Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MAKLUM BALAS

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) PERINGKAT PUSAT BIL.4/2012 BIL . 2.0 PERKARA LAPORAN PEMANTUAN KEAKTIFAN MBJ JPJ PERINGKAT NEGERI BIL. 4/2012 2.1 Mesyuarat dimaklumkan sehingga ke tarikh mesyuarat, enam negeri belum melaksanakan MBJ masing-masing iaitu JPJ Selangor, JPJ Perlis, JPJ Kedah, JPJ Perak, JPJ Negeri Sembilan dan JPJ Melaka. P(Selangor), (Perlis), (Kedah), (Perak), (Negeri Sembilan), (Melaka). TINDAKAN / MAKLUM BALAS

4.0

MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT BIL.3/2012

Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

4.1. Kertas Kerja berkaitan kemudahan elaun 4.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa kertas kerja tersebut dalam proses akhir semakan sebelum dihantar ke MOT untuk dipanjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. 4.2. Penggunaan Senjata Alternatif Spray Lada (Pepper Spray) P(UU) 4.2.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkara ini memerlukan kajian lanjut oleh Bahagian Perundangan. Makluman 4.2.2. Mesyuarat mengambil maklum bahawa bagi tujuan keselamatan, dicadangkan agar kelulusan penggunaan senjata api diperluaskan kepada Pembantu Penguatkuasa Gred N17. 4.2.3 Bahagian Penguatkuasa dipohon untuk meneliti cadangan ini. Makluman

P(K)

4.3. Pakaian Khas Bagi Pegawai dan Kakitangan Skim J Bahagian Kejuruteraan Automatif (KA) 4.3.1. Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Kejuruteraan Automotif memastikan pakaian yang dipohon adalah berdasarkan pekeliling yang berkuat kuasa dan justifikasi yang lengkap perlu disediakan. Ia juga harus mengambil kira bahawa anggota dari skim ini tidak bertugas di lapangan. 2 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

P(KA)

Makluman

4.4. Saman Melalui Handheld 4.4.1. Mesyuarat dimaklumkan sehingga 16 Disember 2012 sebanyak 4,696 notis telah dikeluarkan melalui alat handheld. Pada masa ini, sebanyak 41 unit telah diagihkan ke seluruh JPJ Negeri dan Cawangan. Cadangan perolehan tambahan sebanyak 479 unit masih menunggu kelulusan MOT. 4.4.2 Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Penguatkuasa menyusuli perkara ini. P(KA) 4.5. Prosedur Standard Operasi (SOP) Pemeriksaan Kenderaan di Bawah Dasar Keselamatan Dan Keselamatan Pekerjaan (DKKP) Jabatan 4.5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa SOP telah disiapkan dan akan diedarkan ke seluruh JPJ Negeri dan cawangan pada Januari, 2013. 4.6. Alat Pengukur Untuk Pemeriksaan Kenderaan Yang Digunakan di JPJ Negeri perlu diselaraskan dan Mempunyai Pengesahan SIRIM Makluman 4.6.1. Mesyuarat bersetuju agar JPJ negeri perlu memaklumkan Bahagian Kejuruteraan Automotif sekiranya ada Alat Pengukur yang belum dibuat kalibaerasi untuk diambil tindakan segera. P(K) / P(W) / P(Negeri) 4.7. Aksesori Pakaian Uniform

P(K)

P(KA) / P(Negeri)

Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

4.7.1. Mesyuarat mencadangkan agar pembekal yang dipilih menghantar terus aksesori berkenaan ke JPJ Negeri untuk memastikan tidak berlakunya keciciran atau kerosakan komponen aksesori berkenaan. 4.7.2 Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Kewangan meneliti perkara ini.

Makluman

P(P)

4.8. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor (SKIM A) Makluman 4.8.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian pihak JPA termasuklah untuk semua skim teknikal yang lain. 4.8.2 Mesyuarat bersetuju agar Bahagian Pengurusan menyusuli perkara ini. Urusan Makluman

Makluman

4.9. Pengecualian Ujian Fizikal bagi Kenaikan Pangkat Secara KPSL

4.9.1. Mesyuarat tidak bersetuju untuk mengecualikan ujian fizikal kerana ujian tersebut dilakukan untuk memastikan tahap kecergasan calon. 4.9.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa ujian fizikal bagi calon KPSL adalah lebih rendah berbanding calon baru. 4.10. Sistem MySIKAP 4.10.1. Mesyarat dimaklumkan bahawa pihak kontraktor telah diberi tempoh 4 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012 Makluman Makluman

penyambungan kontrak selama 6 bulan sehingga bulan Januari 2013. P(C) / KPPJSM 4.11. Penubuhan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sekolah 4.11.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa masih belum ada keputusan yang jelas berhubung penubuhan Kadet JPJ. Sehubungan itu, ia perlu diselaraskan bersama dengan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kementerian Pelajaran. 4.11.2. Mesyuarat mengambil maklum cadangan untuk memulakan projek perintis bagi program ini di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya. 4.11.3. Dato Pengerusi berharap perkara ini dapat dilaksanakan pada tahun 2013 dan memohon agar tindakan susulan dilakukan. 4.12. Status Temuduga Kenaikan Pangkat Pemeriksa Kereta Motor (PKM) Gred A22 ke A26 dan A17 ke A22 4.12.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa keputusan pemangkuan PKM Gred A22 ke A26 telah diedarkan pada 23 September 2012 dan penempatan ke seluruh JPJ negeri telah dibuat berkuat kuasa 1 November 2012. 4.12.2. Mesyuarat juga dimaklumkan bahwa surat keputusan Urusan Pemangkuan PKM Gred A17 ke A22 telah dikeluarkan pada 23 5 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012 Makluman Makluman

