Professional Documents
Culture Documents
Bab 1 - Pengenalan
Bab 1 - Pengenalan
Pengenalan
Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model. Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.
Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa :
Reka cipta membawa maksud barang yang pertama kali dicipta dan merupakan satu ciptaan baru. Penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.
Definisi lain
When someone creates something that has never existed before. To make or produce a new or useful thing or idea for the first time.
Reka cipta telah wujud sejak manusia dilahirkan. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Adalah dipercayai bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masehi lagi antaranya ialah alat Sekrup Archimedes (Archimedes' screw) yang dicipta oleh Archimedes pada tahun 212 SM. Sejak itu ramai pencipta menghasilkan ciptaan yang sangat berguna, seperti Hans Lippershey (1608) mencipta teleskop dan Charles Babbage (1791- 1871) mencipta alat pengira. Sehingga kini terdapat banyak ciptaan yang berasaskan teknologi telah tercipta.
Tayar getah
Thomas Edison
Telefon
Perekacipta
Ciptaan
Nikola Tesla
Kapal terbang
Terdapat beberapa kepentingan reka cipta yang memberi sumbangan dan kemajuan kepada bidang-bidang seperti pendidikan, komunikasi, pengangkutan dan pembinaan.
Bidang Pendidikan
Proses P & P akan lebih mudah, menarik. P & P lebih berkesan dengan penggunaan pelbagai kaedah.
Sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut persepsi,
Sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru, Sentiasa kreatif di dalam menyuarakan pendapat dan idea,
Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia, membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah, dapat membuka ruang pekerjaan untuk mencapai hidup lebih baik. Bidang reka cipta juga dapat menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan teknologi. Secara umumnya suatu reka cipta adalah terhasil daripada suatu masalah yang memerlukan penyelesaian.
Sehubungan itu produk yang terhasil daripada satu reka cipta seharusnya dapat memberi satu kepuasan sepenuhnya kepada pereka cipta dan umum.
CIPTAAN ASLI
Ciptaan asli adalah ciptaan yang diciptakan oleh penciptanya dalam bentuk yang asli.
Iaitu ciptaan tersebut belum dilakukan perubahan bentuk atau pengalihwujudan kedalam bentuk yang berbeza.
INOVASI
Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.
Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai praktikal berbanding inovatif.
Erti kata lain inovasi adalah merekabentuk atau memodelkan kembali produk yang sedia ada.
Contoh Inovasi
KOMPUTER
TELEFON
KAPAL TERBANG