang merupakan salah satu proses penting dalam mengawal keretakan pada permukaan struktur konkrit. Bahan tambah biasanya di bahagikan kepada empat kategori utama; (i) (ii) (iii) (iv) bahan tambah pengecutan bahan tambah perencat bahan tambah pengurang air bahan tambah perangkap udara

16 2.3 Sifat-sifat Konkrit

2.3.1

Kekuatan Mampatan

Konkrit mampu untuk merintangi keadaan mampatan yang lebih baik daripada lain-lain bentuk tegasan dan di dalam banyak kes, kekuatan mampatan konkrit menjadikannya sifat yang paling utama. Ujian mampatan menunjukkan potensi kekuatan campuran dan seterusnya boleh di gunakan untuk menentukan kualiti konkrit.

Apabila kekuatan yang lebih tinggi di perlukan, keadaan sifat-sifat agregat dan nisbah air-simen menjadikanya elemen yang perlu di kawal. Oleh itu memerlukan campuran yang boleh memberikan kekuatan yang diperlukan serta pengawalan mutu yang tinggi.

2.3.2

Perubahan Isipadu

Perubahan pada kadar lembapan dan suhu boleh menyebabkan perubahan dimensi di dalam konkrit. Contohnya apabila konkrit keras mengering pada kali pertama, dimensi linear mengecut pada kadar 0.4mm/meter. Pengecutan dan pergerakkan lembapan boleh di kurangkan dengan merendahkan kandungan air serta memerlukan pemadatan yang sempurna, pengawetan yang cekap dan batu baur yang mempunyai pekali pengembangan haba yang rendah. Kedua-dua perubahan suhu dan pengawetan kering boleh mewujudkan tegasan di dalam konkrit jika tidak di awet dengan baik.

17 2.3.3 Ubahbentuk Akibat Beban

Beban kenaan yang pertama keatas konkrit menghasilkan ubahbentuk modulus elastik tertakluk kepada konkrit yang mempunyai ketumpatan 2300 kg/m3 atau lebih.

Tegasan yang berpanjangan kepada konkrit akan menyebabkan berlakunya ubah bentuk yang perlahan yang di kenali sebagai rayapan. Magnitud ubah bentuk ini bergantung kepada nisbah tegasan atau kekuatan pada masa pembebanan, faktor kadar campuran, saiz contoh ujian serta iklim.

2.3.4

Rintangan Cuaca Dan Serangan Kimia

Ketahanlasakan konkrit bertambah dengan pengurangan kebolehtelapan dan adalah penting mengambil kira keadaan persekitaran di mana konkrit itu terdedah dan memilih kadar campuran yang menjamin pemadatan pada nisbah air-simen yang bersesuaian. Terdapat lima kategori rintangan yang di ambilkira iaitu : (i) (ii) (iii) (iv) (v) Rintangan Terhadap Sulfat Di Dalam Tanah Dan Air Bumi Rintangan Terhadap Air Laut Rintangan Terhadap Industri Dan Bahan Kimia Rintangan Terhadap Api Rintangan Terhadap Fros

18 2.4 Kaedah Merekabentuk Konkrit

Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan dalam merekabentuk campuran konkrit iaitu campuran piawai, campuran nominal dan campuran rekabentuk.

2.4.1

Campuran Nominal

Bagi campuran nominal, kadaran simen, pasir dan batu baur kasar ditetapkan mengikut nisbah berat dan isipadu. Contohnya, campuran nominal 1:2:4 bererti 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu kasar. Kekuatan mempatan kiub biasanya akan dikira pada umur 7, 14 dan 28 hari.

2.4.2

Campuran Dah-Ditentu/Piawai

Campuran piawai atau campuran dah-ditentu merupakan satu kaedah campuran dimana untuk kekuatan konkrit yang dikehendaki kadar campuran bahan-bahan mengikut berat sudah ditetapkan. Walaubagaimanapun kaedah ini hanya dihadkan kepada gred konkrit 30 ke bawah sahaja.