Makluman

Makluman

November 2012. Seramai 79 orang telah diperakukan ke Gred A22 dan telah mengemukakan jawapan surat setuju terima bagi pemangkuan tersebut. Penempatan akan dibuat dalam masa terdekat. 4.13. Anggota Bermasalah 4.13.1. Unit Psikologi Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat dengan kerjasama AKRAB telah mengadakan Program Kendiri Unggul dan Bimbingan Berkelompok di kalangan anggota JPJ Negeri Sabah, JPJ Perak, JPJ Pulau Pinang dan JPJ Terengganu.

Makluman

Makluman

4.14. Permohonan Penguatkuasa

Pertambahan

Kenderaan

4.14.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat telah mengemukakan permohonan perolehan kenderaan pacuan empat roda. kepada Kementerian Pengangkutan bagi tugas-tugas penguatkuasaan. 4.14.2. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pihak Jabatan telah mendapat 3 buah kenderaan mobile SIKAP yang baru. 4.15. Memohon Kajian Semula Arahan Jabatan Bil. 2/2004 (Penetapan Sasaran Pengeluaran Saman Setiap Anggota Penguatkuasa dan Sasaran Komposisi Kes JPJ Negeri) 4.15.1. Bahagian K telah menetapkan KPI yang 6 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

Makluman

Makluman

baru untuk semua negeri sebagaimana taklimat yang diberi kepada semua KBK Negeri pada 6 September 2012 dan mesyuarat dengan Ketua Stesen Penguatkuasa pada 24 September 2012. Penetapan sasaran saman di bawah Arahan Jabatan Bil. 2/2004 adalah sebagai panduan JPJ Negeri untuk mencapai KPI yang ditetapkan. 4.16. Kapasiti Storage webmail Jabatan

P(W)

P(M) 4.16.1. Mesyuarat dimaklumkan kapasiti storage bagi webmail jabatan telah ditingkatkan pada kadar 300 - 400 megabyte. 4.17. Permohonan Dikecualikan Daripada Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) P(K) / P (C) 4.17.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa senarai pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan diploma telah dikemukakan untuk pengecualian. 4.18. Pembaharuan Lesen Memandu Kakitangan Dan Anggota JPJ Makluman 4.18.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua pemandu layak untuk menuntut semula bayaran balik untuk pembaharuan lesen. Bagi anggota yang bukan pemandu layak untuk memuntut elaun sebanyak RM5.00 sehari jika ditugaskan untuk memandu selaras dengan Pekeliling 12/2007.

Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

4.19. Ujian Kelompok Penguatkuasa

bagi

anggota

4.19.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa kertas kerja bagi tujuan tersebut telah siap. Walau bagaimanpun, ia masih perlu diperhalusi. Pihak Jabatan juga ingin mengkaji keperluan untuk menjadikannya sebagai satu dasar. 4.20. Permohonan Menaiktaraf Stesen Penguatkuasa JPJ Kepada Cawangan 4.20.1 Mesyuarat dimaklumkan perkara ini telah dibuat semakan dan kajian. Setakat ini, Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar telah dinaiktaraf kepada Cawangan. 4.21. Penyelarasan Isu Penguatkuasaan Melibatkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 4.21.1. Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam telah mengarahkan PDRM untuk mengadakan Lab Penyelarasan Fungsi Dan Tanggungjawab Agensi Penguatkuasa Pengangkutan Jalan dan Lab Jawatankuasa Penyelaras Operasi Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan. Kedua-dua Lab ini telah diadakan pada 27 Ogos hingga 29 Ogos 2012. Lab kedua mengenai perkara yang sama juga telah diadakan pada 20 September hingga 21 September 2012 di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur. Hasil daripada kedua-dua Lab tersebut, SOP Penyelarasan Penguatkuasaan AgensiAgensi Penguatkuasaan Pengangkutan 8 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012 P(P)

Makluman

Jalan Malaysia telah dikeluarkan pada 9 Oktober 2012. 4.21. Perbincangan Mengenai Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor (A) dan Juruteknik Automotif dengan Pihak JPA 4.12.1. Bahagian P telah diminta untuk mengkaji kedua-dua skim perkhidmatan dengan pihak JPA. 4.22. Sambutan Hari JPJ 2013 4.22.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa sambutan hari JPJ akan disii dengan aktiviti seperti sukan, majlis penyampaian anugerah/pengiktirafan dan pameran.

