Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Punca Konflik Dalam Keluarga Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia

Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga? Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga. Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung

menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isuisu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga. Dalam lakonan kami, antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga kami ialah : 1) Masalah kewangan Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga. Sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di samping peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Dalam kes ini, Zain dan Ersalina selaku ibu dan ayah telah mengalami masalah kewangan di mana gaji yang mereka terima amat rendah walaupun kedua-duanya bekerja. Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh seorang ibu dan bapa mungkin menyebabkan ahli keluarga memberontak. Anak Zain iaitu Hadi telah mengamuk apabila dia tidak dapat wang saku dari ayahnya Zain dan menyebabkan mereka bertengkar. Kos hidup yang semakin meningkat dan gaji yang rendah telah membuatkan pasangan keluarga Zain telah mengehadkan perbelanjaan. Konflik berlaku apabila Ersalina telah membeli barang-barang yang bukan keperluan utama mereka seperti barang kemas, alat solek dan sebagainya. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu telah mengurangkan pendapatan keluarga Zain dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang ini telah menyebabkan pergaduhan di antara Zain dan Ersalina yang

menggugat kebahagiaan keluarga mereka. Keadaan utama dalam keluarga Zain ialah mereka tidak mempunyai asas perancangan kewangan dan telah mengalami masalah untuk menguruskan kewangan masing-masing terutama apabila pendapatan isi rumah Zain sangat kecil dan terhad. 2) Wujudnya Orang Ketiga Di antara konflik yang perlu dielakkan sebagaimana yang ada di atas adalah suami isteri sewajarnya mengekang wujudnya orang ketiga. Orang ketiga ini tidak kira lah kawan atau kekasih pihak suami atau isteri. Apabila wujudnya orang ketiga tadi sudah pasti akan mengundang kepada konflik dan apabila diketahui oleh pihak satu lagi sudah pasti konflik ini akan terus berlarutan dan saat paling pedih ianya boleh mengundang kepada perceraian. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman mengakui kehadiran orang ketiga seringkali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang. Namun menurutnya orang ketiga bukan punca utama perceraian. Mengikut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat yang dijalankan LPPKN pada tahun 2004, cuma 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan. Sebaliknya, tiada persefahaman antara pasangan, iaitu sebanyak 42 peratus, merupakan punca utama perceraian. Dalam masalah kewangan yang telah melanda keluarga Zain dan Ersalina, satu lagi punca telah wujud yang menyebabkan konflik dalam keluarga Zain apabila wujudnya orang ketiga dalam perhubungan mereka selaku su Dikatakan bahawa isu main kayu tiga atau curang semakin mudah berlaku apabila pasangan mengambil kesempatan atas kemudahanteknologi telekomunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS), mesej bergambar (MMS) dan laman jaringan sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster untuk menambah kenalan. Dari teman profesional yang akhirnya menjadi teman sosial, rakan sekerja atau orang yang baru dikenali tetapi mempunyai keserasian semasa bersama. Apabila wujud keadaan seseorang tertarik atau ditarik seseorang, konflik mula timbul di antara pasangan suami isteri walaupun berpunca daripada perkara remeh. Kesannya pada tahap tersebut suami

atau isteri mula mencipta alasan untuk mereka mencari pasangan hidup yang lebih sempurna, kata Aminah.

3)

Wujud Halangan Komunikasi Dalam sebuah keluarga tentunya berlaku komunikasi. Walaubagaimanapun, komunikasi yang berlaku antara ibu dan bapa, kadang-kadang akan berlaku pendapat yang berbeza. Perbezaan pendirian dan perasaan merupakan faktor penyebab berlaku konflik dalam komunikasi. Akibat daripada sumber mesej yang disalurkan tidak cukup maka percanggahan pendapat dan persepsi menyebabkan penerima mesej tersebut tersalah anggap. Perbezaan pendapat ini akan melonggarkan ikatan pasangan suami isteri apabila konflik seperti ini sering berlaku. Terdapat banyak isu yang menjadi konflik dalam sesebuah keluarga. Antaranya adalah isu berkenaan kewangaan, hubungan mentua, hubungan keluarga lain dan anakanak. Suami perlu cenderung untuk mewujudkan perbincangan dan memberi peluang kepada isteri untuk memberi pendapat mengenai sesuatu isu bagi mencapai kata sepakat. Mesej yang disampaikan oleh suami kadang kala tidak dapat diterima oleh isteri apabila penyaluran mesej tersebut kurang difahami atau langsung tidak difahami atau sebaliknya. Pegawai Psikologi Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Khamsiah Ismail, pernah berkata kewangan boleh menjadi punca utama konflik keluarga walau sebanyak mana jumlah wang yang diperoleh. Ini adalah konflik komunikasi dalam menentukan perbelanjaan kewangan sesebuah keluarga. Sikap untuk mempertahankan diri dan memiliki tujuan dan pendapat yang berbeza akan mewujudkan konflik walaupun tujuan yang sama bagi mencapai matlamat dalam institusi keluarga. Penghantar dan penerima mesej menganggap bahawa satu sama lain adalah penghalang bagi mencapai matlamat yang perlu dipenuhi.

You might also like