Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MUHAMAD SHUKRI BIN MOHAMED DAMIRI

REFLEKSI (INDIVIDU)
Syukur kepada Allah S.WT, akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai cabaran yang saya terpaksa lalui seperti pembahagian masa, pencarian maklumat dan sebagainya. Bagi pandangan saya, cabaran yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan Basic Maths ini amat mencabar sekali bagi semester ini. Walaubagaimanapun, itu tidak semua dijadikan sebagai alasan mengharungi cabaran seterusnya. Ini juga merupakan satu tanggungjawab kepada saya sebagai bayangan cabaran seterusnya di sekolah nanti.

Apa yang saya laksanakan tugasan ini iaitu, saya bersama dengan rakan-rakan menyediakan draf soalan-soalan borang selidik dan saya bersama dengan rakanrakan turun padang untuk menemui 30 orang responden untuk mendapat maklumat bagi menjawab tugasan ini. Disamping itu, setelah borang soal selidik sudah dijawab, saya dengan rakan-rakan berbincang semula dalam penyusunan data maklumat serta analisis-analisis dapatan kajian. Setelah itu, saya dan rakan-rakan menyiapkan pula persembahn Power Point untuk dibentangkan kepada semua rakan-rakan sekelas saya.

Daripada itu dapatlah saya menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam mata pelajaran ini yang amat berguna ketika saya di hantar ke sekolah nanti. Hal ini kerana ilmu ini amat sesuai bagi saya sekiranya saya dilantik sebagai bendahari kewangan jawatankuasa majlis didalam sekolah nanti. Malahan juga, dapat menjadikan ilmu ini sebagai menyediakan laporan statistik prestasi pelajar, penyata kewangan bajet sekolah tahunan dan lain-lain juga.

You might also like