19

2.4.3

Campuran Rekabentuk

Dalam kaedah ini, jadual digunakan bagi mendapatkan kadaran bahan yang diperlukan berdasarkan gred konkrit yang dikehendaki. Maklumat lain yang perlu ada dalam merekabentuk konkrit dengan menggunakan kaedah ini ialah kebolehkerjaan dan saiz nominal batu yang digunakan. Pengubahsuaian kadaran kadangkala perlu dibuat kepada kadaran asal bagi mendapatkan konkrit yang dikehendaki.

Terdapat beberapa penerbitan yang mengemukakan berbagai-bagai kaedah dalam merekabentuk campuran konkrit. Di antara kaedah-kaedah ini tidak ada yang boleh dianggap istimewa. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan kekurangan bergantung kepada bahan yang digunakan dan cadangan penggunaan konkrit berkenaan. Kesemua kaedah rekabentuk konkrit adalah merupakan cara menaksir kadar untuk campuran percubaan (trial mix).

2.5

Keperluan Utama Dalam Rekabentuk Konkrit

Terdapat tiga keperluan utama dalam merekabentuk konkrit iaitu kualiti, kebolehkerjaan dan ekonomi. Ketiga-tiga keperluan ini amat perlu diambil perhatian bagi menjamin mutu konkrit yang dihasilkan.

2.5.1

Kualiti Konkrit

20 Konkrit dianggap sebagai berkualiti baik apabila mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi, tahan lama dan tidak mudah ditelapi air [4]. Kualiti konkrit dapat dinilai daripada bentuk tekstur permukaannya. Struktur konkrit yang berkualiti baik akan mempunyai permukaan yang licin, padat dan tidak berongga apabila acuan dikeluarkan. Manakala konkrit yang berkualiti rendah akan menunjukkan permukaan yang berongga-rongga, mudah retak dan pecah serta senang ditelapi air.

Perhatian perlu diambil kira sebelum, semasa dan selepas konkrit disediakan bagi menjamin kualiti konkrit yang baik. Kekuatan mampatan sesaran konkrit, ketumpatan dan kebolehkerjaan merupakan parameter utama yang diperlukan sebelum merekabentuk konkrit.

Cara perletakan dan pemadatan merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian selepas bancuhan dibuat dan proses awetan perlu diawasi agar dapat mengeras dan sekata.

2.5.1.1 Kekuatan Konkrit

Kekuatan konkrit biasanya ditakrifkan sebagai kekuatan pecahan kiub berukuran 150mm x 150mm pada umur 28 hari. Kekuatan ini diuji dengan mengenakan daya mampatan kepada kiub-kiub konkrit itu menggunakan mesin mampatan. Satu bancuhan konkrit akan menghasilkan kekuatan pecah yang berubah-ubah dan mengikut taburan normal. Ini membolehkan kita menentukan sisihan piawai untuk keputusankeputusan tersebut.

Kekuatan sesuatu campuran konkrit perlulah dinyatakan dengan suatu nilai yang dinamakan kekuatan ciri ( f cu ) dan ditakrifkan di dalam BS 8110 sebagai kekuatan

21 dimana 5% daripada keputusan ujian terletak di bawahnya iaitu 1 dalam 20. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan ini, campuran konkrit yang hendak direkabentuk perlulah melebihi 5% daripada kekuatan ciri yang dikehendaki. Kekuatan ciri ini diwakili oleh luas lengkung taburan kebarangkalian dalam lingkungan luas 5% sebagaimana ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah 2.1 Taburan Kebarangkalian Kekuatan Konkrit

Dari graf, kekuatan ciri ditakrifkan sebagai, Kekuatan Ciri = Kekuatan Purata (k x Sisihan Piawai) Dimana k diperolehi dari graf taburan kebarangkalian normal paiwai. Untuk 5% kerosakan nilai k telah dibuktikan 1.64.

22 Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kekuatan konkrit seperti jenis simen, sifat agregat, nisbah air-simen, kepadatan dan awetan. Kadar campuran konkrit pula bergantung kepada keperluan kekuatan, kelasakan dan kebolehkerjaan yang dikehendaki.

