Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM PROJEK PEMBINAAN

Faradiana Binti Mat Yaacob Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia e-mail: fa_diana187@yahoo.com ABSTRAK
Industri pembinaan merupakan antara salah satu industri yang terbesar di Malaysia. Pada hari ini, aspek keprihatinan terhadap keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina telah semakin meningkat. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan berusaha secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja di tapak bina. Akan tetapi masih terdapat pihak yang enggan mematuhi peraturan keselamatan dan menyebabkan kemalangan terjadi. Kemalangan-kemalangan di tapak pembinaan masih lagi menjadi isu yang sangat besar di media massa. Kertas kerja ini membincangkan persekitaran keselamatan di tapak bina dan kes-kes yang berlaku di tapak bina akibat kegagalan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian akan memperlihatkan statistik kemalangan yang berlaku di tapak bina pada tahun 2004 hingga 2008 berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan Kementerian Sumber Manusia. Kata Kunci: Kemalangan, Tapak Bina, Keselamatan,Peraturan keselamatan, Pematuhan akta.

PENGENALAN Menurut Helender, 1991, kadar risiko dalam industri pembinaan adalah lebih tinggi berbanding industri lain. Hal ini sering dikaitkan dengan keadaan kerja yang bahaya dan lebih mengundang risiko dalam persekitaran seharian. Hayes, 1986; CoVan, 1995; Mills, 2001; Loosemore et al. 2003; Root, 2005; Goetsch, 2005 pula berpendapat keadaan ini amat bergantung kepada kecekapan dalam pelaksaan serta pengurusannya serta dapat memenuhi kehandak pengguna, selain disiapkan dengan selamat. Kejadian kemalangan yang sering terjadi dalam sektor pembinaan telah menyebabkan berlaku banyak kerugian selain kehilangan ramai pekerja dalam sektor ini (Kheni et al. 2005). Oleh itu, perkara sedemikian perlu dibendung agar dapat meningkatkan mutu kerja di sektor pembinaan serta membantu

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

dalam pembangunan Negara untuk mencapai wawasan 2020. Persekitaran kerja yang selamat amat penting dalam meningkatkan imej industri pembinaan Negara (Mohamad Khan et al, 2005). Menurut Kamus Dewan (1996), keselamatan diertikan sebagai keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya dan tidak mendapat apa-apa gangguan. Pejabat Buruh Antarabangsa, 1990 pula mendefinisikan keselamatan sebagai suatu yang meliputi semua aktiviti yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan program-program menggalakkan keselamatan, tindakan pencegahan dan pengenalpastian bahaya dan risiko di tempat kerja, di peringkat kilang dan dalam polosi penjagaan kesihatan kebangsaan.

PERSEKITARAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN Kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996; Abdul Rahman, 2003). Menurut Jaselskis dan Sauazo (1993), di negara sedang membangun, keadaan tidak selamat wujud di kebanyakan tapak pembinaan, samada besar atau kecil, dan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai situasi bahaya. Teori Faktor Kemanusiaan Kemalangan menyifatkan kemalangan sebagai suatu rantaian peristiwa yang secara muktamad disebabkan oleh kesilapan manusia. Teori ini mengandungi tiga faktor umum yang membawa kepada kesilapan manusia: beban lebih, respon tidak sesuai, dan aktiviti tidak sesuai. Manakala Teori Penyebab Kemalangan Heinrich, kemalangan adalah disebabkan oleh faktor pusat yang boleh dijangkakan seperti kesilapan manusia, keadaan tidak selamat, atau bahaya mekanikal. Menyingkirkan faktor pusat ini dapat menghindarkan daripada terjadinya kemalangan dan kecederaan (Goetsch, 1996). Menurut Hinze dan Applegate (1991), pekerja di dalam industri pembinaan mempunyai risiko yang besar untuk mengalami kemalangan berbanding industri lain. Industri pembinaan merupakan antara industri yang merekodkan aspek keselamatan yang terburuk dari semua sektor ekonomi di Britian (Kheni et al. 2005). Melalui OSHA sememangnya diketahui tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Kemalangan di tempat kerja merupakan kos yang boleh dielakkan oleh

