Minit 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK ( T ) LADANG KUPANG, 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN. KEPADA, SEMUA GURU, SJK ( T ) LADANG KUPANG.

TUAN / PUAN / CIK PER : MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 2 / 2013 BERHUBUNG DENGAN PERKARA DI ATAS, SATU MESYUARAT PANITIA AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT : TARIKH : 17 APRIL 2013 MASA : 1.30 P.M. TEMPAT : BILIK DARJAH TAHUN 6 AGENDA : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PERUTUSAN PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LALU PERKARA BERBANGKIT PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI POST MORTEM UJIAN BULANAN 1 HAL HAL LAIN PENUTUP NO RUJUKAN : TARIKH : 15.04.2013

SEKIAN TERIMA KASIH BERKHIDMAT UNTUK NEGARA SAYA YANG MENURUT PERINTAH

BIL 1 2 3 4 5 6 7

NAMA GURU PN. R. GUNAVALLY ( GB ) PN. S. JAGANMOHINI EN. V. KUMAR EN.B.SELVAN CIK. T.USHA CIK.S.RATHI PN. S. JEEVITHA

TANDATANGAN

CATATAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI 2 / 2013 SJK ( T ) LADANG KUPANG


TARIKH MASA TEMPAT : 07 JANUARI 2013 : 1.30 P.M. : PUSAT SUMBER SEKOLAH PN. R. GUNAVALLY ( GB ) PN. S. JAGANMOHINI EN.B.SELVAN CIK. T.USHA CIK.S.RATHI PN. S. JEEVITHA EN. V. KUMAR

KEHADIRAN :

1.0 PERUTUSAN GURU BESAR


Guru Besar telah merasmikan mesyuarat Panitia Matematik 2 / 2013. Guru Besar telah menerangkan kepentingan panitia dalam meningkatkan prestasi setiap matapelajaran yang dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

1.1 Ucapan pengerusi


Pengerusi Panitia Matematik telah mengalu alukan kedatangan semua guru Matematik ke mesyuarat panitia kali ini. Komitemen semua guru Matematik sangat diperlukan ke arah peningkatan prestasi panitia dan sekolah.

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LALU


Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat lalu. Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1/2013 disahkan tanpa sebarang pindaan. Pencadang : Cik. T. Usha Disokong : En. V. Kumar

3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Kesalahan murid semasa sesi ujian


Kesalahan remek yang dibuat oleh murid semasa ujian atau peperiksaan telah dikenal pasti sebagai masalah utama penurunan markah pelajar dalam peperiksaan dahulu. Semua guru telah diminta untuk memantau semasa peperiksaan bagi mengurangkan masalah.

(Tindakan Semua Guru Matamatik)

4.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM BERKUALITI


Perkembangan kurikulum berkualiti akan dilaksankan pada tahun ini seperti tahun tahun sebelumnya ke arah peningkatan prestasi proses P&P.

4.1 Pengajaran dan Pembelajaran


Semua guru Matematik diminta untuk menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut format yang disediakan. Guru perlu memastikan bahawa semua akativiti P &P yang dilaksanakan dapat membantu dihasratkan. (Tindakan Semua Guru Matamatik) ke arah mencapai tujuan pembelajaran yang

4.2 Pengunaan pelbagai kaedah dalam proses P&P


Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam P & P bagi membantu murid pelbagai kecerdasan. ICT perlu digunakan untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran. (Tindakan Semua Guru Matamatik)

5.0 POST MORTEM UJIAN BULANAN 1


Pengerusi telah membentangkan keputusan ujian bulanan 1 bagi matapelajaran Matematik bagi setiap kelas. Daripada keputusan didapati semua murid telah lulus dalam ujian bulanan 1. Namun diddapati peningkatan pelajar telah menurun. Jadi semua guru Matematik telah diminta untuk memantau murid semasa peperiksaan bagi menggelakkan kesilapan remek . (Tindakan Semua Guru Matamatik)

6.0 HAL- HAL LAIN 6. 1 Penyediaan kertas soalan Peperiksaan Penggal 1


Semua guru telah dimaklumkan bahawa kertas soalan penggal 1 tidak akan dibekalkan oleh MPST. Jadi semua guru telah diminta untuk menyediakan kertas soalan mengikut matapelajarannya. Guru Besar telah meminta para guru supaya lebih teliti apabila mengambil soalan daripada bank soalan bagi memastikan kualti soalan tersebut. Semua guru telah diminta untuk menyediakan kertas soalan dalam tempoh yang ditetapkan dan menghantar kepada Setiausaha Peperiksaan untuk pengesahan dan pemeriksaan. (Tindakan : Semua Guru)

6.2 Rumusan pencapaian murid dalam sistem PBS


Semua guru yang mengajar kelas KSSR telah diminta untuk menyediakan rumusan pencapaian murid. Rumusan tersebut perlu didokumentasi. (Tindakan : Semua guru KSSR)

6. 3 Mempamerkan hasil kerja murid KSSR


Semua guru yang mengajar kelas KSSR telah diminta untuk mempamerkan hasil kerja murid untuk tatapan para waris.

(Tindakan : Semua guru KSSR)

6. 4 Perjumpaan dengan waris


Satu keputusan telah dibuat bagi mengadakan perjumpaan waris > perkara ini amat diperlukan bagi peningkatan prestasi pelajar. Setiap guru matapelajaran telah diminta untuk berbincang tentang masalah pelajar secara individu bersama waris semasa sesi perjumpaan nanti. (Tindakan : Semua guru)

6.5 Program LINUS


Penyeleras LINUS sekolah telah membentangkan keputusan Ujian Lisan LINUS 2013. Didapati semua murid telah mencapai 12 konstruk. Ujian Bertulis LINUS Numerasi pula akan dilaksanakan bermula 19 Apr hingga 30 Apr. Jadi semua guru Numerasi tahap 1 diminta untuk merekodkan keputusan Saringan LINUS dan menyerahkan keputusannya kepada Penyeleras LINUS untuk tujuan kemasukkan keputusan dalam sistem. (Tindakan : Semua guru Numerasi Tahap 1)

7.0 PENUTUP
Guru Besar berharap semua guru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang dimanahkan. Semua guru juga telah diminta agar sentiasa peka terhadap tranformasi pendidikan yang dijalankan di negara.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

CIK. S. RATHI KETUA PANITIA MATEMATIK

PN. R. GUNAVALLY GURU BESAR

You might also like