Campuran konkrit terdiri daripada agregat kasar, agregat halus, simen dan air yang mana sifat-sifat juzuk bahan tersebut memberikan kesan terhadap kekuatan sesuatu campuran konkrit. Agregat berbentuk bulat, tidak sekata dan bersegi-segi adalah yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan kekuatan konkrit yang baik. Batu baur yang digunakan perlu keras dan tidak mengandungi bahan yang berkemungkinan reput atau berubah isipadunya apabila terdedah kepada cuaca. Pemilihan simen juga perlu diberi perhaian kerana simen akan mempengaruhi keperluan kandungan air an kekuatan konkrit. Penambahan kehalusan juzuk simen akan menambahkan keperluan air di dalam bancuhan untuk meningkatkan kebolehkerjaan.

Bagi konkrit berkekuatan tinggi, nisbah air-simen yang rendah diperlukan untuk bancuhan dan begitulah juga sebaliknya. Nisbah-air simen yang biasa digunakan dalam merekabentuk konkrit berkekuatan tinggi adalah diantara 0.27 hingga 0.4. Manakala untuk kerja konkrit biasa nisbah air-simen adalah diantara 0.4 hingga 0.6. Campuran yang kering walaupun menghasilkan kekuatan mampatan yang tinggi akan menghasilkan kebolehkerjaan yang rendah. Bagi campuran yang terlalu basah pula walaupun akan menghasilkan kebolehkerjaan yang tinggi tetapi ia boleh menyebabkan masalah pengasingan dan lelehan yang memberi pengaruh besar terhadap mutu serta kekuatan konkrit tersebut. Oleh yang demikian nisbah air-simen yang optimum diperlukan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

2.5.1.2 Kelasakan Konkrit

23 Kelasakan konkrit ialah keupayaan konkrit memberikan perkhidmatan dengan memuaskan dalam persekitaran yang diberikan untuk jangka hayat yang direkabentuk [7]. Konkrit dikatakan tahan lasak apabila dapat mengekalkan mutunya dalam pelbagai persekitaran untuk jangkamasa yang lama. Persekitaran yang dimaksudkan itu ialah keadaan basah, kering, garam, sulfat dan fros. Kelasakan sesuatu konkrit dipengaruhi oleh ketumpatannya. Ketumpatan konkrit pula banyak dipengaruhi oleh proses pemadatan dan penggredan batu. Selain itu kelasakan konkrit juga dapat dilihat melalui ketelapan konkrit tersebut yang mana nisbah air-simen, kandungan simen, jenis simen, awetan dan darjah pemadatan menjadi faktor yang perlu dititikberatkan.

2.5.2

Kebolehkerjaan

Kebolehkerjaan ialah banyaknya kerja untuk memadatkan konkrit sewajarnya tanpa berlakunya pengasingan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan ialah kandungan simen, kandungan air, sifat-sifat butir batu baur, masa dan suhu. Ujian-ujian yang biasa digunakan untuk mengukur kebolehkerjaan ialah ujian runtuhan, ujian angkadar kepadatan dan ujian masa konsistensi vibi.

Konkrit dikatakan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi jika ia mudah dituang dan dipadatkan kepada bentuk-bentuk tertentu tanpa melakukan kerja yang banyak. Kandungan air yang tinggi akan menghasilkan kebolehkerjaan yang tinggi begitu juga sebaliknya.

Kebolehkerjaan sesuatu konkrit haruslah sesuai dengan keadaan kerja supaya ia dapat dipadatkan tanpa lompang. Kehadiran 1% lompang boleh mengurangkan kekuatan mampatan konkrit sebanyak 5%.

24

2.5.3

Ekonomi

Ekonomi merupakan salah satu di antara keperluan utama dalam merekabentuk konkrit. Faktor ini banyak bergantung kepada keberkesanan penggunaan bahan dan operasi serta pengelolaan sesuatu aktiviti pembinaan. Kos menghasilkan konkrit yang berkualiti adalah penting dalam menentukan keseluruhan harga projek. Lazimnya bagi setiap jenis pembinaan, kos pengkonkritan banyak dipengaruhi oleh nilai harga bahan, peralatan, jentera dan buruh. Peningkatan kos bahan akan dilihat ketara sekiranya harga simen meningkat. Ini kerana harga simen adalah jauh lebih mahal daripada harga aggregat. Oleh yang demikian pengurangan nisbah simen dalam sesuatu bancuhan konkrit sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos pengkonkritan.