5.0

ISU-ISU BERBANGKIT (USUL BARU) 5.1. Kursus/Latihan untuk mendapatkan Qualified Training Officer (QTO) 5.1.1 Sijil P(M) / P(KA)

Mesyuarat mengambil maklum dan meminta Bahagian M mengkaji kesesuaian kursus Qualified Training Officer (QTO) dengan tugas hakiki Pemeriksa Kereta Motor (PKM) kerana kursus ini adalah untuk pegawai penguji sahaja. P(Akademi) Berkaitan Teknikal di

5.2. Kursus-Kursus Akademi

5.2.1. Mesyuarat mengambil maklum dan meminta P(Akademi) mengambil tindakan 9 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

susulan mengenai usul untuk memperbanyakkan kursus berkaitan teknikal dalam perancangan kalender kursus tahun hadapan. 5.3. Tempat Bertugas Yang Sesuai Bagi Anggota Mobile Camera AES Di Kawasan Tapah Perak. 5.3.1. Mesyuarat mengambil maklum dan meminta Bahagian K menyusuli usul mengenai keadaan tempat anggota yang bertugas mengendalikan Camera Mobile AES yang didapati tidak selesa dan terdedah kepada cuaca panas serta hujan. 5.4. Kajian Semula Penempatan Anggota Juruteknik Gred J17 (Kader) di PDRM. 5.4.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan untuk mewujudkan jawatan Juruteknik Gred J17 yang bertugas di PDRM telah dibuat terus oleh pihak PDRM kepada JPA di bawah program NKRA dan JPJ hanya berfungsi sebagai Ketua Perkhidmatan. JPA telah meluluskan permohonan PDRM berdasarkan kepada keperluan, skop tugas dan justifikasi pengambilan oleh PDRM. 5.5. Pengambilan Pemeriksan (PKM) Gred A17 Kereta Motor

P(K)

Makluman

Makluman

P(P)

5.5.1. Mesyuarat bersetuju agar pengambilan anggota Pemeriksa Kereta Motor (PKM) Gred A17 perlu melalui ujian fizikal kerana bidang tugas mereka adalah di lapangan.

10

Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

5.5.2

Bahagian P diminta untuk menyusul perkara ini kepada pihak SPA semasa permohonan pengisian kekosongan jawatan PKM dibuat kelak

P(P)

5.6. Pengisian Jawatan PKM Gred A26 Dan A22 Disebabkan Kenaikan Pangkat Ke Gred J29 5.6.1. Mesyuarat mengambil maklum dan akan membuat tindakan susulan berhubung usul pengisian kekosongan jawatan A26 dan A22 diambil daripada calon-calon simpanan sedia ada. 5.7. Penempatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29/ Juruteknik Komputer F17 di JPJ Negeri dan Cawangan P(IT) 5.7.1. Mesyuarat mengambil maklum dan akan membuat tindakan susulan berhubung usul mengenai keperluan untuk pengagihan dan penempatan F29/F17 ke JPJ Negeri dan Cawangan untuk memastikan kelancaran tugas-tugas ICT. P(K) 5.8. Permohonan Komputer 5.8.1. Mesyuarat mengambil maklum dan akan membuat tindakan susulan berhubung kekurangan peralatan komputer di JPJ Negeri dan Cawangan. 5.9. Pertambahan Penguatkuasa Aksesori Anggota P(M) P(P) / P(IT)

5.9.1. Mesyuarat memutuskan agar Bahagian K membuat tindakan susulan berhubung usul mendapatkan aksesori tambahan 11 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

untuk anggota Penguatkuasa seperti cermin mata hitam dan beg (sling beg) bagi tujuan menjalankan tugas operasi. 5.10. SOP Untuk Penguji Yang Membuat Ujian Memandu 5.10.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa SOP yang sedia ada telah dipinda. Penguji telah dibenarkan untuk menguji 2 kelas pada hari yang sama bagi membantu penguji yang lain yang mempunyai ramai calon. Pekeliling berkaitan telah dikeluarkan dan diedar pada 6 September 2012. Bahagian M diminta menyusuli perkara ini. 5.11. SOP/Arahan Jabatan Bagi Notis Dibuat Dalam Ukuran A4 Sahaja PG.10 P(K)

Makluman

P(L)

5.11.1 Mesyuarat memutuskan agar Bahagian K membuat kajian lanjut mengenai keperluan mengubah ukuran Notis PG.10 agar lebih kemas dan mudah. P(Negeri) 5.12. Modul MySikap 5.12.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Modul untuk MySikap telah diedarkan ke JPJ Negeri 5.13. Tarikh Untuk Mengeluarkan Pelekat OKU 5.13.1 Mesyuarat memohon tindakan lanjut berhubung ketetapan tarikh untuk mengeluarkan pelekat OKU dan meminta agar Bahagian Pelesenan Kenderaan menyusuli perkara ini. 12 Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

5.14. Jadual Waktu Untuk Operasi di Bahagian Kaunter 5.14.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa nombor giliran hendaklah diberi sehingga jam 5.00 petang iaitu masa urus niaga kaunter yang sepatutnya. Anggota yang bertugas selepas itu dikira sebagai bertugas lebih masa.

13

Maklum Balas Minit MBJ Bil. 4/2012

You might also like