Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengenalan Alat Muzik Sabah Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni

kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi. Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada: 1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan) 2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton) 3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan) 4. Membranofon (gendang atau tontog).

Tongkungon Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah. Diperbuat dari: Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon

Sompoton Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos. Bungkau Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi.

APE/SAPEH KORDOFON Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum kayan dan kenyah. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak lagi diamalkan.

ENGKEROMONG/ IDIOFON Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk mengiringi tarian ngajat. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik.

You might also like