Penggunaan jentera moden yang dibeli pada peringkat awal akan menyebabkan peningkatan kos. Walaubagaimanapun untuk jangka masa yang lama ia akan memberi keuntungan kerana ia melibatkan penjimatan masa pemprosesan. Selain membeli, penyewaan jentera merupakan satu alternatif lain untuk memperolehinya bergantung kepada modal yang ada.

Kos buruh pula banyak dipengaruhi oleh kebolehkerjaan bancuhan. Kebolehkerjaan yang rendah akan meningkatkan kos buruh. Selain itu, kos buruh juga bergantung kepada kecekapan pekerja dan jenis kelengkapan yang digunakan.

2.6

Kawalan Kualiti Konkrit

2.6.1

Ujian Makmal

25

Ujian makmal dilakukan bagi menentukan sama ada konkrit baru yang akan digunakan itu berkualiti baik serta memenuhi keperluan reka bentuk atau sebaliknya. Antara ujian-ujian yang dilakukan ialah ujian kekuatan mampat, ujian penurunan konkrit dan ujian faktor memadat.

2.6.1.1 Ujian Kekuatan Mampat

Ujian ini dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm yang dibuat semasa menyediakan campuran untuk sesuatu pembinaan. Kekuatan mampat diuji apabila kiub tersebut telah mencapai umurnya 7 hari, 14 hari dan 28 hari. Nilai kekuatan yang diperoleh akan dibandingkan dengan kekuatan reka bentuk konkrit. Sekiranya nilai kekuatan yang diuji itu mencapai sekurang-kurangnya kekuatan konkrit ciri bagi sesuatu gred konkrit, maka konkrit tersebut di anggap telah lulus ataupun memenuhi keperluan reka bentuk. Sebaliknya, jika kekuatan yang diuji itu kurang daripada kekuatan ciri, maka konkrit tersebut di anggap telah gagal dan langkah tertentu perlulah di ambil untuk menjamin keutuhan struktur yang terlibat.

2.6.1.2 Ujian Penurunan

Ujian ini boleh digunakan sebagai ujian tapak atau ujian makmal untuk menentukan darjah kebolehkerjaan konkrit. Sekiranya konkrit di reka bentuk untuk struktur yang mempunyai keboleh kerjaan sederhana, iaitu konkrit yang mempunyai penurunan antara 30mm hingga 60mm, maka konkrit yang digunakan itu mestilah mempunyai nilai penurunan di dalam julat ini.

26 Konkrit yang tidak direka bentuk bagi memenuhi keperluan ini akan mengalami masalah apabila membuat perletakan kelak. Ini lebih merumitkan jika struktur tersebut mengandungi tetulang yang banyak atau susunannya terlalu rapat. Keadaan sedemikian boleh menghasilkan konkrit yang berongga atau tidak padat.

Ujian penurunan dilakukan dengan menggunakan sejenis kon seperti dalam Gambarajah 2.1. Konkrit yang disediakan, dituang ke dalam kon tersebut dalam 3 lapisan. Lapisan pertama di hentak sebanyak 25 kali dengan menggunakan hujung batang keluli. Begitu juga pada lapisan kedua dan ketiga di hentak sebanyak 25 kali bagi setiap lapisan. Permukaan konkrit diratakan dan kon di angkat secara tegak dengan perlahan-lahan. Konkrit tersebut dibiarkan turun dengan berat sendiri dan diukur nilai penurunannya.

Rajah 2.2

Kon konkrit

27

2.6.1.3 Ujian Faktor Memadat

Ujian ini boleh juga digunakan sebagai tapak walaupun ia lebih banyak digunakan sebagai ujian makmal. Ujian faktor memadat digunakan sebagai ukuran terhadap kebolehkerjaan konkrit iaitu menentukan sejauh mana konkrit tersebut dapat di padatkan. Apabila faktor memadat itu tinggi, maka campuran konkrit akan lebih mudah di kerjakan atau di padatkan.

Faktor memadat di tafsirkan sebagai berat konkrit separa padat di bahagikan dengan berat konkrit yang dipadatkan sepenuhnya. Ujian faktor memadat di lakukan dengan menggunakan dua corong berbentuk kon yang ditempatkan di atas sebuah silinder.