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

majikan. Kadar kemalangan yang dilaporkan beberapa tahun ini menjadikan isu keselamatan sebagai isu penting yang perlu ditangani. Pihak pengurusan dalam kerajaan, klien, dan kontraktor menyedari kepentingan keselamatan dalam industri pembinaan, tetapi tidak mematuhi usaha dengan berkesan ke arah memaksimumkan pencapaian matlamat keselamatan. Statistik Kemalangan di Tapak Bina Kemalangan industri bagi tahun 2004-2008 Industri 2004 Pertanian, Perhutanan, Pemburuan dan Perikanan Perikanan Perlombongan dan Kuari Pembuatan Pembinaan Perdagangan Jual Borong dan Runcit, Baiki Kenderaan Bermotor, Motorsikal, Barangan Persendirian dan Isi Rumah Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan Pengantaraan Kewangan Hotel dan Restoran 7875 109 772 3137 2 501 5066 1319 4 4194 5903 29 2005 5923 72 615 2845 4 469 4973 1222 0 3676 5157 53 Tahun 2006 5604 135 541 27066 515 4500 11783 3653 5386 39 328 1922 8 493 3931 1229 8 3639 542 1324 8 2007 2631 2008 3467 127 368 19041 524 3814 9741 3305 718 1601

Jumlah
Sumber : Statistik Perburuhan dan Sumber Manuasia 2008

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

KES YANG BERLAKU DI TAPAK PEMBINAAN Kegagalan Pepasangan Perancah Di Tapak Bina

: Sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka di tapak binaan bangunan Kemalangan berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Perancah jenis kerangka telah dipasang setinggi lebih dari 30 meter daripada aras lantai tanah. Ketika para pekerja sedang membuat kerja-kerja lepaan simen, tiba-tiba perancah yang digunakan untuk mendokong pelantar kerja mereka telah runtuh. Penyiasatan JKKP mendapati bahawa perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah. Perancah yang runtuh tersebut tidak dipasang bilangan penambat belakang yang mencukupi sepertimana yang disyaratkan oleh jurutera bertauliah dan menggunakan komponen-komponen perancah yang sudah berkarat dan usang . Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga masih digunakan semasa pemasangan perancah tersebut. Selain itu, perancah tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang berkebolehan (designated person).

Kemalangan Melibatkan Jentera Cerucuk Hidraulik

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

Mesin cerucuk hidraulik di kawasan kemalangan Kemalangan telah berlaku pada 20 Mei 2008 pada lebih kurang jam 8:00 malam ketika kerjakerja penanaman cerucuk sedang dijalankan. Ia berlaku di sebuah tapak projek pembinaan bangunan yang bersebelahan dengan kawasan parkir awam. Penyiasatan mendapati terdapat sebuah jentera cerucuk hidraulik (model YZY 240) yang dilengkapi dengan kren dan alat penekan cerucuk hidraulik telah digunakan untuk kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit. Pada hari kejadian, sebuah cerucuk konkrit seberat 2.8 tan dan berukuran 12 meter panjang, 300mm lebar dan 300mm tebal, telah terjatuh dan menghempap dua buah kenderaan. Hasil penyiasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan pada bahagian rod keluli cuping mengangkat dan anduh yang digunakan untuk membelit cerucuk.

