Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Sistem Politik Kesultanan Melayu Melaka dan Jajahan Takluk

Kesultanan Melayu Melaka


Institusi pemerintahan beraja terawal di Tanah Melayu bermula di Melaka. Sebelum Kesultanan Melayu Melaka terdapat beberapa buah kerajaan besar atau empayar di Kepulauan Melayu seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya, Gangga Negara, Palembang dan Temasik. Walau bagaimanapun, Melaka tetap mendapat perhatian dan dikenali kerana keagungan dan kebesarannya dalam Sejarah Melayu.

Kerajaan Melaka terkenal bukan sahaja mewarisi satu tradisi yang melahirkan nilainilai utamanya, tetapi juga satu corak atau bentuk organisasi politik yang menjadi kemegahan mereka untuk memeliharanya. Melaka pada awalnya merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan dan tempat persembunyian lanun. Penduduk asalnya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat yang menyara kehidupan dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan.

Melaka mempunyai kedudukan yang strategik dari segi geografi kerana terlindung daripada tiupan angin monsun. Keadaan ini telah menarik lebih ramai saudagar singgah untuk berdagang. Melaka merupakan sebuah pusat perkembangan Islam dan pelabuhan entrepot antarabangsa. Menjelang tahun 1409, Kesultanan Melayu Melaka mula menjalin hubungan dengan Negara China supaya kerajaan Melaka dapat membebaskan diri daripada kekuasaan Siam. Perkara yang paling penting ialah Melaka telah mengasaskan satu bentuk sistem pemerintahan yang diikuti dan diwarisi oleh negeri- negeri Melayu yang lain.

Unit-unit Politik

Negeri Daerah dan Jajahan Kampung dan Mukim

Unit-unit politik
Terbahagi kepada 3 unit : Negeri------------------------(Sultan)

Daerah atau Jajahan------(Pembesar) Kampung atau Mukim-----(Penghulu/ penggawa/ Ketua Kampung)

Negeri
Unit politik yang terbesar. Mempunyai kedudukan yang strategik supaya membolehkan seseorang pemerintah mengawal semua pergerakan keluar dan masuk ke dalam negeri tersebut. Diketuai oleh Sultan/ Raja / Yang Dipertuan Besar. Baginda menjadi lambang perpaduan negeri.

Daerah atau Jajahan


Unit politik kedua besar selepas negeri. Keluasan sesebuah daerah atau jajahan ditentukan oleh kawasan lembah sungai dan kaki bukit yang dijadikan tempat pertahanan dan pengawasan untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman dan serangan dari luar. Pembesar menjalankan kuasa atas daerahnya atau tempat jajahan. Para pembesar akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu.

Kampung atau Mukim


Unit politik yang terkecil Diketuai oleh seorang Penggawa atau Penghulu Penggawa atau Penghulu dipilih daripada kalangan rakyat Beliau menjadi orang perantaraan antara orang kampung dengan pembesar daerah

Hierarki Sistem Pemerintahan Masyarakat Melayu Tradisional


Golongan Pemerintah

Sultan Pembesar Rakyat Hamba


Gologan Diperintah

Sistem Beraja
Dewa raja Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undangundang Melaka pula, raja dianggap sebagai Khalifah Allah di Dunia. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan.

Kuasa mutlak Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya. rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih tidak boleh memerintah sesuka hati

Daulat dan derhaka Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, daulah yang bermaksud negeri. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang melanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa tulah. Sebenarnya, konsep ini dibuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral.

Hak istimewa Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju dan destar. Selain itu, payung putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan payung kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap, gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata.

Lambang kebesaran Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya. Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem Pembesar Kesultan Melayu Melaka


Orang Besar Berempat Orang Besar Berlapan Orang Besar Enam Belas

Orang Besar Tiga Puluh Dua

Bendahara
Pembesar yang paling penting dan berpengaruh. Penasihat utama sultan. Menjadi pemangku sultan semasa ketiadaan sultan di dalam negeri. Ketua tertinggi angkatan tentera kerajaan. Penggubal dan pelaksa dasar pentadbiran negeri dan wilayah. Menerima tetamu daripada luar sebelum bertemu sultan. Ketua pentadbiran keadilan (ketua hakim). Dalam keadaan tertentu boleh menaiki takhta kerajaan jika seseorang raja yang mangkat tidak meninggalkan zuriah.

Penghulu Bendahari
Ketua khazanah kerajaan yang menjaga dan menyelia kewangan serta hasil mahsul negara. Ketua kepada syahbandar dan bendahari. Manjaga bangunan istana dan kelengkapan dalam istana. Merekod dan menyimpan daftar hambahamba raja. Ketua adat istiadat dan acaea rasmi diraja.

Temenggung
Memelihara keamanan dan keselamtan dalam negeri. Mengawasi pentadbiran, mengutip cukai perniagaan dan perdagangan. Menjaga sistem timbangan dan sukatan yang betul. Menangkap pesalah dan menjatuhkan hukuman. Memastikan jalan-jalan berada dalam keadaan yang baik. Menjadi ketua penguasa penjara.

Laksamana
Menjadi Ketua Angkatan Laut. Bertanggungjawab menjaga keselamatan di perairan Melaka. Menjadi ketua utusan politik dan perdagangan ke seberang laut. Mengetuai angkatan perang semasa ketiada Bendahari.

Syahbandar
Menjadi Ketua Pelabuhan. Menyediakan rumah tumpangan dan gudang. Mengaturkan pertemuan pedagang dengan sultan. Mengawal lalu lintas di pelabuhan. Pemungut cukai kepala dan barangan. Mengawasi dan mencegah perbuatan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan.

Dilantik oleh sultan. Tugasmenentu dan mengutip cukai, menguruskan dan mentadbirkan tanah serta bertindak sebagai ketua adat dan agama. Berkuasa mengadili perbalahan serta boleh menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tertentu. Penghulu tidak diberi gaji atau elaun. Pendapatannya bergantung kepada hasil cukai yang dikutip daripada penduduk di kampungnya. Penghulu memastikan seluruh penduduk kampung di bawah jagaannya memberi taat setia kepada sultan, di samping menjaga keamanan kampung.

Penghulu

Peranan Pembesar
Menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran Memastikan jentera pentadbiran negeri dijalankan dengan berkesan Mengerah tenaga tentera Melaksanakan istiadat menjunjung duli Menasihati sultan dalam segala hal

Menyelaraskan semua istiadat dalam istana Memungut cukai Serah ufti/cukai Menyediakan tenaga buruh Menjaga keadilan Menjadi perantaraan antara raja dengan rakyat

Rakyat biasa Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat peribumi yang bermastautin tetap dan bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri.

Hamba Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu : a. Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi hamba di istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan taraf mereka juga lebih tinggi kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas tahanan perang atau banduan yang menjadi hamba raja.

b. Hamba berhutang terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja sehingga hutang dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesar-pembesar lain. c. Hamba biasa Hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turuntemurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja yang berat dan kasar. Dengan merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.

Tempat yang dijajah semasa Kerajaan Melayu Melaka

Kesimpulan
Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah diambil alih oleh Residen. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus. Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap orang telah diperakui dan dilindungi.

Sekian Terima Kasih

You might also like