2.6.2

Ujian Tapak

Ujian tapak yang dilakukan terhadap konkrit baru memang terhad. Ujian penurunan merupakan ujian yang sangat popular digunakan untuk mengawal campuran konkrit di tapak pembinaan. Sebaliknya, ujian-ujian lain seperti ujian faktor memadat dan ujian menentukan campuran simen di dalam campuran, jarang sekali digunakan walaupun ia dianggap sebagai ujian di tapak.

Ujian terhadap konkrit terkeras banyak dilakukan di tapak pembinaan. Ujian halaju denyut ultrabunyi, ujian tukul pantul Schmidt, ujian teras, ujian Lok dan ujian tarik keluar, merupakan antara ujian-ujian tapak yang digunakan untuk menentukan kekuatan dan ketumpatan konkrit keras, serta telah mencapai umur kematangannya tidak kurang daripada 28 hari.

28

2.6.2.1 Pembuatan Kiub Ujian

Ujian mampatan untuk konkrit dengan saiz batu baur maksima hingga ke 40 mm selalunya di buat pada kiub 150 mm. Untuk batu baur dengan saiz nominal maksima 20 mm atau kurang, kiub 100 mm boleh di gunakan. Butir-butiran untuk membuat dan mengawet kiub ujian mampatan diberikan dalam Bahagian 108 dan 111 daripada BS 1881, manakala perincian ujian diberikan dalam Bahagian 116.

Acuan untuk kiub ujian mesti dibuat daripada keluli atau besi tuang, dengan had yang kecil untuk dimensa, rata, sudut, selari dan tekstur permukaan dan kekerasan. Setiap acuan mesti mempunyai plat dasar keluli yang boleh ditanggalkan dengan permukaan sebenar untuk menyokong acuan dan mengelakkan kebocoran. Adalah penting menjaga acuan dan plat dasar agar bersih dan keduanya mesti disapu nipis dengan agen pelepas untuk menghalang konkrit melekat padanya. Tidak ada sebarang daya dikenakan padanya semasa pemasangan.

Penting bagi konkrit di dalam kiub di padat sepenuhnya. Acuan kiub 150 mm mesti dipenuhi dengan tiga lapisan dan acuan 100 mm dalam dua lapisan. Apabila pemadatan dilakukan dengan tangan, setiap lapisan mesti di hentak 35 kali untuk kiub 150 mm dan sekurang-kurangnya 25 kali untuk kiub 100 mm dengan bar keluli 380 mm panjang, berat 1.8 kg dan mempunyai permukaan hentak 25 mm x 25 mm, seperti dalam Gambarajah 2.2.

29

Rajah 2.3

Acuan kiub 150 mm.

Lebih hentakan dibuat untuk memastikan pemadatan sempurna. Hentakan kepada konkrit mesti dibuat mengikut kaedahnya, hentakan di ambil sama rata di atas permukaan konkrit dalam bentuk yang biasa, dan tidak tertumpu kepada satu titik sahaja. Konkrit boleh juga di padatkan dengan getaran, sekali lagi dalam lapisan menggunakan sama ada tukul elektrik atau pneumatik seperti dalam Gambarajah 2.3

Rajah 2.4

Pemadatan menggunakan penggetar

30

2.6.2.2 Pengawetan Normal Untuk Kiub Ujian

Sebaik sahaja selepas di buat, kiub mesti disimpan di tempat bebas daripada getaran di bawah lapik lembab, atau seumpamanya, dan di bungkus sepenuhnya dengan kepingan plastik untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Kiub akan diuji pada umur tujuh hari atau lebih mesti disimpan pada suhu 20 5C. Kiub-kiub yang akan di uji pada umur yang lebih awal mesti di simpan pada suhu 20 2C.