Kemalangan Melibatkan Kren Bergerak

Kren di kawasan kemalangan

Pada 17/01/2008 lebih kurang jam 3:00 petang,satu laporan kemalangan telah dibuat melalui telefon yang melibatkan sebuah kren bergerak beroda (Model: Tadano;PMA 9284) dengan beban kerja selamat maksimum 45 tonnes. Kemalangan itu berlaku di tapak cadangan projek Putra Square, Kuantan, Pahang. Semasa kemalangan itu beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja untuk memindahkan dan mengalihkan dua unit transformer kelokasi yang baru didalam kawasan bangunan. Semasa proses persediaan untuk mengangkat transformer seberat 4,150 kgs, tiba-tiba culvert yang menampung satu daripada empat kaki kren berkenaan telah pecah dan mengakibatkan kepingan kayu beserta kaki kren telah terperosok ke dalam culvert. Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan ke atas kemalangan itu telah mendapati bahawa culvert telah pecah kerana tidak dapat menahan beban yang timbul daripada

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

operasi persediaan untuk pengangkatan transformer. Akibatnya, kren bergerak itu telah senget dengan serta merta dan blok penyangkuk telah terhayung dan terkena seorang pekerja. Beliau yang tersepit di antara hayunan blok penyangkuk dan transformer mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia. Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola

Keadaan di kawasan kemalangan

Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilaporkan berlaku pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10.00pagi ditapak projek pembinaan bangunan, Bukit Mulia, Ampang. Semasa kejadian itu, 3 orang pekerja yang bekerja diatas pelantar kerja gondola pada aras 13, telah dicampak keluar dan terhempap pada tanah diaras bawah.Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia. Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti berikut: i. Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15, menyebabkan pelantar kerja untuk gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu lagi.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana 'safety lock' dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing keatas tali dawai keselamatan dan penggantang. ii. "Safety lock" yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak berfungsi.

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

iii.

Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen untuk kerja-kerja memplaster.Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan berat 3 orang pekerja lebihkurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.

Rumusan Kebanyakan kemalangan seringkali dikenal pasti dengan berpunca oleh kegagalan sistem pengurusan keselamatan. Banyak usaha telah dilakukan bagi memperbaiki keadaan tersebut, dan ia kelihatan masih tidak berupaya terlepas dari kesilapan tersebut. Ini merupakan sebab terbesar kenapa konsep budaya keselamatan Selain majikan, pekerja juga perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terkawal. Mengikut Seksyen 24, Akta 1994 mengkehendaki mereka untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja bagi keselamatan dan kesihatan diri orang lain bagi memastikan masalah yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diminimumkan.

KESIMPULAN

Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Namun hal ini akan terjejas dengan berlakunya banyak kemalangan terutamanya di tapak-tapak bina yang mana turut member kesan kepada ekonomi negara.Hal ini terbukti dengan statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatn Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti di atas. Disamping itu, banyak berita di media massa menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-kala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat dan sumber manusia tempatan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan kewajipan seperti yang telah ditetapkan dalan Akta bagi meminimumkan kes-kes yang berlaku.

RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Hamid (2003), Hazards at Construction Sites Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

2nd NATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT HEALTH 2010 17-18th March 2010, Kota Bharu, Kelantan..

Aminuddin B.Muhamad Saleh (1999), Kajian Pengurusan Keselamatan Pekerja Tapak Binaan Projek di Cadangan Membina Persimpangan Bertingkat di Jalan Ampang/Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Skudai, Johor http://www.dosh.gov.my/wps/portal, viewed 22 Ogos 2009 Lew Kin Yoon (1998), Kajian Terhadap Keselamatan & Kesihatan Pekerja di Tapak Binaan, Skudai, Johor MDC Publishers Sdn.Bhd (1996), Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturan (cetakan ke-13), Kuala Lumpur Mohd Saidin Misnan (2009). Model Membangunkan Budaya Keselamatan Dalam Firma Pembinaan di Malaysia. PhD. Universiti Teknologi Malaysia. Norbain Zainal (2008) Pengurusan Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina Pematuhan Penggunaan Jaring Keselamatan Di Tapak Bina. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Othman Mohamed (2001), Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan, Serdang Selangor PERKESO (2008). Statistik Kemalangan Tapak Bina 2006-2009, http://www.perkeso.gov.my dicapai pada 12 Oktober 2008

You might also like