Laporan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MALAYSIA SJK SU LAI, 2013 A.

Latar Belakang: Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia 2013 Tarikh Masa :16.03.2013/ Sabtu :08.00-12.00 tengahari : Panitia Bahasa Malaysia AJK Pusat Sumber SJK Su Lai AJK Perpustakaan, SJK Su Lai Jumlah Peserta : 28 peserta

Dengan Usahasama

B. Objektif Pertandingan: i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan bahasa Malaysia. ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia. iii. Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. iv. Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Kebangsaan. v. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

C. Perjalanan Pertandingan: Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja sepertimana yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada 11 Mac 2013 yang lepas. Segala bidang tugas yang diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh Pengerusi Pertandingan, En. Chan Siah Kuong sebagai panduan umum perlaksanaan tugas tersebut. Di atas permintaan beliau, pertandingan ini akan dijalankan secara ringkas bagi memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan pertandingan tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut, AJK yang dilantik sebulat suara bersetuju untuk menjalankan pertandingan tersebut pada 16 Mac 2013. Perbincangan berkaitan perbelanjaan dan kos yang diperlukan untuk membeli hadiah dan saguhati serta penyediaan sijil dibuat antara AJK Induk dan ditaklimat secara ringkas kepada AJK Kerja yang lain. Bagi menggalakkan penyertaan

daripada para pelajar, En. Chan Siah Kuong telah bersetuju untuk mewajibkan setiap kelas menghantar seramai dua orang peserta bagi setiap kelas. Guru yang terlibat secara langsung untuk memberi latihan kepada wakil setiap kelas ialah guru Bahasa Malaysia dan guru kelas masing-masing. Penglibatan daripada guru-guru lain adalah digalakkan bagi mengukuhkan lagi kualiti persembahan para peserta.

Pada 16 Mac 2013, Pertandingan Bercerita berlansung seawal 8.00 pagi. Sambutan daripada para pelajar dan guru amat baik dan menggalakkan. Pertandingan tersebut berlansung dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar yang timbul. Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 11.30 pagi. Senarai nama pemenang pertandingan diumumkan pada hari Isnin, 18 Mac 2013 sewaktu perhimpunan sekolah dijalankan. Peserta yang mendapat Johan ialah Adik Julius Nicholson (5B), Naib Johan, Adik Wallace Kan Zhao Ern (6R), tempat ketiga, Adik Loretta Loh (5H) dan Saguhati, Adik Lau Jin Jing (6B), Adik Teng Chiew Ting (5K) serta Adik Wong Siaw Lin (4H).

Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambilkira untuk dipertingkatkan dan diatasi bagi membantu para peserta tersebut lebih bersedia dan yakin semasa menyampaikan cerita. Secara keseluruhannya, para peserta masih kurang yakin dan kelancaran persembahan masih perlu dipertingkatkan. Komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim tersebut banyak memberi panduan kepada para guru dan pelajar yang terlibat untuk meningkatkan mutu pertandingan tersebut di lain waktu.

Kami amat berharap pertandingan ini akan dapat diteruskan di tahun hadapan kerana ia banyak memberikan kesan yang baik dan secara tidak lansung mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia di SJK Su Lai. Sekian.

Dilaporkan oleh, ( JELINA BT. JAMARI ) AJK Pertandingan Bercerita BM, SJK Su Lai, 2013.

20 MAC 2013

Disemak oleh, ( CHAN SIAH KUONG ) Pengerusi, Pertandingan Bercerita BM, SJK Su Lai, 2013.

You might also like