Kiub yang di uji selepas 24 jam mesti dikeluarkan daripada acuan hanya sebelum di uji. Kiub yang di uji pada umur yang lebih lanjut mesti di buka daripada acuan antara umur 16 hingga 28 jam selepas di buat. Setiap kiub mesti di tanda dengan jelas untuk tujuan pengenalan sebelum di rendam dalam tangki air bersih pada suhu 20 2C sehingga masa ujian. Kiub yang akan di pindah ke tempat lain untuk di uji mesti daripada acuannya atau daripada tangki pengawet dan di bungkus agar tiada sebarang kehilangan kelembapan dengan menggunakan pasir basah atau guni basah dan di tutup dalam beg plastik. Kiub boleh di pindahkan bila-bila masa selepas acuannya di buka, tetapi mesti tiba di tempat pengujian 24 jam sebelum masa ujian, di mana ia mesti simpan di dalam air pada 20 2C. Rekod suhu maksima dan minima untuk udara dan air mesti di simpan pada 24 jam yang pertama.

2.6.2.3 Ujian Kiub

Perincian ujian kiub di berikan dalam BS 1881 : Bahagian 116. Contoh selalunya di hantar ke makmal untuk di periksa dan di uji dan di saran menggunakan makmal yang di iktiraf untuk menguji kiub. Untuk ujian di tapak bina, rujukan mesti di buat kepada piawaian untuk sepenuh perincian keperluan untuk prosedur ujian, tetapi

31 sesetengah daripada perkara penting yang berkait ke prosedur ujian untuk kiub seperti mana berikut :

(i)

Kiub mesti di simpan dalam air dan perlu di uji serta merta apabila di keluarkan daripada air. Kersik dan sirip yang timbul mesti di buang, ukuran dan berat di rekodkan, tandakan sebarang rupa yang ganjil. Kiub yang rupanya jelas berlainan tidak harus di uji.

(ii)

Permukaan galas mesin mesti di sapu bersih dan kiub mesti di letakkan pada permukaan yang rata, di tengah-tengah plat bawah.

(iii)

Beban di kenakan perlahan-lahan secara berterusan pada kadar antara julat 0.2 hingga 0.4 N/mm2 sehingga tiada lagi beban yang boleh di tanggung oleh kiub. Bacaan maksima dan sebarang rupabentuk kegagalan yang ganjil di rekodkan. Kiub mesti di kekalkan pada jangkamasa minima sebulan.

(iv) (v)

Kekuatan mampatan di rekodkan hampir ke 0.5 N/mm2. Adalah penting agar mesin mampatan ini di kalibrasi agar bacaan yang di dapati adalah menghampiri nilai piawainya seperti yang di nyatakan dalam BS 1881 : Bahagian 115.

2.7

Kajian Statistik

Statistik adalah satu bidang ilmu merujuk kepada kaedah-kaedah mengumpul, menyusun, mempersembah dan menaksir data. Ianya dapat memberikan kesimpulan

32 umum yang bermakna disebalik data berkenaan dan seterusnya menghasilkan keputusan berpandukan data-data yang terkumpul.

Secara umumnya statistik boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkas data. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data.

Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan dan sebagainya. Bahagian ini memerlukan latarbelakang matematik yang lebih tinggi. Keputusan yang didapati daripada sampel digunakan untuk membuat ramalan mengenai suatu populasi. Berdasarkan pengolahan yang telah dilakukan, keputusan atau kesimpulan yang munasabah dapat dibuat dan seterusnya menguji sejauh mana keputusan itu logik.

2.7.1

Penjadualan dan Penggambaran Data

Data yang di cerap dalam satu kajian atau penyelidikan merupakan data mentah yang tidak tersusun dan tidak terhingga. Dengan itu data-data ini perlu disusun dan di bentangkan dalam bentuk rajah, graf dan sebagainya supaya maklumat yang berfaedah dapat diperoleh dengan cepat dan ringkas. Satu daripada bentuk penjadualan data disebut sebagai Taburan Frekuensi.

33 2.7.1.1 Taburan Frekuensi

Jadual taburan frekuensi dibina dimana data disusun berdasarkan kekerapan atau frekuensi pembolehubah. Data yang diperoleh di kumpulkan kedalam beberapa kelas yang sama lebar. Kemundian frekuensi untuk setiap kelas ditentukan. Lajur pertama mewakili pembolehubah atau data berkenaan dan lajur kedua pula mewakili frekuensi atau kekerapan setiap kategori.

