4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 4 KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

A) Pengenalan

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar

dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai

kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan

tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai

banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B) Dasar dan Matlamat 1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi,

tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.

Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas

Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).

Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

4.

Cabaran KPM Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut; a) b) c) d) e) f) g) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Makanan Asrama. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Jaket Keselamatan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) j) Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.

Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Rakyat bawahan@marhain Golongan pembesar Golongan istana Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar Kelas sosial masyarakat: Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah: Golongan petani Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Kemudahan peralatan fizikal di sekolah

Kelas tambahan@tuisyen Pembiayaan kewangan Bahan-bahan rujukan Peluang-peluang melanjutkan pelajaran Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar. Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka. Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak. Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei. Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit. Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga. Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia. Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.

manusia akan mengalami sesuatu secara nyata. memikirkannya secara konseptual. mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.

Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya. Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih. Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka. Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).

You might also like