Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI KELAB BOLA SEPAK SJKC DAMANSARA 2012 1.

AKTIVITI Aktiviti kokurikulum Kelab Bola Sepak yang dijalankan di SJKC Damansara melibatkan guru dan murid. Penglibatan murid tahap dua iaitu darjah empat, lima dan enam diutamakan. Aktiviti kokurikulum ini juga diadakan setiap minggu kedua dan keempat pada setiap bulan. Murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum akan memakai pakaian yang sesuai pada hari tersebut. Ini bagi memastikan murid-murid diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, cikgu Pn. Poh Leh Hon sebagai guru penolong kanan kokurikulum akan memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan murid-murid menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. Selain itu juga, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara seperti semua aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar, kebenaran bertulis daripada ibu bapa, guru penasihat perlu sentiasa mengawasi murid sepanjang aktiviti dijalankan dan juga murid perlu diberitahu tentang segala peraturan dan undang-undang penyertaan aktiviti kokurikulum. 2. KELEBIHAN Terdapat kelebihan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antaranya Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyediakan jadual waktu gerak kerja kokurikulum dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Kedatangan pelajar juga direkodkan setiap kali latihan atau aktiviti diadakan. Selain itu, dengan adanya aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, beberapa orang murid telah mewakili sekolah ke

acara sukan sekolah peringkat zon Petaling Utama dan mendapat tempat ketiga dalam acara sepak bola sepak. Selain itu juga, semangat perpaduan antara penduduk sekitar meningkatkan rasa semangat di kalangan murid-murid untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Ini disebabkan mereka sudah terdedah dari kecil lagi untuk membantu jiran tetangga seperti aktiviti rewang untuk majlis-majlis tertentu. Sikap muhibbah ini menimbulkan rasa tanggungjawab murid terhadap aktiviti sekolah khususnya dan aktiviti masyarakat setempat amnya. 3. KELEMAHAN Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antaranya kekurangan kemudahan atau prasarana aktiviti kokurikulum seperti tempat khas untuk menjalankan aktiviti. Ini disebabkan keadaan sekolah yang kecil dan padat. Selain itu juga, keadaan murid yang kurang terdedah dengan suasana bandar menyebabkan kurangnya minat di kalangan mereka untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain semasa pertandingan diadakan. Oleh itu, guru bertanggungjawab menggilap bakat-bakat tersebut bagi membangkitkan kejayaan sekolah di masa akan datang. 4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum di adalah dengan mengadakan bilik gerakan bagi Kelab Bola Sepak. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan tersebut samada dalam bentuk sijil, surat akuan atau anugerah. Selain itu, bilik gerakan tersebut perlu dilantik beberapa murid untuk ditubuhkan jawatankuasa. Ini dapat mendedahkan kepada murid rasa kepimpinan terhadap tanggungjawab menjaga dan membersih bilik tersebut. Ini sedikit sebanyak boleh mendidik murid merasai suasana yang akan berlaku semasa di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi kelak. Jawatankuasa kokurikulum sekolah perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang kegiatan kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah membanyakkan aktiviti yang
2

dapat memupuk nilai murni dalam jiwa murid seperti bergotong royong, kerjasama dan sebagainya. Antara lain, memberi keutamaan dan penekanan kepada aktiviti dan program yang melibatkan penyertaan lebih ramai murid. Selain itu, mengadakan aktiviti dan program yang dapat memupuk dan mengembangkan bakat dan kemahiran yang berkaitan dengan seni suara, lakonan, muzik, syarahan dan sebagainya. Akhir sekali adalah dengan menjalankan dan membanyakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan bukan formal kerana pendedahan awal bermula di bangku sekolah rendah adalah sangat penting kepada mereka.

You might also like