Panduan Menjawab Sains Bahagian B

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Panduan Menjawab Sains Bahagian B

PEMBOLEHUBAH/ VARIABLES 1. Pembolehubah dimanipulasi/ apa yang diubah (PM): Cari ayat selepas perkataan BERBEZA/ BERLAINAN 2. Pembolehubah bergerakbalas/ apa yang diperhatikan/ apa diukur/ apa yang berubah (PB): Cari ayat sebelum perkataan DIREKOD atau DICATATKAN 3. Pembolehubah dimalarkan/ apa yang sama/apa yang tidak diubah (PS): Cari bahan apa yang digunakan sama sahaja dari awal eksperimen hingga akhir eksperimen atau ciri pada bahan eksperimen. 4. Dua/ Satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan (PM/PB) Jadual Graf PM PB

PM PB

POLA 1. 2. 3.

PERUBAHAN/TREND/ PATTERN MENAIK jika nombor /graf atau keadaannya bertambah MENURUN jika nombor/graf atau keadaan berkurang MENDATAR jika nombor/graf sama berturut-turut

TUJUAN/ AIM/ PURPOSE Ayatnya : Untuk mengkaji hubungan di antara

PM.. dengan .PB


RAMALKAN/PREDICTING 1. Sebarang nombor yang logik ATAU Cari selang nombor yang diberi, kemudian tambah atau tolak mengikut nilai pada selang nombor beserta unitnya 2. Menyatakan keadaan yang dijangka berlaku (kunci pada soalan ialah Ramalkan apa akan berlaku)

HUBUNGAN/HIPOTESIS/RELATIONSHIP 1. Semakin bertambah/ berkurang PM, semakin bertambah/berkurang PB 2. Jika PM bertambah/berkurang, maka PB bertambah/berkurang

KESIMPULAN/ CONCLUSION PB bertambah/berkurang APABILA PM bertambah/berkurang

PEMERHATIAN/ OBSERVATION Ambil maklumat pada PB kemudian bina ayat: 1.Satu gambar/ maklumat Cth ayat: Pokok hidup subur/ Bilangan haiwan X semakin berkurang sehingga tahun 2010 2.Dua gambar/dua maklumat Cth ayat : i) Pokok X hidup subur manakala pokok Y mati atau ii) Bilangan ikan dalam akuarium P berkurang lebih banyak berbanding bilangan ikan dalam akuarium Q. 3.Tiga gambar/ Tiga maklumat atau lebih Cth ayat : Pokok Z hidup paling subur / Murid R berlari paling laju

SEBAB/ALASAN/ INFERENS Ambil maklumat TERSIRAT pada PM kemudian bina ayat: 1. Satu gambar/ maklumat Cth ayat: Pokok hidup subur kerana mendapat cukup air dan cahaya matahari 2. Dua gambar/dua maklumat Cth ayat : Bilangan ikan dalam akuarium P berkurang lebih banyak berbanding bilangan ikan dalam akuarium Q kerana keadaan air dalam akuarium P lebih keruh dan tercemar berbanding keadaan akuarium Q. 3. Tiga gambar/ Tiga maklumat atau lebih Cth ayat : Murid R berlari paling laju kerana murid R mempunyai

berat badan yang paling ringan/ kerana murid R mempunyai ketinggian dan langkah kaki yang lebih panjang/ kerana murid R mempunyai otot-otot yang lebih kuat berbanding murid-murid lain.

You might also like