Anugerah VC2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MEMORANDUM

Kepada : Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Tarikh : 31 Disember 2007

PENAWARAN DAN PROSEDUR TAPISAN BARU BAGI ANUGERAH NAIB CANSELOR TAHUN 2008 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Sukacita dimaklumkan Universiti akan membuka permohonan Anugerah Naib Canselor bagi tahun 2008 kepada pelajar Doktor Falsafah yang sedang mengikuti pengajian penuh masa secara mod penyelidikan di USM pada 1 April 2008. 2. Sebagai makluman, mesyuarat ke-34 Jawatankuasa Penyelarasan Pengajian Siswazah (JPPS) yang telah diadakan pada 18 Februari 2008 telah bersetuju supaya tapisan pertama pemilihan calon yang layak ditawarkan zamalah tersebut dilakukan oleh PTJ. Setiap borang permohonan akan dimajukan secara terus kepada pusat pengajian berkaitan oleh pemohon tanpa melalui Institut Pengajian Siswazah. 3. Sehubungan ini, pihak tuan diminta untuk :

i. menyemak kelayakan akademik agar memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan ii. menyenarai pendek setelah penilaian melalui temuduga dan iii. memperakukan satu senarai pendek pendek calon penerima Anugerah Naib Canselor bagi tahun 2008 mengikut keutamaan PTJ 4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk mengembalikan borang permohonan dan senarai perakuan PTJ kepada pihak IPS selewat-lewatnya Khamis, 15 Mei 2008 untuk tujuan tapisan kedua di peringkat IPS. 5. Bersama ini dilampirkan perkara berikut untuk rujukan dan tindakan tuan: i. jadual proses permohonan skim bantuan kewangan USM ii. contoh format borang perakuan PTJ iii. syarat dan peraturan Anugerah Naib Canselor untuk rujukan dan tindakan tuan iv. contoh format borang penilaian temuduga Sebagai makluman, pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan perkara ini ialah Cik Hani Soraya Ahmad dan beliau boleh dihubungi di sambungan 2937 atau e-mel : hani_soraya@notes.usm.my

6.

Kerjasama tuan dalam menjayakan perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Cintalah Bahasa Kita

(PROFESOR AMBIGAPATHY PANDIAN) Pemangku Dekan

Lampiran 1

SYARAT DAN PERATURAN ZAMALAH USM


1. Syarat permohonan a. Zamalah ini terbuka kepada pelajar tempatan dan luar Negara yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah sahaja b. Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut : - CGPA 3.50 c. Sedang mengikuti pengajian secara mod penyelidikan penuh masa di USM d. Berada dan menjalani penyelidikan penuh masa di USM 2. Kadar Bantuan Yuran pengajian Yuran Peperiksaan Elaun Bulanan sebanyak RM3,000.00 Geran penyelidikan sebanyak RM3,000 bagi pembentangan kertas kerja di mana-mana persidangan sama ada di luar atau dalam negara (sekali sepanjang tempoh pembiayaan)

3. Proses pemilihan Pusat Pengajian dikehendaki untuk memilih calon yang layak menerima anugerah ini. Walau bagaimanapun, kerjasama Pusat Pengajian/Pusat adalah diminta untuk membuat pemilihan melalui sesi temuduga untuk memastikan calon ini dapat membantu Universiti dalam mencapai KPI bagi penerbitan sepertimana yang disasarkan oleh pihak Universiti dan juga kefasihan Bahasa Inggeris. Senarai calon yang telah diperakukan oleh Pusat Pengajian/Pusat perlu di hantar ke IPS untuk tapisan kedua dan kelulusan Naib Canselor. IPS akan mengeluarkan surat tawaran bagi yang berjaya. 4. Tempoh Lantikan Tempoh lantikan adalah selama 1 tahun. Pelanjutan boleh dibuat berdasarkan prestasi pengajian dan pelaksanaan tugas yang diberikan dengan baik. Tempoh pelantikan ini tertakluk kepada maksima 3 tahun. Sepanjang tempoh biasiswa ini, pelajar tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kerja lain atau memegang kerja lain atau memegang anugerah luar tanpa kelulusan Naib Canselor.

5. Beban Tugas Mingguan

Penerima Anugerah Naib Canselor dikehendaki membantu dalam pengajaran, kegiatan penyelidikan atau tugas-tugas lain bagi membantu Pusat Pengajian/Pusat, tertakluk kepada tempoh maksima 6 jam seminggu. Walau bagaimanapun, tugas ini hendaklah tidak mengganggu pengajian pelajar berkenaan. Tugas-tugas ini perlu ditentukan atas budibicara Pusat Pengajian dan bukannya penyelia.

HSA/us/skimzamlah USM

Lampiran 2

CONTOH FORMAT SENARAI PERAKUAN PTJ BAGI ANUGERAH NAIB CANSELOR 2008

A. SENARAI PELAJAR YANG DIPERAKUKAN BAGI ANUGERAH NAIB CANSELOR 2008 Bil Nama Pelajar CGPA (Sarjana Muda) CGPA Peringkat (Sarjana) Ijazah

B. SENARAI PELAJAR YANG TIDAK DIPERAKUKAN BAGI ANUGERAH NAIB CANSELOR Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyatakan sebab calon tidak diperaku untuk tujuan rekod dan makluman kepada Naib Canselor Bil Nama Pelajar Peringkat Ijazah Sebab Calon Tidak Diperaku

You might also like