Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial Tahun 2013

Perkara
Bismillahirrahmanirrahim Assamalamualaikum w.b.t. Yang Berusaha Tuan Haji Johari Bin Yusof, Ketua Jabatan Kajian Sosial, Yang Dihormati Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib Pengerusi Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah serta pelajar pelajar yang dihormati sekalian. Sebelum kita memulakan majlis marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham En. Wan Razak bin Wan Abdul Ghani, Pensyarah Muzik Jabatan Kajian Sosial. Al-Fatihah. Pantun pembuka majlis :

Catatan

Bacaan doa selepas pantun. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Pantun doa : Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Dijemput Saudara Mohamad Aiyad bin Ramli bagi mengetuai bacaan doa.

Bagi meneruskan acara pada hari ini, saya mempersilakan kumpulan pertama yang akan membuat persembahan iaitu daripada unit GSTT Sejarah Semester 3 dengan persembahan lakonan. #Terima kasih kepada unit GSTT Sejarah Semester 3 dengan persembahan lakonan. #Seterusnya, unit PISMP KS2 Semester 7 dengan persembahan nyanyian. #Ulang ayat tersebut, hanya tukar unit dan persembahan sahaja. PISMP KS1 Semester 7 - Video DPLI PSV1 Lakonan PISMP PSV Semester 7 Lakonan PISMP Sejarah Semester 1 Nyanyian DPLI PSV3 Nyanyian PISMP PSV Semester 5 Video DPLI PSV2 Lakonan PISMP KS Semester 5 Nyanyian

Bagi memeriahkan lagi majlis, dijemput Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib bagi mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Yusof bagi menyampaikan hadiah bagi pertandingan persembahan unit. Bagi hadiah saguhati dijemput unit. Seterusnya unitsehingga tempat keempat. Bagi tempat ketiga dimenangi oleh unit Bagi tempat kedua dimenangi oleh unit Bagi tempat pertama dimenangi oleh unit Terima kasih kepada Tuan Haji Johari bin Yusof atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Dipersilakan Yang Berbahagia Tn Hj M. Shaipullah bin Awang Ibrahim, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan explorace. Bagi hadiah saguhati dijemput unit. Seterusnya unitsehingga tempat keempat. Bagi tempat ketiga dimenangi oleh unit Acara penyampaian hadiah dan saguhati.

Bagi tempat kedua dimenangi oleh unit Bagi tempat pertama dimenangi oleh unit Terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj M. Shaipullah bin Awang Ibrahim, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa saya dengan ini menjemput Pengerusi Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial, Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib bagi menyampaikan ucapan.

Menjemput Pengerusi Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial.

Terima kasih kepada Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib. Sekarang, dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Yusof Ketua Jabatan Kajian Sosial bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Menjemput Ketua Jabatan Kajian Sosial.

Terima kasih kepada Tuan Haji Johari bin Yusof Ketua Jabatan Kajian Sosial atas ucapan sebentar tadi. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj M. Shaipullah bin Awang Ibrahim, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan perasmian penutup bagi Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis sekali lagi menjemput Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib bagi mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Yusof bagi menyampaikan cenderahati kepada semua pensyarah Jabatan Kajian Sosial. Dimulakan dengan Dijemput Tn Hj M. Shaipullah bin Awang Ibrahim, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail bagi menerima sedikit cenderahati. Dipersilakan Saudara Muhamad Fahmi bin Ab. Rasib bagi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan daripada penganjur program unit PISMP Kajian Sosial Semester 5 kepada Tuan Haji Johari bin Yusof, Ketua Jabatan Kajian Sosial.

Menjemput Timb. Pengarah IPG KDRI.

Dengan berakhirnya ucapan dan persmian penutup serta penyampaian cenderahati sebentar tadi maka dengan ini berakhirlah Program Interaksi Jabatan Kajian Sosial tahun 2013. Pantun penutup : Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Sekian. Wabillahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum w.b.t. Dijemput kepada tetamu jemputan dan pensyarah bagi menikmati jamuan di kafetaria induk.

You might also like