Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca remaja merokok. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai usaha dijalankan untuk membendung gejala negatif ini daripada terus mempengaruhi para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya. Sikap terikut-ikut dengan tabiat tidak sihat ini seterusnya akan menghanyutkan mereka sehingga merasakan bahawa merokok itu bukanlah sesuatu yang buruk atau menyalahi etika hidup. Tidak kurang juga yang secara jujur mengakui bahawa rasa bosan dengan beban tugas sebagai pelajar telah mendorong mereka menghisap rokok. Jika alasan ini dikaji, ternyata kebanyakan pelajar ini merupakan mereka yang malas dan ada yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Oleh itu, mereka dengan mudah menuding jari kepada pihk lain. Ibu bapa menjadi sasaran untuk dipersalah kerana dikatakan bahawa ibu atau bapa yang merokok akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak langkah mereka. Walaupun kita lihat banyak iklan mahupun kempen tidak merokok dijalankan namun remaja tetap remaja. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali mendorong mereka mencuba sesuatu yang ditegah. Naluri ini jika tidak dikawal akan mengakibatkan rasa ketagihan dan rasa seronok apabila dapat menghisap rokok. Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun Cuma sebatang. Keadaan ini menjadikan tabiat merokok semakin berleluasa kerana dengan harga serendah empat puluh sen, pelajar sekolah sudah boleh membeli rokok. Memandangkan longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan masih mengambil langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi. Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya mengundang ketagihan yang berpanjangan. (Dipetik dan diubahsuaian daripada Fokus, September 2004)

PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan aktiviti pembakaran sampah secara terbuka. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pembakaran secara terbuka sering kali menimbulkan masalah kepada orang ramai. Lebih mengecewakan lagi apabila pemabakaran terbuka itu dilakukan secara sengaja di pusatpusat pelupusan sampah. Penduduk di kawasan sekitar pastinya berasa tidak selesa apabila terpaksa terus-menerus menghidu bau yang busuk lagi meloyakan. Malangnya kegiatan pembakaran sampah secara terbuka ini seolah-olah tiada penghujungnya kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa kepada syarikat atau pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Keadaan ini ditambah pula dengan kesedaran orang ramai terhadap kesan pmbakaran terbuka adalah rendah. Musibah yang datang daripada pembakaran terbuka tidak terhenti setakat pencemaran bau sahaja malah lebih dahsyat lagi ialah air busuk ammonia yang terhasil di kawasan pelupusan sampah secara terbuka ini menyebabkan aliran air tersebut mengalir ke sungai berdekatan. Sungai yang tercemar seterusnya akan mengundang lebih banyak permasalahan. Penduduk-penduduk yang bergantung hidup kepada sungai untuk mencari rezeki kerap mengeluh kerana hidupan akuatik seperti ikan maupun udang akan mati apabila air sungai tercemar. Perbuatan membakar sampah-sarap sama ada secara besar-besaran di tapak pelupusan sampah mahupun dilakukan oleh individu-individu tertentu tanpa disedari mengundang bahaya yang lebih buruk, iaitu jerebu. Pada masa jerebu melanda negara, nampaknya kesedaran umum terhadap kesan pembakaran terbuka kian meningkat dan pembakaran terbuka tidak lagi dilakukan. Namun, apabila negara bebas daripada jerebu, pembakaran terbuka nampaknya berulang kembali. Sebenarnya pembakaran terbuka secara berterusan khasnya di pusat pelupusan sampah boleh menyebabkan penduduk di kawasan sekitar mengalami batuk, asma dan demam yang berpanjangan terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Sewajarnya pihak-pihak tertentu peka terhadap masalah yang melibatkan kesihatan penduduk dengan menutup semua pusat pelupusan sampah yang menggunakan kaedah pembakaran terbuka. Di Malaysia, kesedaran orang ramai khasnya terhadap kesan pembakaran terbuka nampaknya masih terlalu rendah. Oleh yang demikian, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan atau akta berkaitannya supaya masyarakat sedar bahawa melakukan pembakaran terbuka adalah satu kesalahan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Penduduk Derita Jerebu Pembakaran Sampah, Utusan Malaysia, 24 Julai 2007)

You might also like