2.7.1.2 Histogram

Histogram bagi suatu taburan frekuensi dibina dan digambarkan dalam bentuk persegi panjang untuk setiap kelas berkenaan. Tapak persegi panjang itu adalah sama dengan jeda kelas dan tingginya sama dengan frekuensi kelas jika jeda kelas bagi semua kelas adalah sama.

2.7.2

Ukuran Kecenderungan Memusat

Setelah menyusun data dalam satu taburan frekuensi, maka kita memerlukan pula satu cara yang sesuai untuk memperihalkan keseluruhan taburan itu. Sukatan kecenderungan memusat ialah sukatan untuk menentukan kedudukan pusat data. Tiga jenis ukuran kecenderungan memusat yang biasa digunakan ialah min, median dan mod.

34 2.7.2.1 Min

Min sampel untuk sejumlah set ukuran adalah hasiltambah semua ukuran dibahagikan dengan bilangan set tersebut. Min juga adalah purata bagi kesemua cerapan.

2.7.2.2 Median

Median adalah nilai ditengah-tengah apabila cerapan dari sampel disusun mengikut tertib samada menaik atau menurun. Ia boleh juga diertikan sebagai nilai yang membahagikan data kepada dua bahagian.

2.7.2.3 Mod Mod bagi sesuatu set data ialah nilai yang paling kerap diulang dalam set data yang di cerap atau mempunyai nilai frekuensi yang paling tinggi. Jika setiap cerapan mempunyai kekerapan yang sama, mod tidak wujud.

2.7.3

Ukuran Serakan

35 Mengetahui nilai min, media dan mod tidak mencukupi untuk memberikan gambaran sepenuhnya mengenai taburan sesuatu set data. Satu ukuran yang dapat memberikan maklumat tentang variasi di antara nilai-nilai cerapan diperlukan dipanggil ukuran serakan. Ukuran serakan yang digunakan dalam analisis ini adalah julat, varians, sisihan piawai dan pekali variasi.

2.7.4

Julat

Julat bagi sesuatu set data ialah selisih diantara nilai tertinggi dan nilai terendah diperolehi untuk setiap set data. Ini adalah satu ukuran bagi luas data yang tersebar.

2.7.5

Varians dan Sisihan Piawai

Nilai varians bukan dalam unit asal data tetapi dalam unit yang telah dikuasaduakan. Oleh yang demikian, ianya diatasi dengan mengambil nilai punca kuasadua bagi varians iaitu sisihan piawai. Sisihan piawai menunjukkan secara purata serakan setiap angka terhadap minnya.

2.7.6

Taburan Kebarangkalian Normal

Setelah pengolahan terhadap min, varians dan sisihan piawai dibuat, nilai ini digunakan untuk memplotkan graf taburan kebarangkalian normal. Daripada rajah Lengkung Taburan Normal, jumlah cerapan diantara dua nilai boleh diperolehi.

36 Berpandukan graf ini, kita dapat mengetahui sejauh mana min, median dan mod tersebar.

2.7.7

Taburan Kebarangkalian Normal Piawai

Penggunaan Lengkung Taburan Normal Piawai dan jadual Taburan Normal Piawai boleh memberikan peratus atau kebarangkalian antara dua nilai.

2.7.8

Ujian Hipotesis

2.7.8.1 Hipotesis Berstatistik

Adalah merupakan suatu andaian atau pernyataan yang mungkin benar atau tidak benar berhubung dengan satu atau lebih bilangan populasi. 2.7.8.2 Hipotesis Nol

Adalah merupakan suatu pernyataan bahawa parameter sesuatu populasi mempunyai suatu nilai tertentu. Simbolnya ialah, Ho.

2.7.8.3 Hipotesis Alternatif

37 Adalah merupakan suatu pernyataan bahawa parameter sesuatu populasi itu mempunyai nilai yang berlainan daripada nilai yang disebutkan dalam Hipotesis Nol, Ho. Simbolnya ialah, Hi.

2.7.8.4 Aras Keertian Kebarangkalian menolak Hipotesis Nol, Ho pada hal Hipotesis Nol adalah benar. Simbolnya ialah,

2.7.8.5 Rantau Genting

Adalah apabila suatu set nilai

diperlukan untuk menolak sesuatu hipotesis.

Nilai z dijadikan sebagai sempadan penolakan Hipotesis Nol.

You might also like