Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

CURRENT ISSUES Isu-isu semasa di dalam kajian penyiaran televisyen digital dan cabaran boleh dilihat melalui isu

penyiaran komuniti. Hal ini dapat dilihat melalui pernyataan Parlimen Eropah (2008) yang memberitahu bahawa status penyiaran komuniti telah dipertingkatkan melalui dua resolusi. Resolusi pertama ialah resolusi yang bertajuk Komuniti Media Di Eropah, telah menghasilkan analisis tentang objektif, ciri-ciri dan kepentingan masyarakat media. Dengan adanya resolusi ini ia telah mewujudkan kepelbagaian dalam komuniti media. Sebagai contoh, keberkesanan resolusi yang dapat dilihat ialah melalui Kepentingan media komuniti adalah satu cara berkesan untuk mengukuhkan kepelbagaian budaya dan bahasa, penyertaan sosial dan identiti tempatan yang menjelaskan kepelbagaian sektor.

Resolusi yang kedua ialah Tumpuan dan pluralisme dalam media di dalam Kesatuan Eropah. Sebahagiannya ialah ia memberi pengiktirafan kepada komuniti media sebagai jenis media yang berbeza. Ia juga memastikan kepentingan komuniti media di dalam skop keseluruhan pluralisme di Eropah. Melalui kedua-dua resolusi yang dikemukakan di dalam penyiaran komuniti ini, ia dapat mengukuhkan lagi topik isu semasa dalam penyiaran televisyen digital.

Selain daripada isu penyiaran komuniti, isu penyiaran perkhidmatan awam juga merupakan salah satu daripada isu semasa yang diperolehi melalui kajian penyiaran televisyen digital dan cabarannya. Ini dapat dilihat melalui pernyataan yang dikemukan oleh The Protocol to the Treaty of Amsterdam on the system of public broadcasting in the Member States (1997) yang menjelaskan bahawa negara-negara anggota telah membentuk dan menguruskan

perkhidmatan penyiaran awam di negara masing-masing. Ia juga menyatakan bahawa pembiayaan bagi perkidmatan penyiaran awam perlu diberi penekanan bagi memenuhi keperluan penyiar perkidmatan awam di negara mereka.

Pada tahun 2008, Suruhanjaya Komunikasi Eropah melancarkan perundingan awam mengenai rangka kerja masa depan untuk pembiayaan penyiaran perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia penyiaran dan dikenalpasti sebagai satu kepentingan yang berfokuskan kepada latihan perundingan. Tambahan lagi, suruhanjaya ini telah menerima pakai penyiaran perkhidmatan awam ini dan mencetuskan komunikasi baru dalam membantu kerja-kerja sinematografi dan audiovisual.

PAST ISSUE Isu-isu lepas yang dapat diketengahkan dalam kajian yang bertajuk penyiaran televisyen digital dan cabarannya ialah isu kriptografi iaitu satu cara bagi penyiar mendapatkan perlindungan hak cipta dan pengesahan imej. Pada tahun 1950, berlakunya perbahasan di Amerika Syarikat pada awal penciptaan televisyen. Sesetengah penyiar hanya menyiarkan program kepada pelanggan mereka yang mempunyai penyahkod yang dilampirkan kepada set televisyen mereka untuk mendapatkan imej mengenai sesuatu program yang disiarkan. Bagi langganan yang lain TV firma mencadangkan penggunaan wayar ke setiap rumah untuk menyiarkan program-program televisyen. Menurut D. kirk (1955), beliau menyatakan bahawa penggunaan kabel sebagai satu penyelesaian di sokong kuat oleh beberapa pihak kerana jaminan keselamatan yang tinggi daripada digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka juga menunjukkan cara untuk mencipta penyahkod yang digunakan oleh penggodam dengan menggunakan ciri-ciri korelasi imej.

Disamping itu juga, Isu Kebolehcapaian Perkhidmatan Televisyen Digital di Sepanyol juga merupakan isu lepas di dalam kajian penyiaran televisyen digital dan cabarannya. Di dalam isu ini, satu prosedur telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan penerangan audio dan bahasa isyarat yang boleh didapati semasa penyiaran televisyen digital disiarkan. Atas sebab ini, objektif utama yang dipertimbangkan adalah untuk mengesahkan jika penyiar mematuhi peratusan kebolehcapaian oleh pengawal selia. Menurut kerajaan Sepanyol (2010), ia adalah wajib bagi Pihak Berkuasa Audiovisual Sepanyol untuk memastikan pengendalian televevisyen mematuhi peraturan yang ditubuhkan pada akhir Disember 2010 yang mengenai penyediaan perkhidmatan kemudahan selaras dengan Undang-Undang Besar Komunikasi Audiovisual.

Dengan cara ini alih bahasa, penerangan audio dan perkhidmatan tafsiran bahasa boleh dipercayai bagi setiap saluran televisyen. Dua pihak telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan pengukuran dan penggunaan alih bahasa, penerangan audio dan perkhidmatan tafsiran bahasa sesuai digunakan untuk penyiaran umum. Antara pihak yang dimaksudkan ialah Suruhanjaya Pasaran Telekomunikasi Sepanyol dan Kementerian Industri, Pelancongan dan Perdagangan. Pada masa yang sama, maklumat rasmi dan awam bloleh dicapai melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pasaran Telekomunikasi Sepanyol dan ia berdasarkan kepada soal selidik yang disediakan oleh pengendali-pengendali televisyen pada tahun 2008.

RELATED ISSUE Isu yang berkaitan dengan kajian penyiaran televisyen digital dan cabarannya adalah pengiklanan televisyen interaktif. Televisyen interaktif telah dibangunkan pada tahun 1990 dan sejak tahun itu televisyen interaktif telah bergantung kepada strategi pembangun

teknologi di dalam dunia penyiaran. Saluran televisyen interaktif boleh disalurkan melalui kabel dan pemancaran televisyen. Penonton boleh menontonnya melalui set televisyen ataupun melalui komputer peribadi.

Microsoft (1999) menyatakan bahawa, semasa program interaktif disiarkan, bukti yang mudah dan jelas dapat dilihat melalui pengalaman penonton dalam melayari penyiaran ini. Kandungan di dalam media ini merangkumi berita tempatan, sukan, Intisari siaran, pandangan orang awam dan lain-lain lagi. Pengiklanan televisyen interaktif juga mengandungi iklan yang berkisarkan kepada jawapan-jawapan kepada soalan yang spesifik tentang produk dan perkhidmatan yang diiklankan

Dalam kontek pengiklanan televisyen interaktif, keperibadian merujuk kepada penggunaan teknologi dan pencarian maklumat dan menyesuaikan diri terhadap kandungan iklan yang dipaparkan dalam penyiaran televisyen interaktif. Dengan menggunakan maklumat mengenai penonton, penyiaran mengenai pengiklanan dilakukan berdasarkan kesesuaian untuk tontonan umum. Pengiklanan ini dilakukan berdasarkan pernyataan secara langsung oleh pengguna

atau mereka dipengaruhi oleh pengiklan yang mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka.

Dapat disimpulkan disini bahawa pengiklanan televisyen interaktif merupakan pautan isu yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Isu ini mempengaruhi penonton dalam menonton program penyiaran sebagai kehendak peribadi dan saluran televisyen juga menjadi aspek utam dalam perkembangan seseorang dari segi pengetahuan dan sebagainya.

You might also like