Pendidikan Alaf Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pendidikan alaf baru di dunia Islam mestilah bersih daripada kesan-kesan peperangan pemikiran ini dari segi sistem

dan kandungannya, mahupun perancang dan pendidik yang menggerakkan proses tarbiyyah bagi membina generasi muda yang bakal memimpin masyarakat Islam di masa hadapan. Bahkan para pemikir dan perancang pendidikan, mestilah merancang dan merangka serta mencari jalan-jalan dan kaedah paling berkesan untuk menggagalkan peperangan pemikiran yang dilancarkan oleh penjajah untuk menakluki pemikiran umat supaya tunduk kepada mereka. Penjajahan fikiran lebih berbahaya daripada penaklukan negara. Ini ialah kerana penaklukan pemikiran itu tidak berakhir dengan pengunduran penjajah daripada sesuatu negara. Meskipun kini, banyak negara Islam yang dijajah telah merdeka, namun mentaliti anak tanah jajahan dan kesan-kesan peperangan fikiran masih lagi kekal dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Islam yang terjajah itu. Kesan peperangan pemikiran ini menjadi penghalang besar untuk masyarakat Islam membina falsafah, sistem dan kandungan pendidikan mengikut acuan mereka sendiri. Justeru, masyarakat dan dunia Islam seharusnya, membentuk satu kumpulan pakar dan perancang yang bebas daripada mentaliti anak tanah jajahan bagi merancang pembangunan pendidikan yang eksilen bagi membina generasi ummat di alaf baru. Kumpulan ini mestilah juga bebas daripada kesan-kesan dan elemen kemunduran yang membawa kepada runtuhnya tamadun Islam dan lenyapnya tradisi keilmuan yang membentuk, membina dan mengembangkan tamadun Islam awalan. Kumpulan ini mestilah bebas daripada tasawwur ilmu agama yang disempitkan oleh desakan elemen kemunduran ini, sehingga ilmu agama itu hanya terbatas kepada bacaan ke atas wahyu sahaja, dan mengabaikan bacaan ke atas alam. Ilmu agama itu, kemudiannya, disempitkan lagi oleh elemen kemunduran ini sehingga skopnya menjadi sempit dan pengajian agama tidak lebih daripada hanya mempelajari usuluddin, syariah dan bahasa Arab. Kandungan yang menjurus ke arah menghidupkan kembali ilmu agama yang bertunjangkan kepada konsep iqra hendaklah menjadi asas kepada pendidikan alaf baru, sekiranya masyarakat kita ingin hidup merdeka dan bebas menjalankan usaha memartabatkan agama dan bangsa mengikut acuan kita sendiri. Usaha gigih ke arah itu hendaklah dilaksanakan supaya kita terselamat daripada serangan penjajahan pemikiran dan akhlak yang dibawa oleh gelombang globalisasi dengan bersenjatakan internet dan kemajuan teknologi multimedia. Bahkan kita mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi multimedia dan teknologi digital itu, untuk menyerang-balas serangan tersebut dengan risalah dan ajaran yang bukan matlamatnya untuk menguasai dan menghancurkan orang lain, tetapi untuk meningkat nilai-nilai hidup kemanusiaan supaya terpelihara maruah dan ke-hormatannya sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah s.w.

You might also like